Tahniah & syabas diucapkan kepada skuad Malaysia kerana dapat mengelak daripada mengalami satu kekalahan besar kepada Chelsea. Hanya sebiji gol sahaja yg mampu dijaringkan oleh kem Chelsea.Itupun gol yg kontroversi kerana ade pihak mendakwa, gol drogba tidak sepatutnya dikire kerana bolla masih belum melepas garisan.
Actually macam ni lah, aku anggap match ni draw je. Bukan sebab gol tu tidak dikire atau sebaliknya tapi kesungguhan pemain2 skuad malaysia mengekang ancaman dari player yg lebih high & strong dari mereka. Inilah yg aku katakan sejak mule lagi, jika kite bermain dengan bersemangat, hardworking, ape jua benda boleh berlaku di atas padang. Semua tidak expect yg Chelsea mampu score 1 gol sahaja kan ? jangan tipulah... Kesimpulannya, idea dari Ong Kim Swee is brilliant. Die combine kan young + senior player in 1 team dan alternatif itu membuahkan hasil. Pelbagai percubaan demi percubaan dari striker Chelsea mudah sahaja diratah oleh defender Malaysia yg diketuai oleh Norhafiz zamani misbah. Mmg aku tabik habis dengan spirit dari our national team.
Berbalik semula mengenai point utama entri ni, Ape yg pasti trip Chelsea ke Malaysia tahun ni, sedikit sebanyak mencetuskan persepsi positif & negatif. Oklah, aku mule dulu dari aspek positif dulu :
Positif
- Semua tiket habis dijual. 84, ribu tiket sold-out ! Ini petanda yg sangat bagus for our industri promoter. Jika kite boleh menghasilkan jumlah yg sebegini rupa lagi, nescaya pada masa akan datang, kita mampu menarik lebih ramai lagi kelab2 hebat untuk datang ke Malaysia.
- Perfomance hebat dari kedua-dua team. Namun kredit lebih utk skuad Malaysia kerana berjaya mengekang asakan hebat dari para pemain Chelsea yg bertubuh lebih besar dari merea. Malaysia juga hampir2 utk menyamakan kedudukan pada lewat babak permainan tetapi peluang tersebut disia-siakan. Kesungguhan yg dipamerkan oleh skuad malaysia versi Ong Kim Swee telah menarik perhatian AVB. AVB memuji kecekapan penjaga gol negara, Farizal Marlias & juga kekentalan bahagian pertahanan skuad Malaysia. Hmmmm, adakah ini petanda bagi kebangkitan skuad negara dalam menghadapi kempen pusingan kelayakan Olimpik London 2012, bulan september nanti ? same2 kite tunggu dan lihat.
Negatif :
Sikap para penyokong
- Dari segi jumlah penyokong tak de masalah. Tapi dari segi attitude, perangai nampak kurang professional & tak matured. Aku merujuk kepada kes di mana ada fans Harimau Malaya mengutuk pemain Chelsea di atas padang. Pemain yg aku maksudkan itu ialah Benayoun. Setiap kali, Benayoun membawa bola, para peminat kite mencemuhnya. Adakah sikap ini wajar dilakukan oleh mereka ? Bagi aku, perbuatan itu tidak relevan. Kenapa kite nak boo Benayoun ? Adakah disebabkan die yahudi ? Berfikir dengan bijak & rasional. Benayoun hanya datang ke negara kite semata-mata mahu perform as a footballer sahaja. Ape salah die ? Kalau nak benci zionis, yahudi sekalipun, jangan kaitkan perkara itu dalam sukan. Sukan adalam perkara umum. Ia tidak mengira usia, bangsa dan agama. Die bukan datang nak bunuh kite or nak pegi bom negara kite, die hanya datang nak melawat negara kite sahaja sambil menghiburkan para peminat Chelsea di Malaysia ? Salah ke ? Jangan kaitkan politik dalam bola sepak.Itu salah beb. That is racist. Kalau nak jadikan sukan bola sepak itu sebagai tempat luahan racist tak tentu hala itu kepada pihak yg berkenaan, baik xpayah minat bola. Anda merosakkan imej negara & sukan bola sepak. Anda sedap je boo die, tapi yg tanggung hukuman nanti, FAM gak.
Kalau cmnilah gayanya cara kite layan tetamu, lepas ni baik xpayah nak invite Chelsea lagi datang ke Malaysia. Orang lain datang nak hiburkan kite, kite plak pegi boo diorg sesuke hati. Ini ke yg dipanggil semangat kesukanan ? Padanlah muke kalau lepas ni dah xde team yg berminat nak melawat ke Malaysia...
Renung2kan & selamat beramal.