Menjelang Menetang Aston Villa : Wajib Menang Malam ni
Posted by
KampungChelsea
On
Saturday, March 27, 2010
Fuh,gilerlah sekarang ni barulah ade mood skit nak update blog.Tadi langsung takder mood nak post entri preview match chelsea lawan aston villa malam ni.Lepas je aku tengok video kat atas ni terus bersemangat nak post entri ni,fuh.
Ok lah,berbalik semua kepada point utama entri ni.Malam ini pukul 11 malam,waktu Malaysia team kita akan melayan kunjungan aston villa.Selepas match dengan Portsmouth, semua match termasuk match lawan aston villa wajib kita menang dan raih 3 mata untuk terus kekal dalam pemburuan liga.Malam ini kita wajib menang dan terus menang.Keep the winning with best perfomance also beautiful game.
Jangan memandang rendah dengan keupayaan player2 aston villa.Harus diingat kita sudah kalah 2-1 kepada mereka di Villa Park musim ini.Lebih mengseriuskan keadaan lagi, mereka telah memalukan budak2 mankayu di Old Kerepot juga season ni.Hanya persembahan terbaik yang mampu menewaskan mereka.Tidak lupa juga kadang kala nasib baik atau buruk juga diambil kira sebagai penentu kemenangan dalam sesebuah match especially big match malam ni.
Menang 5-0 dengan team yang dilanda krisis no money no heart,Portsemut rabu lepas tidak perlu dibanggakan sangat.Ujian sebenar Chelsea akan bermula malam ini.Dengar khabar, ade 2/3 player key diorang tak main coz injured.Richard Dunne,Heskey dan Agbonlahor akan missed match ni,haha.Ala, kalau diorang mainpun bukannya bleh menang kat SB malam ni.Different place different class ok.Ketiadaan diorang memang memberi advantage kepada team kita.
Perancangan Ancelotti sudah nampak ada perubahan skrg walaupun formasi 4-3-3 masih stay digunakan.Taktik dan line up Ancelotti sangat berbeza ketika menetang Portsmouth kat Fratton park.Anelka tak main dan Sturridge telah gantikannya.Dan kita boleh nampak jentera serangan chelsea nampak lebih stabil dan agresif tanpa Anelka tapi perfomance Sturridge hanyalah sekadar bunga2 tahi ayam sahaja.
Persoalan utama aku malam ini ialah adakah Ancelotti akan menurunkan beberapa youngster player nanti ? Same-same kita tunggu dan lihat.Hepi aku dapat melihat, Van Anholt,player muda kita telah menunjukkan perfomance postifnya semasa kita menang besar 5-0 dengan portsmouth.Sturridge pulak tidak bermain dengan baik pada match dengan portsmouth dan die bernasib baik kerana terlepas dari hukuman dari FA mengenai insiden menyiku pemain Portsmouth.Borini atau Kakuta dah boleh tunjuk diorang punyer belang dah sekarang.
Malouda dan Drogba maybe akan jadi win of key chelsea team dalam match nanti.Dengan Carvalho,Ashley Cole dan Ivanovic injured, aku harap sangat ancelotti tak kembali tukar posisi malouda ke left back balik coz itu memang taktik yang sangat bongok dan tidak menjadi.Ferreira seperti biase boleh gantikan tempat Ivanovic yang cedera, Alex juga dapat menggantikan posisi Carvalho dengan baik.Zhirkov boleh jadi left back.Lampard dan Mikel seperti biasa akan jadi 1st starter.Deco juga boleh penuhkan 1st starter line up malam ni.Ballack pulak camner ? Hmmm,aku masih ragu-ragu dengan perfomancenya sejak kebelakangan ini.Namun aku masih ingat gol free kick cantik Ballack time chelsea seri 4-4 dengan aston villa di SB pada era zaman Shevchenko dan Avram Grant.Memang terbaik dari ladang match tu !!!
Cech dah kembali perform dalam match menetang portsemut dan malam ni die kembali seperti biase di gawang chelsea.Fuh, biler cech dah kembali balik goalie utama chelsea balik ni, hati aku dah kembali sejuk dan tenang tcoz biler Turnbull n Hilario jadi goalie, asyik gatal dan sakit mate je tengok action save ball dari diorang.
Tidak lupa juga kepada Didi yang hot form sekarang ni.Dah mencecah 24 gol beb, 2 gol lagi nak same dengan Rooney Shrek tu.Target aku Drogba score lebih dari 30 gol season ni dan menewaskan Rooney dalam pemburuan Anugerah Kasut Emas hujung musim nanti.Tapi ape yang penting ? Bukan kerjasama tapi trofi epl mesti didahulukan.
So menjelang menetang aston villa ni aku rase tak banyak yang berubah dari segi formasi,taktik dan line up.Formasi mesti ancelotti akan gune 4-3-3 jugak,begitu juga dengan line-up,same cam time kita menang 5-0 di Fratton Park.Cuma yang bermain di minda aku sekarang ni adakah Anelka akan perform nanti dan Sturridge akan menggantikan posisi Anelka lagi untuk match ini ? Hmmm...same2 kita tunggu dan lihat sahaja nanti.Ancelotti punyer taktik dan line-up kadang2 sukar dibaca jugak dan harapan aku supaya 2/3 player muda kita dapat tunjukkan diorang punyer bakat berbisa diorang.Borini,Kakuta,Van Anholt, Matic dah boleh dah nak star 1st starter kalau Ancelotti berfikiran kreatif dan inovatif.(Bukan Fauziah Latif erk...)
Barisan kemungkinan :
Chelsea: Cech, Zhirkov, Alex, Terry, Ferreira, Malouda, Lampard, Mikel, J Cole/Deco/Ballack, Anelka/Sturridge, Drogba
Prediction ? : 2-0/3-1.First time aku predict ni..Pasal sblm ni aku slalu cakap peluang match just 50%-50%.Hah try tengok je lah nanti,konfem menang punyer,insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bro... kita perlu, perlu, wajib menang bro untuk malam ni, untuk morale booster dan points beb...
kalau terbabas, gua pasti, gua pasti nangis.
yess..da berape lame kite lead..takkan nak tersungkur time ujung2 ni
7 Heaven..
Lampard 4 (2 P),
Malouda 2,
Kalou 1..
Next Mission - Crash ManU!!!
Keep The Blue Flag Flying High!!
hapuskan man utd...
add blog wa
aruldaniel.blogspot.com