

P/S : Quote aku plak "This is what i called genius,Chelsea is genius,brilliant and no more word to say about that words, we are special"
-Kekalahan arsenal semalam sudah membuktikan bahawa mereka hanyalah mempunyai bakat muda yang hebat sahaja namun tidak mempunyai barisan yang berpengalaman seperti Chelsea.Walaupun chelsea tidak memiliki barisan muda yang mantap seperti diorang namun mereka memiliki barisan berpengalaman.Dalam sesebuah match yang besar seperti big four, aspek yang penting yang wajib ade pada sesebuah team untuk memenangi perlawanan tersebut ialah kekuatan mental dan fizikal.Player sengal bukan sahaja tak der fizikal yang hebat malah pemikiran mereka juga lemah.Dah ler xberpengalaman malah berfikiran ala-ala budak hingusan.Contohnya tengok la highlights keseluruhan match semalam.Hampeh dan memalukan.!
-Bukan disebabkan ketiadaan Robin Van Persie(RVP) menyebabkan kekelahan teruk mereka di tangan chelsea semalam tetapi disebabkan strategi dan kekuatan fizikal mereka yang lemah.Kekuatan team berdasarkan kerjasama team work dan untuk memenangi perlawanan bukan sahaja perlu memiliki barisan yang hebat malah perlu memiliki team work yang bijak.Arshavin,Eduardo,Farbregas,Walcott,Gallas kesemua antara mereka beraksi semalam namun tidak berjaya menandingi kekebalan benteng chelsea.Jika RVP adepon n maen semalam, die tetap tak berjaya gak memecahkan benteng utama chelsea yang dipimpin hebat oleh Terry.Contohnya tengok la mase lawan chelsea musim lepas, arsenal beberapa kali kalah dengan chelsea n RVP pun maen gak ketika itu.Ape bezanya ? musim nipun die mainpon, time lawan city,MU...sengal tetap kalah gak.
-Kesimpulannya aku boleh cakapkan bahawa msuim ini arsenal mungkin sekali lagi akan menamatkan musim tanpa sebarang trofi.Jangkaan aku sentiasa betul beb.Bukannya aku nak cakap yang aku ni pro ke ape ker, namun jangkaan aku musim lepas ialah arsenal takkan boleh sebarang trofi, n so ? tengok ler memang betul musim lepas korang takleh trofi.Korang hanya hebat di awal musim namun terkandas di tengah2 musim.Tu tak tengok akhir2 musim lagi.Sekarang ni Liverpool sudah bangkit dan team korang mesti berjaga-jaga.Untuk pengetahun korang, musim ini trofi kejuaraan milik CHELSEA, korang kena terima hakikat itu.Korang ade banyak kelemahan n perlu banyak belajar lagi daripada golongan berpengalaman seperti team kami.Team Chelseapun ade kelemahan tetapi kelemahan team kami korang tak nampak beb.Sukar tu,so ape-apepun korang PIKIRLAH SENDIRI erk.Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi erk.Ok Chow.!
P/S : Kalau fans sengal tak faham lagi, try lawati link ni plak(Segalanya menceritakan kelemahan player sengal mengenai match semalam)
Minit ke 41, Didi memulakan kempen gol chelsea melalui hantaran pemain "kesayangan" sengal,Ashley Cole...hehe
3 minit kemudian, zaman kehancuran sengal bertambah parah apabila pemain mereka, Mael Tote menhadiahkan gol sendiri.Bodoh betul defending sengal !!!
Reaksi Drogba mengenai gol sendiri oleh budak Mael tote tu..."Bangang tul le si Mael ni,dah puas score utk sengal,nak try plak score utk team lawan plak,hahaha".Itulah ungkapan yang pasti diungkapkan di dalam hati Didi pada masa itu...hehe
Gol terbaik malam itu dihasilkan juga oleh Didi pada minit ke 85.Free kick terbaek oleh Didi pada malam itu,haha "Bye! Bye ! Bye! sengal !!!" hahaha...
P/S : Perkara bodoh yang dilakukan oleh reff padaketika itu ialah dia dengan selambanya memberikan kad kuning kepada Drogba.Gilalah pengadil ni,Drogba kena sepak pastu kena plak dapat kad kuning.Dan aku suke tengok reaksi Ancelotti,Ray Wilkins dan Vidic mengenai scene ini,hehehe...
1) 2006/2007- Old Trafford : MU 1 CHELSEA 1
Stamford Bridge : Chelsea 2 MU 1
2) 2008/2009 - Old Trafford : MU 3 CHELSEA 0
Stamford Bridge : Chelsea 1 MU 1
3) 2009/2010 - Stamford Bridge : Chelsea ? MU ?
Man Of the Match pagi tadi memang konfem kita akan pilih Drogba.Ye la die score 2 gol dalam mase 2 minit, n menyelamatkan maruah chelsea daripada dicalarkan oleh rentak Atletico pagi tadi.Aku berasa sedikit kecewa dengan defend kita yang tidak memfokuskan 100% permainan selepas kedua-dua gol Drogba tu,sepatutnya free kick oleh budak Aguero tu tak patut diberikan kepada Atletico.Arghh aku takleh terima kalau pihak lawan score gol last2 minit,memang aku takleh terima.
First half memang boring sebab takder attacking yang gempak dan hebat yang kita dapat lihat pagi tadi.Aku berasa sedikit gembira dengan kehadiran semula Alex di bahagian Defend dan Ashley Cole pun sudah kembali.Aku tak boleh menafikan kehebatan dan kelincahan Aguero pagi tadi.Dimasukkan di separuh masa kedua dan menjaringkan 2 gol sama seperti Drogba.Mungkin kita patut menilai dan mendapatkan khidmat anak menantu Maradona ni untuk Januari nanti.
P/S : Harapan aku pada hujung minggu ini ialah kita akan mencatat kemenangan bergaya dan besar ke atas budak2 setan ahad ni.Dan orang yang paling dan wajib kita ambil perhatian ialah Drogba.Drogba sekarang ni berada dalam prestasi terbaik dan he is simply best striker in the world.
Untuk kali keduanya chelsea masih menang besar 4-0 ke atas Bolton malam tadi.Sebelum ini chelsea memenangi dengan jumlah yang gol yang sama di pusingan keempat carling cup untuk beberapa hari yang lalu.Bolton masih lagi bukan tandingan chelsea kerana chelsea bermain sangat agresif dalam melancarkan serangan.Jaringan oleh Lampard,Deco,Ivanovic dan Drogba cukup memalukan Bolton di tempat mereka sendiri dan lebih penting lagi chelsea masih menjadi pendahulu liga setakat ini dengan kelebihan 2 mata di belakang manchester united yang menewaskan blackburn 2-0 pagi tadi.
Aku tak tahu sape man of the match game ni sebab semua player chelsea bermain dengan hebat malam tadi.Ancelotti sedikit membuat perubahan di bahagian pertahanan chelsea dengan menurunkan Paulo Ferreira dan Branislav Ivanovic dengan menggantikan Bosingwa dan Ashley Cole.Jaringan pertama chelsea mungkin agak kontroversi sedikit apabila chelsea meraih sepakan penalti hasil tackle pemain pertahanan bolton ke atas Drogba dan disempurnakan oleh Mahaguru sepakan penalti iaitu Frank Lampard pada minit terakhir separuh masa pertama.
Chelsea menggandakan usaha untuk memperolehi gol kedua namun peluang chelsea berjaya disekat oleh kekebalan penjaga gol Bolton,Jasskelainen yang bertindak cemerlang menyekat serangan chelsea.Namun gol kedua chelsea tetap berhasil apabila Deco mudah menjringkan gol pada minit ke 61 hasil daripada hantaran Anelka.Pada minit ke 82, gol ketiga chelsea menjelma menerusi gol sendiri oleh Zat Knight yang berpunca daripada hantaran cantik oleh Carvalho kepada Ivanovic namun disudahkan oleh player bolton itu sendiri.Namun gol terakhir chelsea boleh dikatakan gol paling menarik dalam match ni apabila satu gerakan cantik oleh Deco kepada Lampard dan Drogba menyempurnakan gol keempat chelsea itu untuk menjadikan kemenangan kedua terbesar chelsea dalam liga musim ini.
P/S : Liverpool kalah lagi,hehe...Kesian gak...apelah nasib Rafa Benitez pasni erk...tapi yang geramnyer ialah budak2 MU tu menang 2-0 dengan Blackburn pagi tadi.Hehe minggu depan korang tunggu la ancaman chelsea di stamford bridge,hehe