Liverpool 0 Chelsea B 2

Posted by KampungChelsea On Tuesday, April 29, 2014

1. Liverpool dimalukan oleh skuad kedua Chelsea. Hanya berbekalkan skuad simpanan dengan ketiadaan ramai pemain utama seperti Cech, Terry, David Luiz, Ramires, Hazard, Oscar, Eto'o, kita tetap berjaya menumbangkan mereka di stadium keramat itu.

2. Peduli kalau orang nak cakap Chelsea parking bus, chelsea anti-football, chelsea defensive team, yang penting adalah 3 mata. Dalam situasi sekarang, akhir2 musim ini kita harus pentingkan taktikal daripada permainan cantik. Chelsea tidak sebangang Arsenal & Spurs untuk bermain terbuka menentang Liverpool. Kalau kita tidak bermain secara taktikal, nescaya lauklah Chelsea malam itu. Oleh kerana taktikal defensive Chelsea lah, Suarez & Sturridge gagal membolosi gawang yang dijaga oleh budak muda berusia 20 tahun dan keeper back-up Schwarzer.

3. Kekuatan Chelsea ialah defensif. Lihat pada statistik, Chelsea kelab paling sedikit sekali dibolosi dalam liga. Manakala Liverpool bersandarkan pada bahagian serangan menyaksikan mereka kelab paling banyak menjaringkan gol dalam liga. Kekuatan Chelsea ialah defensif, manakala Liverpool ialah offensive. Mereka mempunyai dua striker yang mana masing2 top scorer epl iaitu Suarez dengan 30 gol, Sturridge 20 gol. Nak bandingkan striker2 Chelsea. Tiada satu pun yang boleh score lebih dari 10 gol. Lihat pula di bahagian tengah Mikel-Lampard. Corak permainan dua player ini ialah defensif. Jadi Mourinho tidak bodoh untuk menyuruh Chelsea bermain cantik dengan player2 seperti itu. Kita tahu Liverpool begitu hebat di Anfield dengan bahagian serangan yang tak henti2 score gol. Jadi untuk bermain secara terbuka merupakan satu kerja tak berakal.

4. Kata Brendan Rodgers Chelsea tidak bermain untuk menang & parking dua bus. Ye lah main tak nak menang pun boleh menang dan parking dua bus pun boleh menang 2-0 macam mana tu hahaha. Itu belum parking ferrari lagi. Bayangkan kalau Chelsea beraksi dalam prestasi terbaik, menggunakan skuad utama, agak2 berapa biji lagi Liverpool akan bolos malam itu ? Kita score gol hasil daripada kesilapan player mereka. Bayangkan jika Chelsea mencipta banyak peluang, entah2 Liverpool boleh kena lauk sampai 4/5 gol.

5. Tapi aku faham, Brendan Rodgers kecewa kerana dikalahkan oleh skuad Chelsea B. Mourinho pun tak sempat nak ajar dia cara2 nak menang menggunakan taktik "special" ini. Brendan Rodgers kena tahu dalam bola sepak, permainan cantik takkan bagi anda menang setiap game

P/S : Di Stamford Bridge kita tak parking bus tapi boleh menang 2-1, di Anfield kita parking bus dan menang 2-0. Kita kalahkan Liverpool dua kali dalam dua permainan yang berbeza

1 Response to 'Liverpool 0 Chelsea B 2'

  1. Keris Jebat Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/04/liverpool-0-chelsea-b-2.html?showComment=1399228690893#c552989785346399728'> May 5, 2014 at 2:38 AM

    oh, again, tahniah sebab menang keatas liverpool. taktikal tu valid sebab tak melanggari peraturan bola sepak pun, jadi well deserved win.

    yup, even chelsea b price tag higher than liverpool starting line up, memang sepatutnya perform kalau dah mahal. even the bench players pun lagi mahal, pendek kata chelsea mmg hebat lah bab2 taktikal ni, berpeluang cerah menang double season ni. all the best ye utk UCL dan memenangi BPL bulan ni, yelah, rafa yg sesingkat tempoh pemerintahannya pun ada satu piala eropah, inikan pula the special one, jose mourinho.

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png