Para pemain MU ini celebrate macam mereka menang liga pula. Tetapi itu lah bukan senang nak seri dengan bakal juara liga musim ini iaitu Chelsea. Tak ramai yang boleh seri dengan Chelsea. Seri dengan Chelsea ini umpama macam menang, ikut logik akal MU.
Ada 3 faktor kenapa kita gagal meraih 3 mata penuh di Old Trafford semalam :
1) Tak bunuh game lebih awal & bolos last2 minit
2) Keputusan pengadil ubah perlawanan
Point pertama, sudah banyak kali aku kata yang leading 1-0 tak selamat. Selepas mendahului 1-0, kita ada beberapa peluang yang kita patut bunuh game lebih awal namun kita sia2kan. Jika Hazard atau Drogba menyudahkan salah satu peluang yang mereka miliki, kita sudah memenangi perlawanan ini lebih awal lagi. Dalam perlawanan besar, kita tak boleh bergantung dengan hanya 1 gol kerana kita tahu last2 minit apa2 boleh berlaku. Benda ini nampak gayanya sudah menjadi rutin bagi Chelsea. Leading 1-0, bertahan dan lawan menyamakan kedudukan pada lewat permainan. Begitu juga ketika menentang City & Schalke, kalau kita memanfaatkan peluang, bunuh game lebih awal, leading 2/3-0, lawan takkan dapat lawan balik dengan scorline itu.
Pertukaran dibuat oleh Mourinho yang mana Oscar keluar, digantikan dengan Mikel. Ini juga salah satu faktor yang merugikan Chelsea. Tak salah untuk mengamalkan corak bertahan selepas leading. Namun sekurang-kurangnya biar kita score 2/3 biji dulu baru boleh keluarkan attacking player kepada defensive player.
Point kedua, keputusan Phil Dowd yang mengecewakan. Phil Dowd ini kalau kita nilai mutu pengadilannya, ia lebih banyak buruk daripada baik. Ok aku boleh terima kalau hanya 1 kesilapan. Namun dalam perlawanan ini terdapat banyak kesilapan. Jika Ivanovic dapat kad kuning, Phil Dowd sepatutnya melayangkan kad kuning yang sama juga kepada pemain MU yang menarik Ivanovic di kotak penalti & seterusnya menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea.
Bukan setakat penalti, terdapat beberapa lagi keputusan hambar dari Phil Dowd. Antaranya throw-in, tekel terhadap Hazard & ada free kick yang sepatutnya dihadiahkan kepada Chelsea.
Apa pun keputusan seri 1-1 di Old Trafford ini masih lagi okey bagi aku. Sekurang-kurangnya kita tidak kalah dalam perlawanan besar & kita juga belum lagi kalah dalam liga. Untuk menyamai rekod The Invincible Arsenal masih lagi jauh kerana ada baki 29 game.
Chelsea masih no 1, masih pendahulu liga, masih di persada liga, 4 mata di belakang Soton, 10 mata di belakang MU. Minggu depan pertembungan adik beradik Manchester, manakala kita pula akan melayan kunjungan QPR. Di situ kita berpeluang untuk menjarakkan lagi point dengan pencabar2 utama.
P/S : Jaringan Drogba membuktikan bahawa otai masih berbisa. Kita turun tanpa penyerang utama, penyerang kedua namun penyerang ke-3 yang veteran pun masih boleh score lagi. King Drogba!