Chelsea 2 West Ham 0

Posted by KampungChelsea On Tuesday, March 19, 2013

*Harap maaf lambat update.

Spurs kalah, jadi Chelsea rampas balik kedudukan no 3 liga dengan memiliki 59 mata dari 29 perlawanan. Baki 9 perlawanan yang tinggal ini (+ Spurs dah main lebih 1 game). Chelsea bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi top 3, malah kita juga berpeluang untuk cantas top 2 City. Tak jauh sangat 4 mata itu.

Berkenaan dengan perlawanan ini, Chelsea mempamerkan permainan bola sepak yang cantik, menarik & bermutu tinggi. Game ini umpama shooting practice. Jika kita lihat pada jumlah percubaan yang dibuat, Chelsea boleh menang sampai 7-0. Lampard & Ba kalau nak ikutkan masing2 dah boleh score hatrik.

Ba banyak mensia-siakan peluang. 2 kali one by one dengan keeper pun tak lepas. Walaupun perform teruk, tapi aku tak salahkannya 100% sebab Ba tidak beraksi secara regular. Sejak dibeli pada bulan Januari lepas, berapa game je dia main, kalau nak bandingkan dengan 3 musim Torres. Gol2 Ba ketika di Newcastle dulu, kita boleh lihat sangat superb, maksud aku, cara dia jaringkan gol itu melalui satu sudut yang sukar. Dia jarang score gol dalam situasi mudah  mungkin lepas ni Ba boleh praktis shoot satu sama satu dengan Cech.

Hazard sememangnya world class player. Dia memberi assist kepada gol ke-200 Lampard & juga mempersembahkan aksi individu yang superb untuk gol kedua Chelsea. 8 gol 8 assist setakat ini dalam penampilan di EPL, so peminat MU masih menganggap Kagawa lebih bagus dari Hazard ? heh!



Apa pun perfomance yang cukup berkualiti dari Chelsea. Ditambah pula dengan 200 gol Lampard. Hanya dua gol sahaja lagi untuk menyamai rekod Bobby Tambling. Mungkin ada haters akan cakap, 200 gol Lampard itu, separuh daripadanya adalah penalty kick. Tahukah anda, 12 musim 597 game Lampard score 200 gol ( hanya 43 gol sahaja daripadanya ialah penalty kick). Satu perkara lagi, Lampard bukannya striker tapi midfielder. Jadi 200 gol yang dihasilkan itu sudah cukup luar biasa bagi pemain tengah sepertinya. Giggs 21 musim, 686 game pun hanya score 109 gol je.

Fixture bulan 4 nanti tersangatlah padat. 3 game dalam 7 hari, bermula dengan Soton 1 April, 3 hari berikutnya lawan FA United. 7 April pula dengan Rubin Kazan untuk suku akhir Europa League.
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)

13 Response to 'Chelsea 2 West Ham 0'

  1. http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1363693125867#c435603613379934500'> March 19, 2013 at 7:38 PM

    yeah aku ada nampak game ni...walaupun kita kontrol game tapi sayang cuma ada 2 biji sja ehhehe

    demba pun da macam torres pulak da......1 vs 1 pun x score lagi huhuhuh apalah nak jadi striker d chelsea ni ....

    kalau ikutkan demba boleh dpt 3 gol ....cuma nasib kurang baik hehhehe

    x kira la lampard gol dr segi apa ...yg penting gol hehehhehehe...cuma 2 biji lagi lampard akan memintas utk tangga pertama ......apapun mmg satu pujian yg baik utk lampard sbb sebagai midfielder beliau dpt scored banyak macam tu

     

  2. http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1363693778513#c3200723599443617410'> March 19, 2013 at 7:49 PM

    @mannerohardy Itulah, Demba Ba macam nak berjangkit dengan Torres pula, depan gol pun kantoi lagi haha.

     

  3. supercyborg Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1363719033012#c5503884371054283883'> March 20, 2013 at 2:50 AM

    ryan giggs x score 200 biji pn tp dpt renew contract ha2

    MUTV yeah!

     

  4. http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1363787876926#c6470168098123891949'> March 20, 2013 at 9:57 PM

    hehe.

     

  5. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1363837418856#c1444463134040696168'> March 21, 2013 at 11:43 AM

    I thought Hazard, Mata, Lampard & Demba Ba can humiliating the Hammers with amazing more than 7 goals. Awesome on-form performance as been expected & we back in 3rd of BPL with 1 game in-hand.

    Anyway, as our hectic journeys continue, as I heard that Chelsea squad did not attempting to train because the gap of match days is less than 2-3 days. Rafa ensure that the formation line-up will be filling in with all players at our disposal, without forcing them to go training & straightly picking up for that matches to avoid injuries. That's some of good tactical been applied by the Pingu.

    Perhaps, the on-song performances can be consistently displayed till the end of this season. If we go to win at least either FA or UEL cups, I could summarize that this is the worst season under Roman empire but THE BEST transition season Chelsea could have managed.

    #We keep MAZACAR & we must build our future team with them, I'm sure we will be top again. KTBFFH!

     

  6. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1363839094692#c1788038893087686492'> March 21, 2013 at 12:11 PM

    Mikel & Moses came back after winning the African cup with winning mentality too, as much as I concern, Ivanovic & Cahill have been held back & showing inconsistent fine displays. As for Marin & Betrand, I do not have any idea what is happening to both of them. Though, Piazon & Lukaku have earns 1st eleven squad in their own current loaned-clubs.

    New news for Kevin De Bruyne, there is a club interested to sign him this summer as same as Marin too. These no-source speculations might not helping us in the upcoming season. Hope Chelsea can managing sort of things soonest & thoroughly.

     

  7. http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1363862370186#c7682744779021166818'> March 21, 2013 at 6:39 PM

    speaking pulak kau ni maman, haha.

    "If we go to win at least either FA or UEL cups, I could summarize that this is the worst season under Roman empire but THE BEST transition season Chelsea could have managed."

    Aku tak rasa teruk pun sebab kalau season ni sekurang-kurangnya Chelsea menang 1 trofi (Piala Fa atau Europa League), contoh :

    EPL - top 3
    Fa Cup - Juara
    Europa League - Finalis

    Ia masih season yg bagus, maman. Champions League spot lepas, Fa Cup masih dipertahankan & utk europa league 50%-50% juara atau tak.

    Macam musim lepas, Chelsea punya pencapaian liga sangat teruk, no 6. Namun ia diselamatkan oleh trofi Champions League & Piala Fa.

     

  8. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1364006234621#c2029477434709879759'> March 23, 2013 at 10:37 AM

    Pd aku, season TERUK yg aku maksudkan tu, dr segi ketidak stabilan pengurusan Chelsea, kebanaan Emenalo & Board, kontroversi Rafa & fans, season ni paling bnyk dah leading tp kene makan balik (draw/lose), kelemahan bhgn CF yg berterusan smpi akhir season serta kerap kene bedal dgn opponent smpi patah/berdarah/injured teruk, kes sambung kontrak otai2 yg masih floating, kes double-pivot (DM/CM position) yg smpi skrg masih jd punca sebenar kekalahan (sebab partnership masih tiada yg sesuai bersama) & kita tiada 1st eleven yg permanent then loaning semua potential stars (Piazon, Lukaku, De Bruyne etc. walhal kte harungi matches yg paling banyak season ni).

    Last time yg kte tahu, Chelsea mmg tiada masalah di bhgn serangan, hanya kelemahan di set-piece, masalah dgn referee, tp player masih available & if xdpt main pun sebab digantung perlawanan. Sebab tu dpt go through season2 seblum ni dgn baik. Tp season kali ni, kte nmpk dr segi byk angel yg Chelsea ni kelab bermasalah contoh Stamford Bridge bukan lg our FORTRESS place yg digeruni sbb fans sendiri pun jdkan stadium kte sbg bahan jenaka media & musuh, even ada masanya, mcm mmg xde masalah (mcm game lwn Villa 8-0, 2 games yg lepas baru2 ni gile best, tp xkonsisten spnjg 1 season ni).

    Itu yg aku dpt kumpulkan permasalahan Chelsea dlm dunia so-called TRANSITION to NEW STARS GENERATION. Lain2, aku sgt2lah setuju dgn ko, @KC.

     

  9. http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1364036228453#c5747460884267243009'> March 23, 2013 at 6:57 PM

    This comment has been removed by the author.

     

  10. http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1364036283639#c4952492633503124714'> March 23, 2013 at 6:58 PM

    maman, bahagian chelsea yang bermasalah hanyalah ialah di bahagian serangan. Dan musim ni Chelsea banyak split, banyak hilang trofi, ada kena mengena dengan aspek itu. Chelsea telah ambil risiko yg tinggi dengan hanya memperjudikan 1 striker yang struggle. Selepas Drogba blah, Chelsea ambil pendekatan utk tidak membeli sebarang striker baru, bagi membei peluang untuk Torres menyinar, tapi sayang perkara itu tidak berlaku.

    Chelsea beli Oscar, Hazard, Mata, namun tetap gagal untuk mengembalikan form sebenar Torres. Sampaikan Roman lantik manager yg ada kena mengena dengan Torres di liverpool hari itupun tetap juga failed.

    Chelsea ada world class keeper, world clas defender, world class midfielder tapi sayang striker world class flop. Ba not good enough.

    Abbas Saad, pundit FourFourTwo itu sendiri cakap, Chelsea need a real no 9 striker.

    keadaan jadi lebih huru lagi bila Roman melantik Rafa Benitez menjadi manager, yg mana kita semua tahu, majoriti fans chelsea memang tidak menyukainya atas sebab berlaku kisah2 beliau di liverpool dulu.

    Nak salahkan Rafa 100% pun tak boleh juga sebab zaman RDM pun chelsea dah hilang 3 gelaran (komuniti shield, uefa super cup & tersingkir dari groupstage UCL)... cuma kehadiran Rafa lebih mengeruhkan keadaan.

    Cuma yg selalu aku cakap, the BIG PROBLEM Chelsea musim ni ialah kebanaan & kebangangan 1st striker pilihan Roman Abramovich itu. Chelsea need another "Didier Drogba" utk kembalikan semula apa yg telah dikecapi seperti musim2 yg sudah.

     

  11. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1364186781100#c172670475849650373'> March 25, 2013 at 12:46 PM

    Gudjohnsen, Zola, Drogba, Hasslebaink & T.A.Flo membuktikan mereka boleh jd striker powerhouse utk Chelsea, tetapi direnggut status tu sejak pembelian Mateja Kezman (power assist je), Adrian Mutu (Power tp masalah dadah), Hernan Cresspo (power tp xdpt sesuaikan diri di London), Andriy Shevchenko (ada score tp bukan prolifik & bukan secara konsisten - peak sbb dh 30 thn), & Torres (even dia shj yg score kesemua games yg Chelsea main season ni - dlm FIFA Club WC, UCL, FA, Capital One, EPL, Community Shield,& UEL, tp dia ttp masih dianggap bebanan yg Chelsea kene tanggung) memungkinkan yg Chelsea hanya tmpt utk striker mengjahanamkan karier bola sepak diorg.

    Sampai mcm tu sekali CURSE yg Chelsea tanggung. Betul, @KC, we need a REAL NO 9!

    Atl.Madrid & Diego Simeone ada kata yg diorg ttp mengalu2kan Torres kembali, tetapi, akhir season jwpn penuh ttg status antara Falcao & Torres (Valued around 10-13mil pounds).

     

  12. http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1364204250804#c2852217670547393702'> March 25, 2013 at 5:37 PM

    torres terpaksa tanggung beban sebab hanya die seorg striker tunggal. Lagipun benda tu die sendiri yg nak, sampaikan drogba ambil keputusan utk blah sebab nak bagi peluang kepada Torres menyinar di Chelsea).

    Striker kena power, kalau tak power, sesuatu kelab itu takkan ke mana. Chelsea menang musim lepas pun sebab Drogba & old guard yg lain. Kalau striker tak power, Chelsea takkan boleh menang epl mase musim 2010-2011 (zaman ancelotti) + score 107 gol. Mase tu Drogba, Anelka, Kalou yg mengemudi attacking Chelsea.

    So bila Drogba blah & Chelsea nak bagi laluan kepada Torres, aku memang dah rasa lain macam. Aku predicti chelsea akan struggle kalau hanya meletakkan Torres seorg di bahagian forwards. Jadi tekaan aku itu benar.

    Diego Simeone bagi hint yg kelab diorg mungkin akan alu2kan balik kehadiran Torres. Bagi aku, itu satu berita bagus. Roman pun macam tgh plan nak swap Torres dengan Falcao je, haha.

     

  13. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-2-west-ham-0.html?showComment=1364262032625#c1294344252897023545'> March 26, 2013 at 9:40 AM

    Tapi, Falcao dipegang oleh outsiders (Unknown Group of association yg kaya-raya) yg memungkinkan SWAP deal xkan dilayan. Hmmm... Camane tu?

    Anyway, aku hrp Jose balik. Sbb biar manager kasi setel dulu, baru boleh persuade stars. Jose ada hint nak kembali ke old2 club yg dia pnh manage. Baru2 ni, ada byk picture dia rounding kat London (Xkan dia nak Reading or QPR lak kan?) Huhu

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png