Chelsea 1 West Brom 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 03, 2013

Hanya 1 gol tapi yang lebih penting ialah 3 mata.

Kita cipta banyak peluang namun gagal menyudahkannya. Itulah yang menjadi masalah Chelsea musim ini. Chelsea kekurangan finisher. Musim lepas attacking kita banyak dibantu oleh Drogba, tapi lihatlah selepas Drogba tiada, yang tinggal hanyalah kuda tempang bernama Torres.

Ben Foster kerap kali mengekang percubaan yang dibuat, namun kalau kita lihat dari sudut perspektif yang lain, penyudah Chelsea sangat lemah. Ada some part yang kita patut score tapi kita tak score. Aku pernah terfikir masa awal2 musim dahulu, selepas Drogba pergi, kenapa Chelsea tak beli striker. Kenapa kita hanya beli winger, semata-mata untuk deliver kepada seorang striker yang tak boleh pergi jauh. Ba dibeli pun pada bulan Januari lepas, yang mana ketika itu Chelsea sudah miss 3 trofi.

Satu perkara lagi, aku tengok sejak kebelakangan ini, Chelsea tidak bermain sebagai satu pasukan. Masing2 lebih ke arah individualistik. Sebab itu Chelsea sering kalah dalam big game, kita kurang team-work.

First half sangat superb. Kombinasi Mata, Hazard & Oscar seperti biasa tidak mengecewakan. Mereka bertiga melancarkan beberapa serangan yang berbahaya ke kubu West Brom. Tapi sayang peluang demi peluang disia-siakan.

Dan Jambatan Stamford bergemuruh apabila Ba memecah kebuntuan menerusi jaringan pada minit ke-28 selepas menyambut baik umpanan silang David Luiz. Scoreline 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat.

3 subs yang dibuat iaitu Moses-Hazard, Mikel-Mata, manakala Ba-Torres. Cuma kemasukan Torres bagi aku sia2, seperti buang masa. Dia masuk pun hanya sekadar berjogging di atas padang.

Lukaku banyak tolong West Brom musim ini. Aku lihat dia semakin improve di bawah pimpinan Steve Clarke. Setakat ini dia menjaringkan 12 gol dalam 25 game, statistik yang jauh lebih baik dari Torres. Cuba bayangkan kalau awal musim dahulu, jika bahagian attacking diketuai oleh Ba, Lukaku & Sturridge. Sudah pasti Chelsea akan capai target yang disasarkan. Mungkin sekarang ini kita still compete dengan MU untuk title race.


Sebut pasal West Brom aku teringatkan nasib AVB & RDM. Mereka berdua dipecat sejurus sahaja selepas kalah dengan West Brom. Berkenaan dengan Rafa, kita semua sudah tahu nasib beliau macam mana nanti. Selepas press conference dibuat beberapa hari lepas, ia masih tidak dapat ubah persepsi fans Chelsea terhadapnya. Dalam game semalam, masih kelihatan sepanduk2 seperti "Rafa Out" dan bunyi cemuhan "boo" terhadap beliau. Kadang2 sukar untuk ubah pendirian orang lain terhadap seseorang itu. Mungkin result sahaja yang boleh menyelamatkan Rafa sekarang ini.

4 Response to 'Chelsea 1 West Brom 0'

  1. arituarini Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-1-west-brom-0.html?showComment=1362299367150#c6958188464520139319'> March 3, 2013 at 4:29 PM

    -pluang yg oscar dpt tu klau drogba dah lama gol..

     

  2. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-1-west-brom-0.html?showComment=1362360837987#c3876183289241995435'> March 4, 2013 at 9:33 AM

    Oscar if not, should getting 4 goals but denied by Foster's superb saves.

    That Ben Foster, should be our back up GK, not Turnbull. Hahahaha.

    Anyway, Chelsea did not 'simply give a damn chance' to let us being conceded. Terrific plays.

    Keep the clean sheet & we will be in top3 for sure. 10Games to go!

    #Spurs marching on with quickfire double from Bale & Lennon to sink Gunners back to the way they are belong...

    #KTBFFH #RafaOUT #JoseComeOnHome #MAZACARAwesome #PrayForSabah

     

  3. http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-1-west-brom-0.html?showComment=1362456117633#c310540971935493813'> March 5, 2013 at 12:01 PM

    ya clean sheet tu penting ...

    permainan kita kurang baik sama seperti sebelum ini cuma nasib kita baik skit ada goal sebiji tu...
    lawan ada beberapa percubaan yg baik dan kelebihan di ambil oleh golkeper kita cech utk menyelamatkan keadaan ;) ehheheheh


    apapun skrg ni aku kurang skit fokus tgk bola ...almaklum saudara saudari ....tempat aku skrg ni ada perang

    doakan kami semua yg berada di sabah ini selamat dunia akhirat ;) ya ALLAH perkenankan lah doa kami

     

  4. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/03/chelsea-1-west-brom-0.html?showComment=1362558617434#c378023118172743287'> March 6, 2013 at 4:30 PM

    Sentiasa mendoakan rakyat Sabah!
    Kuatkan semangat & bersatu!

    Moga negeri Sabah, labuan & Sarawak sentiasa dilindungi Tuhan yg Maha Esa!

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png