Untuk 2 minggu ini, Chelsea akan berentap dengan MU dalam Piala Fa, Rubin Kazan (Europa League), Sunderland & Spurs untuk EPL. Jika menang semua game ini (sukar tapi tak mustahil), kita akan set up di semi final Piala FA & Europa League, dan cantas balik posisi ke- 3 liga (4 points clear).
Jika sasaran ini tercapai, aku masih rasa Chelsea berada dalam landasan yang tepat. Menjuarai trofi Piala Fa/Europa League serta kekal dalam kedudukan 3 teratas liga sehingga akhir bulan 5, ia boleh dianggap satu musim yang baik (jika diukur masalah yg kita alami sepanjang musim ni dengan striker flop, fans dengan manager tidak bersatu).
|
Ketiadaan Mata & Ba mungkin boleh dijadikan alasan kenapa kita gagal meraih 3 mata di St Mary. Aku tak menafikan Southampton beraksi dengan baik, cuma ketiadaan beberapa tonggak utama sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kekalahan 2-1 ni.
Harus diingat, Chelsea mencatat kemenangan 5-1 ke atas Soton dalam saingan Piala Fa sebelum ini pun hasil daripada kombinasi hebat Mata-Hazard-Ba. Rafa mengambil risiko yang tinggi dengan merehatkan David Luiz, Cahill, Ashley Cole, Mata & Ba, semata-mata untuk fokus kepada game Piala FA dengan MU hari isnin nanti. Ternyata strategi itu tidak berhasil kerana Moses & Bertrand beraksi teruk. Aku hanya lihat Azpilicueta sahaja yg banyak naik atas buat overlapping tapi Bertrand ? tidak berfungsi apa2. Hazard & Ramires masuk pun pada pertengahan separuh masa kedua.
Satu hal lagi, bukan mudah untuk menundukkan Soton. Mereka telah memalukan City & Liverpool 3-1. Lihat pada gol pertama Soton, mereka menterjemahkannya melalui hantaran bijak one-two dari midfield kepada striker. Mamat yang nama Jay Rodriguex itu mempunyai sprint yg luar biasa, sangat laju. Dan betul lah cakap Jack Cork, Rickie Lambert is better than Torres.
Walaupun kalah, aku masih lagi positif mengenai peluang Chelsea untuk capai top 4 spot. Spurs sudah cantas balik posisi ke-3 namun kita masih memiliki satu baki perlawanan. Dengan Arsenal yang sedang mengekori rapat posisi ke-4, jadi persaingan merebut top 3 & top 4 akan jadi lebih sukar. Segalanya akan ditentukan dalam 8 game yg terakhir ni.
* Chelsea Agree Deal to Appoint Jose Mourinho *
Tipulah kalau aku cakap aku tak gembira Mourinho latih Chelsea balik. Ia bagaikan satu mimpi jika dapat melihat beliau uruskan kembali The Blues.
Aku tak pernah jemu setiap kali baca berita tentang Mourinho. Berkenaan dengan spekulasi yang mengaitkan beliau bakal kembali ke Stamford Bridge itu makin menjadi-jadi selepas Mourinho sendiri memberi signal, seandainya memilih untuk meninggalkan Real Madrid, beliau mungkin akan berhijrah ke destinasi yang pernah dinaunginya sebelum ini.
"It's not easy to choose a new destination after working in England, Portugal, Italy and Spain. Maybe I could return to somewhere I've already been. Watch out for surprises."
Porto, Chelsea atau Inter Milan ? hehe.
Banyak faedah & keistimewaan jika The Special One bersama kita :
1. Chelsea akan kembali bersaing dengan adik beradik Manchester untuk kejuaraan liga. Kita semua tahu Mourinho mempunyai kualiti dalam hal ini. Beliau muncul selaku pengurus pertama yang memenangi gelaran liga domestik di empat buah negara iaitu Portugal, England, Itali dan Sepanyol. Sejak dia keluar, Chelsea macam susah nak compete dengan MU untuk perebutan takhta liga. Zaman Ancelotti hari itupun hanya bertahan 1 musim.
2. Mourinho mempunyai hubungan yang baik dengan peminat, berbeza dengan apa yang berlaku kepada Rafa Benitez sekarang. Tak lupa para pemain juga menyukainya, sampaikan Ivanovic & Azpilicueta mengatakan "it pleasure to work with Mourinho".
3. Kubu Stamford Bridge kembali unbeatable. Tahukah anda, Chelsea never lost a single league game at home under Mourinho. Tengok, begitu kuatnya pengaruh Mourinho.
"Everybody knows i'll never lose at Stamford Bridge. My
record is unbeatable. It is amazing — we were so strong for such a long
time."
Mourinho pernah berkata “I miss England and my next job will be in England.There is unfinished business".
Mungkin apa yang beliau cuba maksudkan "unfinished business" itu ialah trofi Champions League bersama Chelsea. Bersama Mourinho, kita telah mengecapi hampir kesemua gelaran kecuali trofi UCL.
Mungkin fans lain akan mengatakan bahawa peminat kita ni desperate sangat nak tengok Mourinho balik Chelsea. Sebenarnya ramai yg ingin melihat Mourinho kembali ke Chelsea. Harry Redknapp, Alan Shearer, Ruud Gullit antara nama2 besar yg menginginkan perkara itu terjadi.
Kata Harry Redknapp,
"There are only one or two clubs over here which could possibly accommodate him. Of course, one of those is Chelsea. Mourinho is red-hot favourite to go back to the club where the fans still sing his name."
Walau apapun yang berlaku, Mourinho tetap menjadi sebahagian dalam sejarah bola sepak Chelsea. Dulu, kini & selamanya.
"I have a house and I have big emotional connections with Chelsea. Of course, Chelsea means more to me than other clubs. Chelsea is in my heart."
Dua minggu international week. Ada pemain kita yang terlibat & ada yang hanya goyang kaki di rumah. 30 Mac akan bersambung balik, yang mana kita akan mengharungi 4 game dalam masa seminggu. Boleh dikatakan minggu itu minggu yang agak gila. Hendak fokus Champions League spot lagi, Piala Fa lagi, Europa League lagi. Team lain senang lah, hanya concentrate untuk satu kompetitif. Jadi masa ini kita boleh lihat macam mana mentaliti pemain kita berfungsi dalam menangani jadual yang padat serta masalah keletihan. Di samping, rotation dibuat oleh Rafa terhadap skuad Chelsea yang kononnya dianggap "too small".
Rafa komplain tentang "Chelsea squad too small". Kalau "too small" sangat, kenapa tak panggil je mereka2 ni semua ? Ulises Davila dah bagitahu, dia ready untuk kembalikan ke Chelsea kalau pihak board kita betul2 memerlukan khidmatnya.
Kadang2 aku rasa terkilan dengan pengurusan Chelsea ni. Kenapa perlu loan Lukaku sedangkan bahagian striker cuma ada Torres ? Untuk Europa League ni, kita hanya boleh memainkan seorang sahaja striker, cuba bayangkan kalau Torres injured ?
Sebut pasal Lukaku, kalau ada anugerah pemain loan terbaik, sudah pasti dia akan menang. Setakat ini Lukaku telah menjaringkan 13 gol untuk kelab West Brom. Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Itupun bukan tiap2 game dia beraksi dalam kesebelasan utama. Namun Lukaku masih mempamerkan perfomance yang impressive, sekalipun diletakkan dari bangku simpanan. Dengan Ba 15 gol, cuba kita gabungkan mereka berdua di bahagian serangan Chelsea, konfem meletop beb. "The Beast feat The Beast", bukan "The Beast feat the Jambu boy".
Rakan senegara Lukaku, Kevin De Bruyne juga so far so good. Bruyne menyerlah di Bremen, kalau tak menyerlah, masakan boleh perform tiap2 game kat sana. Prestasinya juga dipuji oleh beberapa media Jerman.
Dan seorang lagi pemain Belgium, Thibuat Courtois turut mempamerkan hasil yang bagus seperti rakan senegaranya Lukaku & De Bruyne. Musim lepas membawa Atletico menjuarai Europa League & ketika ini mereka top 3 dalam liga domestik. Memandangkan kita punya world class goalkeeper belum berminat untuk gantung but, jadi Courtois akan stay lagi di Atletico.
Apa yang akan berlaku kepada mereka semua selepas berakhir sahaja musim ini ? Adakah dipinjamkan lagi atau dijual ? Itu yang menjadi persoalan kepada kita sekarang. Kelab kaya seperti Chelsea sememangnya suka berbelanja, suka membeli pemain2 star setiap musim. Jadi benda itu sedikit sebanyak menyukarkan pemain muda kita yang lain untuk menyinar.
*Harap maaf lambat update.
Spurs kalah, jadi Chelsea rampas balik kedudukan no 3 liga dengan memiliki 59 mata dari 29 perlawanan. Baki 9 perlawanan yang tinggal ini (+ Spurs dah main lebih 1 game). Chelsea bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi top 3, malah kita juga berpeluang untuk cantas top 2 City. Tak jauh sangat 4 mata itu.
Berkenaan dengan perlawanan ini, Chelsea mempamerkan permainan bola sepak yang cantik, menarik & bermutu tinggi. Game ini umpama shooting practice. Jika kita lihat pada jumlah percubaan yang dibuat, Chelsea boleh menang sampai 7-0. Lampard & Ba kalau nak ikutkan masing2 dah boleh score hatrik.
Ba banyak mensia-siakan peluang. 2 kali one by one dengan keeper pun tak lepas. Walaupun perform teruk, tapi aku tak salahkannya 100% sebab Ba tidak beraksi secara regular. Sejak dibeli pada bulan Januari lepas, berapa game je dia main, kalau nak bandingkan dengan 3 musim Torres. Gol2 Ba ketika di Newcastle dulu, kita boleh lihat sangat superb, maksud aku, cara dia jaringkan gol itu melalui satu sudut yang sukar. Dia jarang score gol dalam situasi mudah mungkin lepas ni Ba boleh praktis shoot satu sama satu dengan Cech.
Hazard sememangnya world class player. Dia memberi assist kepada gol ke-200 Lampard & juga mempersembahkan aksi individu yang superb untuk gol kedua Chelsea. 8 gol 8 assist setakat ini dalam penampilan di EPL, so peminat MU masih menganggap Kagawa lebih bagus dari Hazard ? heh!
Apa pun perfomance yang cukup berkualiti dari Chelsea. Ditambah pula dengan 200 gol Lampard. Hanya dua gol sahaja lagi untuk menyamai rekod Bobby Tambling. Mungkin ada haters akan cakap, 200 gol Lampard itu, separuh daripadanya adalah penalty kick. Tahukah anda, 12 musim 597 game Lampard score 200 gol ( hanya 43 gol sahaja daripadanya ialah penalty kick). Satu perkara lagi, Lampard bukannya striker tapi midfielder. Jadi 200 gol yang dihasilkan itu sudah cukup luar biasa bagi pemain tengah sepertinya. Giggs 21 musim, 686 game pun hanya score 109 gol je.
Fixture bulan 4 nanti tersangatlah padat. 3 game dalam 7 hari, bermula dengan Soton 1 April, 3 hari berikutnya lawan FA United. 7 April pula dengan Rubin Kazan untuk suku akhir Europa League.
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)
Salam jumaat.
Akhirnya Torres menjaringkan gol. Dia bukan sahaja score gol kemenangan & malah dia juga miss penalty, yang mana pada waktu itu kita berpeluang untuk menjarakkan kedudukan. Aku nampak effort dari Torres. Cuma aku tak berani nak cakap selepas dia score gol itu, dia sudah temui prestasi terbaik kerana masalah Torres ini ialah dia tidak konsisten. Dia tidak score gol secara regular. Untuk menunggu dia perform bagus, kadang2 perlukan sampai 4/5 game. Sebagai striker tunggal dalam kompetitif Europa League, apa yang Torres perlu buat ialah score gol secara regular. Itu tugasnya & itu sebab kenapa Chelsea belinya. Aku tuntut konsistensi dalam prestasi Torres. Dan aku harap dia tidak lagi lupa cara2 untuk menjaringkan gol.
Selepas kalah dalam pertemuan pertama, kita berjaya menterbalikkan defisit 1 gol itu dengan meraih kemenangan 3-1, menerusi jaringan Juan Mata, kapten marvel JT & Nando Torres.
Dua nama yang tidak asing lagi iaitu Mata & Hazard. Mereka berdua sememangnya kombinasi pemusnah, senang cakap mat2 provider yang kejenya menjadi penggerak permainan. Seperti yang selalu aku cakap, Mata kunci kepada kejayaaan Chelsea, lebih2 lagi untuk dua bulan yang terakhir ini. Jika Rafa sentiasa memainkan Mata-Hazard-Oscar, rentak permainan kita akan jadi lebih stabil & tersusun.
Pujian juga kepada Mikel. Dia tak banyak buat mistake hari ini. Kekuatan fizikalnya membolehkan kita dengan mudah kawal possesion, holding bola, pressure pihak lawan. Ada improvement yang aku nampak dalam prestasi Mikel sejak akhir2 ni.
Apapun kemenanan ini bukan sahaja dapat melegakan Rafa, malah kejayaan ke suku akhir Europa League ini dapat menutup mulut busuk pemilik kelab Steau Bucharest, Gigi Becali.
"Chelsea isn’t a team that can score three goals against us. Never!. I saw one of their games and told you this is a very slow team. Chelsea do not have any speed. And if they don’t have speed, then we will hit them badly. Terry... he didn’t even know where his hat was! Terry was destroyed, he was like in the movies, in a children’s play! Hazard couldn’t even move. He hazardized! No one in the Europa League can beat us."
Umpama jilat ludah sendiri. Kita score 3 gol & seterusnya layak ke suku akhir. Terry, Hazard masing2 mempamerkan aksi cemerlang. Dan sekarang ini apa yang cuba beliau katakan itu terkena batang hidung sendiri.
The Blues march on in Europe. KTBFFH#.
P/S : Ahad lepas lawan MU, 4 hari berikutnya lawan Steau dan ahad ni pula akan lawan Soton. 3 game seminggu, mana tak letih weh.
Kita membuat comeback selepas ketinggalan 2-0. Secara ringkas boleh aku katakan, 1st half milik United, manakala 2nd half Chelsea. Separuh masa pertama sangat teruk. Kita melepaskan dua gol mudah dalam masa 6 minit.
Namun kita bangkit & lawan balik pada separuh masa kedua. Double substitution yang dibuat oleh Rafa merupakan turning point dalam perlawanan ini. Kemasukan Hazard & Mikel ternyata berbaloi. Ia menjadi titik kebangkitan Chelsea. Gol Hazard sememangnya world class.
MU tidak memanfaatkan kelebihan dua gol mereka. Serius aku tak pernah lihat lagi mana2 team yang boleh memperlakukan MU sebegitu di Old Trafford, melainkan Chelsea. 10-15 minit terakhir sangat superb. Kalau tak kerana De Gea, kita mungkin dah dapat gol kemenangan. De Gea terpaksa menggunakan tumit kakinya untuk mengekang percubaan Mata,
Superb perfomance untuk separuh masa kedua. Kita tunjukkan semangat juang yang tinggi. Tak salah kalau aku katakan, jika Chelsea perform macam ni, kita boleh boleh juara apa2 trofi sekalipun.
Terbaiklah Chelsea. Keep it up !
Undian separuh akhir Piala FA : City vs Chelsea/MU, Wigan vs Blackburn/Millwall.
Macam mana linesman boleh terlepas pandang insiden ni ? oh ye lupa howard webb jadi ref, aku faham.
Salam Jumaat.
Chelsea seperti beraksi "10 orang". Ruud Gullit pasti akan setuju kerana sebelum ini beliau pernah memberi kenyataan sebegitu. Meletakkan Torres sebagai penyerang ibarat meletakkan tin kosong di atas padang.
Tapi apa boleh kita buat ? Chelsea hanya boleh guna satu striker. Ba cup-tied. Torres kalau dia perform teruk mana sekalipun, dia tetap akan berada dalam 1st starter kerana ttu sahaja option yang Chelsea ada.
Dalam perlawanan ini, Chelsea bermain tiada hala tuju. Kita hanya mencipta sedikit sahaja peluang. Nasib baik gawang Cech hanya dibolosi satu gol. Pihak lawan tak adalah bermain hebat sangat, cuma kita gagal mencari rentak permainan sebenar.
Bertrand gagal melaksanakan tugas. Tiada fungsi apa2. Beraksi sebagai left midfielder pun tak menyerlah, begitu juga di posisi left back. Tiada overlapping yang dilakukan dari belah kanan & kiri. Kegopohannya terselah selepas dia mengasari pemain lawan & pengadil tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Steau Bucharest.
Macam mana nak menang dengan MU hari isnin nanti kalau kita beraksi seperti ini ? Defisit hanya 1 gol namun memandangkan sejak akhir2 ini home form kita kurang memuaskan, bila2 masa sahaja Steau boleh melakukan kejutan untuk 2nd leg nanti. Pusingan sebelum ini pun kita hanya seri 1-1 dengan Sparta Praha di Stamford Bridge.
Serius aku cakap, kita takkan boleh menang apa2 trofi pun kalau ada striker seperti Torres. Dia tak membantu langsung. Kalau tak score pun, sekurang-kurangnya biarlah ada sumbangan kat atas padang. Start dari zaman Ancelotti hinggalah RDM, Torres masih tidak menjadi. Cuba bayang kalau musim lepas Torres lebih diutamakan dari Drogba, agak2 boleh tak Chelsea menang Champions League ? Fikir2kanlah.
Off-topic : Aku harapkan semua penduduk Sabah, terutama sekali di Lahad Datu berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan semua urusan. Semoga keadaan kembali aman, supaya hati penduduk Sabah kembali tenang daripada ketakutan.
Hanya 1 gol tapi yang lebih penting ialah 3 mata.
Kita cipta banyak peluang namun gagal menyudahkannya. Itulah yang menjadi masalah Chelsea musim ini. Chelsea kekurangan finisher. Musim lepas attacking kita banyak dibantu oleh Drogba, tapi lihatlah selepas Drogba tiada, yang tinggal hanyalah kuda tempang bernama Torres.
Ben Foster kerap kali mengekang percubaan yang dibuat, namun kalau kita lihat dari sudut perspektif yang lain, penyudah Chelsea sangat lemah. Ada some part yang kita patut score tapi kita tak score. Aku pernah terfikir masa awal2 musim dahulu, selepas Drogba pergi, kenapa Chelsea tak beli striker. Kenapa kita hanya beli winger, semata-mata untuk deliver kepada seorang striker yang tak boleh pergi jauh. Ba dibeli pun pada bulan Januari lepas, yang mana ketika itu Chelsea sudah miss 3 trofi.
Satu perkara lagi, aku tengok sejak kebelakangan ini, Chelsea tidak bermain sebagai satu pasukan. Masing2 lebih ke arah individualistik. Sebab itu Chelsea sering kalah dalam big game, kita kurang team-work.
First half sangat superb. Kombinasi Mata, Hazard & Oscar seperti biasa tidak mengecewakan. Mereka bertiga melancarkan beberapa serangan yang berbahaya ke kubu West Brom. Tapi sayang peluang demi peluang disia-siakan.
Dan Jambatan Stamford bergemuruh apabila Ba memecah kebuntuan menerusi jaringan pada minit ke-28 selepas menyambut baik umpanan silang David Luiz. Scoreline 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat.
3 subs yang dibuat iaitu Moses-Hazard, Mikel-Mata, manakala Ba-Torres. Cuma kemasukan Torres bagi aku sia2, seperti buang masa. Dia masuk pun hanya sekadar berjogging di atas padang.
Lukaku banyak tolong West Brom musim ini. Aku lihat dia semakin improve di bawah pimpinan Steve Clarke. Setakat ini dia menjaringkan 12 gol dalam 25 game, statistik yang jauh lebih baik dari Torres. Cuba bayangkan kalau awal musim dahulu, jika bahagian attacking diketuai oleh Ba, Lukaku & Sturridge. Sudah pasti Chelsea akan capai target yang disasarkan. Mungkin sekarang ini kita still compete dengan MU untuk title race.
Sebut pasal West Brom aku teringatkan nasib AVB & RDM. Mereka berdua dipecat sejurus sahaja selepas kalah dengan West Brom. Berkenaan dengan Rafa, kita semua sudah tahu nasib beliau macam mana nanti. Selepas press conference dibuat beberapa hari lepas, ia masih tidak dapat ubah persepsi fans Chelsea terhadapnya. Dalam game semalam, masih kelihatan sepanduk2 seperti "Rafa Out" dan bunyi cemuhan "boo" terhadap beliau. Kadang2 sukar untuk ubah pendirian orang lain terhadap seseorang itu. Mungkin result sahaja yang boleh menyelamatkan Rafa sekarang ini.