Habit bolos last2 minit berulang

Posted by KampungChelsea On Sunday, February 03, 2013

Nak tahu apa kekurangan Chelsea dengan pasukan French Import itu ? Kita lemah dari segi fizikal dan aspek itulah sedikit sebanyak menjadi kekurangan kepada Chelsea jika berdepan dengan pasukan negro. Kita punya sprint pun kalah dengan mereka.

Sissoko dibeli dengan harga 2 juta sahaja telah menunjukkan impak tapi pemain 50 juta pound kita tiada fungsi apa2. Masuk menggantikan Ba namun kemasukannya hanya sekadar hangat2 tahi ayam. Walaupun bagi assist kepada gol Mata namun sebagai striker, kita mengharapkan lebih daripada itu. Satu hal lagi, Bertrand. Kenapa Rafa suka sangat mainkannya di left midfielder. Tak menjadi lah percaturan itu. Dah banyak kali lah wei.

Kapten Magpies, Coloccini itu sepatutnya dibuang padang atas insidennya menyepak muka Ba & Chelsea seharusnya dapat sepakan penalti. Awful decision by FA referee.

Berkenaan dengan defensif, kubu pertahanan kita sangat mengecewakan. Lihat pada gol kedua Newcastle, semua naik atas, yang tinggal hanya Cahill. Jadi bile lawan buat counter, semua jadi gelabah. Rafa punya taktikal sangat gopoh. Bila leading 2-1, pada waktu itu, kita harus lebih tenang. Tak perlu kalut suruh semua defend naik atas serang.

Gol penyamaan Super Frank memang superb, mengingatkan aku zaman kegemilangannya yang sering score gol macam itu. Gol Mata juga cantik. Tendangan lencong yang tidak mampu dijangkau oleh Krul.

Ketika kita leading 2-1, masa itu aku ingatkan Chelsea mungkin akan menang. Kita cari 1/2 gol lagi untuk kukuhkan kedudukan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Newcastle dapat balik gol penyamaan menerusi counter attack & kemudiannya memperolehi gol kemenangan.

3 seri, 1 kalah. Itu rekod 4 game terakhir Chelsea.Padahal masa ini kita sepatutnya menang & pungut banyak point. Title race sudah berakhir, top 3/4 pun belum tentu selamat kalau result begini yang kita boleh hasilkan.

P/S : Kita hilang ramai key player. Luiz cedera, Hazard kena ban. Mikel-Moses di AFCON. Romeu yang baru nak menyerlah pun, injured sampai habis musim.

10 Response to 'Habit bolos last2 minit berulang'

  1. Lulu Caldina Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/02/newcastle-3-chelsea-2.html?showComment=1359830190630#c5440888178791992165'> February 3, 2013 at 2:36 AM

    entahlah.. bila kita berharap untuk mencapai kemenangan, kemudian keputusannya tetap mengecewakan..

     

  2. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/02/newcastle-3-chelsea-2.html?showComment=1359851668681#c1294916116351917235'> February 3, 2013 at 8:34 AM

    Betrand mmg sial...xde function....ibarat lalat meraaap sini sana....

     

  3. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/02/newcastle-3-chelsea-2.html?showComment=1359851740339#c3915995661532694607'> February 3, 2013 at 8:35 AM

    This comment has been removed by the author.

     

  4. http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/02/newcastle-3-chelsea-2.html?showComment=1359856053854#c5500268469715375652'> February 3, 2013 at 9:47 AM

    chelsea mmg bodoh skrg ni semua player naik atas nak gol ...lepas tu tinggal 1-2org kat bawah ..kalau kena counter attack ahh kan bodoh namanya tu...sapa suruh korang naik semua......lepas semua midfielder x fungsi dan respond dgn striker ....dalam 20 pasingan hanya 2-3 utk striker ..ni masalah chelsea!!!!!!!!

    lagi satu aku da x tahan dgn rafa ni .....kena cari pengganti baru !!!!!!

     

  5. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/02/newcastle-3-chelsea-2.html?showComment=1359863731598#c7295860676484014564'> February 3, 2013 at 11:55 AM

    kenapa bertrand main? adakah option lain utk benitez kat sayap kiri?.. fakta. Chelsea punya skuad cukup kecil. Sblm Ba masok, chelsea cuma harap ngn Torres je.

    yg ni tkde kena megena ngn match newcastle. Chelsea sendiri TIDAK STABIL kalo pasal skuad yg kcik tu,sbg cth
    bila Cech cedera, yg ganti plak Turnbull yg tak berapa meyakinkn.(chelsea ada Courtois pun,Chelsea loankan konon2 utk mdptkn pengalaman) Courtois tu pun rasenya dh takde Chelsea dlm jiwa nya kalo skg ni dia tgh hot form kat Atletico Madrid.(aku berani katakan yg Courtois takkan nak sgt pun ngn Chelsea stlh dua musim kat Sepanyol kalo tengok Chelsea yg cukup tak stabil dr pengurusan)Ntah2 silap2 haribulan. de Bruyne pun Chelsea akan hilang ke kelab lain jgak.

    Guus Hiddink handle Chelsea pun,rasenye bgoyang jgak kalo dgn himpunan pemain2 superstar yg rata2nya syok nk score sendiri je.

    kesimpulan, Chelsea memang tidak stabil dr pengurusan n attitude para peamin tu sendiri, so benda tu effect ngn keputusan atas padang di tambah plak ngn kewujudan PENCINTA DI MATTEO DAN PEMBENCI BENITEZ.ape kejadahnya?. So kalau dh mcm tu,bnyk sgt ka hasil positif yg nk di harapkn?

     

  6. arituarini Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/02/newcastle-3-chelsea-2.html?showComment=1359875824280#c3488093163246274476'> February 3, 2013 at 3:17 PM

    -bertrand memang out dah gme ni...

    - sah oscar memang tamak dgn torres..dari torres masuk oscar tk kan bg torres..

    -btul ckp manner..semua naik..semua nk jringkan gol..

     

  7. arituarini Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/02/newcastle-3-chelsea-2.html?showComment=1359875919142#c6392138254554457195'> February 3, 2013 at 3:18 PM

    harap kekal no 3 tu je la..walaupun susah...tu je hrpan nk ke UCL musim depan..

     

  8. estilo2707 Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/02/newcastle-3-chelsea-2.html?showComment=1359939715868#c5508363760698506652'> February 4, 2013 at 9:01 AM

    Kita harus berubah, tukar mentaliti bahwa pencapaian individu kepada pencapaian pasukan... kalau masih kekal dengan sikap pentingkan diri, team takkan berkembang dan kita akan makin lame jatuh dan jatuh... jangan kate Fa Cup ataw cup ape lagi lepas ni, nak maintain dalam top 4 liga pun akan jadi payah... Spurs dah improve, Liverpool pn dah improve, Arsenal ade turun naik, so Chelsea, kita nak duk di level mane lepas ni... pikirkan la yek...

     

  9. SHAH345 Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/02/newcastle-3-chelsea-2.html?showComment=1359962993653#c8961465977234976339'> February 4, 2013 at 3:29 PM

    masalah banyak berpunca dari PLAYER sendiri,sikap tamak,pegang bola lama,bawak masuk Manager mana pun same jer kalo pemain x ubah sikap,

     

  10. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/02/newcastle-3-chelsea-2.html?showComment=1359969336724#c1062117435844405251'> February 4, 2013 at 5:15 PM

    Well, mungkin JT sendiri dah malas nk support Rafa. Tgk cara dia bermain pun x 101%. Aku tgk Chelsea kalah sbb dr Iva, JT & Cahill sendiri. Cech dh cukup cekap tp if dia je sorg nk elak kene bolos mmg xdapek nak tlg ah, ACole smpi kepenatan, Lampard xpuas ati tp suka tinggalkan post, Ramires dh start cepat berang sbb dia kerja susah & "overtime", Oscar xde perasaan & kureng dgn Torres, main ala-ala Mata, Demba Ba dibedal smpi patah hidung, Mata even die kreatif tp applying ONE-MAN GAME, Betrand with his delusional world, Benayoun lg "BEST", & Torres cergas tp masih xkuat sumbangan dia.

    In the end of the day, 4-5-1 xbest!!!!

    Tolong la ubah corak formasi. Kenapa lah nk gunakan 2 DM kalau bukan yg mcm Pirlo ada kat situ? Penat tgk... bnyk simpan bola ke arah pintu gol sendiri pulak tu.

    #RafaOUT... Tetap pendirian, sbb dia yg terlampau details dgn semua player smpi players xbebas & terikat dgn taktikal pelik Rafa.

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png