Video highlights Valencia 1 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Thursday, September 29, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau anda perasan, Chelsea patut dapat 2 penalty kick..pertama, ketika Torres ditarik di kotak penalty & keduanya, Mata dijatuhkan pada kotak yang same. Tapi, ye lah, macam biase, bila ada insan ke-12, memang kite tak boleh buat ape2. Hubungan referee dengan Chelsea skrg ni boleh diibaratkan anjing dengan kucing. Ape yang Chelsea buat, ade je yang tak kena. Unlucky again, again n again.

kate AVB : 

"It is useless and pointless to talk about the referee's performance now after the match.There could have been a penalty given for the foul on Fernando Torres in the first half. Ultimately the referee’s decisions are nothing to do with Chelsea.

Valencia 1 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Thursday, September 29, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kesilapan Chelsea hari ini bukan dari segi perfomance. Tapi dari segi strategi & susunan line-up pemain. Kenapa mengeluarkan goal scorer,Lampard dengan flop of the match, Kalou ? Kenapa tidak bagi Torres main sampai habis game sedangkan selepas pada ni die akan miss 3 match ? Itu sangat menghairankan aku.

Kalau tidak disebabkan Kalou, kite dah menang 1-0 dan mengutip 3 mata penuh. Kemasukan Kalou hanya sia2, itu je aku boleh cakap. AVB ingat Kalou boleh jadi super-sub ? AVB silap. Kalou tidak kerap memainkan peranan SUPER-sub ketika Chelsea berada di saat genting atau cemas. Berkenaan dengan insiden yang berlaku tadi, Valencia memperolehi sepakan penalti hasil daripada handball Kalou. Aku betul2 xfaham, kenapa kalou tiba2 menghulurkan tangannya ke arah bola. ape motif sebenarnya yang die nak buat ?  ape die ingat football ni macam netball ke boleh hulur2 tangan, tepis2 tangan ? Kalou oh Kalou.


Gol tunggal Chelsea dijaringkan oleh Super-Frankie pada minit ke-56 (assist by Malouda).

Apepun, yang penting kite tidak kalah dan hanya sekadar seri. Valencia bukanlah kelab cap ayam seperti Basel & Olympiakos. Mereka bermain dengan tempo laju, counter attack yg bagus. 2 minggu yang sudah, mereka seri 2-2 dengan Barca. So, kite perlu bersyukur dengan 1 mata yang diperolehi di Mestalla ini. Yang perlu diperbaiki hanya dari segi susunan & taktikal para pemain sahaja. ade problem skit dengan cara AVB handle line-up chelsea.

P/S : 1 lagi nak komen, aku sangat musykil dengan keputusan ref pada last2 minute. Chelsea dapat free kick & ape kejadahnya pegi tiup wisel di kala player kite belum lagi mengambil free kick. At least, si referee itu kena bagi player kite tendang bola dulu barulah die boleh tiup wisel penamat. Tak sangka pula, ref UEFA ni memang jenis keturunan bangang juga. ingat ref EPL je jenis macam tu.. tak pasal2, Mata dapat kad kuning.

Preview UCL : Mata "kembali" ke Mestalla

Posted by KampungChelsea On Wednesday, September 28, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixture UCL Chelsea kali ini sangat istimewa kerana ia akan menemukan kite dengan bekas kelab kesayangan Mata, iaitu Valencia. Kalau nak ikutkan, Valencia ni boleh dikategorikan sebagai oppenent familiar. Ye lah pasal kite sering sahaja diundi menentang mereka. Masihkah anda ingat lagi pada era zaman Jose Mourinho ? Chelsea pernah berjumpa dengan mereka di group-stage & juga quarter final. Aku anggap Valencia ni bukanlah calang2 pasukan. So, bukan mudah untuk tumbangkan team yang diberi julukan nama Los Che.

Selain Mata, Abang jambu juga akan follow-up sekali trip ke Mestalla, Spanish. Selepas dikejutkan dengan drama klimaks score gol & kemudiannya dapat red card minggu lepas, Torres dijangka akan meneruskan lagi tradisi golnya itu di hadapan ribuan penyokong Valencia. 2 minggu 2 gol, sememangnya abang jambu kite berada di landasan prestasi terbaik. Ops, jangan dilupa juga dengan kudrat Super-Drog yang sudah membuat comeback cemerlang ketika menentang Swansea City beberapa hari yang lalu. Baru main beberapa minit dah score gol, makan besi ke ape Drog ni, ish2.

Line-up kemungkinan (4-3-3)
Cech
Bosingwa - Terry - D.Luiz/Ivanovic - A.cole
Lampard - Mikel - Ramires
Drogba/Anelka - Torres - Mata


Mata sempat menyampaikan mesej penting kepada penghuni Mestalla :

“My priority is to win for Chelsea now. But I will try to be ­respectful if I do score and not celebrate.” 

Hmmm, respek itu kena ada, lebih2 lagi bile berdepan dengan bekas peminat yang pernah mengagungkan die suatu ketika dahulu.

P/S : Match akan bermula pada jam 2.30 pagi. Live @ Channel 813.

Chelsea 4 Swansea 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, September 25, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Score gol & kemudiannya dapat kad merah ? Ini betul2 unik !

Seperti yang dijangka, kite mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Swansea. Tetapi kemenangan yang dicapai terpaksa dibayar dengan harga yg mahal selepas Torres dibuang padang. Harus diingat, kite memenangi perlawanan ini dengan hanya bermain 10 orang. Arsenal & ManCity belum tentu boleh lakukan seperti yang kite buat.

Gol pertama memang lawa. Kerjasama dari Mata membuahkan hasil apabila Torres menyudahkan dengan cantik bola ke bucu gawang. Malang tidak berbau menimpa kepada abang jambu kite itu apabila die dibuang padang selepas mengasari pihak lawan. Kalau nak ikutkan tackle yang torres buat itu tidak mengenai kaki pemain swansea pun. Ape boleh buat, Mike Dean melihat terjahan tersebut keras dan terpaksa melayangkan kad merah kepadanya. Kalau pengadil lain, mungkin hanya kad kuning sahaja, tapi Mike Dean ni jenis ref yang pelik skit. Keputusan yang dibuat kebiasaannya sukar dijangka. Apepun Torres dah buat yang terbaik, die dah temui pretasi terbaiknya. soal red card, chelsea boleh mohon rayuan kepada pihak FA.

7 minit kemudian, Chelsea memperolehi gol kedua menerusi jaringan Adik Ramires. Ashley Cole membuat deliver pass tepat ke kotak penalti dan Ramires merembat mudah menewaskan keeper lawan, Michel Vorm.

Kecil2 cili padi

Walaupun bermain 10 orang, Chelsea masih tetap unggul meneruskan aksi cemerlang di separuh masa kedua. Percubaan Bilal Anelka hampir-hampir membuahkan gol tapi sayang rembatannya terkena palang. Seterusnya, Ramires menyambar umpanan dari Bosingwa untuk gol ke-3 Chelsea dan juga gol keduanya dalam perlawanan ni.

Swansea memperolehi gol sagu-hati menerusi Ashley Williams. Gol tersebut berpunca dari kelalaian Bosingwa yang lagi sekali leka dan gagal catch-up serangan tinggi pihak lawan. Drogba masuk pada lewat separuh masa kedua serta melengkapkan pesta kemenangan besar Chelsea 4-1 dengan satu jaringan menarik selepas memanfaatkan hantaran pendek Malouda pada minit2 akhir permainan.

Macam biase 3 substitution dibuat. AVB mengeluarkan Mata dan memasukkan Malouda. Manakala Drogba ambil alih tempat Anelka. Mceachran juga sempat main 10 minit terakhir, menggantikan Meireles.

Super Drog is back.. raja singa biru

Overall, aku puas hati dengan kemenangan besar Chelsea minggu ni. Namun rekod disiplin para player kite agak mengecewakan . Dua perlawanan dua kad merah. Begitu juga, dari segi statistik kebolosan gol. Sekali lagi, kite gagal untuk clean-sheet. hmmmm. Anyway, bolos atau tidak, yang penting  kite menang dan dapat 3 mata penuh. KTBFFH.

Next match lawan ex-club Mata, Valencia.

Preview : Kunjungan angsa putih (SWANsea)

Posted by KampungChelsea On Saturday, September 24, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minggu lalu, Chelsea kalah 3-1 kepada MU dan itu merupakan kekalahan pertama AVB bersama kite. Namun kem The Blues kembali ceria selepas menewaskan Fulham dalam saingan pusingan ke-3 Carling Cup pada hari rabu lepas.

Setakat ini, pencapaian Chelsea masih lagi memuaskan. Dari 5 perlawanan liga, kite mencatatkan 3 kemenangan, 1 kalah & 1 seri.

Sebelum lawan dengan MU, AVB terlebih dahulu berkata, apepun hasil yang diperolehi di Old Trafford tempoh hari tidak memberi efek negatif terhadap perjuangan Chelsea. Ya, itu betul, kerana kite tidak boleh menilai sesuatu keputusan dengan hanya 1 kekalahan sahaja. Perjalanan untuk mengejar takhta liga masih lagi jauh dan sekarang ni 5 perlawanan sudah selesai & tinggal lagi 33 game. Jika nak ikutkan musim lepas, Chelsea membuat permulaan bagus tapi sayang tercicir mata demi mata pada pertengahan liga dan seterusnya gagal menjadi juara. So, permulaan bagus, permulaan buruk tidak memberikan sebarang ganjaran yang lumayan. Pertengahan liga, akhir liga barulah menjaminkan detik2 kejuaraan yang sebenar.

 Dua angsa kecil yang pernah jadi singa biru

Dan malam ni kite berdepan dengan Swansea City yang merupakan pendatang baru liga musim ni. Walaupun mereka kelab promosi, tapi kite diingatkan supaya tidak mendabik dada, memandang rendah dengan keupayaan kelab yang dibimbing oleh Brendan Rodgers. Anda kenal dengan Brendan Rodgers ? Jika ade yang masih belum tahu, die merupakan ex- coach Reserve team Chelsea pada tahun 2004-2008.

Perkembangan terkini mengenai skuad Chelsea :

Drogba sudah pulih sepenuhnya & bakal beraksi malam ni sebagai 1st starter.

Di bahagian pertahanan, AVB akan menggandingkan JT & Ivanovic. David Luiz direhatkan selepas die beraksi sepanjang 120 minit ketika Chelsea menumbangkan Fulham hari rabu lepas.Ramires & Meireles akan mengisi di bahagian tengah. Mikel akan ambil alih tempat Lampard. Diharapkan agar Josh Mceachran & Oriol Romeu dapat beraksi lagi selepas kedua-duanya mempamerkan perfomance hebat ketika menentang Fulham.

Sturridge mengalami kecederaan dan akan digantikan dengan Anelka. Left winger sudah pasti Mata yang handle. Cech plak, ape cite ? die okey. Kecederaannya tidak serius sangat dan mungkin boleh beraksi pada game hari ni. Jika AVB masih was2 dengan situasi tersebut, kite ada Turnbull. Die masih boleh diharapkan.

1st Line-up kemungkinan :

4-3-3
Cech
Bosingwa - JT - Ivanovic - A.Cole
Meireles - Mikel - Ramires
Anelka - Torres - Mata

Line-up pilihan anda pula ?

Jangan lupe, perlawanan akan bermula pada jam 9.55 malam. Siaran langsung di saluran 812. KTBFFH !

Melangkah ke pusingan ke-4 dengan penuh emosi + dramatik

Posted by KampungChelsea On Thursday, September 22, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bermain dengan hanya 10 orang pemain (alex red card) + 2 pemain cedera tidak menghalang Chelsea untuk mara ke pusingan ke-4 Carling Cup selepas menewaskan Fulham 4-3 menerusi sepakan penalti. Perlawanan terpaksa ditentukan ke sepakan penalty selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada masa tambahan.

Tanpa skuad utama (Drogba,Mata,Torres,Anelka,Mikel,Ramires,A.Cole,Ivanovic) Chelsea masih mempamerkan perfomance bertenaga. Rata2 yang bermain hari ini kebanyakannya ialah pemain muda. Antaranya Lukaku,Mceachran,Romeu,Sturridge,Bertrand.

Kite sepatutnya berbangga dengan kemenangan kali ini kerana Fulham antara rival terkuat EPL & mereka bukanlah kelab cap ayam seperti Shrewsbury & Brighton & Hove A. Walaupun terpaksa bermain dengan 10 player selepas Alex dibuang padang, namun mental player kite still up. Fulham yang mempunyai advantage 11 pemain tetap gagal merobek gawang pertahanan kuat Chelsea yang diketuai oleh JT & Luiz.


Boleh dikatakan match agak suspens & penuh emosi kerana kedua-dua pasukan saling membalas serangan. Kedudukan masih 0-0 & macam biase match disudahkan dengan beberapa scene dramatik penalty. Antara 5 penalty yang diambil, hanya Lampard sorang sahaja yang gagal menyempurnakannya.Terkejut ? Tidak perlu terkejut rasenya kerana melihatkan perfomance die kali ini suam2 basah, sorry to say,  Lampard tak de fungsi.

Turnbull menyelamatkan 1 penalty & pemain baru Fulham, Bryan Ruiz mengakhiri drama penalty shoot-out selepas sepakannya terkena palang dan seterusnya memberikan Chelsea tiket ke pusingan ke-4 Piala Liga. Syabas Chelsea & tahniah AVB !

Nasib ? Tidak, Chelsea sebenarnya lebih dari sekadar layak untuk menang. Kalau nak ikutkan ape yang berlaku, kite boleh menang sampai 5 atau 6 gol jika peluang yang dicipta berjaya dilaksanakan dengan bijak. Fulham bernasib baik kerana jika Cech & Mceachran beraksi sepanjang perlawanan berlangsung, dan Alex tidak dibuang padang, mereka akan mati idea untuk melancarkan serangan ke tembok kuat Chelsea. Kredit untuk Oriol Romeu yang menggalas dengan cemerlang di bahagian tengah. Lukaku pula masih tercari-cari rentak permainan pasukan. Gugup, nervous & pressure mungkin menyebabkan perfomance die kurang menjadi hari ni.Overall, yang lain okey. Namun aku masih tertanya-tanya kenapa AVB mengeluarkan Mceachran yang perform terbaik pada 1st half. Substituion lain menyaksikan Cech digantikan dengan Turnbull selepas die mengalami kecederaan akibat berlanggar dengan striker lawan. Manakala Sturridge juga mengalami kecederaan dan digantikan dengan Lampard.

Apepun, game tadi memang suspens giler. Resah jugak bile tengok team kite amik penalty shoot-out. Kalau tengok sejarah yg lepas-lepas, Chelsea bukannya terrer sangat bab2 shoot penalty ni. Namun kerana berkat mental tinggi serta motivasi kuat dari AVB, segalanya menjadi mudah serta berjalan dengan lancar bagi kem kite.

Keep the blues flag flying high.

Pusingan ke-3 Carling Cup - Chelsea vs Fulham

Posted by KampungChelsea On Wednesday, September 21, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lupakan seketika mengenai kekalahan 3-1 kepada MU tempoh hari, hari ini, kite akan berdepan dengan lawan yang agak mencabar juga iaitu Fulham dalam saingan pusingan ke-3 Piala Liga.

Aku diberitahu, AVB mungkin akan menurunkan banyak player muda dalam match ini. Nama2 seperti Oriol Romeu, Josh Mceachran, Lukaku, Bertrand dipastikan akan tersenarai dalam 1st team. Baguslah, kerana kejohanan seperti Carling Cup ni, wajar jika para pemain muda diberikan peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Sampai bile kite nak menyisihkan barisan muda & terus mengharapkan barisan tua. Youngster merupakan masa depan kite. Mereka juga ade kelebihan, same seperti player senior.

Jangan lupe, perlawanan akan bermula pada jam 2.40 pagi. Siaran langsung di saluran 817.Keep the blues flag flying high.

Video highlights MU vs Chelsea 3-1

Posted by KampungChelsea On Tuesday, September 20, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AVB : "I work the other way round. You are trying to say the referee did something wrong. I cannot forget the previous two."

Ref & MU bagaikan isi dengan kuku.  Boleh juga diibaratkan lagu dan irama. Andai dipisahkan rosak lah lagu, pincanglah irama. Itu pasal aku tak pernah kesah dengan ape yang berlaku semalam. 2 gol offside ? ta kesah. ia sudah dijangka. Sangat jelas, peka & rasional.

Unlucky + Thriller di Old Trafford

Posted by KampungChelsea On Monday, September 19, 2011 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3-1, kekalahan pertama AVB & kekalahan pertama Chelsea musim ini. Kalah ditangan siapa lagi, kalau bukan MU. Secara umumnya, aku tidak terlalu kecewa sangat dengan kekalahan ni. Yelah, kite kalah bermaruah. 3-1 je, dan bukannya 8-2 mahupun 4-0. Walaupun ketinggalan 3-0 di babak pertama, namun kite tidak mudah menyerah kalah. Sentiasa mengasak, dari mule hingga ke akhir permainan.

Chelsea bermain sangat bagus. Taktik AVB kemas & menarik. Beza kite dengan MU ialah dari segi peluang. MU memanfaatkan peluang sebaik mungkin sedangkan Chelsea, tidak menggunakan peluang yang ada. Sebelum Nani & Rooney score, kite sepatutnya mendahului 2-1 menerusi Torres & Ramires. Tapi sayang peluang tersebut dilepaskan begitu sahaja. Depan gol pulak tu, ingatkan Suarez je bleh buat macam tu, player kitepun 2 x 5.

Ape nak jadi dengan hang ni, el-nino...

Suka & duka. Itulah gambaran yang dapat kite lihat pada Torres. Berita baik, die score gol dan berita buruk, die meranapkan 2 peluang untuk Chelsea menyamakan kedudukan. Aku rase Torres ni bermasalah sebenarnya. Macam mana die boleh miss peluang terhidang ketika De Gea memang dah bagi kaw2 untuk die score gol buat kali kedua. Tak leh blah betul. Sampai sekarang, aku masih geleng kepala melihatkan scene tersebut. (miss worst of the season.)

Second half, Lampard keluar & digantikan dengan Anelka.substitution lain, Lukaku ganti Sturridge, manakala Mikel ganti Meireles. Bahagian tengah dah cukup power, yang teruk ialah di bahagian defensif. Overall ape yang AVB buat kepada team kite hari ini, sangat baik. Formasi je kureng, lain2 okey. Kite bermula dengan garang, aggresif membuat serangan demi serangan, berpadu-padu kepada pihak lawan. Alangkah bagusnya kalau AVB memasukkan Luiz/Alex. Ivanovic serba tak kena. Die tak sharp dengan counter attack MU. Terrypun same. Masing2 nervous. Boleh dikatakan kesemua gol MU, hasil daripda kelalaian bahagian pertahanan kite. Bocor & leka. Kite bagi banyak sangat ruang kepada diorg. Nani & Smalling kalau di-marking betul2, takkan gol punya.


Pastinya, ini merupakan pertarungan bola sepak terbaik setakat yang aku tengok skrg. Penuh dengan drama, emosi, suspens dan macam2 lagilah. Benda yang kite jangka akan jadi, tapi tak jadi. Contoh Rooney. Die miss penalty kick. Berbatov hampir2 memberikan gol ke-4 MU, namun digagalkan oleh Ashley Cole.Begitu juga dengan Torres & Ramires. Kate commentator, Torres patutnya dah score hatrik, kalau 2 peluang tersebut disudahkan dengan sempurna.

Kalah menang, adat bola sepak. hari ni Chelsea kalah, MU menang. Esok Chelsea menang, MU kalah plak. Dalam bola sepak, ape benda boleh berlaku. Untuk carta liga, MU masih di tangga pertama, 5 mata mengatasi  kite yang berada di tangga ke-3. Terlalu awal untuk menjangkakan sape bakal juara liga atau tidak. Perjalanan masih jauh. Anyway, kalah mahupun menang, aku tetap berpegang teguh dengan Chelsea. Keep the blues flag flying high.

P/S : Kalau nak ikutkan 2 gol MU tu tak dikire sebenarnya. Sebelum Ashley Young nak amik free kick, Smalling dah melepasi garisan onside. Rakaman TV menyiarkan Smalling betul2 berada di kedudukan offsaid. Begitu juga dengan gol kedua dari Nani. Line technology football dah dapat detect, sebelum Nani shoot ke arah gol, die offsaid. "technology intimated that Nani was offside when he received the ball.". Ape boleh buat, all decision terletak di tangan ref, baik buruk chelsea terima dengan seadanya. kite tak de luck, nak buat macam mane kan. Sekali lagi, orang ke-13 MU jadi penghalang.

The Clash of the Titans - MU vs Chelsea

Posted by KampungChelsea On Saturday, September 17, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pertarungan minggu ini boleh di-kategorikan sebagai pertarungan epik. Yelah, MU lawan Chelsea. Big 4 match of the week.

Rasenya ini cabaran terkuat bagi kem kite kerana bukan mudah untuk menang dengan MU, lebih-lebih lagi gelanggangnya Old Trafford, atau dalam bahasa jawanya Old Kerepot. MU memiliki rekod unbeatean yang teramat dahsyat, iaitu tidak pernah kalah walau satu gamepun di gelanggang sendiri musim lepas. Maybe perkara tu berlaku disebabkan Fergie seorang bomoh dan bebudak MU pakai saka, ataupun diorg minta bantuan jin/jembalang. Nama dahpun team setan merah, so segala jenis makhluk ghaib, jin, hantu kopek, hantu raya akan ade kaitan dengan diorg. Kadang2 diorg ade bela toyol yang bernama referee.

Musim ini mereka lagi sekali bagai di-rasuk semangat setan kondo. Menang dengan budak2 tadika 8-2, bolton 5-0.

So, apekah tips bagi team smurf seperti kite perlu buat untuk membendung kuasa jahat setan spendol itu ?

Segalanya bergantung kepada taktik, strategi & perancangan yang dbuat oleh AVB.


Hari rabu lepas, kite mencatat kemenangan 2-0 ke atas team fuhrer, Bayer Leverkusen. Last week, Sunderland 2-1. Kalau nak ikutkan, kite punya awal musim same je dengan MU. Konsisten. Untuk 1st game je Chelsea drop point.Tapi masih lagi belum mengalami sebarang kekalahan. Match esok tidak akan menentukan sape yg akan jadi champion atau tidak kerana perjalanan untuk mengejar takhta liga masih lagi jauh. Team seperti Norwich City, QPR & Swansea pun ade chance nak berada di no 1, itupun jika pasukan mereka tidak mempunya player seperti Luis Suarez yang asyik bermain guli di depan gawang gol.

AVB perlu mainkan formasi standard, 4-3-3. Formasi tersebut dapat mengeratkan hubungan mesra midielder dengan striker dan satu hal lagi, centre striker dapat dibantu oleh 2 kaki sayap yg berbisa. Oklah, jom kite huraikan sape yg patut masuk 1st starter & sape yg harus di-bench kan terlebih daulu :

Cech still akan handle tempat keeper. Iyelah, positionnya namepun goalie, takkan pemain guli. Right back serah sahaja pada Bosingwa yg mempamerkan perfomance terbaik dalam 2-3 perlawanan terakhir. Sekembalinya mamat afro, Luiz pasti akan mengukuhkan lagi tembok kuat Chelsea, centre defensif. Ekceli, lagi best sebenarnya menggandingkan Alex-JT. Big games memerlukan fizikal strong, experience player. Bukan nak ungkit mistake dari Luiz tahun lepas, tapi JT akan betul2 sempoi kalau die berkasih sayang dengan Alex. Left back n Ashley Cole. Aku tabik sebenarnya dengan Ash ni. Tahun lepas, semua game die perform.Tak cedera, tak penat, tak rase letih. Minum ape die ni erk ? Jus Tok Guru ke...

Di bahagian tengah, Meireles atau Lampard untuk position right winger, centre Mikel, kiri Ramires. Josh Mceachran juga digalakkan untuk turut-serta beraksi. Oriol Romeu boleh masuk sebagai sub.


Untuk attacking side pula, aku diberitakan AVB masih was2 untuk turunkan Super-Drog. Drogba sudah pulih, cume fitness serta mentalnya tidak mencapat standard yang AVB inginkan. Senang cakap, keadaan die tidak cergas untuk perform dalam mase terdekat. Ini sebab kenapa kite beli Lukaku. Kalau Drog xleh main, kite boleh gune Lukaku. Ataupun another option is Sturridge. Torres macam mana pula ? Torres boleh di-isi di bahagian centre forward. Di sebelah kirinya, Mata sebagai back-up striker. Torres score atau tidak, itu tidak penting. Yang penting, die boleh memberikan sumbangan kepada pasukan sprt yang die buat pada match sebelumnya. Aku masih percaya dengan kudrat Abang El-nino kite tu.

4-3-3
cech 
Ivanovic/bosingwa - luiz - terry - a.cole
meireles/lampard - mikel - ramires
sturridge/lukaku - torres - mata

(sub) - malouda, anelka, kalou, drogba

Pilihan anda pula ?

Secara hakikatnya, MU memang kuat & sukar untuk dikalahkan. Di atas kertas sudah pasti mereka di-predict akan menang. Kaki gambling, kaki booking, akan bertaruh banyak untuk Alex Ferguson. Namun, di mana ada kemahuan di situ ada highway. Chelsea tetap Chelsea. Kite juga ade resipi, ramuan yang tersendiri untuk mengalahkan sesape sahaja. Kate orang, dalam bola sepak, ape2 boleh berlaku. Jika sebelum ni Shrek score hatrik, so tak mustahil plak untuk die score own-goal. Kaki die bukan macam kaki supervisor, tiap2 match boleh score.

  Still remember ? United kalah 2-1 di tangan kite pada dua musim yang lalu.

Keep the blues flag flying high.

2 assist El-Nino

Posted by KampungChelsea On Wednesday, September 14, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak score gol tidak mengapa, yang penting sumbangannya cukup bermakna dalam kemenangan 2-0 ke atas B.Leverkusen. Gol-gol Chelsea dijaringkan oleh Luiz & Mata pada lewat separuh masa kedua, namun kite harus memberi kredit penuh kepada Torres, kerana dua gol yang diperolehi itu hasil daripada assist die. Thanks, el-nino.

Berkenaan dengan match kali ini, kite bermula dengan aggresif, melancarkan serangan demi serangan ke kubu lawan. Bayer Leverkusen tidak begitu mengkucar-kacirkan sangat defensif kite kerana mereka kerap kali di asak bertubi-tubi. Oh ye, lupe nak bercerita mengenai line-up. Line up hari ini memang cukup berbeza, dan aku sendiri terkejut melihatkan percaturan, formasi & taktikal AVB. Kapten marvel, JT tiada dalam list, Lampard di-bench dan yang paling gempak, Torres 1st starter, kehkeh.

Debut UCL pertama Luiz diserikan lagi dengan gol pertamanya musim ini. Di set-up cantik oleh Torres dan Luiz merembat mudah menewaskan keeper lawan, Bernd Leno untuk gol pertama Chelsea.


Gol kedua hadir pada minit2 terakhir perlawanan. Bermula dari gerakan bijak Torres yang berjaya melepasi benteng pertahanan leverkusen, dan terus membuat hantaran kepada Mata yang menyudahkan gol kedua perlawanan. Ekceli, kite tidak meyangka Torres lebih memilih untuk menghantar bola tersebut kepada team-matesnya di saat peluang untuk die score gol terhidang di depan mata. Itulah sifat sebenar seorang pemain sejati. Lebih mementingkan rakan2 dari diri sendiri adalah satu perkara yang sangat mulia dan benda tersebut jarang2 ada dalam satu team bola sepak. Unsellfish player, bak kate commentator. Tak sia2 die komen kat midfielder kite lembab,kehkeh.Skrg assist, esok lusa, score plak.

Kemasukan Anelka & Lampard telah mengubah sedikit rentak permainan Chelsea. First time aku tengok Lampard berada di-bench,kehkeh. Ye lah, biasenya die main 1st starter je. Hari ini AVB dah start buat rotation. Substitution terakhir, Luiz digantikan dengan Alex. Pertukaran itu dibuat kerana Luiz mengalami sedikit kecederaan + die mendapat yellow card, so di situ kite tak perlu amik risiko yang tinggi utk bagi Luiz main sampai habis 90 minit. Kire nak elakkan diri daripada dapat red card lah beb. Menang, menang juga, disiplin kena jage.


Overall, kite mencatat satu keputusan yang cemerlang di hari pertama UCL. Puas hati ? rasenya puas hati jika ape yang dirancang dan di-predict menjadi kenyataan. Kepulangan Ballack ke Stamford Bridge telah di-sambut dengan meriah oleh fans2 Chelsea. Tepukan gemuruh juga diberikan kepadanya ketika substitution dibuat. Paling menyejukkan hati, ketika wisel penamat dibunyikan, AVB dan Ballack masing2 bersalam-salaman dan menunjukkan tanda mesra di antara mereka berdua. You always be The Blues heart, Ballack.

P/S : Ex-club Mata, Valencia seri 0-0 dengan ex-club Thibaut Courtois, Racing Genk. So, ini bermakna kite menjadi pendahulu buat seketika waktu bagi group E dengan 3 mata penuh, di susuli Racing genk & Valencia yang berkongsi 1 mata di tempat ke-2 dan ke-3. Manakala, Leverkusen di tangga ke-4. Apepun good job Chelsea. KTBFFH !

Preview UEFA CL : Chelsea vs Bayer Leverkuesan

Posted by KampungChelsea On Tuesday, September 13, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pertemuan Chelsea menentang Bayer Leverkuesan akan diserikan lagi dengan kepulangan seorang lagenda yang tidak asing lagi iaitu Michael Ballack ke Stamford Bridge. Pastinya ia kepulangan yang dinantikan oleh para peminat kite selepas melihat Ballack meninggalkan markas Chelsea musim lepas.

4 tahun, Ballack berada bersama The Blues. Die juga sempat hidup di zaman kegemilangan Jose Mourinho. Banyak kenangan dan pencapaian terbaik yang die lakukan, termasuk kejuaraan berganda pada 2 musim lalu bersama Carlo Ancelotti.

Ketika sampai di Stamford Bridge, Ballack ade cakap, die mahu tamatkan kariernya di sana, namun jodoh Ballack tak panjang. Pada 9 Jun 2010, die telah dilepaskan ke Bayer Leverkuesan dalam status free transfer. Aku anggap ia satu pemergian yang terpaksa oleh bekas kapten Jerman itu kerana secara lazimnya, Ballack mahu stay lagi dengan Chelsea. Tapi sayang  management kite tidak memperbaharui kontraknya itu.

"I was very happy. For me the draw could hardly have been any better. I am looking forward to travelling there again, to playing there. Emotionally this will certainly be a special match for me," (BALLACK)


Ya, ia akan menjadikan satu match yang sangat special & emotional kepada kelab kite & juga fans. Selamat kembali semula ke Stamford Bridge, Ballack.

Tahukah anda, ini kali pertama kite diundi menentang kelab jerman itu. Kire first time lah kite jumpa leverkuesan ni pasal diorg bukan selalu dapat main UCL, biasenya main europa league je. Macam team kite lain, every season dapat qualify.

Strategi & taktikal :

Line-up mungkin berbeza sedikit dengan line-up di Stadium of Light hujung minggu yang lalu. Melihatkan kepincangan secara tidak diduga oleh barisan pertahanan kite dalam match berkenaan, mungkin AVB akan menurunkan different player, different shape & dynamic. David Luiz yang tidak dapat beraksi dalam UCL season lepas, berkemungkinan besar akan diturunkan malam ini, bergandingan dengan JT.

Di bahagian tengah, AVB tidak ada sebarang masalah untuk menurunkan Mceachran, selepas Ramires digantung beberapa perlawanan, dek kerana red card yang diterimanya ketika menentang MU, tahun lepas. Meireles akan handle di bahagian right winger dan satu lagi tempat rasenya Lampard dah chop.


Dengan Lukaku yang tak dapat beraksi dalam pentas ini, maka seeloknya di bahagian serangan dipimpin oleh Sturridge - Torres - Mata. (Drogba belum fit lagi.) (kalou,anelka,malouda - tempat diorg hanya di-bench) Walaupun aku tak sure sama ada Torres boleh diturun atau tidak, tapi aku harap AVB bagi peluang kepada die lagi sekali. Kelakar gak bace komen kontroversi Torres yang mengatakn midfield chelsea lembab, slow dan older,hahaha. Aku syak, lepas pada ni die kena denda kot,kehkeh. Untuk Key player, aku menaruh harapan tinggi kepada Mata. Sudah dua game die beraksi cemerlang. Hantaran, kreativiti yang dimilikinya sangat ditagih oleh kita musim ini.

(4-3-3)
Cech
Bosingwa - JT - D.Luiz - A.Cole
Meireles - Lampard - Mceachran
Sturridge - Torres - Mata

Kate orang, first game kalau dapat menang dengan jumlah gol yang besar kan best juga, baru puas hati. Tapi kalau menang sampai 100 gol pun, hadiahnya tetap 3 mata je. Rasenya Chelsea boleh menang lebih dari 2 gol. Untuk match sabtu lepas, lawan sunderland, aku telah menerima krtikan pedas dari beberapa pihak yang menyelar, strategi, taktik management kite teruk. Bagi aku, strategi yang coach kite buat dah okey, cume mistake last2 minit tu tak sape yang jangka, ia boleh jadi macam tu. Pengeluaran awal Sturridge, Mata adalah satu plan yang play-safe. Player penting mesti dikeluarkan lebih awal sprt yang dijangka, kerana faktor kecederaan mungkin akan menimpa mereka jika kite membuat keputusan last2 minit. Kite ade banyak perlawanan penting lagi selepas ini, dan lawan MU pula minggu depan. So, fitness & keadaan key player perlu di-jaga secara rapi dan saksama.

Jangan lupe malam ni, match akan bermula jam 2.45 pagi. Live @ Channel 813.

P/S : Selamat datang juga diucapkan kepada Islam Feruz, pemain muda yang baru sahaja ditanda-tangani oleh Chelsea semalam. Bertambah lagilah youngster dalam kem kite,huhu.

Sunderland 1 Chelsea 2 : Menang tapi gopoh di saat2 akhir

Posted by KampungChelsea On Sunday, September 11, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Aura JT + Danny !!

Defend punya pasal, tak dapat nak clean-sheet. Walaupun menang, tapi cara kemenangan yang dicapai tidak begitu memuaskan, lebih2 lagi melihatkan substitution yang dibuat pada awal separuh masa kedua & juga kealpaan barisan pertahanan di minit2 terakhir perlawanan.

Chelsea menang 2-1, gol disumbangkan oleh kapten Marvel, JT & Sturridge. First gol Terry score & second goal dari Sturridge. Gol kedua memang stylo habis, ala2 back heel kick gitu. Bab2 skill, Sturridge memang no 1.

Kemenangan kali ini diserikan lagi dengan debut pertama dari Raul Meireles & Oriol Romeu. Meireles memulakan 1st line-up, menggantikan tempat Mikel manakala Romeu tampil di separuh masa kedua,menggantikan Anelka.

Torres sempat masuk pada lewat permainan, cume.. yelah macam biase die masih zero gol. So, ape yang kite nak expect sangat dengan striker 50 juta kite itu yang masih tiada support dari team-matesnya sendiri.

Overall, syabas AVB & syabas juga diucapkan kepada player kite. Bukan senang sebenarnya nak menang di Stadium of Light. Walaupun secara fizikalnya, Sunderland tidak begitu memberi tentangan sengit, namun mereka berjaya mengkelam-kabutkan bahagian defensif Chelsea yg entah secara tiba-tiba bocor di saat2 akhir perlawanan. Anyway, 10 point dalam 4 game, hmmm satu permulaan yang bagus buat Chelsea. Keep it up.!

P/S : Bile Mata & Sturridge keluar je, tempo game Chelsea dah jadi lembab balik,slow emotion. Kemasukan Malouda,Torres tidak bagi ape2 fungsi. Sepatutnya AVB masukkan David Luiz, kalau dah tahu malas nak menyerang, dan mahukan solid defensive, maka tidak perlu memasukkan Malouda mahupun another striker.Aiseh, boleh plak si Torres tu buang bola last2 minit tadi..

Preview : Sunderland vs Chelsea

Posted by KampungChelsea On Friday, September 09, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lawan minggu ini :
Sunderland di Stadium of Light.

Transfer prospek :
 Mereka membeli dua bekas player MU iaitu John O'Shea & Wes Brown. Pembelian yang bagus dan ia memberi gambaran jelas betapa team yang diberi julukan The Black Cat itu mahu mengukuhkan lagi kekuatan pasukan di bahagian defensif.

Player yang perlu diberi perhatian :
Asamoah Gyan, Kieran Richardson, Sessegnon

Perkembangan semasa mengenai kem Chelsea :

- Drogba dikeluarkan dari match kali ini berikutan kecederaan yang dialaminya ketika berlanggar dengan keeper Norwich. AVB mahu die direhatkan sepenuhnya dan dapat fit 100% sebelum game dengan MU. Cech yang sudah beransur pulih dari kecederaan akan membuat 1st starter, begitu juga dengan David Luiz. Pembelian baru, Raul Meireles dijangka akan diletakkan di bangku simpanan terlebih dahulu. Juan Mata rasenya akan bergandingan dengan Torres & Anelka/Lukaku/Sturridge di bahagian serangan.

Line-up (pilihan AVB) : 

(4-3-3)
Cech
Bosingwa - Terry - Ivanovic/Alex - A.Cole
Lampard - Mikel - Ramires
Anelka/Lukaku - Torres - Mata/Malouda

Line-up (pilihan aku)

(4-3-3)
Cech
Bosingwa/Ivanovic - Terry - D.Luiz - A.Cole
Meireles - Oriol Romeu - Ramires/Mceachran
Lukaku/Sturridge - Torres - Mata

Pilihan anda pula ?

 Still remember ? Musim lepas, kite menang 4-2 di sana.

* Injury Update - Cech ok, Mceachran hamstring

Posted by KampungChelsea On Wednesday, September 07, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cech maybe akan akan buat comeback dalam tempoh yang terdekat ni selepas die dilaporkan sudah menjalani full-training dengan baik.

Asalnya Cech masih perlu direhatkan lebih lama lagi dek kerana kecederaan lutut yang dialaminya bulan lepas.Tapi melihatkan cara latihannya di Pusat Cobham semalam, pihak CFC memperkirakan keadaan die dah okey dan mungkin boleh beraksi menentang Sunderland (hujung minggu ini)

Bukan sahaja Cech, malah David Luiz juga sudahpun pulih dari kecederaan pehanya.

Drogba ? Buat mase sekarang, Super-Drog dalam proses untuk fit 100%. Tragedi ngeri pelanggaran kerasnya dengan keeper Norwich City tidaklah seteruk yang kite sangkakan. Drog dah beransur pulih.


Josh Mceacran ade problem sedikit di bahagian hamstring. jangan risau, kecederaan Mceachran tidak parah. Ia hanya akan amik mase lebih kurang 1/2 minggu utk sembuhkan bahagian ototnya.

Cume Essien sahaja yang masih berada dalam keadaan "kritikal". (out for 6 months)

Harap kesemua player kite yang menjalankan tugas patriotik (international duty- friendly & qualify) dapat pulang ke London dalam keadaan selamat dan bebas dari zon kecederaan.

Meireles first interview

Posted by KampungChelsea On Tuesday, September 06, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

P/S : Last week & this week EPL terpaksa memberi laluan kepada international duty (friendly & qualify). Insyaallah, hujung minggu ini seperti biase, kaki bola akan kembali "beraya" di kedai mamak.

Luka yang terluka

Posted by KampungChelsea On Saturday, September 03, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita yang sedikit melukakan hati kite apabila Lukaku tidak dapat beraksi dalam saingan UEFA Champions League musim ini bersama Chelsea.

Peraturan baru dari UEFA memaklumkan bahawa dalam satu pasukan hanya boleh diisi 17 pemain asing(non-homegrown) sahaja.

Chelsea membawa masuk 22 pemain untuk beraksi dalam saingan UCL kali ini. Selain Lukaku, Essien juga tidak tersenarai kerana die mengalami kecederaan panjang yang mungkin memakan masa lebih dari 6/7 bulan.

Kurangnya player home-grown menyebabkan AVB tidak boleh mengisi sehingga 25 pemain dalam 1 skuad.

P/S : Kecewa tu memang kecewa, tapi ape boleh buat, terpaksa lah kite semua tengok Lukaku perform di UCL next season. Kira musim ni biar die fokus kepada EPL,Carling Cup & FA Cup sahaja lah.


Lukaku : Bos, gua tak dapat masuk europe lah...
AVB : Tak pe, lu layan epl je..tiap2 minggu lu punya gaji masuk juga..
D.Luiz : bile gua nak sembuh ni..

Info ringkas mengenai Raul Meireles

Posted by KampungChelsea On Friday, September 02, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

- Nama penuh Meireles, Raul José Trindade Meireles.
- Lahir pada 17 March 1983 (umur skrg 28 tahun)
- Dibeli oleh Liverpool 13 juta dan dijual ke Chelsea 12 juta.
- Posisinya centre midfielder namun die juga boleh bermain di belah kanan sayap(right winger).
- Pernah berurusan dengan AVB di Porto tahun lepas, sebelum menyertai Liverpool.
- Memenangi anugerah PFA Fans' Player of the year 2011 berdasarkan pencapaian terbaiknya dalam musim pertama bersama Liverpool.
- Masihkah korang ingat, season lepas Meireles menjaringkan gol tunggal, membantu Liverpool menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge.
- Di liverpool no 4, di Chelsea Meireles pakai no 16.

Keputusan Meireles untuk menyertai Chelsea adalah sangat tepat dan bijak. Dengan kehadiran Charlie Adam, J. Henderson dan Gerrard bakal beransur pulih, mane ade lagi tempat untuk die "berteduh" disana. Dicampur pula, Meireles sendiri yang hantar request transfer ke kem kite semalam. Chelsea hanya melengkapkan ape yang patut sahaja,kan ? Orang bagi hint, kite bagi signal.

P/ S : 2 tahun lalu Benayoun, tahun lepas Torres. tahun ni Meireles. Maybe next year Chelsea nak beli luis suarez plak,kahkah.

4 pemain di-loan

Posted by KampungChelsea On Thursday, September 01, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Seperti mana yang korang semua tahu, Raul Meireles baru sahaja menyertai kem Chelsea. Dan kini, pihak management kite macam biase telah melepaskan 4 pemain secara pinjaman ke kelab lain selama satu musim.

4 pemain tersebut ialah Benayoun, Van Aanholt, Kakuta & Davilas.

Benayoun di-loankan ke Arsenal, Van Aanholt ke Wigan manakala Kakuta ke Bolton. Pemain muda yang baru dibeli dari Chivas,Mexico iaitu Ulises Davilas dipinjamkan ke kelab Vitesse, bagi mendapatkan work permit bile die pulang semula ke England tahun depan..

Kesian Kakuta & Van Aanholt. Diorang sudahpun di-loan musim lepas dan musim ini lagi sekali dipinjamkan. Entah2, musim depan, kena jual pula agaknya.

Official : Selamat datang, Raul Meireles

Posted by KampungChelsea On Thursday, September 01, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selepas gagal dapatkan Luka Modric (sprt yg dijangka), transfer pengubat duka bagi fans Chelsea ialah Raul Meireles.

Secara rasminya, kite berjaya menanda-tangani bekas pemain Porto itu dengan tag harga 12 juta pound dan die mengikat kontrak selama 4 tahun di Stamford Bridge.

Yang pasti, pembelian Meireles ini atas kehendak dari AVB sendiri. Portugis untuk portugis.Kedatangan Meireles akan menguatkan lagi jentera tengah & juga diharap dapat membantu Torres menyelesaikan masalah ketandusan golnya itu.

Datang dari Porto dan kemudiannya berlabuh pula ke Liverpool. Hanya setahun sahaja berada di kelab history channel itu, Meireles telah membuat keputusan mengejut dengan menyertai kem kite pada minit2 terakhir transfer window.

Good signing ? Rasenya ia lebih kepada shock signing. Aku tidak expect Meireles akan ke Chelsea sebenarnya. Kite mahu Modric, tapi kenapa tiba-tiba Meireles yang datang ? Ia sangat mengejutkan aku. Anyway, sapepun yang menyertai Chelsea, kite tetap kena support die. Selamat datang Raul Meireles. Enjoy ur new life in Stamford Bridge.



 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png