Real Madrid masih lagi menjadi kelab terkaya di dunia.Dan Chelsea berada di kedudukan ke-6 dalam carta antara kelab bola sepak terkaya di dunia.Tapi ade aku kesah ? Real Madrid tu walaupun kaya dengan duit, tapi diorang bukan kaya dengan bakat bermain bola sepak.
Tahun lepas 1 trofipun tak menang, kalau menang award camni,sape nak kesah.Diorang kaya2pun tetap xleh nak challenge kehebatan dan aksi hebat oleh pemain Barcelona.Tetapi berita mengenai Real Madrid masih lagi menjadi kelab terkaya di dunia tidaklah begitu menarik perhatian aku.
Berita mengenai kelab yang paling banyak mengaut keuntungan penjualan tiket secara langung dari para penyokong adalah kelab Chelsea jauh lebih menarik berbanding news real madrid tu.
Jika nak dibandingkan hasil keuntungan dalam setiap perlawanan, kelab2 dari England berada dalam tahap yang jauh lebih baik berbanding kelab2 dari Sepanyol,Itali,Jerman dan Perancis.Atau senang aku cakap, penyokong bola sepak England lebih banyak menghabsikan duit diorang semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak berbanding peminat dari negara lain.
Grafik pada gambar di atas tu telah menunjukkan hasil pendapatan/keuntungan tertinggi yang diperolehi melalui sumber penyokong dari 20 kelab terkaya di dunia.
Jelas kita nampak bahawa penyokong kelab Chelsea menjadi "juara" dalam carta ini dengan menyumbang 2.000 keuntungan yang diperolehi sepanjang perlawanan team kesayangannya beraksi.
P/S : Untuk pengetahuan korang lagi, tiket perlawanan di EPL sangat mahal dan ia telah menjadi salah satu faktor kenapa dan mengapa Chelsea,Mankayu dan Sengal sentiasa berada dalam top 3 dalam carta tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berbaloi kot dgn investment Abramovich.