Tiada yang lebih mengharumkan,istimewa dan indah melainkan ape yang terjadi di SB malam tadi.Kita berpesta gol dengan membelasah Aston Villa 7-1.Ini kali kedua dalam musim ini kita mencatat kemenangan terbesar selepas sebelum ini kita menang 7-2 ke atas Sunderland.4 gol Abang Lampard telah menceritakan segala kehebatan chelsea dalam match ini.Tidak lupa juga 2 gol Malouda dan 1 gol Kalou.Dalam match ini aku boleh nampak kuasa team work sangat menjadi.Player kita seperti Anelka dan Lampard tidak selfish dan tamak bermain bola.Takziah aku ucapka kepada O'Neil di atas kekalahan besarnya bersama Aston Villa dan lebih memeritkan ialah kalah kepada team berkuasa tinggi, Chelsea di SB.Ape dosa team Villa sehingga dijinakkan dan dibedal sehingga 7 peluru tadi.Hahaha Stamford Bridge memang mahadewa keramat stadium.
82 gol telah dicatatkan oleh team kita musim ini.Yang memeranjatkan aku ialah kita dapat membelasah 7 gol dalam match ini tanpa key utama ,Abang Didi kita.Aku sangat terkejut dengan line up team kita dalam match ini.Drogba yang sudah score 30 gol musim ini berada di bench dan Anelka kembali perfom yang mana last week di Fratton Park, die tidak bermain.Mungkin Ancelotti merehatkan Abang Didi kita untuk match gempak next week di Old Kerepot.Tapi perancangan Ancelotti sangat berisiko tinggi beb dengan meletakkan Anelka sebagai solo striker dan Drogba di bench.Fuh nasib baik plan ancelotti sangat menjadi dalam match ini.
Team kita telah menghancurkan 10 match Villa tanpa kalah dengan "merogol" mereka 7 kali tanpa belas kasihan di SB.Ape boleh buat, biarkan budak2 villa terjun dengan labu-labunya...biarkan...
Ok,mari aku ceritakan ape yang terjadi di sebalik 7th heaven di SB dalam match ini :
Start dari mula game, Chelsea dah mula membuat attacking yang sangat agresif kepada kubu Aston Villa yang dijaga oleh uncle tua yang botak, bukan Ray Wilkins dan bukan juga Stone Cold tetapi uncle rabun yang botak, Brad Friedel.Deco yang memiliki daya pemikiran kreatifnya itu sentiasa menjana serangan chelsea dengan baik dan mempassing bola dengan kemas kepada Anelka di awal permainan.
Dan pada minit ke 15, Hantaran Anelka kepada Malouda dan Malouda membuat low cross ke gawang Villa namun berjaya disambar tepat oleh Abang Lampard untuk Chelsea mendahului Aston Villa 1-0.
Chelsea mendapat gol keduanya menerusi sepakan penalti selepas Zhirkov dijatuhkan di kotak penalti oleh James Collins.Dan master of penalty, Abang Lampard kita mengambil sepakan penaltinya itu dengan killer shootnya itu untuk menewaskan Friedel yang awalnya sudahpun mengagak target shoot penalti Lampard tu tetapi gagal.
11 minit selepas separuh masa kedua bermula, Malouda menjadikan scorline 3-1 untuk chelsea.
Pada minit ke 62, Zhirkov sekali lagi dijatuhkan di kotak penalti dan kali ini Richard Dunne pula yang membuat fouled ke atas Zhirkov.Dan sekali lagi master of penalti team kita, Abang Lampard dengan selambanya mudah menewaskan Friedel yang hanya mampu melihat sahaja Lampard menendang sepakan penaltinya itu ke gawangnya sendiri.
Dan pesta gol chelsea masih belum berakhir dengan Malouda score gol keduanya dalam match ini pada minit ke 68.Hasil daripada team work dan kombinasi Ferreira dan Lampard kepada Malouda.
Kemasukan Kalou pada lewat permainan sangat membuahkan hasil dengan memberikan Chelsea gol keenam dalam match ini.Menerusi gerakan cantik dan passing non selfish oleh Anelka kepada Kalou dan Kalou seperti biasa tidak mensia-siakan peluang tersebut dengan nice shoot menewaskan Friedel.
7th heaven telah tercipta oleh Chelsea menerusi Abang Lampard kita pada minit terakhir perlawanan.4 gol darinya sudah cukup membuatkan Chelsea menang besar dalam match ini.
Dengan kemenangan besar tersebut kita still stay on second place, 1 mate dibelakang team mankayu yang menang 4-0 ke atas team bongok yang tidak boleh diharapkan, Bolton.Namun semua itu tidak berguna jika next week, kita beat mankayu di Old Kerepot dan ape hasilnya selepas itu ? Kita juara EPL musim 2009/2010,yahoo !!!!
"100 + 51 = 151 gol gua untuk kelab chelsea sekarang !!!!"
ini la balasan untuk team yg titik kita dulu kat tempat diorang...!!!