

Kemenangan pertama Ancelotti dalam EPL pertamanya apabila Chelsea berpeluh sakan untuk menewaskan Hull City dengan 2-1.Pembukaan EPL 2009/2010 bermula dengan detik penuh mendebarkan apabila Hull terlebih dahulu mendahului perlawanan.Terima kasih yang patut diucapkan kepada Drogba kerana berjaya menyelamatkan maruah Chelsea apabila menjadi hero dalam perlawanan pembukaan EPL ini dengan menjaringkan 2 gol bagi membantu Chelsea meraih 3 mata penuh.Tahniah Chelsea.!Thanks Drogba.!
Pembukaan EPL yang sungguh mendebarkan di Stamford Bridge apabila Chelsea bertungkus lumus memastikan tiga mata penuh dapat diperolehi oleh mereka.Di bawah pimpinan Ancelotti sebagai pengurus baru Chelsea musim ini, Chelsea terlebih dahulu dikejutkan oleh Hull dengan jaringan pemain baru mereka iaitu Stephen Hunt pada minit ke 27.Tapi 10 minit kemudian, Didier Drogba berjaya menyamakan kedudukan dengan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang menarik dari jarak 25 ela.Drogba kemudian sekali lagi menjadi hero dalam perlawanan ini apabila menjaringkan gol emas apabila menewaskan penjaga gol Hull City menerusi sepakan lecong yang tinggi dari sudut hantaran untuk mudah mengelirukan penjaga gol mereka.Keputusan Akhir Chelsea menang 2-1 ke atas Hull City.
P/S : Tapi korang perasan x...pesal Lampard main xbest erk dalam match ni, hantarannya kurang mantap n kemas ler...aku harap dia akan score dalam match ni...erm harap next game Lampard akan kembali menjadi pemain yang biasa kita lihat di atas padang


ketinggalan 1-0 pastu mng 2-1,cayalah chelsea....bravo
zhirkov x maen lew...
super cool drogba!!! zhirkov tk mainpon tk per,jnji chlsea mng,wuhoo...
zhirkov injured lah wei...tahniah chelsea...