Lampard : "Peluang Cetus Impak Maksima" (KOSMO)

Posted by KampungChelsea On Wednesday, August 12, 2009
LONDON - Frank Lampard menganggap barisan bintang England berpeluang mencetuskan impak dalam bola sepak dunia.

Awal pagi esok, England akan memulakan kempen Eropah musim ini dengan menentang Belanda pada aksi persahabatan.

Dalam masa yang sama, skuad kendalian Fabio Capello itu turut mengintai peluang beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, sekali gus mengecap kemasyhuran sebagai juara buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun.

"Bukan saja saya, ia satu tahun yang penting bagi setiap pemain skuad ini," kata Lampard.

"Ini akan sentiasa menjadi satu peluang terbaik kepada pemain meninggalkan impak mereka dalam sejarah bola sepak baik secara individu mahu pun berpasukan.

"Kamu kena lihat betapa hebatnya penghargaan yang diterima oleh skuad (England) 1966 dan itu semua kerana mereka adalah satu-satunya pasukan yang pernah memenangi Piala Dunia.

"Kami mahu pergi ke sana (Afrika Selatan) dan memenangi Piala Dunia. Ia akan menjadi sesuatu yang menakjubkan, satu pencapaian baru dalam sejarah walaupun ia bukannya mudah."

Lampard juga percaya England boleh belajar daripada skuad kriket Australia yang mempunyai sikap tidak pernah mengalah.

"Mungkin Itali memang hebat dalam bola sepak. Mereka mungkin tidak sehebat mana ketika ini tetapi mempunyai mentaliti yang kuat," kata Lampard.

"Kami memiliki seorang jurulatih dari Itali dan diharapkan, dia mampu membantu kami." - Agensi

0 Response to 'Lampard : "Peluang Cetus Impak Maksima" (KOSMO)'


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png