We're On Our Way To Wembley
1) Layaknya Chelsea ke final kerana kita menang aggregat. Seri di liverpool & menang 1-0 di stamford bridge. jadi aggregat 1-0. Walaupun perfomance tidak begitu meyakinkan tapi paling penting ialah kita sudah menjejak kaki ke Wembley. Perfomance buruk lain kira.
2) Ivanovic wira Chelsea dengan menjaringkan gol kemenangan menerusi free header pada extra time.
3)Insiden tentang Costa pijak kaki Emre ? Yes penyokong liverpool boleh komplen tentang tu. Tapi mereka kena ingat, Chelsea juga sepatutnya memperolehi sepakan penalti & skrtel koyak baju player chelsea tu juga sepatutnya dikenakan hukuman.
4)Perangai Costa ini mengingatkan aku kepada Suarez, seorang pemain yang hebat di atas padang tapi sayang kurang berakal dari segi attitude. Kaki dive, racist & gigit orang. Mungkin penyokong Liverpool lupa agaknya tentang 3 benda itu & sekarang ini mensasarkan pula kepada Costa. Bila kena pada player sendiri, sampai nak rak pertahankan walaupun terang lagi bersuluh dah nampak salah tapi bila kena player orang lain, kondem habis-habisan.
5)Yes Liverpool beraksi bagus dalam dalam dua tie game. Kegagalan mereka untuk menang dalam perlawanan ini ialah kerana mereka kurang kualiti untuk bunuh game lebih awal. Mereka ada peluang untuk score tapi mereka tak score. Nak salahkan siapa ? Chelsea tidak bermain dengan baik namun bila ada peluang yang kita patut score, kita score. Kita score di waktu yang genting. Ugly winning tidak penting, yang penting kita sudah berada di final.
6)Bola sepak bukan sekadar bermain cantik sahaja. Ia lebih dinilai dari segi result. Anda tak score anda tak menang kerana di penghujung permainan orang hanya akan melihat scoreline sahaja & bukannya perfomance.
Tak ada apa2 pun. Player rilek je. Media & penyokong liverpool yang propa lebih.