Beza chihuahua Brendan Rodgers dengan kuda2 besar

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 25, 2014
Ada orang tanya aku di Facebook tapi aku tak sempat nak balas. Aku juga menerima soalan yang sama melalui email. Halnya tentang kenapa prestasi memberangsangkan Liverpool musim ni.

Bila orang tanya kita kena jawab lah & soalan simple macam ni pun senang dijawab.

Kenapa prestasi Liverpool dalam saingan liga musim ni memberangsangkan berbanding musim2 yang sudah. Ini kerana mereka tak bermain apa2 kejohanan Eropah. Champions League pun tidak, Europa League pun tidak. Ia memberi keuntungan besar kepada mereka bukan sahaja dapat kukuhkan top 4 spot, malah berpeluang merebut kejuaraan liga.

Liverpool tak bermain dalam jadual padat seperti Chelsea, City, Arsenal & MU. Jadi bila mereka tercicir mata atau pemain mengalami kecederaan, mereka tetap akan stabil kerana fokus mereka hanya 1 iaitu EPL. Berbeza dengan kelab2 yang bermain di Champions League, kita kena fokus banyak perkara. Kena buat persediaan bagi hari minggu dan tengah minggu. Fokus & kosentrasi perlu dijaga bagi mengekalkan momentum permainan. Kita juga kena fikirkan soal kecergasan pemain dalam memainkan mereka dua kali seminggu. Terdapat juga risiko pemain yang cedera. Bila kalah game di kejohanan eropah, secara tidak langsungnya ia akan memberi efek kepada perfomance dalam saingan liga.

Sebagai bukti, kita boleh lihat musim lepas. Liverpool bermain di Europa League, namun hasil akhir musim mereka hanya mampu mengakhiri liga di tangga ke-7. Main Europa League pun tersingkir awal, kalah kepada pasukan bukan pilihan. Masuk bulan Januari mereka sudah terkeluar dari title race. Masuk bulan 3 mereka sudah terkeluar dari pemburuan tempat ke-4.

Itulah efek bermain dalam banyak kejohanan, terutama sekali yang beraksi di pentas Eropah. Berbeza dengan musim ini mereka tak lalui, tak tempuhi langsung benda itu. Jadi ia memudahkan mereka untuk mencapai target yang ditetapkan. Kalau pasukan itu bermain di Champions League, pelatih itu akan mengalami banyak dilema dalam soal pemilihan pemain, kena rehat atau tidak pemain itu selepas beberapa hari lepas main dalam league games. Tetapi bagi Liverpool, mereka tak lalui proses2 itu kerana mereka hanya bermain 1 game seminggu.

Sebab itu jangan diheran kalau kelab2 besar seperti City & Chelsea ini membeli banyak pemain, mempunyai skuad yang besar kerana setiap musim kita bermain banyak perlawanan. Mungkin lebih dari 60 game, sama macam musim lepas.

Tetapi benda ini tidak berlaku kepada Liverpool. Jadi bila Brendan Rodgers menyebut pasukannya seperti Chihuahua yang berlari di antara kuda2, aku senang hati menjawab Chihuahua Brendan Rodgers banyak berlatih dan banyak masa rehat. Anjing lain tak banyak berlatih kerana terlalu banyak pertandingan.

Ketika EPL memasuki fasa yang crucial atau dalam situasi2 sulit, kelab seperti Chelsea akan bermain perlawanan Champions League dalam waktu yang singkat serta merasai beban dan pressure. Chihuahua Brendan Rodgers tak mengalami perkara itu. Ketika kelab lain main Champions League hari rabu/khamis, Livepool boleh bersenang lenang, tidur, makan dan mempunyai waktu yang cukup untuk berlatih.

Jadi di sini aku boleh simpulkan bahawa Liverpool memiliki keuntungan dalam saingan liga musim ini dek kerana mereka tidak terlibat dalam agenda kompetitif eropah. Musim depan nanti mereka akan rasailah situasi2 sulit dalam menhadapi banyak perlawanan di pelbagai kejohanan. Lagipun mereka sudah lama tak merasai suasana malam eropah. Bosan lah kan kalau asyik tengok Chelsea je yang main Champions League di tengah minggu sedangkan team kegemaran hanya bermain pada hujung minggu.

13 Response to 'Beza chihuahua Brendan Rodgers dengan kuda2 besar'

  1. http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393306090342#c733208632930342456'> February 25, 2014 at 1:28 PM

    aah..chelsea mmg power..sebab tu la asyik beli player je. xde player yg develpo dr chelsea. apa susah beli je player power2. pastu letak kt bench hehhe

     

  2. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393309099058#c7202173805485833157'> February 25, 2014 at 2:18 PM

    haaa..dah sah2 chelski baru sekali menang Champions League..tetiba jadi giant in europe? duhh..fatamorgana apa kah ini? setakat 1CL, 2 CWC 1 EL(eh ada ker) 3 akli PL winner..dah jadi giant in europe?? duhhh..giant in terms of cash and wealthy yess..giants in terms of the sports haaaaa..dream on. hype is greater than facts most of the time..

     

  3. Keris Jebat Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393333618383#c1767537003008847449'> February 25, 2014 at 9:06 PM

    mcm yg telah dikata, sb tu kelab2 besar kaya mcm chelski dgn city beli player mahal2 byk2, mmg utk menghadapi situasi mcm ni, jgn nk komen pasal kelab yg sekadar no 7 dlm liga yg tetiba ada dekat top 4 sb kelab tu pun skuad depthnya tak kuat, siap ada player chelsea yg diloan sb takde nama2 besar nk panas kan bangku kelab yg sekadar no 7 ni.
    player beli 50 juta tu takat duk kerusi je, kelab chihuahua ni kena panggil player akademi utk main, sb tak mampu nk beli player akademi yg telah dijual dgn harga yg lebih mahal mcm chelsea.

    jd jgn risau, liverpool mmg bercita2 dri sebelum musim bermula utk target top 4, jd pekata ko ulas pasal team2 besar lain mcm man city & arsenal, takat nk ulas dgn kelab no 7 musim lepas ni apa standard kn,
    atau teruskan cerita tentang striker2 yg dah lupa cara2 nk skor ke, apa2 jelah yg berkaitan dgn kelab 'terhebat' london dan england ni.

     

  4. i.r.w.a.n Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393336032991#c4513862079674815137'> February 25, 2014 at 9:47 PM

    Geli ati baca cerpen ni...keh3 bkn Liverpool je xmain ucl, el ni..ada 16 team lg..ko xnk komen ke sal team2 tu xleh performe? Sal nk komen pasal liverpool? Xkan dgn Liverpool yg miskin ni pon celsi takut? Adoiii la, senak perut aku gelakkkk

     

  5. i.r.w.a.n Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393336126126#c4507248348825235885'> February 25, 2014 at 9:48 PM

    Geli ati baca cerpen ni...keh3 bkn Liverpool je xmain ucl, el ni..ada 16 team lg..ko xnk komen ke sal team2 tu xleh performe? Sal nk komen pasal liverpool? Xkan dgn Liverpool yg miskin ni pon celsi takut? Adoiii la, senak perut aku gelakkkk

     

  6. http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393336778244#c8864025515235117954'> February 25, 2014 at 9:59 PM

    Wah, ada juga penyokong Liverpool yang baca blog ini, ingatkan penyokong Chelsea je.

     

  7. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393338881950#c4656566107385554183'> February 25, 2014 at 10:34 PM

    Hahaha gile kelakar.. Nape rase terancam ke dgn klab chihuahua.. Klu stakat sailang player yg Liverpool target then letak kt bench nampak sgt ketakutan Chelsea tu. Even Liverpool dh lame x main CL tp Chelsea hanya mampu menang sekali je. Bli star kami bila masuk Chelsea terus alami sindrom x tau score beza ngan sturridge dlm Chelsea anak kucing masuk Liverpool jadi singa.. Hehe ada berani g la ulas kelab city ke, man u ke..

     

  8. Skyjalan Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393340519485#c4277830860164534879'> February 25, 2014 at 11:01 PM

    Liverpool kalah europa lwn Zenith. Zenith tu bukan pilihan ke?? Now zenith main UCL tau. Text panjang berderet tapi auta lebih

     

  9. http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393340781940#c8262586403125770690'> February 25, 2014 at 11:06 PM

    pehh makin bertambah penyokong liverpool di blog ni. tak sia2 aku tulis entri ni haha.

     

  10. aja latido Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393384896003#c2999877961552884770'> February 26, 2014 at 11:21 AM

    btul pe yg KC ckp 2..chelsea perlukan pasukan besar bg harungi jadual padat..sume game penting..

     

  11. Anonymous Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393468573230#c8643025083527720374'> February 27, 2014 at 10:36 AM

    Bila lagi penyokong liverpool nk blagak hebat kan kc... Layan jer drg ni... Yg penting player yg tahu score tu dpt score pg td.. Ingatkn chelsea pun kna tempias 2-0... Torres jgk y tlg tepiskn tempias tu.. Fan Liverpool bley la tumpang bangga skali... Hehe

     

  12. Anonymous Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393469623256#c5563725190431239844'> February 27, 2014 at 10:53 AM

    aq nk wish kat pasukan liverpool semoga mng title epl season ni.. klu mng aq nk tumpang gembira jgak...

     

  13. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2014/02/beza-chihuahua-brendan-rodgers-dengan.html?showComment=1393550268994#c4247547775114703287'> February 28, 2014 at 9:17 AM

    ni lah masalah penyokong liver poo. baru duk kat tangga ke 4 dan beza mata 4 point je dah nak berlagak sgt.

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png