Galatasaray 1 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Friday, February 28, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1-1. Ini ialah result positif. Dapat bekal 1 away goal untuk dibawa ke Stamford Bridge 18 Mac nanti.

Sekurang-kurangnya ada lah juga team EPL yang berjaya score gol pada 1st leg dan ada lah juga harapan untuk melihat satu wakil EPL di suku akhir. Nak harapkan MU, City & Arsenal ? heh!

Torres akhirnya score gol sekaligus menjawab persoalan Mourinho "Adakah striker saya boleh menjaringkan gol lagi atau tidak". Kredit kepada team Galatasaray kerana memberi saingan sengit pada separuh masa kedua. Separuh masa pertama memang milik Chelsea dan kita sepatutnya boleh leading 2/3 gol dan boleh bunuh game lebih awal. Apa pun yang berlaku result 1-1 ini tetap bagi advantage kepada Chelsea untuk perlawanan kedua nanti.

P/S : "Hardcore" gila penyokong Galatasaray.

Preview : Bertemu kembali dengan King Drogba

Posted by KampungChelsea On Wednesday, February 26, 2014 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Man City 0-2 Barcelona
Arsenal 0-2 Bayern
Swansea 0-0 Napoli
Dnipro 1-0 Spurs
Olympiakos 2-0 Man United

Inilah result team EPL di pentas Eropah. Teruk tak teruk.

City kena 2 bijik, Arsenal kena 2 bijik, MU pun kena 2 bijik. Adakah Chelsea akan kalah 0-2 juga ? Tak tahulah tapi tiap2 tahun yang harumkan nama EPL di Eropah, kelab Chelsea juga.

Malam nanti kita akan bertemu kembali dengan King Drogba, lagenda kelab kita. 8 tahun bersama Chelsea, segala jenis award & piala sudah dimenangi. Walaupun sudah dua tahun meninggalkan Chelsea, nama Drogba tetap segar di ingatan penyokong Chelsea. Mana taknya, sepanduk Drogba Legend masih terpapar di Stamford Bridge. Aku harap dia tak score gol lawan Chelsea nanti haha.

Berita baik 3 pemain sudah sembuh dari kecederaan. Oscar, Mikel, David Luiz. Matic tak boleh main Champions League, jadi aku harap Mourinho letak David Luiz di posisi tengah. Hambar dia beraksi di posisi bek.

Mengharapkan result positif di Turk Telekom Arena. KTBFFH.

Beza chihuahua Brendan Rodgers dengan kuda2 besar

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 25, 2014 13 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ada orang tanya aku di Facebook tapi aku tak sempat nak balas. Aku juga menerima soalan yang sama melalui email. Halnya tentang kenapa prestasi memberangsangkan Liverpool musim ni.

Bila orang tanya kita kena jawab lah & soalan simple macam ni pun senang dijawab.

Kenapa prestasi Liverpool dalam saingan liga musim ni memberangsangkan berbanding musim2 yang sudah. Ini kerana mereka tak bermain apa2 kejohanan Eropah. Champions League pun tidak, Europa League pun tidak. Ia memberi keuntungan besar kepada mereka bukan sahaja dapat kukuhkan top 4 spot, malah berpeluang merebut kejuaraan liga.

Liverpool tak bermain dalam jadual padat seperti Chelsea, City, Arsenal & MU. Jadi bila mereka tercicir mata atau pemain mengalami kecederaan, mereka tetap akan stabil kerana fokus mereka hanya 1 iaitu EPL. Berbeza dengan kelab2 yang bermain di Champions League, kita kena fokus banyak perkara. Kena buat persediaan bagi hari minggu dan tengah minggu. Fokus & kosentrasi perlu dijaga bagi mengekalkan momentum permainan. Kita juga kena fikirkan soal kecergasan pemain dalam memainkan mereka dua kali seminggu. Terdapat juga risiko pemain yang cedera. Bila kalah game di kejohanan eropah, secara tidak langsungnya ia akan memberi efek kepada perfomance dalam saingan liga.

Sebagai bukti, kita boleh lihat musim lepas. Liverpool bermain di Europa League, namun hasil akhir musim mereka hanya mampu mengakhiri liga di tangga ke-7. Main Europa League pun tersingkir awal, kalah kepada pasukan bukan pilihan. Masuk bulan Januari mereka sudah terkeluar dari title race. Masuk bulan 3 mereka sudah terkeluar dari pemburuan tempat ke-4.

Itulah efek bermain dalam banyak kejohanan, terutama sekali yang beraksi di pentas Eropah. Berbeza dengan musim ini mereka tak lalui, tak tempuhi langsung benda itu. Jadi ia memudahkan mereka untuk mencapai target yang ditetapkan. Kalau pasukan itu bermain di Champions League, pelatih itu akan mengalami banyak dilema dalam soal pemilihan pemain, kena rehat atau tidak pemain itu selepas beberapa hari lepas main dalam league games. Tetapi bagi Liverpool, mereka tak lalui proses2 itu kerana mereka hanya bermain 1 game seminggu.

Sebab itu jangan diheran kalau kelab2 besar seperti City & Chelsea ini membeli banyak pemain, mempunyai skuad yang besar kerana setiap musim kita bermain banyak perlawanan. Mungkin lebih dari 60 game, sama macam musim lepas.

Tetapi benda ini tidak berlaku kepada Liverpool. Jadi bila Brendan Rodgers menyebut pasukannya seperti Chihuahua yang berlari di antara kuda2, aku senang hati menjawab Chihuahua Brendan Rodgers banyak berlatih dan banyak masa rehat. Anjing lain tak banyak berlatih kerana terlalu banyak pertandingan.

Ketika EPL memasuki fasa yang crucial atau dalam situasi2 sulit, kelab seperti Chelsea akan bermain perlawanan Champions League dalam waktu yang singkat serta merasai beban dan pressure. Chihuahua Brendan Rodgers tak mengalami perkara itu. Ketika kelab lain main Champions League hari rabu/khamis, Livepool boleh bersenang lenang, tidur, makan dan mempunyai waktu yang cukup untuk berlatih.

Jadi di sini aku boleh simpulkan bahawa Liverpool memiliki keuntungan dalam saingan liga musim ini dek kerana mereka tidak terlibat dalam agenda kompetitif eropah. Musim depan nanti mereka akan rasailah situasi2 sulit dalam menhadapi banyak perlawanan di pelbagai kejohanan. Lagipun mereka sudah lama tak merasai suasana malam eropah. Bosan lah kan kalau asyik tengok Chelsea je yang main Champions League di tengah minggu sedangkan team kegemaran hanya bermain pada hujung minggu.

Chelsea 1 Everton 0 : Kapten penyelamat!

Posted by KampungChelsea On Monday, February 24, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau tengok balik gol kemenangan Chelsea pada last2 minit Chelsea itu sebenarnya ia ialah own goal dari keeper Everton. Cuma tabik buat dua kapten legend iaitu Terry & Lampard yang menjadi penggerak bagi gol tersebut. Bermula dari percubaan Lampard menerusi sepakan percuma tetapi Terry menjadi penyelamat kerana dia memberi pressure kepada Tim Howard. Situasi ini boleh dianggap sebagai "bola muntah". Bola yang tidak ditangkap dengan baik, terlepas dari tangkapan yang kemudiannya masuk ke gawang.

Hendak kata Chelsea berhak menang tidaklah juga kerana Everton pun bermain dengan baik. Mereka sangat berdisiplin di bahagian pertahanan. Mungkin result seri boleh dianggap fair bagi kedua-dua pasukan. Tetapi itulah bola sepak. Kadang2 ada perlawanan yang patut kita menang tapi kita tak menang dan ada perlawanan yang tak nampak macam nak menang tapi kita berjaya juga menang. Nasib sedikit menyelebahi diri kita. Harus diingat, perfomance Chelsea dalam perlawanan ini bukanlah yang terbaik. Kita tidak beraksi seperti mana yang diharapkan.  Namun apa yang aku suka tentang Chelsea ialah semangat juang. Sukar mana sekalipun pasukan itu, kita tetap memberi pressure kepada mereka sampai ke penghujung permainan.

Oscar memang flop of the match. Dia dikeluarkan pada rehat separuh masa pertama. Dan haruskan kita menuding jari kepada dia 100% kerana beraksi hambar ? Tidak. Player2 macam ni ada hari baik buruk mereka. Aku boleh katakan Oscar mengalami kelelahan. Terlalu banyak sangat game yang dia main. Kadang2 Mourinho perlu juga merehatkan Oscar demi mengekalkan prestasi terbaiknya itu. Di bangku simpanan, kita ada ramai back-up yang berkualiti. Tak salah untuk 1/2 game kita rehatkan Hazard & Schurrle, dan bagi peluang kepada Salah & Schurrle.

Masalah besar Chelsea seperti yang aku katakan sebelum ini ialah ketumpulan penyudah. Eto'o & Torres masih dilabels sebagai world class striker kerana reputasi masa lampau mereka sebelum ini tetapi sayangnya mereka sekarang tidak konsisten dalam menjaringkan gol. Eto'o ada dua peluang terbaik untuk score gol tetapi dia tak berjaya score. Torres pula dengan aksi menendang bola yang tak tentu hala. Nak menunjukkan betapa teruknya finishing striker2 Chelsea. Ba pula terus disisihkan walaupun aku fikir dia sebenarnya lebih bagus dari Torres & Eto dari segi finishing. Kita sendiri boleh lihat raut wajah Mourinho yang begitu kecewa dengan perfomance striker2 Chelsea.

Chelsea perlukan "Drogba" baru. Bayangkan musim ni kalau kita ada striker2 yang power seperti musim 2004/2005 & 2009/2010, aku predict kita akan maintain di posisi no 1 sambil leading 10 hingga 15 mata dengan team yang berada di tangga ke-2,3 mahupun yang berada no 4 itu.

Piala FA : City 2 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Wednesday, February 19, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*maaf lambat update

Kemenangan 1-0 di Etihad pada 3 Februari lalu merupakan satu kemenangan luar biasa, ia menghentikan rekod tanpa kalah City di gelanggang keramat mereka itu.

Namun untuk melakukan perkara itu dua kali agak sukar & mustahil  Ia sendiri sudah terjawab pada pusingan ke-5 Piala Fa lima hari lepas, kita tewas 0-2 & seterusnya tersingkir dari kompetitif tersebut. Dan kekalahan ini sebenarnya sudah dijangka.

Kalau sudah kalah mesti akan ada alasan kan. Jadi aku bagi alasannya.

Beza perlawanan yang kita kalah ini dengan perlawanan yang kita menang 1-0 itu ialah intensity. Chelsea tidak menunjukkan perfomance seperti mana yang kita lakukan pada 3 Febuari hari itu. Kita juga beraksi tanpa kapten utama, Terry yang mana dia antara pemain Chelsea paling konsisten di back four. City juga mempunyai banyak kelebihan, terutama sekali dari segi fixture. Ketika kita berhadapan dengan West Brom, mereka tak main apa2 game. Mereka mempunyai cuti rehat lebih lama dan benda itu mendorong mereka untuk lebih fokus kepada game Piala FA. Aku juga merasakan beberapa player chelsea mengalami keletihan dan faktor keletihan itu memberi efek kepada perfomance mereka. Hazard, Willian, David Luiz beraksi hambar dan mereka gagal menterjemahkan aksi seperti mana yang mereka buat ketika menang 1-0 tempoh hari.

City juga tanpa striker utama mereka Aguero yang mengalami kecederaan panjang. Tetapi walaupun Aguero tak main, striker pilihan kedua, ketiga, keempat mereka masih lagi bagus berbanding striker utama Chelsea. Kita punya striker tak konsisten dalam menjaringkan gol. Jadi di situ juga City memiliki kelebihan berbanding Chelsea.

Apa pun kalah tetap kalah. Aku hanya bercakap tentang apa yang berlaku. Kalau nak komplain lebih pun, aku boleh cakap tentang gol kedua City itu offside tetapi benda sudah kalah, kalah lah. Dalam perlawanan ini City memang berhak menang. Bagi Chelsea, apa yang penting kita belajar dari kekalahan & move forward. Fokus untuk perlawanan yang seterusnya.

Hilang 2 mata di Hawthorns

Posted by KampungChelsea On Wednesday, February 12, 2014 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dalam 5 pertemuan di Hawthorns, Chelsea hanya menang sekali, itupun di zaman Ancelotti. Sebelum ni main di Stamford Bridge pun seri 2-2. Nak menunjukkan betapa sukarnya Chelsea untuk kalahkan West brom.

Ivanovic score gol dulu 1st half sebelum Anichbe balas balik pada lewat permainan. Pada awalnya aku tak expect benda ini akan berlaku kerana aku fikir Chelsea akan menang mudah. Namun dengan hanya berbekalkan 1 gol sampai 85 minit, Mourinho kemudian melakukan substitution berisiko tinggi dengan mengeluarkan Oscar dan memasukkan Mikel, manakala Eto'o ditukar dengan Torres. Dua pertukaran ini memang tak bagi apa2 impak dan aku dah mula bayangkan West brom akan menyamakan kedudukan. Leading 1-0 tak selamat dan Chelsea sepatutnya cari gol kedua untuk bunuh game lebih awal. Namun itu tidak berlaku sebaliknya lawan dapat gol penyamaan menerusi super-sub, Victor Anichebe. Pada waktu itu Cahill sepatutnya boleh marking Anichebe tetapi dia hilang fokus kerana mengalami kecederaan.

Result 1-1 ini fair bagi kedua-dua team walaupun pada 5 minit terakhir West brom berpeluang untuk pungut 3 mata penuh dengan percubaan2 bahaya yang mereka buat. Tetapi di pihak Chelsea, seri ini sudah dikira drop point. Hajat untuk memperlebarkan jurang mata tak kesampaian. Esok lusa mungkin City atau Arsenal akan rampas balik takhta pendahulu liga.

Chelsea 3 Newcastle 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, February 09, 2014 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top of the league selepas Arsenal & City masing2 tercicir mata. Kemenangan 3-0 ke atas Newcastle ini of course satu kemenangan yang hebat, di samping aksi individu menarik Hazard serta 3 gol hatriknya itu.

Kehebatan Hazard ini memang tak perlu dinafikan lagi, dia memang salah satu pemain muda terbaik di dunia sekarang. Namun kejayaan ini bukannya terletak pada Hazard sahaja, kredit juga kepada pemain2 lain macam Matic & Ivanovic. Ivanovic memang flash man. Satu masa dia berada di bahagian pertahanan, beberapa minit dia berada di area pihak lawan pula. Defender yang bukan sahaja boleh bertahan dengan baik malah boleh naik atas bantu bahagian serangan serta menjaringkan gol. Itulah Branislav Ivanovic. Salah satu right back terbaik di dunia.

Aku fikir Chelsea semakin hari semakin improve. Dari segi workrate bagus. Kerjasama & link-up di bahagian tengah dengan striker berjalan dengan lancar. Gol pertama berlaku sangat cepat. Umpanan Ivanovic yang serta merta diledak menerusi first timer Hazard. Gol kedua word class. Counter attack + one-two pass Hazard dengan Eto'o kemudian Hazard melakukan placing ke gawang lawan. Gol ketiga penalty kick. Lampard baik hati bagi Hazard score hatrik.

Hazard, Oscar & Willian memang satu kombinasi yang bagus, aku fikir lebih bagus dari kombinasi musim lepas (Mata, Hazard, Oscar). Mohamed Salah juga sudah membuat debut pertamanya. Tidak mengecewakan walaupun dia mensia-siakan dua peluang mudah di depan gol.

Berkenaan dengan kenyataan Mourinho "Chelsea are not title favourite". Sebenarnya itu mind games Mourinho. Kita semua tahu Mourinho ni jenis manager yang macam mana. Walaupun haters menganggap benda itu negatif tetapi ia sebenarnya patut dilihat dari sudut positif. Mourinho berkata sedemikian kerana tak mahu over-confident & tak mahu player2 Chelsea ini leka selepas menang dalam perlawanan besar. Mourinho bukanlah seperti manager2 lain, especially kalau menang akan cakap "we are favourite to win this league, we deserved to win this league".  Tengok macam Liverpool. Lepas menang 5-1 ke atas Arsenal, semua bajet liverpool berpeluang menang liga, liverpool berhak menang liga. Perkukuhkan dulu top 4 spot itu, kemudian baru bercakap pasal kejuaran liga. Kalau menang dengan kelab besar minggu ini, minggu seterusnya seri dengan kelab bawahan elok fokus benda2 dijadikan target awal2 musim dahulu. Dah la main satu game seminggu, tak main apa2 kejohanan eropah.  Lainlah Chelsea, Champions league lagi. Kita akan bermain dalam jadual padat bulan ini.

|

Manchester City 0 Chelsea 1 : Rekod kebal City musnah

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 04, 2014 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Arsenal & Spurs kena lauk 6 gol, MU dibelasah 4-1, Liverpool kalah 2-1 dan semua kelab England telah tewas di Etihad Stadium namun Chelsea kelab pertama yang berjaya meleburkan rekod kebal City itu. Aku pernah berkata sebelum ini, jika ada pasukan yang boleh menghancurkan rekod unbeatan City dan pasukannya itu adalah Chelsea. Dan power tak power Chelsea, ini kali pertama sejak bulan November 2010, City gagal menjaringkan sebarang gol di tempat sendiri.

2. City bernasib baik untuk tidak kalah besar. 3 kali tiang menyelamatkan mereka. Pada separuh masa pertama Chelsea seharusnya boleh bunuh game lebih awal jika Eto'o & Ramires memanfaatkan peluang mudah di depan gol. City juga bernasib baik untuk tidak mengakhiri perlawanan dengan 10 orang kerana Nastasic sepatutnya dilayangkan kad merah, fault ke atas Oscar.

3. Man of the match ? kesemua 11 pemain Chelsea. Dari keeper hingga striker, semuanya memainkan peranan masing. Paling ketara ialah di bahagian tengah. Kunci kemenangan dalam perlawanan besar ialah kita merantai key player mereka. Dan dalam perlawanan ini, Matic & David Luiz berjaya mengunci setiap pergerakan Yaya Toure. Senang cakap Yaya Toure dalam poket Matic. Paling menghiburkan ialah melihat aksi pemain attacking Chelsea. Pemain City memang betul2 kena buli dengan Eden Hazard. Dia juga yang memulakan pergerakan untuk gol Ivanovic.

4. Ramai yang expect Chelsea akan parking bus namun Chelsea memberikan sesuatu yang cukup berbeza. Chelsea parking ferrari haha. Penyokong City mahukan permainan bola sepak alaf 21, jadi kita bagi apa yang mereka inginkan. Kita tewaskan City dengan menerapkan sistem counter attack dan bukannya meletakkan 10 pemain di kubu sendiri. Taktikal Mourinho seperti biasa genius. Jadi ini satu kemenangan yang telus & Chelsea berhak pungut 3 mata penuh.

5. Walaupun kemenangan 1-0 ini tidak melonjakkan Chelsea ke persada liga namun sekurang-kurangnya kita berjaya memberi tekanan kepada Arsenal & City. Jika Chelsea kalah, City akan leading 6 mata dan sudah tentu situasi perebutan liga akan menjadi lebihi sulit. Sekarang ini Chelsea hanya beza 2 mata sahaja di belakang pendahulu. Arsenal boleh menarik nafas lega dengan kekalahan City namun mereka tak boleh bersenang lenang kerana 4 game berikutnya akan menyukarkan mereka. Arsenal dua game liga seterusnya lawan Liverpool, MU. City dua game seterusnya Norwich, Sunderland manakala Chelsea, kita akan lawan Newcastle, West brom.

Masih ada 14 game lagi. Bring it on Chelsea !


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png