Ulasan perlawanan : Chelsea 3 MU 3

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 07, 2012

Untuk ulasan perlawanan kali ini, aku nak tulis ikut style macam Tun Dr Mahathir :

1. Siapa boleh percaya, dah cantik mendahului 3-0, tiba-tiba MU menyamakan balik kedudukan 3-3. Ini berlaku kerana mentaliti pemain Chelsea lemah. Sepatutnya bile dan mendahului sampai 3 gol ini, kita seharusnya lebih tenang dan tidak gopoh. Kita kena tahu pasukan seperti MU ini tidak akan mudah menyerah kalah. Mereka kalau ketinggalan sampai 5 gol pun, mereka boleh buat come-back. Usah pedulikan kebangangan Howard Webb kerana sedia maklum yang memang dia anak emas MU, die hard fan The Red Devils.Untuk 60 minit pertama perfomance Chelsea terbaik, namun disebabkan kelemahan mental pemain Chelsea lemah yang tidak boleh kekal 90 minit, MU menghukum kita dengan 3 gol come-back.

2. Tengah memainkan peranan yang cukup penting dalam perlawanan bola sepak. Namun bahagian tengah Chelsea tidak stabil & kurang kreatif. MU sejak dari zaman Beckham lagi, midfield mereka sangat berpuaka. Gol-gol mereka kebanyakannya berpunca dari tengah. Seperti perlawanan dua hari lepas juga, mereka berjaya control tengah dengan baik. Sebab itu bahagian serangan mereka mudah-mudah boleh masuk ke penalty box Chelsea. Meireles & Malouda buat ape ? mabuk atau tido ?

3. Torres sangat bermasalah. Depan gol pun dia masih nak dribble, sepak teruslah.

4. Cahill membuat debut pertama dengan cemerlang. Walaupun 3 kali gawang Chelsea bolos, tapi hakikatnya itu bukan salah dia. Lebih-lebih lagi gol pertama MU dengan gol kedua MU yang sangat "cantik" itu.

5. Meireles lepas ni kalau perfom macam ayam berak kapur lagi, bolehlah kemas beg balik Liverpool balik. Begitu juga dengan Malouda. Hancur bahagian tengah dibuatnya.

6. AVB ni kena bagi amaran juga kepada Sturridge. Amarannya ialah jangan tamak & main bola jangan syok sendiri. Skill ada, pandai gelecek tapi alangkah bagusnya kalau dia bersikap toleransi dengan rakan sepasukannya yang lain iaitu cuba hantar bola. Jangan tahu nak sepak sahaja.

7. Kemasukan Romeu tidak memberi apa-apa efek. Sepatutnya Sturridge kekal sehingga tamat perlawanan. Walaupun Sturridge tamak, dia pandai buat counter-attack. Kalau AVB nak kukuhkan defensive Chelsea, Malouda yang sewajarnya keluar & digantikan dengan Romeu.

8. Bila Chicharito masuk, aku sudah boleh agak yang MU akan buat come-back. Lebih-lebih lagi pada masa itu, scoreline Chelsea 3 MU 2. Gol ke-3 MU itu boleh di-marking kalau Terry ada.


9. Aku tak nafikan yang 40% moral pemain Chelsea down disebabkan keputusan bias dari pengadil. Keputusan pengadil kadang-kadang boleh mempengaruhi sesuatu perlawanan. Yang betul jadi salah, yang salah jadi betul. Itu keadaan yang aku nampak ketika manusia botak yang bernama Howard Webb mengadili perlawanan di Stamford Bridge. Di Old Trafford tahun lepas pun dua gol MU ialah offside.

10. Alex Ferguson mendakwa MU patut dapat 4 penalty semalam. Apa bangang orang tua ni ? Kalau aku ni jenis pemurah pun aku boleh bagi satu penalti sahaja. Pada separuh masa pertama, Ashley Young buat-buat jatuh. Separuh masa kedua, Evra si "kulit putih" juga jatuh sendiri. Dan paling ketara ialah penalty claim ke-3, Welbeck terang-terang dive. Dah terang lagi bersuluh. Kalau yang Cahill jatuhkan Welbeck pada separuh masa pertama itu mungkin aku setuju itu ialah penalty tapi lain-lain menipu. Banggakah anda, banggakah anda kalau menang dengan bantuan pengadil dan menang dengan hanya score gol menerusi penalti sahaja ? Fikir-fikirkanlah.

11. Chelsea bermain tanpa Lampard, Terry, Ashley Cole, Ramires & Drogba. Tidak dinafikan ketiadaan mereka berlima sedikit sebanyak mencacatkan tempo permainan Chelsea. Lampard walaupun sudah tua, tapi pemain macam dia boleh menyelamatkan Chelsea di saat-saat genting.

12. Realistiknya kita sudah terkeluar dari persaingan menjuarai liga. Tetapi jika Chelsea terus berterusan drop point macam ini, alamatnya main Europa League lah musim depan. Liverpool, Newcastle & Arsenal sedang tunggu peluang sahaja nak rampas tempat ke-4 kita. Jadi kena banyak berwaspada lah untuk perlawanan selepas ini.

KTBBBF

5 Response to 'Ulasan perlawanan : Chelsea 3 MU 3'

  1. arituarini Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/02/ulasan-perlawanan-chelsea-3-mu-3.html?showComment=1328627267205#c4768445948946978088'> February 7, 2012 at 11:07 PM

    1)torres tk spttnya mcm tu..dia nk buat mcm gol lwn west ham dulu.payah dah..

    2)sturridge terkenal ketamakannya..nak cari top screr biasa la..cuma bgusnya bleh masuk lm kotk pelanti..

    3)malouda tk yah main pun tk pe lah..

    4)cahill memang bagus mcm game tu..

    5)MU jens payah nak putus asa..bila dah gol 2..aku dpt dah agak mesti seri ni..silap2 bleh kalah..nsib dpt seri..chelsea tk bleh nak bangun dah..down habis..

     

  2. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/02/ulasan-perlawanan-chelsea-3-mu-3.html?showComment=1328672597832#c8963593442418658310'> February 8, 2012 at 11:43 AM

    Betul jugak ape yg korg explain ni. By the way, we could simply score more goals indeed. pulak dah 3-0 lead, ape lagi pasang bas pun xpe. Aku cakap macm ni bukan sebab defensive, aku tau Howard Webb niat dah nampak nak up ManU tuh. Pelik nye, hampir semua referees 'SAYANG' ManU beb. Nak lari mcm mane. Mase Jose jg Chelsea, ref & FA jd slow & under control sebab JM mmg pandai komen pasal ref yg bodoy semua tu, tu yg dia 2 kali champs dgn point 90+. AVB mungkin 'respect' sgt badigol tu semua. Nk mcm Guardiola la konon. Tu je yg aku xfaham. Hope, Chelsea bangkit cepat. Chelsea forever!

     

  3. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/02/ulasan-perlawanan-chelsea-3-mu-3.html?showComment=1328690673097#c2713340025121899254'> February 8, 2012 at 4:44 PM

    @arulchelsea
    - ha'ah dia nak buat macam lawan west ham hari tu, mane boleh dah..mase tupun hujan...kalau nak buat lawan MU, biar kasi hujan turun lah, konfem defend MU ade split sorang dua...tergelincir ke...haha

    @Maman
    - ya betul tu..patutnya bile dah leading 3-0, guna taktikal "parking bus" lah macam JM & GH guna...dah tak de guna nak serang banyak2 kalau pihak lawan tengah cari idea nak buat comeback...macam chelsea lawan liverpool last season yg kalah 1-0 kat stamford bridge..kenny dalglish letak sorang je striker n lain2, semua berkubu kat gawang sendiri...kalau guna taktikal itu, alex fergusonpun sentap..chicharito pun kena "kurung".

     

  4. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/02/ulasan-perlawanan-chelsea-3-mu-3.html?showComment=1328757458264#c8489822323185136977'> February 9, 2012 at 11:17 AM

    @KC, logik kan? Asalkan maintain 3-0 tu, that's it, we win for sure. Mungkin AVB nak amend substitutions tp masih xfaham kot game kat EPL ni. Sturrg' subs dgn Romeu? Time tukar player je, aku dah 'ALAMAK'.. aku rasa AVB kene improve bab tuh. Impak dia nampak wei..

     

  5. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/02/ulasan-perlawanan-chelsea-3-mu-3.html?showComment=1328779904359#c5478328184036889920'> February 9, 2012 at 5:31 PM

    @Maman
    - Dua kelemahan AVB dalam memimpin Chelsea ialah dia tak pandai susun line-up 1st starter & tak pandai buat substitution... aspek itu membuatkan taktikal dia makin lama makin ke laut...

    Masa kat Porto dulu tak de masalah sebab kat liga Porto itu tidak sesusah & sesukar EPL..campur lagi dengan player Porto dengar cakap, berbeza dengan player chelsea..

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png