Akhirnya teka-teki mengenai masa depan David Silva sudah terjawab.Seperti yang dijangka oleh aku sebelum ini, Silva telah memilih untuk bermain di Manchester City daripada kem kite.
Dengan ini, kita sekali lagi telah menggigit ibu jari kaki kite.David Silva dilaporkan telah bersetuju dengan kontrak 4/5 tahun bersama City.Ia akan diumumkan secara official selepas piala dunia 2010 ini berakhir.
Ape boleh buat, nasib badan....Kite sekali lagi terlepas untuk mendapatkan pemain berkualiti yang kite idamkan sebelum ini.Yang memedihkan, kite terpaksa "tumpas" sekali lagi kepada City dalam urusan transfer player.Masih ingat dengan kes Robinho sewaktu ketika dahulu ? Man City telah merampasnya dari kem kite dan ape sudah jadi dengan nasib Robinho sekarang ? Disishkan di City dan dihantar ke rumahnya semula secara pinjaman di Brazil.
Mari aku jelaskan kenapa dan mengapa David Silva telah rejek kem kite dan memilik Manchester City :
1.Faktor kewangan.Inilah satu perkara yang telah melalaikan banyak pemain bola sepak yang sanggup menggadaikan maruah dan kejayaan demi duit.Seperti yang korang tahu, Manchester City merupakan antara kelab2 terkaya di dunia dan mungkin pemilik kelab City telah "merasuah" akal fikiran Silva dan akhirnya Silva telah terpedaya dengan kate2 yang tidak bermakna dari pemilik Manchester City itu.
Tapi ape yang akan dia dapat di City ? Dia tidak dapat ape2 melainkan "emas2 duit" yang bertaburan di katilnya itu.
1.Dia tidak dapat bermain di kejohanan bola sepak paling terbaik di eropah iaitu UEFA Champions League bersama City pada musim depan.
2.Dia tidak akan sesekali merasai kejayaan trofi seperti mana yang kem kite telah genggam musim ini.
3.Dia mungkin akan jadi glamer di City tapi tidak pada perhatian dunia.Mungkin jika perfomancenya sedikit merosot, dia bakal mengikut jejak Elano dan Robinho.
Ape boleh buat, Silva telah memilih kaca dari permata.Jika die berada di Chelsea, dia bukan sahaja dapat merasai kehebatan pada dirinya malah dia dapat mencium 2/3 trofi pada musim hadapan.Itu tidak mustahil,kan ? Sila tanye Robben,Kezman,Tiago,Gudjohnsen,Shevchenko,Crespo,Gallas...Ape yang diorang sudah dapat di Chelsea sebelum diorang meninggalkan kem kite ? Emas dan permata....Jose Mourinhopun tak putus2 sering sahaja memuji kem kite walaupun ketika ini die bukan lagi manager kem kite.
The Daily Hilario: MIGRATION DAY
6 days ago