1. Secara jujur aku boleh cakap, Chelsea datang ke Etihad bukan untuk menang, tetapi untuk seri. Mourinho sudah dapat objektif yang dia nak iaitu 1 mata walaupun dalam game ini kita berpeluang untuk raih 3 mata penuh
2. Jika rembatan Costa tidak mengenai palang dan masuk, Chelsea sudah 2-0 dan waktu itu aku fikir game over dan kisah Lampard score gol lawan ex-teamnya itu tidak akan masuk headline utama. Kita sudah 1-0 & lawan pula bermain kurang 1 player kerana kad merah, dan sepatutnya kita jaga possession untuk 5 minit terakhir.
3. Ketika Schurrle masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol, aku mula hidu bau kemenangan. Kita boleh gandakan gol menerusi Diego Costa namun sayang bola terkena palang. Peluang untuk bunuh game disia-siakan dan ketika semua player City di atas padang itu gagal menembusi benteng kebal Chelsea, Pellegrini memasukkan legend kita, Lampard untuk menyelamatkan keadaan. Chelsea hero to become City hero. Lampard score gol penyamaan untuk City. Waktu ini seluruh penyokong Chelsea terkedu, terkesima, tak tahu nak cakap apa. Speechless, priceless. Umpama macam satu panah menusuk hati. Siapa sangka legend yang dah 13 tahun bersama Chelsea menjaringkan gol ke atas Chelsea.
Apa boleh buat, kita tak boleh salahkannya kerana itu tugas Lampard. Dia buat kerja dia, kita buat kerja kita. Kita yang lepaskannya, takkan kita nak suruh dia score gol sendiri pula sedangkan dia player City.
4. 1-1 game berakhir. Taktik Mourinho ini aku sudah dapat jangka dah sebenarnya. Dalam big game especially away game, Mourinho akan lebih fokus ke defensive. Bila main kat home baru kita akan serang kaw2 City nanti. Sekurang-kurangnya seri lebih baik daripada kalah. Macam musim lepas semua big game kita tak kalah. Away game seri, home game menang.
Mourinho kan jurulatih yang pragmatik.