Chelsea "SALAH" jangkaan

Posted by KampungChelsea On Wednesday, November 27, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohamed Salah sekali lagi menghantui Chelsea.

Satu perkara yang Messi tak mampu buat iaitu menjaringkan gol ke atas Chelsea tapi Salah boleh buat lebih dari sekali.

Aku tak faham dengan logik bola sepak. Schalke tewaskan Basel, Chelsea tewaskan Schalke di home & away tetapi kenapa sukar sangat untuk Chelsea tewaskan Basel. Bahagian serangan Chelsea sangat hambar kerana sepanjang perlawanan berlangsung tiada shot on target, di samping bermain dalam keadaan pressure yang tidak tentu arah. Basel memang layak dengan kemenangan ini.

Kenapa musim lepas Chelsea mudah menewaskan Basel di Europa League padahal skuad Chelsea pada waktu itu tidak sekuat sekarang ? Ini kerana terlampau banyak pemain star menyebabkan team menjadi tidak stabil.

Selain itu, masalah terbesar Chelsea juga ialah tidak konsisten.

Apa pun Chelsea masih top of the group walaupun kalah 0-1. Cuma perlu menang ke atas Steau Bucharest dalam perlawanan terakhir kumpulan nanti untuk mengesahkan status berkenaan. Schalke & Basel masing2 perlu buat perhitungan untuk mara bersama dengan Chelsea ke peringkat kalah mati.

West Ham 0 Chelsea 3

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 24, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

West Ham makin kucar-kacir apabila Sam Allardyde melakukan dua pertukaran pada minit ke-40. Mereka juga melepaskan peluang mudah di depan gol. Dan kalau nak ikutkan kedudukan pada waktu itu sepatutnya menjadi 1-2.

Chelsea berhak dengan kemenangan 3-0 ini. Kita solid di bahagian pertahanan & bijak mengatur serangan. Lampard Man of the Match dengan menjaringkan dua gol & membuktikan bahawa "form is temporary class is permanent". Oscar juga mempamerkan aksi hebat. Memenangi penalti untuk Lampard & menjaringkan gol dari luar kotak penalti selepas menerima flick pass Hazard.

Essien yang masuk pada lewat permainan tetap memberi impak dengan memberi hantaran yang berkualiti kepada Ba. Selain Lampard, nama2 seperti Azpilicueta, Ivanovic, Oscar, Eto'o juga beraksi cemerlang di Upton Park. Ini ialah kemenangan team-work.

Bagi yang rindu dengan Torres, ada berita baik kerana dia sudah boleh beraksi untuk game dengan Basel hari rabu ini.

Preview West Ham vs Chelsea

Posted by KampungChelsea On Saturday, November 23, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea struggle ketika menentang Newcastle & West Ham. Untuk perlawanan minggu ini juga mungkin akan sesukar dua game lepas kerana bukan mudah untuk menjinakkan West Ham di Upton Park. Musim lepas The Blues tumbang 1-3 di sana walaupun mendahului 1-0 pada babak pertama.

Tetapi... ada tapinya, selepas international break dua minggu ini aku fikir akan ada petanda positif untuk kem Chelsea & Mourinho pasti ada strateginya tersendiri. Dua game sebelum ini kalah & seri. Aku yakin masuk game ke-3 akan ada pungutan 3 mata penuh.

Prediction aku West Ham 0 Chelsea 1.

P/S : Kick-off lewat malam jam 1.30 pagi. Siaran langsung di saluran Astro 810/831.

Piala Dunia 2014 hilang seri

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 21, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramai sebenarnya nama2 besar yang tidak beraksi dalam Piala Dunia tahun depan.

Aku bagi contoh macam di pihak Chelsea iaitu Ivanovic & Cech. Mereka berdua kapten bagi negara masing2. Tak lupa Ba yang mewakili Senegal.

Vidic, Bale, Arda Turan, Lewandowski, Hamsik, Sahin, Agger, Ramsey, Cardozo, Alaba & banyak lagi.

Tetapi satu nama yang pastinya dirindui oleh penyokong bola sepak adalah Zlatan Ibrahimovic. Piala Dunia 2014 tanpa striker sensasi Sweden itu akan hilang sedikit seri.

Paling kesian ialah pemain legend, Ryan Giggs yang bakal bersara tanpa merasai aksi Piala Dunia.

EPL liga terbaik di dunia

Posted by KampungChelsea On Monday, November 11, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Untuk ulasan perlawanan sebelum ini "Hazard telah menyelamatkan rekod unbeaten Mourinho" sepatutnya ditulis "Pengadil yang bernama Andre Marriner telah meyelamatkan rekod "unbeaten" Mourinho di Stamford Bridge". Kah kah kah.

Kecoh bila pengadil bagi sedikit bantuan kepada Chelsea. Padahal kalau nak bandingkan dengan pasukan2 seperti MU, Barcelona, sudah berapa kali dua pasukan itu dapat bantuan2 ehsan dari pengadil. Arsenal, Liverpool & seumpama dengannya pun pernah dapat benda2 macam ini. Tetapi bila kena kat Chelsea, kecoh, kondem sana sini. Bila kena kat team sendiri, tak mengapa pula kan.

Ok lah melihatkan pada kedudukan terkini EPL. Dari tangga ke-8 hingga 2 tak jauh beza mata. Masing2 boleh pintas satu sama lain. Yang no 1 pula hanya beza 2 mata sahaja di belakang no 2. Tengok pada result2 semalam. City kalah 1-0, Spurs pun kalah 1-0 & pendahulu liga juga kalah 1-0 kepada pasukan mid-table. Ini sebab kenapa EPL dianggap liga terbaik di dunia. Ia liga yang sukar dijangka. Pasukan2 top boleh cicir mata & kalah.

EPL bukan seperti La Liga atau Bundesliga yang hanya tertumpu kepada two horse race. EPL setiap minggu ada kelainannya dan musim ini ia menjanjikan satu persaingan yang lebih mencabar dalam merebut takhta liga.

Chelsea 2 West Brom 2 : Rekod "kebal" Mourinho selamat

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 10, 2013 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gol penalti Hazard pada masa kecederaan menyelamatkan rekod tanpa kalah Mourinho di Stamford Bridge.

Sejujurnya itu bukan penalty kick. Pengadil melakukan kesilapan. Walaupun Mourinho menafikan perkara itu kerana of course beliau tak akan cakap Ramires itu dive. Secara keseluruhan Chelsea tidak bermain dengan baik & seharusnya West Brom mendapat 3 mata penuh.


Chelsea 3 Schalke 0

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 07, 2013 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 gol Eto'o, 1 lagi Ba.

Eto'o boleh jadi "invisible" kepada mana2 keeper. Lihat pada gol pertamanya. Keeper mana tak cuak kalau dibolosi gol sedemikan rupa. Torres pernah melakukannya pada musim lepas ketika menentang Shakhtar Donetsk. 

Chelsea sebenarnya mengalami kesukaran pada awal permainan kerana Schalke menutup semua ruang ketika pemain kita melakukan serangan. Sehinggalah keeper mereka melakukan blunder membolehkan Chelsea mula mendapat rentak sebenar.

Kredit buat Willian kerana bermain cemerlang. Kawalan bola yang kemas, pergerakan lincah, mempunyai komunikasi yang baik dengan pemain tengah & striker. Tak lupa dia memberi assist kepada gol kedua Eto'o. Harap Willian dapat main lebih banyak lagi game selepas ini.


Ba masuk pada minit ke-77 menggantikan Eto'o. 5 minit kemudian dia menambah gol ke-3 selepas memanfaatkan umpanan Lampard. Ba sudah score, Eto'o pun sama, Torres juga menunjukkan peningkatan. Jadi kalau ke-tiga2 striker ini terus menjaringkan gol, ia akan membuatkan Mourinho sakit kepala kerana pening nak pilih mana satu di antara mereka yang akan mengisi satu tempat dalam kesebelasan utama untuk game2 akan datang. Paling penting kita mengharapkan Mourinho sudah jumpa 1st eleven Chelsea.

Kemenangan 3-0 ini sebagai respons kepada kekalahan di St James Park tempoh hari. Next game lawan anak buah Steve Clark di Stamford Bridge.

P/S : Hari yang suram buat penyokong Bundesliga kerana dua wakil mereka masing2 tumbang kepada kelab England.

Newcastle 2 Chelsea 0 : Badi Mourinho di St James Park

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 03, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mourinho tak pernah menang di St James Park dalam saingan liga & badi itu kembali lagi semalam.

Kata Mourinho selepas habis perlawanan "I made 11 mistakes". Ya itu betul kerana 11 pemain yang bermain semalam tidak perform dengan baik. Paling kritikal ialah di bahagian defensif midfielder. Lampard boleh aku cop sebagai Flop Of The Match dengan hantaran2 yang lambat & kurang efektif. Minggu lepas Mourinho memainkan skuad kedua ketika menumbangkan Arsenal di Emraites & aku fikir skuad kedua itu lebih baik jika nak bandingkan dengan skuad utama Chelsea semalam.

Ada di antara kita yang memberi alasan "patut Schurrle main dulu" "Willian harus main 1st starter". Sebenarnya kalau game itu nak kalah, letak sapa2 pun boleh kalah. Chelsea bermain agak teruk & aku harus akui Newcastle beraksi cemerlang.

Itulah sebabnya liga seperti EPL ini sukar dijangka. Pasukan yang dianggap faveret untuk menjuarai liga pun boleh kalah dengan pasukan di tangga ke-12.

Sementara itu Arsenal menang ke atas LIverpool & mendahului 5 mata di belakang Chelsea. Tak apa musim masih panjang.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png