1. Perfomance pada separuh masa pertama sangat hebat, menakjubkan. Ia memang typical skuad Chelsea Mourinho untuk memberi respons selepas ketinggalan gol awal. Selepas gawang Chelsea dibolosi seawal minit ke-3, kita lawan balik dan dapat gol penyamaan pada minit ke-17 menerusi Eden Hazard, & seterusnya Eto'o menjadi match-winner 14 minit kemudian. Segalanya memang dikuasai oleh Chelsea. Tempo, passing cukup berkualiti. Kita mendominasi pada separuh masa pertama & pada separuh masa kedua kita patut tambah 1/2 gol lagi kalau Eto'o dan Torres memanfaatkan peluang di depan gol. Liverpool hanya memberi sedikit cabaran pada babak kedua tapi tak cukup untuk kuat tumbangkan kubu pertahanan Chelsea.
2. David Luiz yang mengambil alih tempat Ramires menjadi kunci kemenangan Chelsea. Dia control bahagian tengah & merantai rapi Luis Suarez. Seperti yang aku katakan sebelum ini, David Luiz lebih bagus beraksi di bahagian tengah berbanding posisi asalnya, centre back.
3. Liverpool tak perlu menyalahkan sepenuhnya kepada Howard Webb. Mereka perlu menuding jari pada diri mereka sendiri juga di atas kekalahan kepada Chelsea. Walaupun ada 1/2 keputusan pengadil yang tidak memihak kepada mereka, tetapi kalau kita nilai secara keseluruhan Chelsea memang berhak memungut 3 mata penuh. Kita mencipta banyak peluang berbanding Liverpool. Liverpool bermain sangat teruk. Hanya seorang sahaja pemain mereka yang memberi tekanan kepada bek2 Chelsea dan selepas Ashley Cole masuk, menggantikan Ivanovic yang cedera, Ashley Cole menutup segala ruang dan peluang yang dibuat oleh rakan2 Sterling yang lain. Ini menunjukkan betapa Liverpool memerlukan Gerrard. Tanpa kapten The Kops itu, Liverpool hilang daya melawan di bahagian tengah.
4. Suarez mempunyai sejarah buruk. Dia terlalu banyak dive sebab itu bila ada fault ke atas dirinya, Liverpool sukar untuk mendapat apa2 free kick/penalty kick. Cara dia jatuh itu seolah-olah macam seorang penerjun kolam renang. Ini sebab kenapa Howard Webb tidak melayan dakwaan Suarez ketika dia dikasari oleh Eto'o. Itu yang akan berlaku kalau anda terlalu kerap dive. Pengadil pun tahu karenah seseorang pemain berdasarkan rekod yang dibuat dalam perlawanan2 sebelum ini.
7.
Man Utd 0 - 0 Chelsea
Spurs 1 - 1 Chelsea
Chelsea 2 - 1 Man City
Arsenal 0 - 0 Chelsea
Chelsea 2 - 1 Liverpool