Wenger Quote For The Champions Boys

Posted by KampungChelsea On Monday, November 30, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"The score is a very unfair reflection of the game, but it is the score. We cannot change it. Absolutely everything went for them. The first shot on goal, they scored. Their second cross, they scored. After that, it was difficult."

~Drogba in a period where~ "everything he touches turns to goals", says Wenger

P/S : Quote aku plak "This is what i called genius,Chelsea is genius,brilliant and no more word to say about that words, we are special"

|

Disaster Of The Gunners...

Posted by KampungChelsea On Monday, November 30, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dengan kemenangan bergayanya team kite terhadap team sengal semalam telah memberikan advantage yang cukup besar untuk team kita berada sebagai pendahulu tetap dalam EPL sekarang ini.Dengan barisan player kita yang telah berjaya memalukan bukan sahaja manager mereka malah berjaya memalukan maruah fans mereka yang dari mula hingga tamat tak habis2 buat bising.Padahnya lihat la sendiri, team kita berjaya mengalahkan mereka dengan mudah.Namun di sebalik kekalahan teruk arsenal ini, ade sedikit fakta yang tersirat di dalam hati aku ini.Hehe ape tu ? Bace kat bawah ni.

-Kekalah teruk 3-0 terhadap team Chelsea telah membuktikan bahawa team arsenal tidak mampu menandingi malah menewaskan team kuat seperti MU dan Chelsea.Sebelum ini arsenal sudah tewas di tangan MU di Old kerepot, dan selepas ini nasib mereka juga akan dimalukan oleh Liverpool pula? Perkara seperti ini juga sering terjadi khususnya musim lepas.Arsenal dimalukan teruk 4-1 oleh chelsea di tempat mereka juga musim lepas.Ape nak jadi ni Wenger dan konco-konco kamu ni ?


-Kekalahan arsenal semalam sudah membuktikan bahawa mereka hanyalah mempunyai bakat muda yang hebat sahaja namun tidak mempunyai barisan yang berpengalaman seperti Chelsea.Walaupun chelsea tidak memiliki barisan muda yang mantap seperti diorang namun mereka memiliki barisan berpengalaman.Dalam sesebuah match yang besar seperti big four, aspek yang penting yang wajib ade pada sesebuah team untuk memenangi perlawanan tersebut ialah kekuatan mental dan fizikal.Player sengal bukan sahaja tak der fizikal yang hebat malah pemikiran mereka juga lemah.Dah ler xberpengalaman malah berfikiran ala-ala budak hingusan.Contohnya tengok la highlights keseluruhan match semalam.Hampeh dan memalukan.!
-Bukan disebabkan ketiadaan Robin Van Persie(RVP) menyebabkan kekelahan teruk mereka di tangan chelsea semalam tetapi disebabkan strategi dan kekuatan fizikal mereka yang lemah.Kekuatan team berdasarkan kerjasama team work dan untuk memenangi perlawanan bukan sahaja perlu memiliki barisan yang hebat malah perlu memiliki team work yang bijak.Arshavin,Eduardo,Farbregas,Walcott,Gallas kesemua antara mereka beraksi semalam namun tidak berjaya menandingi kekebalan benteng chelsea.Jika RVP adepon n maen semalam, die tetap tak berjaya gak memecahkan benteng utama chelsea yang dipimpin hebat oleh Terry.Contohnya tengok la mase lawan chelsea musim lepas, arsenal beberapa kali kalah dengan chelsea n RVP pun maen gak ketika itu.Ape bezanya ? musim nipun die mainpon, time lawan city,MU...sengal tetap kalah gak.

-Kesimpulannya aku boleh cakapkan bahawa msuim ini arsenal mungkin sekali lagi akan menamatkan musim tanpa sebarang trofi.Jangkaan aku sentiasa betul beb.Bukannya aku nak cakap yang aku ni pro ke ape ker, namun jangkaan aku musim lepas ialah arsenal takkan boleh sebarang trofi, n so ? tengok ler memang betul musim lepas korang takleh trofi.Korang hanya hebat di awal musim namun terkandas di tengah2 musim.Tu tak tengok akhir2 musim lagi.Sekarang ni Liverpool sudah bangkit dan team korang mesti berjaga-jaga.Untuk pengetahun korang, musim ini trofi kejuaraan milik CHELSEA, korang kena terima hakikat itu.Korang ade banyak kelemahan n perlu banyak belajar lagi daripada golongan berpengalaman seperti team kami.Team Chelseapun ade kelemahan tetapi kelemahan team kami korang tak nampak beb.Sukar tu,so ape-apepun korang PIKIRLAH SENDIRI erk.Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi erk.Ok Chow.!

P/S : Kalau fans sengal tak faham lagi, try lawati link ni plak(Segalanya menceritakan kelemahan player sengal mengenai match semalam)


Video Higlights : Arsenal 0 CHELSEA 3

Posted by KampungChelsea On Monday, November 30, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Didi Hancurkan Emirates Of Sengal !!!!

Posted by KampungChelsea On Monday, November 30, 2009 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ape dah jadi ??? Hahaha SENGAL kalah teruk lagi...2 gol Drogba telah menghancurkan niat busuk Sengal di kandang kambing mereka sendiri tu dengan Chelsea memungut 3 mata paling berharga minggu ini dengan menumbangkan barisan budak2 mentah 3-0.Cayalah Chelsea !!! Cayalah Drogba !!!

Minit ke 41, Didi memulakan kempen gol chelsea melalui hantaran pemain "kesayangan" sengal,Ashley Cole...hehe
3 minit kemudian, zaman kehancuran sengal bertambah parah apabila pemain mereka, Mael Tote menhadiahkan gol sendiri.Bodoh betul defending sengal !!!

Reaksi Drogba mengenai gol sendiri oleh budak Mael tote tu..."Bangang tul le si Mael ni,dah puas score utk sengal,nak try plak score utk team lawan plak,hahaha".Itulah ungkapan yang pasti diungkapkan di dalam hati Didi pada masa itu...hehe

Gol terbaik malam itu dihasilkan juga oleh Didi pada minit ke 85.Free kick terbaek oleh Didi pada malam itu,haha "Bye! Bye ! Bye! sengal !!!" hahaha...


Gaye seorang hero.Tabik spring kat Drogba !!!! Hidop Didi !!! The Didi's Night !!!

Ancelotti Dilanda Dilema Lagi...

Posted by KampungChelsea On Saturday, November 28, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Frank Lampard yang sebelum ini telah mengalami kecederaan selama 2 minggu dan dia sekarang ini telah sembuh dari kecederaan dan dia telah bersiap sedia untuk bermain menetang Arsenal.Namun kerana mempunyai ramai pemain di bahagian tengah menyebabkan Ancelotti sekarang ini pening untuk membuat keputusan dalam hal ini.

"Saya mempunyai empat pemain tengah sekarang ini yang berada dalam kecergasan terbaik iaitu Ballack, Lampard, Mikel, Essien dan Malouda.Tetapi saya hanya mampu boleh memilih 3 daripada 5 orang mereka sahaja untuk bermain di atas padang nanti.Sembuhnya Lampard sememangnya waktu yang sesuai untuk perlawanan menetang Arsenal ini.Tapi apa yang lebih penting ialah dia perlu berada dalam kecergasan terbaik dan baik juga dari segi mentalnya," kata Ancelotti.

Menurut Ancelotti, untuk menetang Arsenal dan menewaskan mereka pada ahad ini, skuad The Blues memerlukan aksi pemain tengah yang hebat dan sempurna untuk menguasai perlawanan tersebut.

Lampard Main Lawan Sengal.!

Posted by KampungChelsea On Friday, November 27, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lampard dikhabarkan telah sembuh dari kecederaannya.Dan Lampard juga telah mendapat keizinan untuk bermain dalam perlawanan menarik minggu ini menetang The Gunners atau senang bagi fans chelsea menggelar team ini sebagai team "Sengal" di Emirates Stadium.

Kemungkinan Lampard akan bermain dan itu dinyatakan sendiri oleh Ancelotti.Ancelotti cukup yakin bahawa Lampard akan cergas dan boleh kembali beraksi dalam perlawanan derby London lusa ini.

"Lampard menjalani kesemuanya dengan baik dan dia sudah kembali berlatih pada hari ini.Dia mungkin akan bermain menetang Arsenal," kata Ancelottii.

Video Highlights/Gol : Porto 0 CHELSEA 1

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 26, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




Bravo Anelka Bravo !!!

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 26, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Gol jaringan Anelka pada minit ke 69 pada separuh masa kedua cukup memalukan team Porto di gelanggang mereka sendiri di Estadio do Dragao.Gol Anelka tersebut telah membawa kemenangan kepada Chelsea.Chelsea menang 1-0.Dengan kemenangan ini, Chelsea kekal sebagai pendahulu kumpulan tersebut dengan 13 mata.Porto terpaksa berada di kedudukan kedua setakat ini dengan berbeza 9 mata berbeza 4 mata di belakang Chelsea.Chelsea masih menjuarai kumpulan D dengan 13 mata jika match selepas ni Chelsea hanya seri atau kalah dengan APOEL di tempat sendiri.Heheh tapi tak mungkin kekalahan atau seri yang akan dicatatkan oleh Chelsea selepas ini kerana mangsa seterusnya ialah APOEL.

P/S : Chelsea dan Porto telahpun layak ke pusingan kalah mati.Atletico Madrid yang mencatat keputusan seri 1-1 dengan APOEL telah memberi peluang kepada Porto untuk layak ke pusingan seterusnya dan kekal sebagai naib juara kumpulan D.

Chelsea kenduri gol!!!

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 22, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



seperti dijangka chelsea tidak berdepan masalah apabila berdepan team serigala jadian ini.. chelsea dengan penuh bergaya menundukkan wolves 4-0 hasil jaringan essien, malouda n joe cole.. permainan keseluruhannya dikuasai spnuhnya oleh chelsea dgn beberapa gerakan menarik dan serangan pantas yg mnyaksikan team wolves trpksa bkerja keras utk mengekang asakan pemain2 chelsea yang bertali arus hebatnya..haha

chelsea tidak menunggu lama untuk mencari gol pembukaan apabila florent malouda merembat kencang dari jarak 25meter utk gol pertama chelsea minit ke 5... selepas itu hasil sepakan percuma malouda telah ditanduk kemas oleh michael essien pada minit ke 12 utk memberikan chelsea mendahului dengan 2-0... selepas itu,essien sekali lagi mnunjukaan khebatan dengan menjaringkan gol ketiga chelsea pada minit ke 22... joe cole melengkapkan malam gemilang chelsea dengan menjaringkan gol ke 4 iaitu gol pertama beliau selepas pulih dari kecederaan dgn rembatan kencang menewaskan gol keeper wolves..

man of the match bg game ni aku rasa essien..sbb dia mmg 'gile kentang'..haha chelsea buat kali pertama juga memasukkan pmain mudanya iaitu KAKUTA, NEMANJA MATIC dan BORINI... pemain2 tersebut tidak menhampakan dan memberikan impak yg besar terutama Kakuta.. chelsea tdak ketandusan pemian2 muda..haha tnpa star2 chelsea masih boleh menang besar!!!.. itulah kehebatan team kesayangan kita smua ini..haha..

|

pre match breafing: chelsea v wolverhampton

Posted by KampungChelsea On Saturday, November 21, 2009 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malam ni perlawanan chelsea v wolverhampton di stamford bridge.. perlawanan esok akan membolehkan chelsea menjarakkan mata demi mata dgn pencabar terdekat iaitu arsengal n manyur... jika menng perlawanan esok di stamford bride bermakna chelsea berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sebnyak 12 kali di tmpt sndri mengatasi rekod 11 perlawanan sblm ini pada tahun 2006..

rasanya perlawanan esok adalah perlawanan yang chelsea ptut menang sblm bertemu porto dan arsengal pulak nnti..aku harap chelsea menang besar mlm ni supaya aku leh sorak ngan kuat..hahaha..kepada peminat2 chelsea jangan lupa untuk menonton siaran langsung perlawanan chelsea menentang wolverhampton di astro 812 espn jam 11 malam..sama2 kita bagi sokongan pada chelsea!!!!

keep blues flying high!!!

|

Masa Untuk Rehat ! Kring2!!!

Posted by KampungChelsea On Saturday, November 14, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Huh, sebenarnya pengumuman ni aku tersangat lah malas nak bagitahu dan ceriter, tapi ape-apepun aku tetap kena bagitahu jugak.Exam STPM start hari khamis ni iaitu 19 November iaitu geng2 aku amik exam subjek Sains Sukan.So tarikh ni aku x exam lagi, tapi next 4 hari aku exam subjek Pengajian AM kertas 1.So minggu ni dan 2 minggu seterusnya kemungkinan besar aku tak akan langsung update blog ini.Ye la,kena fokus la beb kepada subjek exam aku ni.Untuk pengetahun korang, exam STPM tahun ni merupakan exam sekolah aku yang terakhir dalam sejarah sekolah kehidupan aku.Gagal dan berjaya dalam kehidupan aku nanti bergantung kepada exam ini.Jika aku failed, aku tidak akan sesekali mengambilnya sekali lagi tahun depan kerana jika aku ambil jugak, alamatnya kena penampor sengal la dari mak dan bapak aku.So selama beberapa minggu ni, aku bukanlah "bercuti" dengan gembiranya tapi aku "bercuti" dalam keadaan stress giler.Ape-apepun korang semua kena keep in touch with this blog and always support chelsea no matter what happen.Paling penting sekali, harap korang semua doakan kejayaan aku dalam dunia exam aku ni,ok chow.!

P/S : Jadi aku diberi mandat oleh raja2 untuk memberikan tugas penulis blog ini kepada Encik Mirul.So mirul, ko update lah blog ni erk dengan sebaiknya,hehehe.

|

Ronaldo Puji Ashley Cole

Posted by KampungChelsea On Friday, November 13, 2009 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pemain pertahanan memang merupakan mimpi buruk kepada Cristiano Ronaldo.Hanya kecepatan dan kelincahannya sukar dihentikan.Hanya tackle yang keras sahaja mampu menghentikan kehebatan ketua pasukan Portugal ini.

Namun bagi Ashley Cole, ia bukanlah sesuatu perkara yang menyukarkan untuk mematikan kehebatan Ronaldo.Ketika Ronaldo masih beraksi bersama United, Ronaldo mengatakan bahawa dia sukar untuk melepasi benteng dan kekentalan Cole.

Disebabkan hal itu, Ronaldo sering bertukar-tukar posisi untuk menghindari tackle dari Cole.Ronaldo juga mengatakan bahawa Cole sebagai pemain yang sangat sukar ditentang.

"Jelas sekali, Ashley Cole memang pemain yang sukar dihadapi di atas padang.Dia sangat berbeza dengan pemain pertahanan lain," kata Ronaldo.

"African Cup" ? No Problems.!

Posted by KampungChelsea On Friday, November 13, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Menjelang kemunculan Piala Afrika di Angola tahun depan, Chelsea seperti sudah yang kita ketahui akan kehilangan beberapa pemain hebat diorang dan sebahagian besarnya adalah digelar "geng kapak hitam".

Essien(Ghana), Salomon Kalou & Drogba(Ivory Coast) dan John Obi Mikel(Nigeria) .Kesemua pemain ini dikatakan bakal menyebabkan fans dan kelab Chelsea sedikit kecewa tahun depan.

Namun hal ini dibangkang oleh Essien.Menurutnya, Chelsea akan mampu hebat tanpa mereka.

"Seperti yang anda lihat, kami memiliki skuad yang hebat dan besar dan mereka(Chelsea) masih boleh beraksi hebat tanpa skuad kami yang bakal ke Afrika tahun depan.Saya gembira untuk beraksi untuk negara dan kita tidak dapat lari daripada keadaan ini.Kami harus berjuang dan beraksi untuk negara kami juga.Selepas berakhirnya kempen Piala Afrika ini, kami akan kembali bertugas dan berkhidmat bersama Chelsea pula," kata Essien.

P/S : Bagi aku dibahagian defend dan midfield takder masalah.Cuma dibahagian striker je la.Just ade Anelka,Kalou dan Sturrdige.Namun kekuatan mereka tidak setaraf dengan Drogba.Ape yang mesti dilakukan oleh Chelsea sekarang ni ? hehe Firstly, kalau FIFA dah bagi chelsea peluang beli pemain, aku harap kita boleh beli pemain cam David Villa,Sergio Aguerro dan Franck Ribery.Haha setuju ? No problems la tahun depan kalau salah satu pemain ini ada dalam skuad kita time piala afrika tahun depan.

Bosingwa Injured 3 Bulan

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 12, 2009 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berita buruk kepada The Blues apabila pemain pertahanan sayap, Joseph Bosingwa terpaksa menjalani pembedahan disebabkan oleh kecederaan lutunya.Keadaan ini menyebabkan Bosingwa berkemungkinan cedera selama 3 bulan.

Berita buruk ini bukan sahaja menimpa kepada Chelsea tetapi pasukan kebangsaan Portugal juga terpaksa menerimanya juga.Bukan sahaja Bosingwa tetapi pemain sensasi sekarang ini, Cristiano Ronaldo juga mengalami kecederaan.

Bosingwa mungkin tidak akan beraksi ketika Chelsea menetang Arsenal, Manchester City dan Everton.Namun, Ancelotti masih memiliki Branislav Ivanovic dan Juliano Belletti sebagai pengganti Bosingwa.

Ribery Sasaran Baru The Blues ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, November 11, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FIFA dalam melarang membeli pemain ke atas Chelsea telah ditunda dan hal ini membuatkan Chelsea mempertimbangkan untuk membeli pemain baru Januari tahun depan.

Menurut akhbar The Telegraph, salah satu nama besar yang menjadi sasaran utama Chelsea adalah Franck Ribery.Namun, untuk mendapatkan pemain Bayern Munich itu, Chelsea perlu bersaing dengan beberapa kelab eropah lain yang berminat juga untuk mendapatkan khidmatnya.

Ribery sekarang ini sedang mengalami kecederaan lutut, dan pemain Perancis ini hanya membuat penampilan sebanyak 6 kali sahaja untuk musim ini.

Bayern dilaporkan telah menolak tawaran Chelsea sebanyak 40 juta untuk Ribery, dan Manchester City juga mengadakan persaingan untuk mendapatkan Ribery juga.

Petanda Julang Gelaran (KOSMO)

Posted by KampungChelsea On Tuesday, November 10, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON - Carlo Ancelotti menganggap kejayaan menundukkan dua pasukan handalan, Liverpool dan Manchester United membukti- kan kemampuan mereka untuk menjulang gelaran liga musim ini.

Pada musim lalu, Chelsea gagal untuk menewaskan United dan Liverpool tetapi kehadiran pengendali dari Itali itu berjaya mengubahnya dan Chelsea kini selesa memimpin kedudukan liga dengan kelebi- han lima mata.

Kemenangan 1-0 ke atas United malam kelmarin turut mencipta rekod baru kelab tersebut dengan catatan 11 kemenangan berturut- turut di tempat sendiri.

"Kemenangan ke atas pencabar utama kami sangat penting bagi melonjakkan semangat pemain.

"Pada masa yang sama, kami juga perlu memberi tumpuan ketika bertemu pasukan- pasukan lain," kata Ancelotti.

The "Bruce Lee" Show...

Posted by KampungChelsea On Monday, November 09, 2009 15 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hahaha kadang-kadang tu nak tergelak juga tengok scene ni.Mula-mula tengok kat TV scene ni, aku pikir Drogba memang over beb, ye la tetibe je die jatuh dan menunjukkan reaksi badan yang mengada-ngada.Namun selepas ulang tayang kali kedua, aku tengok Drogba bukan over n berlakon beb.Memang dia sakit dan terkena sepakan ala-ala bruce lee/Jackie Chan oleh Evans.Kalaulah Drogba tu badan kecik dan tak kuat fizikal, memang mase tu die kena usung masuk hospital beb,ye la cube korang tengok betul2 sepakan Evans tu kat Drogba.Woo,terasa kesakitan dan kepedihannya.Maybe Evans will be a killer after that scene,hehe maybe...

P/S : Perkara bodoh yang dilakukan oleh reff padaketika itu ialah dia dengan selambanya memberikan kad kuning kepada Drogba.Gilalah pengadil ni,Drogba kena sepak pastu kena plak dapat kad kuning.Dan aku suke tengok reaksi Ancelotti,Ray Wilkins dan Vidic mengenai scene ini,hehehe...


Video Highlights & Gol : The Blues 1 The Red Devils 0

Posted by KampungChelsea On Monday, November 09, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


The Captain Crash The Devils...!!!

Posted by KampungChelsea On Monday, November 09, 2009 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terry is the captain hero last night...!!! Pada minit ke 76, tandukan sensasi Terry hasil daripada sepakan percuma Frank Lampard meruntuhkan kekentalan pertahanan United dan membawa Chelsea meraih 3 mata penuh dan kekal sebagai pendahulu liga dengan 5 mata di depan Arsenal dan United.The Captain Jack save the world last night and crash the devils monster!!!

P/S : The last man standing is Terry,haha kekalahan kali ketiga United musim ni buat aku cukup puas!!! padan muke ko setan!!!

|

Malam Ini : The Blues Vs The Red Devils

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 08, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malam ini pertembungan paling menarik dalam EPL musim ini, Chelsea menetang MU di stamford bridge.Match ini bermula jam 11.50 malam.Live di Astro Channel 812,ESPN Star Sport.Jangan Lupe.

Calon Man Of The Match Malam Ini : Drogba/Lampard vs Rooney

Deco : Drogba Kunci Utama Kemenangan Kami

Posted by KampungChelsea On Saturday, November 07, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Deco berasa kualiti serangan chelsea jauh lebih hebat daripada Manchester United terutama sekali kerana kewujudan Drogba, dan itu penting bagi skuad The Blues untuk mengukuhkan posisi teratas dalam liga Inggeris.

"Perbezaan besar antara kami dengan United adalah dari segi serangan.Drogba menikmati saat indah dalam posisi serangannya dan jauh lebih hebat berbanding penyerang United.Bagi saya, Drogba kunci utama kami dalam memastikan kemenangan ahad ini.Perlawanan ini sangat berharda dan nilainya adalah 4 mata, tambahan satu mata untuk menewaskan United, kerana mereka gagal mengalahkan Liverpool hari itu.Jika mereka gagal di tempat kami, mereka akan berfikir panjang mengenai mata selepas ini."

Deco menjelaskan, " Kemenangan dalam pertembungan epik dan klasik ini selalunya sangat berharga.Bagi Chelsea, untuk menguasai 5 mata penuh di belakang United nanti akan menjadi sesuatu yang sensasi dan hebat.

Berita Baik : Ferdinand Injured...

Posted by KampungChelsea On Saturday, November 07, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Menurut Sky Sport, Rio Ferdinand khabarnya tidak akan berada di Stamford Bridge esok menetang Chelsea.

Ferdinand yang mengalami kecederaan di pehanya itu juga dan dia juga mengalami masalah kecederaan di bahagian punggungnya.

Vidic belum pasti dapat beraksi kerana dia belum cukup cergas.Berita selanjutnya korang boleh tengok dan bace akhbar hari ahad ni.Hehehe...

Chelsea Promosi Nama "Stamford Bridge" ?

Posted by KampungChelsea On Friday, November 06, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea bercadang untuk mempromosikan nama stadium mereka iaitu Stamford Bridge.Kenyataan ini dijelaskan sendiri oleh CEO Chelsea iaitu Ron Gourlay.

Nama "Stamford Bridge" serta merta akan berubah kerana ada pihak penaja sudah tertarik dengan pakej stadium Chelsea ini.

"Cadangan ini turut dipertimbangkan bagi menjadikan stadium ini menjadi warisan turun temurun, tetapi kami rasa kami akan berbincang mengenai penjualan hak nama stadium ini.Kami faham mungkin masalah ini menjadi sedikit sensitif kepada peminat kami dan dengan cara sebeginilah kami akan terus menjaga nama Stamford Bridge dalam isu perbincangan dan kerjasama nanti.Saya yakin peminat kami memahami dengan hal ini.Ramai kelab di Inggeris dan Eropah memperoleh banyak keuntungan dengan mempromosikan nama stadium mereka dan mungkin dengan cara sebegini dapat lagi meningkatkan permainan pasukan kami," kata Gourlay.

|

Remember This ?

Posted by KampungChelsea On Friday, November 06, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


3 Kelab Pilihan Deco...?

Posted by KampungChelsea On Friday, November 06, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
3 Kelab pilihan Deco ? Ape tu ? Hehehe bukan ape-ape la cume Deco mengatakan bahawa musim ini dia menyatakan bahawa ade 3 kelab yang akan mampu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim ini iaitu AC Milan, Barcelona dan Real Madrid.

" Kelab seperti Barcelona, sentiasa terus bermain di tahap tertinggi, Real Madrid mempunyai ramai pemain yang hebat dan Milan sudah mula bangkit, dan mereka semua mempunyai peluang menjadi Juara Liga Eropah musim ini.

Dah Chelsea camner plak Deco ?

"Kami juga mempersembahkan permainan yang bagus sekarang ini dan kami bermain dengan baik juga.Kami juga akan pasti mempertahankan dan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah juga musim ini dengan persembahan kami seperti sekarang ini," kata Deco lagi.

|

Statistik Chelsea VS Manchester United 2006-2009(EPL)

Posted by KampungChelsea On Friday, November 06, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


1) 2006/2007- Old Trafford : MU 1 CHELSEA 1
Stamford Bridge : Chelsea 2 MU 1

2) 2008/2009 - Old Trafford : MU 3 CHELSEA 0
Stamford Bridge : Chelsea 1 MU 1

3) 2009/2010 - Stamford Bridge : Chelsea ? MU ?


Wajib Menang Lawan United : Malouda

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 05, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Attacking Midfielder, Malouda menjelaskan bahawa Chelsea akan bertekad untuk membenam Manchester United ahad ini.Jika menang, Chelsea akan mengungguli carta EPL dengan 5 mata.Namun, Malouda meminta rakan sepasukannya tetap berwaspada dengan ancaman United sepanjang permainan ahad ini.

"Kami tidak mempunyai pilihan melainkan mencatat kemenangan kerana sekarang ini kami hanya berbeza 2 mata sahaja dengan United dan kami mahu bertahan di puncak liga.Perlawanan menetang United ahad ni pastinya menjanjikan perlawanan yang besar dan menarik dan kami perlu bermain di tahap terbaik di depan penyokong kami nanti.Kemenangan di tempat kami akan menjadi sesuatu keputusan yang baik.Untuk mengungguli lima mata, pastinya memberikan keadaan yang baik kepada kami.Kami belum pernah mengungguli lima mata di belakang pesaing liga yang lain dalam masa yang lama," kata Malouda.

P/S : Go Go Chelsea...!!! Hapuskan United, kita konfem duduk lama kat puncak liga.

Komen Drogba Selepas Perlawanan Menetang Atletico

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 05, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Ia sangat penting kepada kami untuk mengalahkan United di halaman kami sendiri.Kami perlu memperbaiki dan menunjukkan kualiti yang berbeza dan kami perlu berubah menjadi lebih baik ketika kami seri di Madrid," kata Drogba.

"Terus terang saya katakan menetang Atletico kelmarin sangat berbeza dengan persembahan kami yang lepas.Walaupun kami bermain dengan baik namun kami tidak dapat meraih kemenangan.Jadi saya rasa kami perlu fokus semula untuk menghadapi ujian sebenar hari ahad ini," ujar Drogba lagi.

Drogba On Fire...!!!

Posted by KampungChelsea On Wednesday, November 04, 2009 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Match berkesudahan seri 2-2 namun aku tidak begitu kecewa sangat la dengan keputusan seri chelsea ni pasal match ni slow la,tak berapa begitu rancak,sampai aku boleh tertido pagi tadi,haha.Harap match sabtu ni lawan United, match akan jadi gempak beb.Tapi ape2pun kita kena ucapkan terima kasih kepada Drogba semalam,kalau takder die mungkin kita akan kalah.Aku ingat Ancelotti tidak akan menurunkan drogba bagi match semalam bagi persiapan menghadapi United ahad ni,namun bagi aku plan Ancelotti menurunkan Drogba menetang Atletico pagi tadi sememangnya taktik yang terbaik untuk mengelakkan kita daripada menerima kekalahan lagi untuk musim ini.



Man Of the Match pagi tadi memang konfem kita akan pilih Drogba.Ye la die score 2 gol dalam mase 2 minit, n menyelamatkan maruah chelsea daripada dicalarkan oleh rentak Atletico pagi tadi.Aku berasa sedikit kecewa dengan defend kita yang tidak memfokuskan 100% permainan selepas kedua-dua gol Drogba tu,sepatutnya free kick oleh budak Aguero tu tak patut diberikan kepada Atletico.Arghh aku takleh terima kalau pihak lawan score gol last2 minit,memang aku takleh terima.


First half memang boring sebab takder attacking yang gempak dan hebat yang kita dapat lihat pagi tadi.Aku berasa sedikit gembira dengan kehadiran semula Alex di bahagian Defend dan Ashley Cole pun sudah kembali.Aku tak boleh menafikan kehebatan dan kelincahan Aguero pagi tadi.Dimasukkan di separuh masa kedua dan menjaringkan 2 gol sama seperti Drogba.Mungkin kita patut menilai dan mendapatkan khidmat anak menantu Maradona ni untuk Januari nanti.



P/S : Harapan aku pada hujung minggu ini ialah kita akan mencatat kemenangan bergaya dan besar ke atas budak2 setan ahad ni.Dan orang yang paling dan wajib kita ambil perhatian ialah Drogba.Drogba sekarang ni berada dalam prestasi terbaik dan he is simply best striker in the world.


Menjelang Menetang Atletico Hari Ini...

Posted by KampungChelsea On Tuesday, November 03, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Ancelotti sendiri menegaskan bahawa menetang Atletico Madrid pagi esok Drogba tidak akan turun beraksi.Mungkin Ancelotti ingin merehatkan Drogba bagi game sabtu ni lawan MU.Selain tu, Drogba juga mempunyai masalah di bahagian kakinya dan telah membuat pemeriksaan perubatan.Hehehe rehat je la Drogba.Hujung minggu ni ko bersiap sedialah untuk menghancurkan defend United tu.

  • Ashley Cole akan bersiap sedia untuk turun beraksi pagi esok.Sebelum ini, dia mengalami kecederaan lutu dan terpaksa direhatkan selama beberapa perlawanan."Ashley bersedia untuk beraksi.Kelmarin, dia sudah menjalani latihan dan kami akan terus memantau perkembangannya, dan dia sudah bersedia untuk bermain pagi esok," kata Ancelotti.
  • Barisan kemungkinan line up pagi esok Cech(GK), Ashley Cole,John Terry,Carvalho,Ivanovic(DEF), Ballack,Essien,Lampard(MDF), Joe Cole/Deco/Malouda(MDF ATCK), Anelka,Kalou(STRIKER).Haha konfem beb...xcaye tengok la...

Dilema Anclotti...

Posted by KampungChelsea On Monday, November 02, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kalou membuatkan Ancleotti pening dan sakit kepala dalam memikirkan untuk memilih
barisan pemain dalam menghadapi Atletico Madrid di Vicente Calderon.

Kalou yang menjaringkan dua gol semasa Chelsea membelasah Atletico 4-0 di Stamford Bridge.Pada masa itu, Drogba tidak bermain kerana digantung perlawanan.Sekarang ini, Drogba telah bebas dari penggantungan hukuman dari 3 perlawanan dan sedang berada dalam prestasi terbaiknya setakat ini.

Selama ketiadaan Drogba dalam UEFA CL musim ini, Kalou dan Anelka bermain agak baik untuk chelsea.Ancelotti sekarang ini perlu memutuskan untuk memasukkan Drogba ke dalam skuad barisan utama ke Madrid nanti atau tetap menggunakan formasi Kalou-Anelka.

Fourth In The Reebok Again.!

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 01, 2009 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Untuk kali keduanya chelsea masih menang besar 4-0 ke atas Bolton malam tadi.Sebelum ini chelsea memenangi dengan jumlah yang gol yang sama di pusingan keempat carling cup untuk beberapa hari yang lalu.Bolton masih lagi bukan tandingan chelsea kerana chelsea bermain sangat agresif dalam melancarkan serangan.Jaringan oleh Lampard,Deco,Ivanovic dan Drogba cukup memalukan Bolton di tempat mereka sendiri dan lebih penting lagi chelsea masih menjadi pendahulu liga setakat ini dengan kelebihan 2 mata di belakang manchester united yang menewaskan blackburn 2-0 pagi tadi.

Aku tak tahu sape man of the match game ni sebab semua player chelsea bermain dengan hebat malam tadi.Ancelotti sedikit membuat perubahan di bahagian pertahanan chelsea dengan menurunkan Paulo Ferreira dan Branislav Ivanovic dengan menggantikan Bosingwa dan Ashley Cole.Jaringan pertama chelsea mungkin agak kontroversi sedikit apabila chelsea meraih sepakan penalti hasil tackle pemain pertahanan bolton ke atas Drogba dan disempurnakan oleh Mahaguru sepakan penalti iaitu Frank Lampard pada minit terakhir separuh masa pertama.


Chelsea menggandakan usaha untuk memperolehi gol kedua namun peluang chelsea berjaya disekat oleh kekebalan penjaga gol Bolton,Jasskelainen yang bertindak cemerlang menyekat serangan chelsea.Namun gol kedua chelsea tetap berhasil apabila Deco mudah menjringkan gol pada minit ke 61 hasil daripada hantaran Anelka.Pada minit ke 82, gol ketiga chelsea menjelma menerusi gol sendiri oleh Zat Knight yang berpunca daripada hantaran cantik oleh Carvalho kepada Ivanovic namun disudahkan oleh player bolton itu sendiri.Namun gol terakhir chelsea boleh dikatakan gol paling menarik dalam match ni apabila satu gerakan cantik oleh Deco kepada Lampard dan Drogba menyempurnakan gol keempat chelsea itu untuk menjadikan kemenangan kedua terbesar chelsea dalam liga musim ini.

P/S : Liverpool kalah lagi,hehe...Kesian gak...apelah nasib Rafa Benitez pasni erk...tapi yang geramnyer ialah budak2 MU tu menang 2-0 dengan Blackburn pagi tadi.Hehe minggu depan korang tunggu la ancaman chelsea di stamford bridge,hehe



 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png