03 October 2013

4 gol di Bucharest & King Drogba


Yeah akhirnya Chelsea dapat juga menang besar sampai 4 gol. Ini kali pertama untuk musim ini aku cukup berpuas hati dengan style permainan Chelsea. Bertahan dengan baik, menyerang dengan baik & meraih 3 mata penuh. Dari awal sampai habis 90 minit, perfomance Chelsea terbaik.

Ramires sudah tentu MOTM kerana menjaringkan dua gol namun kredit lebih buat Schurrle yang menjadi penggerak bagi gol pertama & gol ke-3. Gol kedua own goal dari pemain Steau. Gol ke-4 disudahkan oleh abang legend no 8 assist dari Willian.

Kalah game pertama, namun menang game kedua. Aku masih fikir Chelsea akan layak ke pusingan seterusnya & menjuarai kumpulan E.

Sementara itu...
    

King Drogba membantu Galatasaray meraih 1 mata berharga ketika menentang juara Itali, Juventus di Turin.

Umur 35 tahun pun masih power. Ini yang orang cakap "form is temporary class is permanent"

2 comments:

  1. aku pun harap chelsea boleh lepas pusingan kelayakan ni..looking forward for the next game..

    ReplyDelete