25 September 2013

Piala Liga : Chelsea mara ke pusingan seterusnya


Tidak perlu bersusah payah untuk mara ke pusingan ke-4 kerana skuad kedua Chelsea mencatat kemenangan mudah 2-0 ke atas pasukan divisyen tiga, Swindon Town. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Torres & Ramires pada separuh masa pertama. Kalau nak ikutkan Chelsea boleh menambah 2/3 gol lagi di separuh masa kedua namun peluang banyak disia-siakan.

Pujian buat Torres. Dia menjaringkan gol pertama & memberi assist untuk gol kedua. Perfomance Torres bagus cuma dia perlu tajamkan lagi penyudahnya. De Bruyne hambar begitu juga dengan Willian yang bermain lebih ke arah individualistik, ada satu peluang itu sepatutnya diberikan
kepada Torres namun lebih memilih untuk melakukan percubaan tapi akhirnya sia2. Mata pula okey, dia menjadi penggerak bagi gol pertama  namun secara keseluruhan aku tak rasa perfomance nya hari ini dapat mengagumkan Mourinho. Aku expect game hujung minggu ini lawan Spurs, Oscar masih tetap akan dijadikan pilihan utama.

No comments:

Post a Comment