24 February 2015

Chelsea 1 Burnley 1 : Konspirasi FA England


Konspirasi demi konspirasi kita boleh lihat dalam FA & referee England ini. Kali ini dua kali clear penalti tidak diberikan kepada Chelsea. 100% handball dari player Burnley & insiden kedua jelas Costa ditolak.

Jadi di sini kita boleh faham kenapa Mourinho mengeluarkan statement ada kempen menentang Chelsea.

Berkenaan dengan insiden Matic. Ya memang wajar dia dibuang padang kerana reaksi emosional menolak Barnes. Namun Barnes juga sepatutnya dilayangkan kad merah di atas tekel kasarnya itu. Jika aku jadi jadi Matic, aku juga akan melakukan hal serupa. Terjahan Barnes tu berpotensi membunuh karier player bola sepak. Dan macam mana pengadil perlawanan, Martin Atkinson boleh terlepas pandang insiden berkenaan. Lebih memedihkan lagi tiada sebarang hukuman dibuat oleh FA terhadap Barnes.


Bayangkan kalau Costa atau mana2 player Chelsea yang melakukan tekel sedemikian, sudah pasti player kita akan di-gantung lebih dari 5 perlawanan.

13 February 2015

Chelsea 1 Everton 0

Kurtuwa kena banyak belaja lagi dari Cech. Cech semalam buat dua world class save. Kalau tak ada Cech, di samping first timer Willian dari luar kotak penalti, aku tak fikir Chelsea akan pungut 3 mata penuh.

MOTM ialah Cech & bagi aku dua save penting beliau ketika menghalang percubaan Lukaku menjadi turning point dalam game ini. Chelsea kontrol game walaupun Everton juga memberi asakan bertubi-tubi kita sampai last2 minit. Pujian juga buat Willian kerana berani melakukan shot dari luar kotak penalti untuk menghadiahkan last minit gol kepada Chelsea. Untuk jadi juara anda perlu ada momen2 seperti itu.

7 mata leading ini sangat penting bagi menjaga momentum kemenangan selepas ini. Kita tahu City sudah start dapat taring mereka balik selepas membelasah stoke 4-1. Untuk umumkan Chelsea juara masih terlalu awal kerana 7 mata tak jauh beza. Kira dari segi matematik, Liverpool & Arsenal pun boleh juara kerana masih ada lagi 13 baki perlawanan yang tinggal. Apa yang penting sekarang ini ialah konsistensi. Siapa konsisten team itulah juara.

P/S : Al Fatihah buat Tok Guru Nik Aziz.

03 February 2015

Official : Selamat datang Cuadrado


Statement dari website chelseafc

Chelsea Football Club is delighted to announce the signing of Juan Cuadrado from Fiorentina.
The 26-year-old has joined on a four-and-a-half-year contract, and will wear the number 23 shirt.

Satu lagi pembelian bijak dari Chelsea.

02 February 2015

Chelsea 1 City 1


Aku fikir result seri 1-1 ini okay, memandangkan perfomance chelsea tak begitu menjadi, mungkin disebabkan faktor fatigue. Ye lah, hari rabu lepas kita berhempas pulas selama 120 minit lawan Liverpool. Di situ beberapa player kurang fresh. Ditambah pula dengan ketiadaan dua watak utama, Fabregas & Costa. Top assist & top scorer. Disebabkan itu kita kurang kreativiti, tak ada passing2 yang umphh macam biasa, tak lupa tanpa Costa, kita tiada physical strength untuk tumbang kekuatan defensive City. Kemasukan Lampard pada lewat permainan tak bagi apa2 impak pun kepada Cty, tak seperti yang berlaku ketika chelsea seridengan city di Etihad tahun lepas, yang mana dia score gol penymaan sejurus sahaja dimasukkan.

Gol pertama memang superb. Lambungan kepada Hazard straight cross kepada Remy yang hanya tap-in depan gol. Aku gembira Remy score, sekurang-kurangnya kita tak perlu hidup dalam bayangan Costa sahaja di depan net. Gol penyamaan City memang mistake dari Kurtuwa. Silap timing,silap jangkaan untuk push bola.

Apa pun overall ini result yang positif. Tak pungut 3 mata pun tak mengapa kerana dalam game ini City lebih mahukan kemenangan berbanding Chelsea. Mereka mahu menang untuk merapatkan kurang,, sedangkan Chelsea dengan result seri ini masih meletakkan kita di puncak liga dengan 5 mata clear.

P/S : Dalam bola sepak, kita mesti meletakkan result no 1, no 2 baru perfomance. Kalau anda nak trofi, mahukan kejayaan, anda harus pentingkan result dari aspek lain.