Peluang Chelsea juara liga

Posted by KampungChelsea On Monday, March 31, 2014 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Liverpool kembali merampas kedudukan pendahulu liga, mendahului 2 mata di depan Chelsea. City masih ada dua baki game, kalau mereka menang dua game itu, mereka akan kembali ke puncak, liverpool no 2 chelsea no 3.

Jadi di sini aku boleh katakan bahawa peluang Chelsea juara bergantung kepada result team lain. Kita terpaksa mengharapkan City & Liverpool drop point. Game Liverpool lawan City, Liverpool lawan Chelsea nanti akan jadi game crucial dan dua game tu mungkin boleh menentukan siapa yang berhak juara liga musim ini.

Aku tak setuju apabila orang mengatakan fixture liga Chelsea berikutnya lebih mudah. Harus diingat tiada game mudah di EPL melainkan kalau team anda hanya bermain 1 kompetitif sepanjang musim dan tak terlibat dalam apa2 kejohanan eropah macam Liverpool, ia akan jadi cerita yang berbeza. Namun 6 game liga Chelsea selepas ini rata2nya menentang team bottom 10. Tak mudah kerana kita akan berdepan dengan pasukan yang sedang bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran dan tak lupa result Chelsea menentang team2 bawahan sejak kebelakangan ini juga mengecewakan.

Crystal Palace menyukarkan lagi peluang The Blues

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 30, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kita tewaskan City, tewaskan Liverpool, tewaskan MU, tewaskan Arsenal tetapi bila lawan dengan pasukan2 mediocre seperti Crystal Palace, Stoke City, Aston Villa kita kalah. Big games kita menang tapi bila lawan dengan team relegation kita kalah. Aku tak fikir dalam perlawanan ini kita memandang rendah keupayaan lawan, kita sudah cuba sehabis baik untuk merobek gawang mereka tetapi gagal. Faktor utama ialah ketumpulan di bahagian penyudah. Bila striker seperti Torres, kita semua tahu dia tak akan lakukan banyak perbezaan. Sebab itu aku risau bila Eto'o cedera kerana kita semua tahu Torres tiada killer instinct di depan gol. Eto'o cedera ketika dia sedang berada dalam prestasi yang baik.

Chelsea & Crystal Palace masing2 melakukan 1 kesilapan. Apa yang membezakan kita dengan mereka dalam hal ini ialah mereka memanfaatkan kesilapan lawan ,sedangkan kita tidak. Contoh own goal dari John Terry, Crystal Palace memanfaatkan kesilapan kapten kita itu. Crystal Palace melakukan 1 mistake pada lewat permainan dengan back-pass ke goalkeeper namun apa yang Torres buat ? Dia tak tahu nak buat apa melainkan mensia-siakan peluang keemasan untuk score gol. Walaupun keeper lawan cekap menangkis serangan yang dibuat tetapi ada kala sesuatu peluang itu kalau dilakukan dengan teknik yang betul, bola tetap akan menerjah jaring juga. Itulah masalah Chelsea seperti yang aku katakan sebelum ini. Kita tak mempunyai x-factor di bahagian striker.

Kredit kepada anak buah Tony Pulis. Mereka berhak dengan 3 mata penuh ini.

"Title is Man City's to lose". Jika mereka menang ke atas Arsenal(game yang bakal bermula 10 minit lagi), aku boleh katakan mereka hanya selangkah sahaja lagi untuk merangkul kejuaraan liga. Dan begitu juga dengan Liverpool kalau mereka berjaya tewaskan Spurs nanti, mereka akan pintas kedudukan kita. Aku mengharapkan respons Chelsea pada hari rabu nanti.

Chelsea underdog dalam title race

Posted by KampungChelsea On Saturday, March 29, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Untuk perebutan takhta liga, aku fikir pada waktu ini ia hanya membabitkan 3 penjuru, Chelsea, City & Liverpool. Arsenal ? secara matematik mereka masih berpeluang namun dalam satu peluang yang agak tipis.

Apa yang katakan oleh Mourinho adalah benar tentang "The title is Man City's to lose". Mereka masih ada dua baki perlawanan. Jika mereka menang dua game itu, mereka akan kembali ke puncak sambil mendahului 3 mata di depan Chelsea, 4 mata di depan Liverpool.

Jika kau orang tanya aku dalam 3 penjuru ini siapa underdog ? Aku akan cakap Chelsea. Kenapa ? kerana waktu ini kita bermain di Champions League, sedangkan dua lagi team itu tidak. Walaupun fixture liga Chelsea selepas ini lebih mudah berbanding dua lagi team itu, namun Chelsea kena fokus dua kompetitif penting dalam satu masa yang sama, itu lebih sukar sebenarnya. Waktu ini juga Chelsea berada dalam situasi yang sulit kerana kita akan berdepan dengan salah satu pasukan feveret, PSG dalam saingan suku akhir Champions League. City & Liverpool tak perlu fikir tentang itu kerana mereka hanya akan fokus 1 kompetitif sahaja iaitu EPL. Jadi mereka mempunyai persediaan yang lebih rapi berbanding Chelsea. Berbeza dengan Chelsea, kita kena bermain dalam jarak 2/3 hari. Kita kena ubah fokus dari EPL ke Champions League dan kembali semula ke EPL.

Liverpool paling beruntung. Tahun ini mereka tidak bermain apa2 kejohanan eropah, yang mana itu memberikan keuntungan besar kepada mereka dalam saingan liga musim ini. Chelsea kena bermain di Champions League dan kita tak punya waktu yang cukup untuk mempersiapkan perlawanan seperti Liverpool. Itu memberikan advantage besar kepada mereka.

Chelsea terlalu kuat untuk Arsenal

Posted by KampungChelsea On Wednesday, March 26, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Kata Mourinho "2-0 after seven minutes the game is over". Kad merah atau tidak, Arsenal sudah "kalah" pada 7 minit pertama. Turning point ialah gol kedua Chelsea yang dijaringkan oleh Schurrle, bukannya kad merah Gibbs itu. Anda fikir selepas Arsenal ketinggalan 0-2 pada awal 10 minit, mereka boleh buat comeback ? Ini team Chelsea di bawah pimpinan Jose Mourinho, bukannya AVB. Kalah 6-0 dalam perlawanan yang ke-1000 ibaratkan satu kemalangan ngeri di jalan raya. Harus diingat perlawanan ke-500 Wenger, waktu itu mereka juga kalah 0-1 kepada Chelsea( Ogos 2005) di Highbury pula tu. Jadi di sini kita boleh faham apa yang dimaksudkan oleh Mourinho kepada Wenger tentang "Specialist in Failure". Arsenal di bawah pimpinan Arsene Wenger takkan berjaya kalahkan Chelsea di bawah pimpinan Mourinho. Hakikat yang harus penyokong Arsenal terima. Ini ialah realistik.

2. Sebut pasal kad merah, tak kisahlah pengadil Andre Marriner melayangkan kad merah kepada pemain yang salah atau tidak, hakikatnya Arsenal tetap kena beraksi dengan 10 pemain juga. Pemain yang menahan bola dengan sengaja sambil menjatuhkan diri dalam situasi menafikan gol lawan, anda fikir kad mana lagi yang patut pengadil keluarkan dari poketnya ?

"From the dug-out we see one player diving like a keeper and touching the ball." kata Mourinho. HAHA.

 Jika Gibbs beraksi sampai 90 minit Arsenal mungkin akan kena lebih teruk dari 6-0. Mereka harus sedar kerapuhan pertahanan mereka yang menjadi faktor utama kenapa mereka menjadi lauk kepada team Chelsea.

3. Minggu lepas sebelum game lawan Chelsea, aku masih ingat lagi beberapa penyokong mereka mengatakan ketiadaan Ramires & Willian akan memberikan mereka peluang untuk memalukan Chelsea di Stamford Bridge tetapi mereka tidak sedar betapa midfield Chelsea lebih perkasa di bawah partner David Luiz dan Matic.

4. Secara jujurnya team yang dianggap sebagai pencabar kejuaraan liga tak boleh kalah 3-6 kepada City, kalah 1-5 kepada Liverpool dan kalah 0-6 kepada Chelsea. Arsenal bolos 5-6 gol kepada team top 3, jadi adakah mereka masih berfikir mereka boleh juara liga ? Melihatkan situasi yang berlaku, mereka juga boleh terkandas dari top 4 spot.

5. Taktikal Mourinho genius di samping mantapnya, solidnya kubu pertahanan Chelsea menjadi kunci kemenangan 6-0 Chelsea ini. Begitu juga di bahagian tengah. Matic & David Luiz, dua pemain yang mnutup semua ruang dan peluang yang diciptakan oleh bahagian serangan Arsenal.

Kesimpulannya Chelsea terlalu kuat untuk Arsenal. Tak perlu kita sebut pasal rekod Mourinho menentang Wenger, di sini kita semua tahu siapa winner dan siapa loser. Pasal Wenger, penyokong Arsenal jangan risau, kalau Arsenal kalah 6-0 lagi lepas ini Wenger takkan dipecat. Dia masih boleh latih Arsenal lebih dari 30-40 tahun yang dia nak kerana Wenger lebih besar dari Arsenal.

Last words, happy 1000th game Wenger !

Chelsea 6 Arsenal 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 23, 2014 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1-0 Eto'o 

2-0 Schurrle 

3-0 Hazard

4-0 Oscar

5-0  Oscar

6-0 Salah 

1000th game 


Aston Villa 1 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 16, 2014 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aston Villa berhak dengan kemenangan ini. Defends mereka sukar ditembusi. Para pemain Chelsea pula memang nampak letih + malas. Kalau tengok rekod Aston Villa lawan kelab2 besar musim ini agak mengagumkan juga. Mereka tewaskan Arenal di Emirates 3-1, tewaskan City 3-2 dan seri 2-2 dengan Liverpool di Anfield. Level konfiden mereka tinggi ketika menentang lawan2 besar.

Perlawanan ini juga dipenuhi dengan drama & kontroversi. Dua layangan kad merah (willian dan ramires) + Mourinho juga turut diperintah keluar padang pada last2 minit. Walaupun ada beberapa keputusan tidak tepat dari pengadil(chris foy dengan keputusan tipikalnya semua orang tahu), tetapi Aston Villa tetap berhak dengan kemenangan ini. Mereka beraksi lebih meyakinkan berbanding pasukan kita.

Meski pun kalah, Title race masih lagi diteruskan. City pun ada beberapa game sukar selepas ini. Mereka akan lawan MU di Old Trafford, mereka juga bakal lawan Arsenal & Liverpool kat away. Di situ mereka mungkin akan tercicir mata. Aku masih lagi optimistik dengan peluang Chelsea merebut takhta liga.

Segalanya tidak mustahil

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 13, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebelum itu aku mengajak kita semua terus berdoa agar Pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu segera ditemui. Aku mengharapkan kita semua berfikir dengan menggunakan akal yang waras dan berhenti membuat spekulasi atau andaian tak berasas atau lebih dahsyat lagi buat kerja2 bodoh tahyul khurafat macam bomoh "do re mi" di KLIA tu. Seperti kata Kapten Norudin Abd Majid, "Kita perlu kembali kepada Pencipta sains iaitu Allah SWT". Sains yg tercanggih pun tak boleh mencabar kuasa Allah. Mohon doa dari semua.

Berbalik kepada point asal artikel ini, berkenaan dengan Champions League, seperti sedia maklum semalam dua kelab EPL tersingkir dari saingan berprestij Eropah itu. Kini maruah England terletak kepada dua lagi wakil Chelsea & MU. Chelsea lebih berpeluang layak ke pusingan seterusnya berdasarkan result positif pada 1st leg, manakala MU pula nampak lebih sukar selepas dimalukan 0-2 kepada kelab Greece, Olympiakos.

Aku fikir, bila sesuatu pasukan itu mara ke suku akhir, segalanya tidak mustahil. Maksud aku peluang untuk menjuarai trofi Champions League terbuka kepada sesiapa pun. Jadi pusingan kalah mati ini penting kepada semua pasukan.

Jangan ada diantara kita yang cakap "Alah Chelsea kalau lepas pusingan kalah mati ni pun masuk suku akhir nanti kalah juga dengan team macam PSG, Real Madrid, Bayern Munich dan Barcelona". 


Fikir positif.

Walaupun PSG, Real Madrid, Bayern Munich dan Barcelona kelab faveret untuk menjuarai kejohanan itu tahun ini namun tidak mustahil bagi kelab underdog seperti Chelsea boleh memenanginya juga. Ramai yang menganggap Chelsea kelab underdog dalam kompetitif ini dan aku gemar bila ramai yang beranggapan sedemikian kerana kelab underdog kebiasaannya boleh membuat kejutan.



Sebagai contoh, Chelsea memenanginya pada 2012 yang mana ketika itu Chelsea bukanlah kelab pilihan. Dan Real Madrid dan Barcelona yang dianggap pasukan pilihan musim lepas terkandas di separuh akhir, tewas kepada kelab Jerman.

Faveret hanya di atas kertas. Perfomance di atas padang yang menentukan result sebenar. Jadi segalanya tidak mustahil.

Ujian getif 4 kelab EPL di pusingan kalah mati Champions League

Posted by KampungChelsea On Monday, March 10, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sejujurnya dalam saingan Champions League ini, aku mengharapkan semua wakil EPL mara ke pusingan seterusnya. Chelsea, City, Arsenal & MU. Meskipun dalam liga, 4 kelab ini rival satu sama lain namun tidak salah untuk kita saling menyokong di kompetitif eropah.

Cuma jika kita melihat dari situasi sekarang ini selepas berakhir sudah 1st leg pusingan kalah mati, kelab EPL yang lebih berpeluang layak ke suku akhir hanyalah Chelsea. Aku bercakap dari sudut realistik. Namun dalam bola sepak apa2 boleh berlaku, lebih2 lagi kalau ia melibatkan kelab EPL. Kalau penyokong Liverpool, mereka boleh ungkit balik kisah kebangkitan Istanbul mereka itu dari ketinggalan 0-3 dan seterusnya menjadi juara Champions League.

Keputusan 1st leg pusingan kalah mati :


1. Galatasaray 1 Chelsea 1
2. Olympiakos 2 ManUtd 0
3. Arsenal 0 Bayern Munich 2
4. ManCity 0 Barcelona 2


Syarat untuk mara ke suku akhir Champions League :


 Chelsea
  • Menang dengan jumlah berapa sekali pun
  • Seri dengan scoreline 0-0.

ManUtd
  • Menang 3-0
Arsenal
  • Menang 3-0 atau 3-1.

Manchester City
  • Sama macam Arsenal, City kena menang 3-0 atau 3-1.

Jadi mari kita sama2 lihat sama ada mampu atau tidak 4 kelab EPL ini memenuhi syarat yang ditetapkan.

Tahukah anda, pada musim 2011/2012 Chelsea satu2nya kelab EPL yang berjaya melepasi pusingan kalah mati, mara ke suku akhir & seterusnya menjuarai trofi Champions League.


#Pray4MH370

Chelsea 4 Tottenham 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 09, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Pada minit pertama keeper Spurs, Lloris sepatutnya dilayangkan kad merah kerana mengasari Eto'o dan Chelsea patut dianugerahkan sepakan penalti namun typical linesman EPL mengatakan Eto'o berada di kedudukan offside sedangkan kedudukan Eto'o sama level dengan defender Spurs.

2. Spurs bagus pada separuh masa pertama. Mereka tidak memberi banyak ruang kepada player kita untuk menembusi pertahanan mereka. Namun aku tak pasti apa yang mereka buat pada masa rehat kerana masuk sahaja separuh masa kedua, Spurs sudah mula terumbang ambing. Bermula dengan back-pass Vertonghen kepada Eto'o, kemudian fault Kaboul terhadap Eto'o, selepas pada itu Sandro pula tergelincir membolehkan Ba score gol ke-3 dan gol ke-4 itu juga hasil daripada kesilapan pemain right back mereka, Kyle Walker. Jadi 4 player Spurs ini, Vertonghen, Kaboul, Sandro & Kyle Walker memberi assist kepada 4 gol Chelsea. Aku boleh katakan ini perfomance Spurs paling teruk musim ini.

3. Ini bukanlah perfomance terbaik Chelsea tetapi harus diingat walaupun bukan berada dalam prestasi terbaik, Chelsea tetap berjaya mengalahkan salah satu lawan terkuat di EPL. Itu belum Chelsea mempamerkan aksi yang sebenar lagi.

4. Adakah wajar pengadil Michael Oliver melayangkan kad merah kepada Kaboul ? Tidak tetapi keputusan untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea adalah tepat. Namun dia harus melayangkan kad kuning kedua kepada Sandro atas kekasaran yang dibuat terhadap Oscar. Begitu juga dengan Lloris pada minit pertama itu.

5. Selain dari kegopohan pertahanan Spurs, satu lagi perkara yang menjadi turning point bagi kemenangan Chelsea dalam derby London ini ialah substitution yang dibuat oleh Mourinho. Dia mengeluarkan Lampard dan memasukkan Oscar. Bila Oscar main, tenpo permainan Chelsea semakin rancak. Jadi di situ kredit buat Mourinho kerana cepat response dengan apa yang berlaku.


6. Ba yang jarang beraksi dalam kesebelasan utama tetap berjaya mencatat nama sebagai penjaring ke-3 & ke-4 perlawanan. Masuk menggantikan Eto'o, Ba hanya memerlukan 75 saat untuk menjaringkan dua gol. Eto'o juga memainkan peranan penting dalam perlawanan ini.dengan menjaringkan gol pertama dan memenangi penalti untuk Chelsea. Menarik juga cara dia celebrate gol. Orang mempersoalkan umurnya dan dia membalas balik kritikan itu dengan menjaringkan gol pertama serta menyuntik semangat pemain2 lain.

7. Dengan hanya tinggal 9 lagi perlawanan, Chelsea kini berada dalam kedudukan terbaik untuk meraih kejuaraan liga. City masih tak bermain 3 perlawanan, jadi kita sama2 boleh lihat sama ada mereka mampu meraih 9 mata penuh untuk baki2 perlawanan tersebut.

Fulham 1 Chelsea 3 : Hatrik Schurrle

Posted by KampungChelsea On Monday, March 03, 2014 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seperti yang aku katakan sebelum ini, player2 seperti Schurrle & Salah kalau diberi peluang, mereka akan buktikan kemampuan mereka.

Schurrle menjaringkan 3 gol dalam local derby ini dan itu hatrik pertamanya di EPL. Dia juga mencatat nama sebagai pemain ke-3 Jerman yang menjaringkan hatrik di EPL selepas Fredi Bobic & Juergen Klinsmann.

Mungkin selepas ini Schurrle patut beraksi di posisi striker. "False 9" juga satu pilihan yang tepat memandangkan Chelsea tidak mempunyai clinical striker.


Melihatkan kedudukan liga sekarang kita masih tetap no 1, 4 mata di belakang Liverpool yang berkongsi mata dengan pasukan The Specialist In Failure. City yang tak main dua game berpeluang untuk rampas balik posisi pendahulu liga jika mereka menang dua baki perlawanan tersebut. Jadi tekanan ada pada City sekarang.

Apa pun mari kita sama2 mengharapkan trofi EPL akan balik semula ke Stamford Bridge!


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png