Oscar power!

Posted by KampungChelsea On Tuesday, January 28, 2014 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Selamat hari jadi, Mourinho. Maaf lambat ucap haha.

2. Stoke City memang bernasib baik. Mereka bernasib baik untuk tidak kalah besar dalam perlawanan ini. Scoreline hanya 1-0 tetapi Chelsea cipta banyak peluang. Lampard & Eto'o melepaskan peluang mudah di depan gol, sepakan Oscar kena tiang, Schurrle pula kena palang, manakala free kick David Luiz diselamatkan oleh Begovic. Kita patut score lebih dari 4/5 gol.

3. Oscar menjadi penjaring tunggal kemenangan dengan gol free kick yang menakjubkan. Ini sebab kenapa Mata kerap berada di bangku simpanan. Ia semuanya adalah kerana Oscar. Mata kalah bersaing dengan Oscar. Oscar terlalu hebat untuk Mata. Jadi kita semua tahu kenapa Mourinho lebih memilih Oscar dari Mata sebagai playmaker utama Chelsea.

4. MOTM aku fikir Matic. Dia bermain begitu tenang sekali, kawalan bola yang kemas. Penampilan selama 90 minit dari bekas pemain Benfica itu tidak mengecewakan.

5. Menanti Chelsea di pusingan ke-5 Piala FA nanti ialah Manchester City. Venue di Etihad Stadium. Ini akan jadi satu perlawanan yang epik.

6. Selesai sudah penjualan pemain Chelsea. Mata ke MU, Essien ke AC Milan(free), De Bruyne ke Wolsfburg. Semoga berjaya untuk mereka bertiga.

P/S : Berkenaan dengan Salah, nanti aku akan buat 1 artikel tentang dia. Aku akan kupas lebih lanjut kenapa dan mengapa dia memilih Chelsea dari Liverpool. Dia bermain di posisi apa. Apa impaknya untuk pasukan Chelsea.

Salah sertai Chelsea & Mata menuju ke Old Trafford

Posted by KampungChelsea On Friday, January 24, 2014 17 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Mata bakal berhijrah ke MU" & "Chelsea setuju dengan yuran perpindahan Mohamed Salah dari Basel".

Dua berita ini sangat mengejutkan aku.

Ok lah pertama dulu kita bercakap pasal Mata. Serius aku sangat terkejut kerana dua tahun diangkat sebagai pemain terbaik Chelsea serta menjadi player faveret di kalangan peminat The Blues ini bakal dijual ke kelab rival. Aku sempat berfikir "Apa kau dah buat Chelsea ?".

Terdapat pro & kontra tentang perpindahan Mata ini. Kita semua tahu Mata jarang beraksi dalam skuad utama & tak begitu menyerlah di bawah pengurusan Mourinho. Jadi apa yang Chelsea buat ketika ini untuk menyelamatkan karier dia. Piala dunia akan bermula tak lama sahaja lagi & jika Mata terus kekal di Chelsea, benda itu boleh menggagalkan impiannya untuk ke Brazil. Di MU nanti dia boleh kembangkan kariernya, dia boleh mendapat kembali prestasi terbaiknya.

Sebenarnya ia satu keputusan yang buruk untuk menjual pemain hebat ke kelab rival kerana kalau nak jual Mata, biarlah jual ke kelab luar dari England. Tetapi apa boleh buat mungkin Mata masih suka bermain di EPL & gembira dengan suasana di England.

Apa pun aku ucapkan selamat tinggal Mata. Semoga dia berjaya di kelab barunya itu.

Berkenaan dengan Salah pula juga mengejutkan aku. (http://www.chelseafc.com/news-article/article/3634770/title/salah-transfer-agreed).

Dia sebelum ini sering dikaitkan dengan Liverpool & hampir pasti juga untuk menyertai kelab Brendan Rodgers itu tapi last2 dikebas oleh Chelsea. Kesian Liverpool, memang betul2 kena troll dengan Chelsea. Sebelum ini Spurs yang kena troll dengan transfer Willian, kali ini giliran Liverpool pula. kah kah kah.

Tak perlu menyalahkan Chelsea sangat kerana keputusan ini juga ditentukan oleh tuan punya badan. Salah pun ada cakap kalau dia keluar dari Basel, dia berminat untuk menyertai kelab Chelsea. Dia tak pernah sebut pun nak join kelab yang dah bermusim-musim tak main Champions League. Jadi keputusan ini dibuat sejajar dengan matlamat yang diinginkan oleh Salah.

Haters mungkin akan cakap Salah akan jadi macam Mata yang akan kerap berada di bangku simpanan tetapi di bawah pengurusan Mourinho, prestasi semasa akan dijadi ukuran utama. Willian, Schurrle bermain di posisi yang sama seperti Salah tetapi jika Salah lebih menonjol, dia akan berada di starting line-up. Logic nya mudah je kan.


Pemain yang telah score 3 gol ke atas Chelsea sebelum ini telah menjadi player kita. Macam tak percaya je kah kah kah.

Selamat datang Salah.

P/S : Sejuk semacam je kat tempat aku ini. Salji nak turun agaknya nanti.

Chelsea 3 MU 1 : 100 kemenangan Mourinho & Super Eto'o

Posted by KampungChelsea On Monday, January 20, 2014 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Kemenangan ke-100 Mourinho di EPL. Mourinho kemudian meraih anugerah penghargaan dari Persatuan Wartawan Bola Sepak England (FWA). Tahun lepas anugerah tersebut dimenangi oleh Gareth Bale.

2. 100 kemenangan Mourinho ini diserikan lagi dengan aksi memukau Eto'o yang menjaringkan 3 gol semalam. Eto'o juga mencatat nama sebagai pemain ke-4 dalam sejarah yang berjaya menjaringkan hatrik ke atas MU. Tak lupa dia pemain Chelsea pertama yang menjaringkan hatrik ke atas MU sejak tahun 1954.

3. Pasti ramai yang tidak bersetuju ketika Mourinho meletakkan Eto'o berbanding Torres dalam starting line-up kerana waktu ini prestasi Torres lebih bagus. Tetapi itulah kehebatan Mourinho sebagai master of tactical. Dia tahu pemain mana yang boleh memberi impak dalam perlawanan besar. Eto'o sememangnya big game player. Sebelum ini pun Eto'o sudah menjaringkan gol ke atas MU pada final Champions League 2009 ketika masih bersama kelab Barcelona.

4. Dalam perlawanan ini sebenarnya MU mendominasi permainan. Tengok possession Chelsea 44%, MU 56%. Tetapi itulah bola sepak. Mendominasi sekadar ilusi, tak cipta banyak peluang tak menjaminkan anda kemenangan. Peluang yang sedikit tetapi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin itu lebih penting. Chelsea lebih efficient & bermain lebih ke arah taktikal berbanding MU. Memang MU bermain tanpa dua striker utama mereka tetapi itu tidak boleh dijadikan satu alasan. Pengurus mereka yang harus dipersalahkan kerana membuat percaturan silap dengan memainkan pemain yang tak memberi impak. Aku bagi contoh, Chicharito sering menjaringkan gol ke atas Chelsea tetapi diletakkan di bangku simpanan. Kagawa pemain tengah yang kreatif tetapi diletakkan di bangku simpanan. Moyes lebih berminat memainkan pemain2 overrated seperti Welbeck, Ashley Young & Johnny Evans. Dia juga silap dalam meletakkan posisi sesuatu pemain. Apa pun aku sebagai penyokong Chelsea masih berpegang dengan tagline "In Moyes We Trust". Seronok juga tengok MU macam ini sekarang.

5. Untuk kejuaraan liga, aku boleh katakan situasi sekarang hanya 3 penjuru : Arsenal, City & Chelsea. Chelsea di posisi ke-3, 1 mata di belakang City, dua mata di belakang Arsenal. MU pula boleh bersiap2 main Europa League musim depan.

Selamat kembali, Nemanja Matic

Posted by KampungChelsea On Wednesday, January 15, 2014 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea dilaporkan sudah bersetuju dengan yuran perpindahan 25 juta pound Nemanja Matic dari kelab Benfica.

Matic sendiri mengesahkan yang beliau akan join Chelsea balik.

Matic, kalau sesiapa belum tahu lagi, dia pernah dua tahun bersama dengan Chelsea sebelum pergi pada tahun 2011. Sebelum Matic dijual ke Benfica, dia di-loan ke kelab Vitesse selama setahun. Kemudian, dia berpindah ke Benfica  + swap dengan David Luiz 25 juta.

Jadi kini dia kembali semula ke Chelsea.

Hmmm mungkin Mourinho nak gandingkan dia dengan Ramires/David Luiz di bahagian tengah. Matic ni bermain di posisi DM & aku yakin dia akan berjaya di bawah pengurusan Mourinho. Jika City ada Yaya Toure, Chelsea ada Nemanja Matic.

Welcome back to Stamford Bridge.

Hull City 0 Chelsea 2 : Top of the league!

Posted by KampungChelsea On Sunday, January 12, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Top of the league walaupun untuk sementara waktu dan kemenangan 2-0 ini bukanlah satu kemenangan mudah kerana kita sendiri boleh lihat Hull City bermain dengan bijak serta berdisiplin. Separuh masa pertama sangat slow namun Chelsea bangkit pada separuh masa kedua dengan aksi yang lebih menarik.

2. Hazard tak perlu diragui lagi kemampuannya. Gol pertama sangat cantik. Setiap kali dia pegang bola, kita tahu dia boleh melakukan skill yang power. Entah kali ke berapa Hazard sering menjadi MOTM Chelsea. So far, jika dia teruskan lagi perfomance macam ni, dia akan jadi pemain terbaik Chelsea musim ini.

3. Torres juga score gol. Dia score gol kedua perlawanan & dia sendiri mencipta peluang itu. Aku terpaksa juga setuju pemain tengah Chelsea macam Willian, Oscar sangat susah nak hantar bola kepada Torres.

4. 3x straight clean sheet bagi Chelsea manakala Petr Cech berjaya mencipta rekod baru The Blues dengan mengatasi rekod yang dipegang oleh Peter Bonetti sebelum ini dengan 209 clean-sheet. Cech "King of clean sheet".

5. Berkenaan dengan Kevin De Bruyne, akhbar dari Belgium mengesahkan bahawa dia sudah melengkapkan perpindahannya ke kelab Bundesliga, Wolfsburg.

Transfer news : Berbaloi beli Guarin ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 09, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Beberapa hari lalu Chelsea tewaskan Derby Country 2-0 & mara ke pusingan seterusnya Piala FA. Satu kemenangan yang sudah dijangka walaupun kelab yang baru dibimbing oleh Steve McClaren itu memberi cabaran sengit juga sebelum Mikel & Oscar score.

Ok lah aku tak nak cerita panjang lebar pasal kemenangan itu. Untuk artikel kali ini aku nak fokuskan kepada target pembelian Chelsea bulan 1 ini iaitu Fredy Guarin.

Pihak Inter Milan sendiri mengesahkan bahawa Chelsea berminat dengan pemain tengah Colombia itu. Namun persoalan hangat sekarang ini ialah adakah berbaloi beli Guarin ?

Segalanya rerserah kepada pihak pengurusan Chelsea. Tetapi kalau tanya aku, berbaloi atau tidak, aku cakap tak berbaloi.

Guarin ni aku tengok player biasa2 sahaja. Orang putih cakap "overrated player". Tengok dia main dengan Inter, tak ada satu pun shot on target. Aku berani jamin kalau dia join Chelsea, dia akan banyak berada di bangku simpanan macam Kevin De Bruyne. Posisi Guarin ni sama macam Ramires.  Tetapi Ramires jauh lebih power berbanding dia.

Kalau nak minta nasihat dari aku, lebih baik dia kekal sahaja di Inter. Ada jaminan pula bermain dalam kesebelasan utama. Chelsea sudah mempunyai ramai pemain di bahagian tengah. Aku fikir elok Chelsea beli striker baru. Itu yang menjadi masalah kepada Chelsea selepas Drogba tiada.

Soton 0 Chelsea 3

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 02, 2014 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat tahun baru semua.

3-0. Kemenangan pertama Chelsea untuk tahun 2014. Turning point dalam game ini ialah ketika Mourinho memasukkan Oscar & Willian. Dua pemain Brazil itu memberi impak besar & berjaya mengubah permainan dengan drastik sekali. Mata nampak kecewa dikeluarkan tapi apa boleh buat strategi yang dilakukan oleh Mourinho itu membuahkan hasil. Oscar menjadi penggerak kepada gol pertama yang dijaringkan oleh Torres, menyusul berikutnya dia memberi assist kepada gol Willian & seterusnya dia menjaringkan gol ke-3 perlawanan, melengkapkan kemenangan selesa Chelsea 3-0.

Bukan mudah juga untuk dapat clean-sheet kat tempat Soton. Kredit kepada barisan pertahanan. Terry, Cahill, Azpilicueta, Ashley Cole. Masing2 melakukan tugas dengan cemerlang & membuat hadangan penting pada separuh masa pertama.

Soal dive itu, ya memang satu keputusan yang tepat oleh Martin Atkinson.dengan melayangkan kad kuning kepada Oscar. Dalam situasi itu Oscar tak sepatutnya menjatuhkan diri kerana dia berpeluang untuk menjaringkan gol. Apa pun dia sudah tebus balik "dosa" nya itu dengan menjadi kunci kemenangan ke atas Soton ini.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis AndrĂ© SchĂ¼rrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png