Chelsea 2 Liverpool 1

Posted by KampungChelsea On Monday, December 30, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Perfomance pada separuh masa pertama sangat hebat, menakjubkan. Ia memang typical skuad Chelsea Mourinho untuk memberi respons selepas ketinggalan gol awal. Selepas gawang Chelsea dibolosi seawal minit ke-3, kita lawan balik dan dapat gol penyamaan pada minit ke-17 menerusi Eden Hazard, & seterusnya Eto'o menjadi match-winner 14 minit kemudian. Segalanya memang dikuasai oleh Chelsea. Tempo, passing cukup berkualiti. Kita mendominasi pada separuh masa pertama & pada separuh masa kedua kita patut tambah 1/2 gol lagi kalau Eto'o dan Torres memanfaatkan peluang di depan gol. Liverpool hanya memberi sedikit cabaran pada babak kedua tapi tak cukup untuk kuat tumbangkan kubu pertahanan Chelsea.

2. David Luiz yang mengambil alih tempat Ramires menjadi kunci kemenangan Chelsea. Dia control bahagian tengah & merantai rapi Luis Suarez. Seperti yang aku katakan sebelum ini, David Luiz lebih bagus beraksi di bahagian tengah berbanding posisi asalnya, centre back.

3. Liverpool tak perlu menyalahkan sepenuhnya kepada Howard Webb. Mereka perlu menuding jari pada diri mereka sendiri juga di atas kekalahan kepada Chelsea. Walaupun ada 1/2 keputusan pengadil yang tidak memihak kepada mereka, tetapi kalau kita nilai secara keseluruhan Chelsea memang berhak memungut 3 mata penuh. Kita mencipta banyak peluang berbanding Liverpool. Liverpool bermain sangat teruk. Hanya seorang sahaja pemain mereka yang memberi tekanan kepada bek2 Chelsea dan selepas Ashley Cole masuk, menggantikan Ivanovic yang cedera, Ashley Cole menutup segala ruang dan peluang yang dibuat oleh rakan2 Sterling yang lain. Ini menunjukkan betapa Liverpool memerlukan Gerrard. Tanpa kapten The Kops itu, Liverpool hilang daya melawan di bahagian tengah.

4. Suarez mempunyai sejarah buruk. Dia terlalu banyak dive sebab itu bila ada fault ke atas dirinya, Liverpool sukar untuk mendapat apa2 free kick/penalty kick. Cara dia jatuh itu seolah-olah macam seorang penerjun kolam renang. Ini sebab kenapa Howard Webb tidak melayan dakwaan Suarez ketika dia dikasari oleh Eto'o. Itu yang akan berlaku kalau anda terlalu kerap dive. Pengadil pun tahu karenah seseorang pemain berdasarkan rekod yang dibuat dalam perlawanan2 sebelum ini.

7.

Man Utd 0 - 0 Chelsea 
Spurs 1 - 1 Chelsea
 Chelsea 2 - 1 Man City 
Arsenal 0 - 0 Chelsea 
Chelsea 2 - 1 Liverpool

Setakat ini, rekod Chelsea dalam perlawanan2 besar sangat positif. Kita tak tewas walau 1 game sekali pun ke atas pencabar2 kejuaraan liga. Kita berjaya mencuri mata di Old Trafford, White Hart Lane & Emirates serta memenangi big game di home. Ini membuktikan bahawa Chelsea serius dalam merebut takhta liga musim ini. Salah satu keistimewaan Chelsea dalam saingan liga pada musim ini, tiada kelab besar berjaya tumbangkan kita.

Chelsea 1 Swansea 0

Posted by KampungChelsea On Friday, December 27, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tumpulnya penyudah striker kita. Eto'o mensia2 banyak peluang. Kalau nak ikutkan kita boleh menang sampai 4-0. Betul lah cakap Mourinho. Kita tak mempunyai striker yang "killer instinct" seperti Aguero, Suarez, Diego Costa, Ibrahimovic. Sejak Drogba tiada, striker2 seterusnya tidak konsisten. Baik letak David Luiz jadi striker selepas ini.

Agak tertekan juga untuk melihat Chelsea hanya leading 1-0 sampai habis game. Selepas gol Hazard itu, kita boleh melebarkan kedudukan & "bunuh" game lebih awal jika Eto'o memanfaatkan peluang mudah di depan gol.

Apa yang positifnya bahagian pertahanan solid & kental. Kombinasi Mata-Hazard-Oscar juga harus diberi pujian.

Curi 1 mata di Emirates

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 24, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Perlawanan ini memang boring, Tiada flop atau Man of the match. Tak perlu menyalahkan taktikal negatif Chelsea, lihat pada Arsenal sendiri, possession 61% tetapi mereka hanya ada 2 shot on target sahaja selama 90 minit perlawanan berlangsung. Cech tidak membuat apa2 save pun. Semua pemain attacking Arsenal dalam poket Terry & Cahill.

2. Arsenal bermain seolah-olah macam mereka dah menang 1st leg 3-0. Chelsea control game pada separuh masa pertama. Nasib tak menyebelahi kita apabila sepakan Lampard terkena palang. Kalau masuk itu, aku percaya scoreline 1-0 memihak kepada Chelsea sampai habis game.

3. Parking bus ? Kalau sepakan Lampard tak kena palang & terus menerjah jaring, baru aku akan cakap Chelsea akan parking bus. Cari 1 gol, bertahan sampai habis game. Negatif atau tidak, objektif perlawanan tercapai.

4. Arsenal desperate untuk menang kerana mereka bermain di tempat sendiri sedangkan Chelsea tak perlu berhempas pulas kerana 1 mata di Emraites sudah mencukupi. Kita setel di Stamford Bridge pula untuk 3 mata penuh.

5. Anda boleh cakap Mourinho defensive coach, negative manager atau apa sahaja tetapi dalam perlawanan ini dia ialah pemenang. Mourinho dapat apa yang dia inginkan manakala Wenger masih gagal untuk tumbangkan Mourinho. 5 menang 5 seri, rekod Mourinho masih kebal. Mourinho sememangnya seorang pengurus yang mempunyai game plan tersendiri. Taktikalnya bijak. Bertahan & serang bila perlu. Pertahanan Chelsea kukuh & berdisiplin. Cuma aku tak puas hati satu sahaja iaitu kenapa dia tak mainkan Juan Mata.

6. Chelsea satu2 nya kelab besar yang belum tewas kepada team2 besar lain. Kita seri dengan MU & Spurs di away, menang dengan City di home. Kemenangan ke atas Liverpool akan memberi petanda baik untuk kejuaraan liga. Sedangkan Arsenal, tewas kepada MU, tewas kepada City, gagal mencatat kemenangan dengan Chelsea & Everton di tempat sendiri.

7. Terakhir sekali, aku fikir dua2 team sama ada Arsenal atau Chelsea perlu striker baru bulan 1 nanti.

Stoke City 3 Chelsea 2

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 08, 2013 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Gol pertama Stoke memang silap Cech. Dia tak sepatutnya terburu-buru untuk keluar posisi kerana set-piece Stoke melnerusi corner kick tidak merbahaya. Untuk 45 minit pertama Stoke tidak memberi apa2 ancaman kepada bahagian pertahanan Chelsea & Chelsea sepatutnya kekal dengan scoreline 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

2. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Mourinho mengeluarkan Schurrle. Schurrle dikeluarkan kerana dia cedera. Dia mengalami kecederaan di bahagian betis. Mourinho tak bodoh untuk keluarkan pemain yang memberi impak dalam perlawanan. Cuma bagi aku Ramires juga sepatutnya dikeluarkan kerana beraksi hambar.

3. Ba sepatutnya bermain dalam kesebelasan utama. Nak bandingkan Torres, Eto’o dan Ba. Aku fikir Ba lebih menyerlah. Torres sudah dua game hambar. Masalah Torres ini ialah ketika dia dapat bola berdekatan dengan gawang pihak lawan, dia undur 2/3 langkah ke belakang, ke kanan tiga langkah, macam mana nak score ? Aguero dianggap striker terbaik di EPL ketika ini kerana dia konsisten dalam permainannya. Dia score secara regular. Macam Torres, hari ini dia score, esok dia lupa balik cara nak menjaringkan gol. Tak konsisten.  Itulah masalah yang dialami oleh striker2 Chelsea selepas Drogba tiada.

4. Ramires mensia-siakan banyak peluang pada separuh masa pertama. Ada kala dia sepatutnya menghantar bola kepada rakan2 tetapi memilih untuk melakukan percubaan. Melalui peluang yang dia sia2 kan itu Chelsea seharusnya score 3/4 gol & boleh “bunuh” game lebih awal. Manakala Hazard gagal menterjemahkan perfomance yang dia buat pada hari khamis lepas.

5. Kekalahan kepada Stoke ini memang mengecewakan kerana kita expect 3 mata penuh di Britannia Stadium. Jika seri pun dah dianggap tercicir mata , ape tah lagi kalah kan ? Minggu ini City juga drop point. Kalau Arsenal menang nanti, mereka akan menjarakkan lagi jurang mata. Walaupun musim masih panjang, tetapi Chelsea harus konsisten. Kita tak boleh kalah lagi dengan team2 seperti Stoke City ni. Kalau tidak, kita tak boleh juara pada bulan 5 nanti.

Drama 7 gol di Stadium of Light

Posted by KampungChelsea On Friday, December 06, 2013 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Sejak diuruskan oleh Gus Poyet, Sunderland memenangi kesemua perlawanan di tempat sendiri. Menang ke atas Newcastle, City & Soton. Jadi tak hairanlah kenapa perlawanan kali ini mereka memberi cabaran sengit kepada Chelsea.

2. Aku boleh katakan Chelsea berhempas pulas juga sebelum mencatat kemenangan. Sunderland menjaringkan gol dahulu sebelum Chelsea menterbalikkan kedudukan 2-1 pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua Sunderland tekan Chelsea habis-habisan & mereka dapat gol penyamaan. Tak lama kemudian Chelsea mendahului lagi, berkat daripada aksi individu menarik Eden Hazard. 6 minit sebelum perlawanan tamat, pemain pertahanan mereka Phil Bardsley menjaringkan gol sendiri & membolehkan Chelsea menjarakkan kedudukan menjadi 4-2. Game jadi makin rancak apabila seminit berselang pemain Sunderland yang menjaringkan gol sendiri itu meledak gol ke-3 Sunderland. Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung kita disajikan aksi2 menarik, di samping terdapat juga beberapa aksi pelik berlaku haha.

3. Aku fikir ini game terbaik Hazard sejak dia menyertai Chelsea. Hazard menunjukkan skill individu yang cukup berkualiti. Dia menyumbat dua gol serta memberi assist kepada gol pertama Chelsea yang dijaringkan oleh Lampard.

4. Mourinho pastinya kecewa dengan barisan pertahanan Chelsea yang melepaskan 3 gol, dua di antaranya menerusi set-piece. Masa tambahan 6 minit dan pada waktu itu kalau Sunderland dapat dua lagi sepakan sudut, mereka mungkin boleh menang 5-4. Ia menunjukkan betapa pemain pertahanan Chelsea sangat longlai ketika menghadapi situasi bola mati.

5. Kemenangan 4-3 ini masih meletakkan Chelsea di tangga ke-2, 4 mata di belakang Arsenal. Perlawanan Chelsea berikutnya ialah di Stoke & kemudiannya Crystal Palace di Stamford Bridge. Nampak macam mudah tapi sebenarnya tidak. Kita menentang lawan yang berada di zon relegasi serta lawan yang mahu mengelak untuk berada di zon tersebut. Lawan2 seperti itu mungkin akan memberikan kesukaran kepada Chelsea, sama seperti yang dilakukan oleh Sunderland.

6. Arsenal pula lagi sukar. Mereka kena lawan Everton, City & kemudiannya Chelsea. Jadi di situ kita akan lihat sejauh mana mereka mampu kekal untuk berada di posisi pendahulu liga. 3 game berikutnya ialah menentang calon2 juara EPL musim ini. Everton calon juara ? Kenapa tidak. Mereka kalahkan MU 1-0 di Old Trafford & hanya 3 mata sahaja di belakang Chelsea.

7. Pasal MU pula, ada baik Moyes tumpu kepada Europa League spot sahaja. Walaupun Mourinho & Wenger cuba meredakan keadaan dengan berkata MU masih dalam persaingan merebut takhta liga tapi di sini kita semua boleh berfikir dengan logik akal. 12 mata di belakang pendahulu liga boleh dianggap satu jarak yang jauh. Dan mereka pula banyak bergantung kepada Rooney. Kalau Rooney tak ada, cedera macam RVP, MU sekarang ini sudah berada di zon penyingkiran.

Chelsea 3 Soton 1

Posted by KampungChelsea On Monday, December 02, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku puas hati dengan kemenangan ini. Ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama sebelum menjaringkan 3 gol comeback pada separuh masa kedua.

Untuk 45 minit pertama Southampton berjaya menyukarkan kita namun pada separuh masa kedua giliran Chelsea pula membuli mereka. "Men vs boy" boleh aku describe untuk perfomance separuh masa kedua. Gol yang dibolosi itu pun hasil daripada kesilapan individu dari Essien yang memberi back-pass kepada Jay Rodriguez.  Ia dijaringkan dalam tempoh 13 saat.

Aku tak sepenuhnya menyalahkan Essien. Apa yang kau orang expect dengan pemain yang sebelum ini diletakkan di bangku simpanan & baru semalam diberi peluang beraksi dalam 1st league game. Kita tolak mistake yang dibuat, bahagian tengah Essien dengan Ramires masih meyakinkan. Kebiasaannya tengah Chelsea tak hidup tapi game semalam bahagian tersebut memainkan peranan dengan baik. Dengan Ramires pula semakin menonjol ketika di-convert ke posisi right midfielder, di samping memberi assist kepada gol Demba Ba.

Paling penting, kunci kejayaan Chelsea ialah terletak pada kebijaksanaan Juan Mata. Dia memberi assist kepada gol Terry & menjadi penggerak kepada gol penyamaan Cahill. Walaupun finishing tak sehebat Oscar tapi dari segi kreativiti mencipta peluang Mata jauh lebih baik. Corner kick, free kick, crossing Mata sangat berguna kepada Chelsea. Dia mencipta peluang kepada striker & melakukan hantaran lintang yang mantap. Aku fikir Mourinho perlu stick dengan Mata. Dia ialah game-changer bagi Chelsea.





 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png