Arsenal 0 Chelsea 2

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 30, 2013 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea terlalu kuat buat Arsenal.

Jadi tak ada alasan seperti "Alah ini Capital One Cup je, kami turunkan skuad yang lemah" kerana kedua-dua pasukan memainkan separuh pemain B & A tetapi jelas Chelsea lebih kuat. Dengan dua kapten utama tak main, ditambah lagi gawang Chelsea dijaga oleh bekas penjaga gol Fulham pun mereka tak boleh score sepanjang 90 minit permainan berlangsung. Mereka juga memasukkan Ozil & Giroud pada separuh masa kedua tetapi tetap tak boleh mengubah scoreline.

Tak dinafikan Ozil merupakan world class player tetapi bila ada pemain seperti Essien, Mikel di atas padang, fungsi Ozil bertukar seperti"tin kosong". Pujian buat kapten, Essien The Bison yang menggalas tugas dengan cemerlang.

Memang Arsenal memainkan permainan attractive tetapi mereka tetap tak boleh membolosi kubu pertahanan Chelsea yang terlalu kebal. Permainan Chelsea juga kemas serta tidak lupa menerapkan nilai pragmatik. Mourinho juga tidak pernah kalah kepada Wenger sejak tahun 2005 lagi. Sila lihat rekod beliau :

Dominasi The Special One vs Arsene Wenger
Played : 9
Won : 5
Drawn : 4
Lost : 0

Dua gol Chelsea dijaringkan oleh Azpilicueta( gol pertama bersama Chelsea) & Mata. Dua pemain sepanyol ini bukanlah pemain pilihan utama Mourinho tetapi masing2 memainkan peranan penting dalam membawa The Blues ke suku akhir Piala Liga, di samping membantu Arsenal meneruskan rekod 8 tahun tanpa Piala.

Aku fikir pasukan "B" Chelsea ini sudah cukup sebenarnya untuk memenangi Capital One Cup & mencabar kejuaraan EPL.

Perlawanan seterusnya, Newcastle United di St James Park.

P/S : 9 ribu penyokong Chelsea di kalangan 60 ribu penyokong Arsenal menyanyikan nama Jose Mourinho di sekitar stadium Emirates. Dahsyat betul.

Chelsea 2 Manchester City 1

Posted by KampungChelsea On Tuesday, October 29, 2013 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best team lost ? Tak juga.

Kalau Torres memanfaatkan dua peluang pada separuh masa pertama (satu di depan gol, satu lagi terkena tiang) scoreline 3-0, game over. Chelsea lebih mendominasi pada 1st half berbanding City yang cuba lawan balik pada separuh masa kedua. Mereka dapat gol penyamaan menerusi first timer Aguero yang tidak dapat diduga oleh Cech.

Apa pun pujian buat Torres yang sudah kembali ke jalan yang benar. Dia memberi assist kepada gol Schurrle menerusi larian bijak menewaskan pemain pertahanan kiri City, Gael Clichy. Dan aksi dramatik pada minit2 akhir perlawanan yang mana Torres memanfaatkan kesilapan Hart untuk memberi 3 mata penuh kepada Chelsea.

Next game lawan Arsenal 30 hb. Baru hari ahad lepas lawan City, hari selasa ni nak lawan pula di Emirates. Arsenal yang telah menewaskan pasukan tercorot liga pada hari sabtu lepas dapat cuti rehat lebih 1 hari berbanding Chelsea. Jadi aku faham kenapa Mourinho mengeluh tentang perkara ini. Ini bukan alasan tapi ini adalah kenyataan. Kita harus pertimbangkan soal kecergasan pemain & faktor keletihan.

Aku bersetuju dengan Mourinho. Kalau FA inginkan satu aksi menarik di antara Arsenal & Chelsea, mereka harus letak game itu pada hari rabu, bukannya hari selasa.

Schalke 0 Chelsea 3

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 23, 2013 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Mourinho, aku fikir Torres akan menyinar. Dia juga ketika ini lebih cenderung menjaringkan gol di kompetitif Eropah berbanding liga. 3 gol di eropah(campur game dengan Bayern Munich) 0 gol dalam saingan liga. Gol pertama menarik melalui free header, gol kedua simple. Aku mengharapkan perkara sama yang dibuat oleh Torres selepas ini iaitu terus menjaringkan gol kerana itu memang tugasnya sebagai striker.

3-0. Tak sangka kemenangan yang diraih oleh Chelsea di Veltins Arena ini terlampau mudah. Torres dua gol, 1 lagi gol dari Hazard.

Dua kemenangan di tempat lawan, meletakkan Chelsea top of the group dengan 6 mata. 3 lagi game (2 home 1 away) jadi aku optimis Chelsea akan layak ke pusingan berikutnya sambil menjuarai kumpulan E. Destiny in our hands !

Chelsea 4 Cardiff City 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, October 20, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eto'o dah score, Torres & Ba bila lagi ? Sudah 8 game liga, dalam tiga2 tu, hanya seorang baru score sebiji.

Pada awal permainan Cardiff City a.k.a kelab bola sepak yang dimiliki rakyat Malaysia itu sempat memberi tentangan sengit kepada Chelsea. Mereka score gol dulu sebelum Chelsea melakukan 4 gol comeback. Pasukan Chelsea hari ini juga tidak perlu bersusah payah seperti perlawanan sebelumnya kerana dalam perlawanan ini penjaga gol lawan sedikit sebanyak membantu Chelsea meraih 3 gol mudah (yang pertama itu memang terserlah bangang, gol ke-3 & 4 seharusnya dia save).

Gol Eto'o boleh dianggap sebagai penyuntik semangat kepada pemain2 Chelsea yang lain. Dia melakukan skill individu menarik sebelum melepaskan rembatan kencang ke arah gawang Cardiff.

Kalau tak kerana kealpaan David Luiz, Chelsea sebenarnya boleh meraih clean sheet. Terlampau mudah untuk melepaskan gol sebegitu.

Berkenaan dengan gol penyamaan Chelsea yang dijaringkan oleh Hazard itu, ia bukan satu fault. Eto'o melakukan tindakan bijak dengan mencuri bola dari penjaga gol yang cuai.

Lihat pada table, bukan meja makan tapi standing table liga, Chelsea naik ke posisi ke-2. Dua mata di belakang pendahulu Arsenal yang sampai sekarang masih belum beraksi dalam perlawanan2 sukar. Mungkin 3/4 perlawanan berikutnya akan menguji sampai bila mereka boleh kekal berada di puncak. Apa yang pasti 29hb ini mereka akan kalah, itu tidak syak lagi.

Sementara itu di Old Trafford, David Moyes dalam proses untuk mentransformasikan MU menjadi kelab Everton. Cabaran mereka musim ini sangat realisitk iaitu untuk bersaing meraih slot Europa League. Jadi kepada penyokong The Red Devils, anda semua tak perlu risau, peluang masih terbuka. Cuma perlu bersaing kuat dengan kelab2 seperti Swansea, West Brom, Newcastle & juga Hull City.

Sekian.

Norwich City 1 Chelsea 3 : Taktikal genius dari Mourinho

Posted by KampungChelsea On Tuesday, October 08, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"During the game I'm not nervous but I have feelings, I smell things. When I saw that easy goal missed I had a smell. I smelled that Norwich would score a goal. That's why I put Hazard warming up even with the 1-0 score." - Jose Mourinho

Turning point dalam game ini ialah ketika Mourinho memasukkan Willian & Hazard. Ternyata dua pertukaran ini membuahkan hasil serta mengubah perlawanan. Ini sebab kenapa Mourinho dianggap tactical genius.

Sebenarnya selepas Oscar menjaringkan gol pertama, Chelsea sepatutnya menambah 2/3 gol lagi & boleh "bunuh" game lebih awal tapi macam biasa peluang terhidang disia-siakan. Kemudian lawan mengambil kesempatan dengan menyamakan kedudukan 1-1 sebelum dua pertukaran genius dari Mourinho mengubah segalanya dalam tempoh 5 minit terakhir.

Jelas sekali MOTM kali ini adalah milik Mourinho.

P/S
: EPL akan berhenti rehat selama 2 minggu bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa. Buka balik pada 19 hb ini.

4 gol di Bucharest & King Drogba

Posted by KampungChelsea On Thursday, October 03, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yeah akhirnya Chelsea dapat juga menang besar sampai 4 gol. Ini kali pertama untuk musim ini aku cukup berpuas hati dengan style permainan Chelsea. Bertahan dengan baik, menyerang dengan baik & meraih 3 mata penuh. Dari awal sampai habis 90 minit, perfomance Chelsea terbaik.

Ramires sudah tentu MOTM kerana menjaringkan dua gol namun kredit lebih buat Schurrle yang menjadi penggerak bagi gol pertama & gol ke-3. Gol kedua own goal dari pemain Steau. Gol ke-4 disudahkan oleh abang legend no 8 assist dari Willian.

Kalah game pertama, namun menang game kedua. Aku masih fikir Chelsea akan layak ke pusingan seterusnya & menjuarai kumpulan E.

Sementara itu...
    

King Drogba membantu Galatasaray meraih 1 mata berharga ketika menentang juara Itali, Juventus di Turin.

Umur 35 tahun pun masih power. Ini yang orang cakap "form is temporary class is permanent"



 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png