Indonesia All Stars 1 Chelsea 8

Posted by KampungChelsea On Friday, July 26, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


1) Gaya permainan Hazard mengingatkan aku kepada Joe Cole & Cristiano Ronaldo.

2) Budak muda dari Burkina Faso, Traore menjaringkan gol ke-5 perlawanan dalam satu curling shot yang menarik. Dia juga setakat ini agak menyerlah dalam siri perlawanan pra-musim. Begitu juga dengan abang besar, Lukaku yang masih tidak boleh berhenti menjaringkan gol.

3)Ramires yang memakai jersi no 7, menjaringkan gol ke-7 dalam minit ke-57.

4)Kalas, pemain muda yang dipinjamkan ke kelab Vitesse musim lepas menghadiahkan gol sagu hati kepada pasukan tuan rumah.

5) Hazard,Ramires & Van Ginkel beraksi pada separuh masa kedua. Tapi jika ketiga-tiga pemain ini beraksi penuh 90 minit, skuad Indonesia boleh kalah sampai 15-1.

6) Harus diingat lagi bahawa ini merupakan skuad kedua Chelsea yang beraksi di Stadium Bung Karno & bukannya skuad utama. Kita masih lagi tanpa beberapa tonggak utama seperti Lampard, Mata, David Luiz, Oscar & Torres.

Indonesia All Stars 1 Chelsea 8
Harimau Malaya 1 Chelsea 4

7) Ada yang mengatakan bahawa pasukan Indonesia lebih bangang daripada Harimau Malaya kerana kalah lebih teruk kepada Chelsea. Sebenarnya pasukan Harimau Malaya boleh mengalami nasib yang sama namun ia diselamatkan oleh padang stadium Shah Alam yang sangat teruk. Jika ia dimainkan dalam permukaan padang yang rata & terbaik seperti di stadium Wembley mahupun stadium jalan besar Singapore, pasukan Malaysia boleh kalah lebih teruk dari skuad Indonesia. Jose Mourinho sengaja tidak mahu bercakap tentang perkara itu kerana tak mahu menimbulkan sebarang isu. Apa yang Mourinho kritik hanyalah mengenai beberapa pemain Malaysia yang banyak membuang masa di atas padang sepanjang 90 minit berlangsung.

8) Sekian terima kasih.

Malaysia 1 Chelsea 4

Posted by KampungChelsea On Monday, July 22, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seperti dijangka Chelsea menang mudah 4-1. Gol pertama dijaringkan oleh Bertrand Traore selepas memanfaatkan hantaran lintang Kevin De Bruyne. Kalau ada sesiapa yang belum tahu, Traore merupakan pemain muda dari negara Burkina Faso. Menyertai Akademi Chelsea dari kelab Perancis, Auxerre pada Ogos 2010.

De Bruyne menjadikan kedudukan 2-0 selepas melakukan tendangan voli menewaskan Farizal Marlias. Malangnya selepas menjaringkan gol cantik itu, dia terpaksa meninggalkan padang kerana cedera & kemudiannya digantikan dengan Islam Feruz.

Lukaku yang menjadi perancang untuk gol pertama Chelsea juga berjaya merobek gawang Malaysia untuk gol ke-3 perlawanan.

Moses melengkapkan kemenangan mudah Chelsea dengan menjaringkan gol ke-4 sebelum Malaysia mendapat gol sagu hati melalui pemain pertahanan, Mohd Fadhli Shas di masa kecederaan.

Satu keputusan yang sudah dijangka. Lawan dengan juara Eropah, konfem la kalah kan. Sudah tahu kalah, sepatutnya FAM aturkan perlawanan persahabatan menentang lawan setaraf seperti Bangladesh, Indonesia atau pun Myanmar. Sila contohi Thailand. Mereka guna pemain import dalam liga untuk lawan Chelsea, itu baru betul. Sampai MU pun kalah. Rajagopal cakap perlawanan persahabatan lawan chelsea ni sebagai persediaan untuk pusingan kelayan Piala Asia. Sepatutnya persediaan sebegini lawan dengan pasukan setaraf & bukannya dengan kelab eropah yang power. Baru kita dapat tahu tahap mana permainan bola sepak skuad negara. Tahu nak untung je FAM ini. Sudah lah kalah, ranking tak naik2 juga.

Itulah pasukan bola sepak negara kita sekarang. Tiada peningkatan. Dari segi permainan pula pasukan kita tiada identiti.Tak percaya, sila tanya penyokong Singapore, Thailand ataupun Indonesia. Apa kata mereka tentang bola sepak Malaysia. Kalau kau orang cakap masa ini lah kita nak bangkit & bangunkan semula bola sepak Malaysia. Ok teruskan. Aku tetap sokong apa2 yang positif untuk kemajuan bola sepak negara kita.


Preview : Chelsea lawan Malaysia

Posted by KampungChelsea On Sunday, July 21, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak kira anda penyokong Chelsea, MU, Manchester City, Arsenal mahupun Liverpool, jika perlawanan tersebut membabitkan pasukan bola sepak Malaysia, kita harus menyokong skuad negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menunjukkan semangat nasionalisme dengan menyokong skuad Harimau Malaya menentang Chelsea malam ini.

Jadi untuk pertembungan malam ini, harapan aku ada dua. Pertama, semoga ada live di saluran Astro. Kedua, kita nak tengok dua2 pasukan mempamerkan persembahan yang mantap.

Prediction ? Ada yang nak Chelsea kalah, ada yang nak Chelsea menang. Ada juga yang nak perlawanan ini berkesudahan seri. Tapi bagi aku, of course aku nak Malaysia menang. Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Walaupun agak sukar kerana kualiti kedua-dua pasukan berbeza terlalu ketara tetapi tiada perkara yang mustahil. Kalau tak silap aku, masa 13 Mei 1975, Malaysia pernah seri 1-1 dengan Arsenal & dua hari berikutnya menang 2-0 di Stadium Merdeka.

Kalau ditakdirkan Malaysia kalah, biarlah kalah secara bermaruah. Seperti perlawanan persahabatan sebelum ini yang menyaksikan skuad negara hanya tewas tipis 1-0 kepada Chelsea menerusi jaringan abang legend iaitu Didier Drogba.
  

Apa yang beza dua tahun lepas skuad negara dalam perlawanan itu dikendalikan oleh Ong Kim Swee. Ketua jurulatih Harimau Muda itu bijak dalam menyusun line-up. Beliau menggabungkan pemain muda & juga pemain berpengalaman. Taktikal Ong Kim Swee hampir2 berjaya sehinggakan, pemain Chelsea agak sukar untuk menembusi kubu pertahanan Malaysia.

Tapi untuk perlawanan malam in, skuad negara akan dikendalikan oleh K.Rajagopal, seorang jurulatih yang tak habis2 dengan eksperimennya itu.

Apa pun semoga pasukan Harimau Malaya berjaya mencipta kejutan malam ini.

Target Terkini Chelsea : Wayne Rooney

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 18, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebelum itu, semalam Chelsea telah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan yang memalukan MU, tiga hari lepas iaitu Thailand All Stars dalam perlawanan pra-musim yang berlangsung di Bangkok, Thailand. Gol tunggal dijaringkan oleh Romelu Lukaku menerusi sepakan penalti pada pertengahan separuh masa pertama.

Kalau sesiapa yang belum tahu lagi, skuad Thailand All Stars merupakan gabungan pemain dari Thailand Premier League. Skuad itu bukannya dari pasukan kebangsaan mereka. Sebab itu ada pemain Jepun (Sho Simoji), pemain Brazil (Cleiton Silva) Australia (Goran Subara) Namibia (Lazarus Kaimbi). Itu tak termasuk lagi dengan pemain2 yang berada di bangku simpanan.  Pemain2 itu semua adalah pemain hebat dalam liga mereka.

Apa pun ini sekadar perlawanan pemanas badan. Mourinho tak sempat prepare apa2. Ia hanya sedikit persediaan untuk menghadapi musim baru nanti.

Untuk perlawanan pra-musim seterusnya The Blues akan menentang skuad Harimau Malaya pada 21 Julai, yakni hari ahad ini.

Berkenaan dengan Rooney,  memang benar Chelsea telah membuat bidaan untuk mendapatkan bekas penyerang Everton itu.
     

Mourinho sendiri menjelaskan bahawa dia sangat berminat dengan Rooney & penawaran rasmi telah diajukan kepada pihak Manchester United.

"I think that this situation is clear - nothing is a secret anymore. The official bid is just about a certain amount of money and doesn't involve players. We want the player. We made the bid and now we have nothing more to say. Now it's up to Manchester United."

Cuma berita tentang Chelsea sanggup offer Mata + David Luiz itu tidak benar. Ia hanya khabar angin. Chelsea hanya menawarkan harga sahaja & tidak melibatkan mana2 pemain lain.

Sayangnya penawaran dari Chelsea telah ditolak oleh MU.

Seperti yang aku katakan sebelum ini Rooney bukanlah pemain yang mudah untuk dijual, lebih2 lagi kalau ia melibatkan penjualan ke kelab rival.

Apa yang pasti MU tidak ingin menyimpan mana2 pemain yang sudah tawar hati. Rooney mungkin bengang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Moyes sebelum ini. Moyes berkata Rooney hanya akan berguna jika Van Persie cedera. Jelas disitu menunjukkan bahawa Rooney akan diletakkan sebagai pilihan kedua Moyes.

Rooney telah hantar transfer request & Chelsea telah membuat penawaran untuk membelinya. Jadi sekarang ini MU harus mencapai kata sepakat tentang perpindahan ini. Tidak boleh menyekat mana2 pemain yang ingin berhijrah ke kelab lain.

Drogba kembali ke Chelsea ?

Posted by KampungChelsea On Monday, July 15, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memang benar mourinho telah menelefon Drogba & menginginkannya kembali ke Chelsea.

Hal itu sendiri disahkan oleh agen Drogba, Ceylan Caliskan.

Namun sayangnya Drogba telah menolak pelawaan tersebut & berkata dia masih akan kekal bersama kelab Galatasaray.

Cuma bayangkan kalau perkara ini menjadi kenyataan, ia boleh jadi satu perkara yang gempak, dua ikon penting dalam mengharumkan nama Chelsea kembali bersatu.

Aku sebagai peminat Chelsea pun gembira mendengar perkhabaran ini. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Drogba terlalu tua untuk kembali ke Stamford Bridge, tetapi harus diingat usia yang tua tak boleh dijadikan ukuran. Walaupun Drogba sudah tua, tapi sebagai striker, penyudahnya masih tajam. Aku selalu terfikir "kalau lah Drogba ada lagi, mungkin Chelsea boleh capai lebih banyak kejayaan pada musim lepas".

Legend Chelsea Cech, Terry, Lampard & Drogba. Mungkin Mourinho nak mengembalikan semula nostalgia bersama 4 pemain itu. Lagipun Mourinho sangat mengagumi Drogba. Beliau sendiri meletakkan Drogba sebagai role-model kepada pemain2 muda yang ada di kelab Chelsea ketika ini.

Kalau Drogba kembali, mungkin dia akan dilantik sebagai assistant coach walaupun aku rasa prestasinya sebagai player masih lagi hebat.

Seperti yang selalu aku katakan sebelum ini, tak kira ramai pemain muda yang menyertai Chelsea sekali pun, mereka kena tetap dibimbing oleh pemain2 senior untuk merasai pengalaman & berkongsi semangat perjuangan demi kelab.

Mengubah gaya bola sepak ke arah realistik

Posted by KampungChelsea On Friday, July 12, 2013 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dulu Mourinho sering dicemuh kerana menerapkan permainan bola sepak yang negatif.

Sebenarnya aku tak bersetuju tentang kritikan itu. Di bawah pimpinan Mourinho, Chelsea-Inter Milan & Real Madrid menjadi sebuah pasukan attacking football yang menarik.

Pada musim pertama Mourinho di Stamford Bridge, Chelsea telah memenangi Liga Perdana Inggeris dengan rekod 95 mata. Rekod itu sampai sekarang belum boleh dipecah oleh Manchester United.

Di bawah Mourinho juga, Real Madrid memenangi La Liga sambil mencipta sejarah baharu kelab tersebut dengan merekodkan 109 gol dalam satu musim.

Jadi itu dipanggil negative football ?

Sudahlah. Yang cakap taktikal Mourinho sampah, tak menarik, tak attractive, itu semua dakyah jahat konco2 Barcelona & sewaktu dengannya.

Kini Mourinho kembali ke Stamford Bridge buat kali kedua & telah berjanji untuk ubah style permainan Chelsea.

"I want to make the Chelsea fans happy - by results, by our playing style, by the mentality and the personality of the team,"



Maksud Mourinho untuk ubah gaya bola sepak Chelsea itu tak ada kena mengena pun dengan attractive football. Ia lebih ke arah menjadikan permainan itu realistik & mencapai objektif sesebuah pertandingan. Mourinho nak pemain Chelsea ubah mentaliti & corak bermain itu dengan lebih bijak & teratur. Bermain sebagai satu unit & ketika berada di situasi genting, mentaliti kena kuat.

Terpulang sama ada Chelsea ingin memainkan bola sepak menarik ataupun sebaliknya. Selagi kita terus memenangi trofi & meraih kejayaan, aku tidak ambil kisah dengan apa corak yang Chelsea pamerkan. Dalam memainkan bola sepak yang cantik, bahagian pertahanan harus solid, harus compact. Seperti di musim pertama Ancelotti, Chelsea bertahan dengan baik, menyerangpun dengan baik.

Tapi harus diingat, filosofi Mourinho ialah menjadikan permainan Chelsea lebih efisien & realistik. Bersesuaian dengan motto "kelab didahulukan piala diutamakan".

Dan sebut pasal gaya permainan bola sepak yang seksi secara tidak langsung mengaitkannya dengan corak "tiki-taka" yang dipamerkan oleh Spain & Barca.

Sistem tiki-taka berasal daripada sistem dan taktik yang diamalkan oleh skuad Belanda dan Barca era Johann Cruyff dan Rinus Michels iaitu Total Football. Namun Tiki-taka sedikit berbeza berbanding total football yang mementingkan pergerakan posisi pemain kerana tiki-taka mementingkan pergerakan pasukan secara total.

Dan tiki-taka yang dipamerkan oleh Barca sekarang tidak lagi unbeatable.

Kalau tiki-taka yang dipersembahkan oleh dua pasukan itu power, tak adanya sampai kalah teruk kepada Bayern Munich dengan aggregat 7-0 musim lepas. Begitu juga dengan pasukan kebangsaan Spain yang dimalukan oleh Brazil 3-0 pada final Piala Konfederasi baru2 ini.


Selepas pada itu aku mendapati bahawa Tiki-taka merupakan satu sistem yang membosankan.

Gaya bola sepak yang menarik, bukan terletak pada corak permainan sahaja, taktikalnya juga harus bijak. Cantik di luar cantik juga di dalam. Dalam mempamerkan bola sepak yang cantik, ia harus diselarikan juga dengan matlamat permainan. Contohnya bermain bola sepak untuk apa ? Untuk cantik sahaja ke atau untuk mencatat kemenangan ? Jika anda memilih lebih ke arah kemenangan, maka anda faham apa itu gaya bola sepak ke arah realistik.

Tidak salah jika sekali sekala menerapkan taktikal "parking bus". Kalau boleh "parking aeroplane" pun tidak mengapa. Jika menentang lawan yang kerap menguasai bola seperti Barcelona (possession), anda perlu lebih memainkan corak permainan bertahan & serang bila perlu. Jika tidak, bahagian pertahanan akan mudah dibolosi walaupun pasukan anda menyerang hebat mana sekalipun.

Ya memang attractive football menarik untuk ditonton, tetapi kalau endingnya berakhir dengan kekalahan, itu akan menjadi hal yang sia2.

P/S : Selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca2 blog kampung chelsea.

Official : Dari Craven Cottage ke Stamford Bridge - Mark Schwarzer

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 11, 2013 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semalam Chelsea telah mengikat kontrak bekas penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer yang berstatuskan free transfer. Dia telah menandatangani kontrak selama semusim.

Schwarzer ini boleh dikira sebagai option kedua selepas sebelum ini Chelsea cuba untuk mendapatkan penjaga gol Norwich City, John Ruddy namun tidak berhasil.

Di Chelsea, dia akan diletakkan sebagai pilihan kedua, di belakang Cech. Ok lah buat back-up sampai Courtois ambil alih nanti.

Sebenarnya ramai yang tak tahu, Schwarzer ini keeper yang bagus. Walaupun umurnya sudah mencecah 40 tahun, tetapi prestasinya lebih menyerlah jika nak bandingkan dengan penjaga gol epl yang lain. Musim lepas juga Schwarzer beraksi cemerlang bersama The Cottagers. Penjaga gol kebangsaan Australia itu sudah 10 tahun beraksi di EPL. Jadi pengalamannya itu telah menarik perhatian Mourinho & Chelsea.
 

Apa pun penghijrahan Schwarzer ke Chelsea merupakan satu perpindahan yang bagus. Sudah lama Chelsea tidak mempunyai goalie back-up yang hebat. Jadi ringan sedikit beban Cech kerana tak perlu dia bermain hampir kesemua game macam musim lepas. Sebelum bersara nanti, dapat juga Schwarzer merasa sekalung pingat + bermain sekurang-kurangnya 1 game di Champions League.

Chelsea berminat dengan Luis Suarez ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, July 10, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku terbaca satu berita rumours mengenai Chelsea sedang cuba mendapatkan Luis Suarez dengan nilai bidaan 40 juta pound.

Selain dari Chelsea, Arsenal juga dikhabarkan berminat untuk membeli pemain bermasalah itu.

Respons dari Suarez tentang perkara ini :


“It's good to know that I am still valued by teams like Arsenal. Friends call me up to ask if I am moving to Chelsea, to which I laugh.”

Mengarut betul ha ha ha.

Tapi jika rumours ini menjadi kenyataan & Suarez benar2 ingin berpindah ke Arsenal/Chelsea, dia akan menjadi pemain paling bangang & paling dibenci di EPL. Sebab ? Sebelum ini dia mengatakan bahawa ingin keluar dari England kerana tidak suka kehidupan & tekanan dari media2 kat sana. Jadi perpindahannya ke satu lagi kelab England akan membuatkan dirinya terus hipokrit.

Option terbaik, keluar dari England & berpindah ke Real Madrid.

Cuma jika Suarez keluar dari Liverpool & membuat masalah lagi di kelab lain, maka dia tidak akan lagi menerima "bantuan" khusus seperti ini :



Kerana hanya kelab Liverpool sahaja yang berbuat perkara sedemikian. Siap print t-shirt untuk support player racist.

P/S : Apa yang pasti Branislav Ivanovic tak berminat bermain bersama dengan Zombie.

Official : Van Ginkel sah milik Chelsea

Posted by KampungChelsea On Saturday, July 06, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea akhirnya melengkapkan pembelian Marco Van Ginkel dari kelab Vitesse Arnhem dengan yuran perpindahan sebanyak 8 juta pound. Dia telah menandatangani kontrak selama 5 tahun.

Ini merupakan pembelian kedua Mourinho selepas Andre Schurrle. Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan perpindahan Van Ginkel ke Stamford Bridge merupakan satu kesilapan tapi harus diingat, Chelsea ketika ini sedang membina skuad muda untuk projek masa depan.

Ginkel bermain di posisi tengah (box to box midfielder). Salah satu sebab Chelsea menginginkan pemain muda Belanda ini ialah untuk mengambil alih tempat Lampard selepas kontrak Lampard expired tahun depan. Melihat aksinya di kejohanan Euro Under 21, Ginkel sememangnya seorang pemain muda yang berbakat.

Siapa tahu dalam masa 2/3 tahun yang akan datang pemain2 seperti Ginkel, De Bruyne, Oscar ini lah yang akan menjadi kunci kejayaan The Blues serta meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Lampard nanti.

Welcome to Chelsea Football Club, Ginkel.

P/S : Setakat ini, Chelsea sangat aktif di transfer market. Schurrle, Ginkel & mungkin selepas ini De Rossi & Cavani pula kan, hehe.

10 tahun 10 pengurus 10 piala - Happy 10th Anniversary Roman Abramovich!

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 04, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pada 1 Julai 2013, genap 10 tahun Chelsea di bawah pemilikan Roman Abramovich.

Secara ringkasnya, Roman Abramovich membeli Chelsea dari Ken Bates & beberapa pemegang saham lain pada 1 Julai 2003. Beliau mengambil alih Chelsea ketika berumur 36 tahun. Dalam usia yang muda itu Roman datang & kemudiannya mengeluarkan modal yang cukup besar, terutama membayar hutang kelab, membangun pusat latihan baru & membawa pemain2 bintang ke Stamford Bridge. Hasilnya ia berjaya mengubah The Blues menjadi salah satu kuasa besar di Eropah.

Di bawah empayar Roman, Chelsea telah mengeluarkan banyak wang untuk membeli pemain. Bahkan kita dianggap antara kelab yang paling boros dalam transfer window. Selama satu dekad, Roman sudah membelanjakan 874 juta pound (RM4.21 billion) membeli 72 pemain. Berpuluh-puluh pemain yang datang ke Stamford Bridge, sebahagian berjaya, sebahagian yang lain gagal.

10 pembelian pemain termahal:
Fernando Torres (Liverpool) £50 juta
Eden Hazard (Lille) £35.2 juta
Andrey Shevchenko (AC Milan) £30 juta
Michael Essien (Lyon) £24.4 juta
Juan Mata (Valencia) £23 juta
Shaun Wright-Phillips (Manchester City) £21 juta
Didier Drogba (Marseille) £24 juta
David Luiz (Benfica) £21 juta
Ricardo Carvalho (Porto) £19.85 juta
Oscar (Internacional) £19.3 juta

10 penjualan pemain termahal:
Arjen Robben (Real Madrid) £21 juta
Yuri Zhirkov (Anzhi Makhachkala) £13 juta
Claudio Pizarro (Werder Bremen) £10 juta
Shaun Wright-Phillips (Manchester City) £9 juta
Eidur Gujhonsen (Barcelona) £8 juta
Asier Del Horno (Valencia) £7 juta
Tiago (Lyon) £6.8 juta
Ricardo Carvalho (Real Madrid) £6.7 juta
Scott Parker (Newcastle) £6.5 juta
Robert Huth (Middlesbrough) £6 juta

Pembelian terbaik bagi aku ialah Makelele, Ashley Cole, Cech, Drogba & Mata. Paling berbaloi of course Cech kerana kekal konsisten sampai sekarang. Worst buy ? Shevchenko, Kezman & errrrr Torres. Mereka ini bukannya tak bagus tapi perform tak bersesuaian dengan harga. Seperti Torres, kita semua expect more from him kerana apa yang dia lakukan di Liverpool. Torres belum justify nilai 50 juta itu dari segi scoring ability. So far, belum boleh dikatakan berbaloi lagi.

Berbalik kepada Roman Abramovich. Beliau juga dikenal sebagai pemilik kelab yang kejam. Kerap kali memecat pengurus yang dianggap tidak konsisten dalam menangani pasukan. Lihat nasib Ancelotti yang telah memberi dua gelaran di musim pertama tapi kemudian dipecat pada musim berikutnya. Begitu juga dengan Roberto Di Matteo yang mempersembahkan trofi Liga Juara-Juara pertama untuk Chelsea & kemudian ditunjuk jalan keluar.



Claudio Ranieri (2000-2004) 
Jose Mourinho (2004-2007)
Avram Grant (2007-2008)
Luiz Felipe Scolari (2008)
Guus Hiddink (2009)
Carlo Ancelotti (2009-2011)
Andre Villas-Boas (2011-2012)
Roberto Di Matteo (2012)
Rafael Benitez (2013)

Kejam tak kejam, 10 tahun 10 pengurus 10 piala. Jumlah pengurus yang kita miliki sama dengan jumlah trofi yang dimenangi. Ini semua hasil prinsip "kelab didahulukan piala diutamakan". Chelsea bukannya seperti kelab yang satu lagi itu menunggu 5 tahun baru dapat menang Carling Cup a.k.a Piala Mickey Mouse. Atau lebih teruk lagi mengharapkan seorang pengurus tua yang lebih dari 6 tahun tak menang apa2. Sejak berpincah ke stadium baru hanya mampu memenangi "piala" buatan sendiri.

Jadi, isu pengurus bersilih ganti tak lagi relevan & memberi apa2 kesan negatif kepada Chelsea. Malah pergantian pengurus secara regular membuatkan The Blues makin berkuasa.

Sejak ditakluki Roman Abramovich, Chelsea sudah memenangi 13 trofi (termasuk Community Shield). Dalam tempoh sedekad ini, hanya Manchester United sahaja yang telah melebihi prestasi Chelsea dengan 16 trofi. Disebabkan itu Arsenal cemburu pada Chelsea. Jika tidak kerana Chelsea, Arsenal pastinya kekal sebagai satu2nya kelab yang paling power di London.
  

  • Chelsea are the only London club to win the UEFA Champions League.
  • The only British club, to have won the three main UEFA club competitions.
  • The first club to hold two major European titles simultaneously.

Menurut sumber dari BBC Sport, jumlah pengeluaran Roman Abramovich selama 10 tahun dianggarkan sebanyak £683,75 juta

Berbelanja besar pastinya ada untung & rugi. Siapa cakap berbelanja besar hanya akan merugikan kelab. Selepas menjuarai trofi Liga Juara-Juara, Chelsea mengaut habuan £42 juta. Pada waktu itu juga, Liverpool hanya mampu meraih  £100,000 kerana menang Carling Cup. Ini beza menang piala berprestij dengan piala Mickey Mouse.

Rekod perolehan sebanyak £255 juta (AS$407 juta) meletakkan Chelsea antara kelab kelima terbesar dalam bola sepak Eropah.

Peningkatan pendapatan Chelsea yang luar biasa itu bukan sahaja disebabkan menjadi juara Eropah, tetapi juga faktor penjualan beberapa pemain.


Jose Mourinho & Roman Abramovich. Dua ikon penting dalam kejayaan sedekad Chelsea. Mourinho pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab dengan membawa Chelsea merangkul kejuaraan liga buat kali pertama sejak setengah kurun yang lalu.

Namun sedikit pergolakan yang berlaku memaksa Mourinho meninggalkan Chelsea. Walaupun Mourinho menafikan konfliknya terhadap Roman Abramovich namun terdapat sumber yang mengatakan

Mourinho unexpectedly left Chelsea on 20 September 2007 "by mutual consent," although there had been a series of disagreements with Roman Abramovich.

Apa yang penting sekarang ini Jose Mourinho sudah kembali & Roman tentu mengharapkan Chesea akan mengecapi banyak kejayaan di bawah The Special One, lebih berjaya daripada period 2004-2007 ketika Mourinho pertama kali bekerja di Stamford bridge.

Kesimpulannya perubahan yang dilakukan oleh Roman Abramovich memang membuatkan Chelsea menjadi sebuah kelab yang lebih baik daripada sebelumnya. Mengubah Chesea dari sebuah kelab pertengahan liga menjadi salah satu pasukan yang paling digeruni di dunia.


 Kata Chairman Chelsea, Bruce Buck :

"Will Roman Abramovich become bored, having won all the major trophies? My answer is no. Can Jose Mourinho bring more success to the club? My answer is yes."

Pengambil alihan Roman Abramovich dari Ken Bates sememangnya memberi impak besar sehingga membuatkan ramai pengusaha mahu melakukan take over kepada kelab2 England yang lain. Yang terbaru Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis berminat untuk membeli kelab Crystal Palace.
 

Terdapat pro & kontra dalam pemilikan kelab oleh pengusaha asing. Pengambil alihan yang dilakukan oleh orang2 luar ini dianggap sebagai salah satu sebab mundurnya kualiti bola sepak England. Kemasukan pemain2 luar dalam jumlah yang besar membuatkan pemain local kurang mendapat kesempatan bermain.

Happy 10th Anniversary Roman!
 

Torres menang kasut emas

Posted by KampungChelsea On Wednesday, July 03, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat kali kedua untuk tempoh dua tahun berturut-turut, Torres menang kasut emas. Tahun lepas di Euro 2012 & kali ini di Piala Konfederasi.

Walaupun jumlah golnya sama dengan Fred iaitu 5 gol, namun Torres memenanginya kerana dia bermain dengan jumlah minit yang lebih sedikit berbanding penyerang Brazil itu.

Aku bukan nak cakap Torres tak layak menang tapi sepanjang kejohanan tersebut berlangsung, perfomance Fred lebih menyerlah berbanding Torres. Fred juga beraksi cemerlang di final & membawa Brazil menjuarai Piala Konfederasi. Dari 5 gol itu, 4 di antaranya Torres menjaringkan ketika menentang pasukan belasahan iaitu Tahiti, sedangkan gol2 Fred ketika menentang lawan yang lebih sukar.

Apa pun keputusan sudah dibuat. Aku tetap gembira dengan pencapaian Torres serta beberapa lagi pemain Chelsea dalam kejohanan Piala Konfederasi tahun ini.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png