1 lagi gol untuk menyamai rekod Tambling namun 3 mata lebih diperlukan

Posted by KampungChelsea On Monday, April 29, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gol ke-201 Lampard. Hanya 1 gol sahaja lagi untuk menyamai rekod Bobby Tambling. Jika mahu rekod beliau dipecahkan, Lampard harus sumbat 2 gol lagi.

2-0. Ini satu kemenangan mudah yang dicatatkan oleh Chelsea. Kalau nak ikutkan, kita patut menjaringkan lebih daripada 2 gol. Banyak peluang disia-siakan. Swansea, sebagai juara Carling Cup seolah-olah tidak bermaya untuk memberi cabaran. Hanya 2/3 percubaan sahaja yang mampu mereka lakukan dalam sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Turning point dalam game ini ialah kemasukan Lampard. Ramires yang cedera terpaksa keluar & digantikan dengan Lampard. Kemasukan Lampard sememangnya memberi impak. Lihat sahaja selepas Super Frank masuk, kita memperolehi dua gol dalam masa 2 minit. Lampard memberi assist kepada gol Oscar, hasil daripada kombinasinya dengan Terry. Manakala gol kedua disudahkan oleh Lampard menerusi sepakan penalti.

Aku memuji line-up yang disusun oleh Rafa. Beliau kembali menggandingkan Terry & Cahill di bahagian pertahanan, manakala Luiz diletakkan di posisi tengah. Seperti yang aku katakan sebelum ini, Luiz lebih bagus beraksi sebagai pemain tengah dari pemain pertahanan. Chelsea lebih kukuh dengan sistem line-up seperti ini.

Apa yang penting ialah 3 mata penuh. Dengan Spurs & Arsenal tercicir mata, jadi Chelsea kembali mencantas posisi ke-3. Walaupun 4 game selepas ini sangat sukar, lebih2 lagi minggu depan lawan MU di Old Trafford tetapi aku yakin kita akan tetap tuntaskan objektif top 4 spot ini. Aku predict dua lagi kemenangan untuk kekalkan Chelsea dalam kedudukan 4 teratas sampai tamat musim.




# Mark Clattenburg kembali ke Stamford Bridge buat kali pertama sejak dirinya terlibat dalam isu perkauman terhadap Mikel pada bulan Oktober 2012.


Basel 1 Chelsea 2 : Sebelah kaki ke final

Posted by KampungChelsea On Friday, April 26, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

David Luiz menjadi hero Chelsea hari ini selepas dia menjaringkan gol kemenangan dalam separuh akhir pertama Europa League.

Pada perlawanan yang berlangsung di St Jakob Park, kita mendahului 1-0 hasil daripada gol Victor Moses sebelum sepakan penalti Fabian Schar pada 3 minit terakhir memperlihatkan perlawanan seolah-olah bakal berakhir dengan keputusan seri. Namun jaringan melalui sepakan percuma David Luiz pada masa kecederaan membolehkan The Blues pulang dengan meraih keputusan positif.

Apa yang lebih menarik lagi, kejayaan menumbangkan Basel ini sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah mereka di tempat sendiri dalam kancah Europa League.

Basel, seperti yang kita tahu, bukanlah lawan cap ayam seperti Liverpool. Mereka menyingkirkan Spurs di suku akhir & masihkah anda ingat mereka juga menyingkirkan MU dalam peringkat kumpulan Champions League musim lepas.

Cuma aku pertikaikan gol penyamaan mereka. Itu tidak sepatutnya penalty kick. Satu keputusan yang tidak tepat dari pengadil.

Basel juga sangat bernasib baik untuk tidak kalah lebih dari 2 gol. Kalau nak ikutkan peluang yang dicipta hari ini, Chelsea sepatutnya menang besar dalam 4/5-0 . Hazard mensia-siakan dua peluang, begitu juga dengan Oscar, manakala percubaan Torres terkena tiang. Tandukan Terry itu kalau keeper Basel tidak save, sudah tentu ia menerjah jaring.

Apa pun Chelsea hanya sebelah kaki sahaja untuk mara ke final. Kita dapat dua gol away. Sebaliknya bagi Basel, untuk memperbalikkan keadaan mereka harus score 2-0 pada separuh akhir kedua di Stamford Bridge minggu depan.


'Kuda tua' masih bernilai

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 25, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramai yang bertanya kepada aku, adakah benar Chelsea akan membuang Lampard & Terry.

Macam inilah, jika kita hendak bercakap tentang pemain tua yang masih beraksi bagus, kita boleh terfikir mengenai Ryan Giggs di MU & Andrea Pirlo di Juventus. Jika kita bercakap tentang pemain penting yang mencipta sejarah dengan kelab, kita boleh merujuk kepada Paolo Maldini di AC Milan.

Ya sudah menjadi lumrah pemain baru datang pemain lama akan pergi, tetapi pemain seperti Terry & Lampard seharusnya kekal untuk berkongsi semangat perjuangan mereka demi kelab & mentaliti kepada pemain muda.

Memang pemain tua tak akan beraksi bagus pada setiap masa. Kadang kala mereka akan mengalami kesukaran dalam sesuatu perlawanan namun pemain tua seperti Terry & Lampard akan berguna dalam perlawanan besar, terutama sekali dalam situasi penting.

Aku menggesa kepada Roman & juga pihak atasan Chelsea supaya kekalkan Lampard & Terry. Apa yang dilakukan oleh Lampard sekarang sangat menakjubkan. Hanya dua sahaja lagi gol untuk menjadikannya sebagai penjaring terbanyak Chelsea sepanjang zaman.

Sebelum ini pemain yang menjadi tunjang kepada kejayaan Chelsea seperti Drogba, Makelele, Essien, Anelka, Ballack juga tergolong dalam kategori pemain veteran namun mereka tetap menjadi pemain penting kepada pasukan.
 

Chelsea membawa masuk banyak pemain baru & muda yang tidak mempunyai banyak pengalaman beraksi di liga luar.

Oscar, Mata, Hazard merupakan pemain muda yang mempunyai kebolehan luar biasa namun apa yang kurang mengenai mereka ialah mentaliti kemenangan. Benda itu tidak ada pada mereka namun ada pada pemain tua seperti Lampard & Terry.

Kesimpulan di sini ialah tolong hentikan tabiat membuang "kuda tua". Jika ia memberi positif tidak mengapa tetapi sebaliknya ia mengeruhkan keadaan. Lihat sahaja selepas ketiadaan Drogba, kita sudah hilang 5 trofi begitu sahaja. Ini gara2 kerana kita terlalu meletakkan harapan tinggi kepada seorang penyerang jambu yang tempang.

Adakah Chelsea ingin menjadi seperti Arsenal ? Mereka membuang kesemua pemain veteran mereka & hasilnya 6 musim berturut-turut tanpa sebarang trofi ?

Jadi fikir-fikirkanlah.

P/S : Jangan lupa malam ini separuh akhir Europa League Chelsea lawan Basel, jam 3 pagi. Siaran langsung di saluran Astro 810 & Astro HD 831.

Liverpool 2 Chelsea 2

Posted by KampungChelsea On Monday, April 22, 2013 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa tambahan sampai 6 minit, apa kejadah semua ini ? Dan bila masa tambahan 6 minit, ia sepatutnya dihentikan pada 6 minit, bukannya 6 minit 45 saat. Disebabkan 6 minit lebih itulah Liverpool berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang mereka yang bergigi arnab itu.

Kepada Suarez itu pula, kalau lapar sangat, pergi gigit carrot, jangan gigit tangan orang. Memalukan. Jika ref nampak insiden itu, secara tidak langsung Suarez boleh diperintah keluar padang. Dan Liverpool tidak akan dapat gol penyamaan itu.

Tentang Chelsea, aku nak komplain 2 perkara

1. Kenapa Lampard & Terry masih tidak diberi keutamaan dalam big game ?

2. Kenapa Torres main sampai habis game sedangkan tiada impak apa2 yang dibuat olehnya sepanjang perlawanan berlangsung ? Aku menjangkakan Ba akan masuk pada 20-30 minit terakhir.

Tak menang pun masih top 4, 1 mata mendahului Spurs. Arsenal sudah bermain 1 game lebih. Mungkin game dengan Spurs nanti akan jadi game penentu untuk layak ke Champions League musim depan.

Kepulangan Rafa

Posted by KampungChelsea On Friday, April 19, 2013 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku sebenarnya tak ada isu apa2 pun dengan Rafa. Kata2 beliau terhadap Chelsea ketika di Liverpool itu sememangnya tak boleh diterima namun semua orang pernah melakukan kesilapan. Perkara paling penting di sini ialah Rafa pengurus Chelsea. Apa yang beliau cuba lakukan demi kepentingan kelab. Kau orang semua boleh benci Rafa semasa beliau keluar nanti, tapi buat masa sekarang, kita harus supportnya.

Top 3, semi final Piala FA & semi final Europa League. Ini satu pencapaian yang baik dari interim manager. Terkeluarnya Chelsea dari groupstage UCL sebelum kedatangan Rafa lagi.

Rafa ni dari segi taktik, beliau hebat. Namun apa yang kurang tentang Rafa ni ialah dari segi motivasi. Itu yang Chelsea tidak ada pada musim ini, jika nak banding dengan musim lepas bersama RDM. Kita tak ada winning mentality dalam perlawanan2 besar. Jadi sebab itu musim depan Chelsea perlu panggil balik Jose Mourinho.

Kalau nak ikutkan Liverpool ini bukan musuh Chelsea. Musuh tradisi Liverpool adalah MU & Everton. Tetapi sejak kedatangan Rafa & Mourinho, Liverpool & Chelsea sudah jadi macam kucing dengan anjing, dek kerana peperangan mulut di antara mereka berdua.Tak lupa insiden dalam final Carling Cup 8/9 tahun lepas yang mana JM melakukan isyarat "senyap" terhadap penyokong Liverpool membuatkan mereka masih lagi sakit hati dengan pasukan kita.


Tapi itu dululah, masa zaman Istanbul Aku Datang mereka itu. Kalau bukan Rafa, Torres dengan bekas kelab kesayangannya, perlawanan minggu ini tiada yang istimewanya.

Lawan Liverpool ini seperti perlawanan2 biasa.Umpama menentang kelab mid-table. Yang jadi pentingnya kerana Chelsea sedang berjuang untuk kekalkan kedudukan 4 teratas. Liverpool seperti yang sudah diketahui, akan terlepas lagi beraksi dalam Champions League & berkemungkinan besar juga tak akan bermain dalam apa2 kompetitif Eropah musim depan. Bagi Chelsea, perlawanan ahad ini sebagai a-must-win-game. Bagi Liverpool, aku tak tahu sebab menang atau kalah, kedudukan liga mereka tetap sama, di bawah Chelsea juga. Sejarah tinggal sejarah.

Apa pun, fokus Chelsea tetap top 4 spot & aku pasti Rafa seorang yang professional.
 
Sementara itu, semalam Chelsea telah merasmikan jersi home yang akan dipakai pada musim depan.

Ia masih kelihatan cantik. Plain & Simple.



Kau orang semua boleh mula pesan secara online pada 15 Mei nanti.

Fulham 0 Chelsea 3

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 18, 2013 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tengok line-up pun sudah boleh jangka Chelsea akan menang. Rafa memainkan Terry & Lampard. Peratusan kemenangan Chelsea akan meningkat kalau dua kapten itu berada di atas padang.

Kapten hari ini menjaringkan dua gol, dua2nya menerusi tandukan. Namun kita pasti lebih tertarik melihatkan gol roket David Luiz. Gol cantik itu dihasilkan dari jarak 30 ela menewaskan Mark Schwarzer.

Kejayaan menewaskan Fulham dalam derby London ini cukup2 bermakna kerana sudah lama kita tak menang di Craven Cottage. Apa yang penting ialah 3 mata penuh. Kemenangan 3-0 ini meletakkan Chelsea kembali di posisi ke-3, 1 mata mendahului Arsenal yang sudah bermain lebih 1 perlawanan.

Perlawanan seterusnya, Liverpool di Anfield. KTBFFH !

Baki 6 perlawanan yang tinggal

Posted by KampungChelsea On Wednesday, April 17, 2013 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada perlawanan mudah di Liga Perdana Inggeris.

Melihatkan 6 game terakhir ini tersangatlah komplikated kerana kita akan berdepan dengan pasukan yang turut juga berjuang merebut top 4 spot, pasukan yang sedang fight untuk keluar dari zon penyingkiran & tak lupa menentang pasukan yang tak lama lagi akan diangkat menjadi juara liga buat kali ke-20.

Jadi, ia sukar diramal sama ada Chelsea mampu memenangi kesemua baki perlawanan yang tinggal ini.

Peluang Chelsea ? Tipis namun dalam bola sepak, apa2 boleh berlaku.

#top 4 & juara Europa League (ini misi yang wajib dituntaskan)

P/S : Jangan lupa perlawanan malam ini dengan Fulham, jam 2.55 pagi. Siarang langsung di saluran Astro 813.

Piala FA : Chelsea 1 City 2

Posted by KampungChelsea On Monday, April 15, 2013 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Aku ni bukannya jenis yang suka menyalahkan pengadil tapi sudah banyak kali Chelsea mendapat keputusan yang berat sebelah. Aguero patut dibuang padang dengan tekel gilanya terhadap David Luiz. Kedua, Kompany jelas menarik baju Torres dan ia seharusnya penalty kick. Waktu itu, kita berpeluang untuk menyamakan kedudukan menjadi 2-2. Harus diingat, sudah banyak kali insiden seperti ini menimpa kepada Chelsea. Chelsea selalu tidak mendapat keputusan yang adil dalam perlawanan2 besar.

2. First half sangat awful, City memanipulasi sistem permainan kita. Second half Chelsea cuba bangkit, namun 40 minit terakhir tidak cukup untuk menyelamatkan kita.

3. Kemasukan Torres memang memberi impak. Sejurus sahaja selepas dia masuk, Ba terus menjaringkan gol.

4. Siapa tak kecewa kalah kalah. Kita sudah sampai sejauh ini, hanya selangkah sahaja lagi untuk mara ke final.

5.City menurunkan hampir kesemua pemain terbaik mereka sedangkan Chelsea, beberapa pemain utama kita dihimpit kecederaan. Dalam perlawanan besar seperti ini, kita perlukan pemain yang berpengalaman tapi tengoklah dua kapten, Lampard & Terry diletakkan di-bench. Salah siapa ?

Satu demi satu trofi melepas, apa boleh buat kan ? Benda sudah berlaku. Kredit kepada semua pemain Chelsea. Meskipun ketinggalan, kita tetap bersemangat untuk melawan balik, itu yang aku dengan Chelsea. Musim2 yang terdahulu Chelsea banyak bergantung kepada old guard tapi musim ini, lain ceritanya kerana kita membawa muka2 baru yang kebanyakannya terdiri daripada pemain2 muda. Pemain2 muda ini dalam proses untuk menyesuaikan diri. Apa yang berlaku sepanjang musim ini, mereka akan belajar dari kesilapan.

KTBFFH

Tempah slot ke separuh akhir

Posted by KampungChelsea On Friday, April 12, 2013 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam jumaat.

Defensif Chelsea hari ini longgar & kelam kabut. Kita melepaskan 3 gol, yang mana dua di antaranya dibolosi dalam satu perspektif yang sama, iaitu set piece (header). Bila scoreline 3-2, aku dah mula rasa cemas kerana teringatkan Dortmund melakukan dua gol comeback dalam masa kurang 3 minit. Kredit juga buat team Rubin Kazan kerana semangat melawan balik.

Line-up kali ini agak berbeza. Rafa merehatkan Mata & Hazard untuk match semi final Piala FA dengan City hari ahad. Oscar pula hanya bermain dalam 10-15 minit terakhir. Bertrand demam, jadi Ferrera main left back. Nathan Ake, pemain muda yang berusia 18 tahun turut diberi peluang beraksi sepanjang 90 minit. Pujian buat Torres kerana masih tidak lupa menjaringkan gol, assist dari Lampard.

Meskipun kalah 2-3, namun kita tetap berjaya melangkah ke separuh akhir menerusi kemenangan aggregat 5-4. Harus diingat, Chelsea satu2nya wakil England yg tinggal dalam kompetitif Eropah. Spurs & Newcastle telah disingkirkan oleh lawan masing2.

P/S : Mengenai perselisihan faham di antara Lampard dengan David Luiz, sebenarnya ia tak menjadi isu pun. Bertengkar mulut sahaja, perkara biasa sahaja tu. Normal.

Eksklusif : Jersi "Invisible" Chelsea

Posted by KampungChelsea On Tuesday, April 09, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adidas telah melancarkan jersi home Chelsea untuk musim 2013-2014. Yang menariknya mengenai jersi baru Chelsea ini, ia "invisible". Adidas mengajak kita untuk membeli jersi baru tanpa mengetahui bentuknya terlebih dahulu.

"Prove your passion for the blues, pre-order the new kit WITHOUT seeing it".

Dengan tema 'It's blue, what else matters?', sebahagian pemain Chelsea dicat dengan warna biru, sebagai tanda "True Blue".

tetap kena pakai helmet

kapten pun mandi cat juga
  
Macam avatar pula aku tengok David Luiz ni
 
the smurf

Sayangnya Super Frank tidak turut serta dalam pelancaran ini. Ia menimbulkan tanda tanya sama ada beliau akan kekal bersama The Blues lagi atau tidak untuk musim depan.

Kembali top 3

Posted by KampungChelsea On Monday, April 08, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kegembiraan Arsenal hanya bertahan selama 24 jam sahaja kerana posisi ke-4 mereka kembali dirampas oleh Spurs. Manakala Chelsea naik posisi ke-3, selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas anak buah Di Canio.

Secara ringkas, Chelsea sempat ketinggalan 1-0, sebelum membalas balik dua gol pada separuh masa kedua. Azpilicueta & Matthew Kilgallon (pemain pertahanan Sunderland) masing2 mencetak nama sebagai penjaring gol sendiri dalam perlawanan ini sebelum gol deflection Ivanovic melalui rembatan kencang David Luiz membolehkan The Blues memungut 3 mata penuh.

Agak menghairankan dengan perfomance MaZaCar. Kebiasaannya Mata, Hazard & Oscar mempamerkan aksi yang menakjubkan tapi hari ini mereka bertiga kurang menyerlah, banyak melakukan hantaran cuai. Faktor keletihan mungkin boleh dijadikan alasan dalam hal ini.

Meskipun terpaksa bermain dalam jadual yang padat (3 game seminggu) namun kita masih berada di landasan tepat. Next game Europa League, 3 hari berikutnya lawan City untuk semi final Piala Fa & kemudian fokus balik champions league spot (lawan Fulham).

Jadi misi Chelsea untuk meraih treble masih terbuka luas.



Chelsea 3 Rubin Kazan 1

Posted by KampungChelsea On Friday, April 05, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Torres kena terus pakai topeng. Selepas pakai topeng zorro tu, prestasinya nampak lebih menyakinkan. Dia score gol pertama & gol ke-3 ketika Chelsea mencatat kemenangan mudah 3-1 ke atas wakil Russia, Rubin Kazan dalam saingan suku akhir EL.

Mungkin terlalu awal untuk katakan Torres sudah menemui prestasi terbaik namun ada effort yang cuba dia tonjolkan. Seperti yang Mata cakap “As a striker, he always wants to score. I’m very happy and glad for him because he works so hard and deserves everything he gets.”

Bertrand & Moses juga beraksi cemerlang. Torres, Bertrand & Moses, ketiga-tiga pemain ini aku sentiasa tuntut konsistensi dalam perfomance mereka.

Kemenangan 3-1 ni juga akan jadi bekalan yang positif untuk 2nd leg di Kazan Arena khamis depan.

Piala FA : Chelsea 1 MU 0

Posted by KampungChelsea On Monday, April 01, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 April 2013.

Tiada yang lebih gembira melainkan kemenangan 1-0 ke atas MU 1-0 ini. Chelsea bukan sahaja berjaya menyingkirkan MU di Piala Fa, malah kita juga membuatkan mereka kehilangan peluang untuk meraih gelaran berganda.

MU bernasib baik untuk tidak kalah besar. Kalau nak ikutkan peluang yang dicipta, percubaan yang dilakukan, kita boleh menang sampai 3/4-0.

Gol Ba memang world class. Ia mungkin akan jadi kita punya best goal of the season. Bermula dari umpanan lambung cantik Mata, Ba dengan reaksi yg pantas melepaskan rembatan deras untuk menewaskan De Gea. (kalau kau orang perasan, gol Ba tu sebijik macam yang dia buat masa Newcastle menang 3-0 dengan MU dua tahun lepas)


Selain gol Ba, turning point dalam game ini juga ialah save dari Cech. Kalau Cech tak repis tandukan Chicharito itu, mungkin situasi akan jadi berbeza.

Bukan mudah untuk bermain dua game dalam tempoh kurang dari 48 jam. Pemain bola juga manusia, bukannya robot. Satu perkara lagi, Chelsea tidak mempunyai banyak option di bahagian striker seperti MU yg memiliki 4 striker. Walaupun dalam keletihan, pemain kita tetap memberikan aksi yang terbaik. Terdapat keseimbangan di antara pemain pertahanan dengan pemain tengah. Kita bertahan dengan baik, menyerang dengan bijak.

Menanti Chelsea pada separuh akhir nanti ialah satu lagi kelab Manchester iaitu ManCity. Wembley, here we come again.

P/S : Cahill masih cedera & begitu juga dengan Ashey Cole yang baru sahaja mengalami kecederaan hamstring. Runsing betul aku kalau Bertrand main.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png