Chelsea kena konsisten + professional

Posted by KampungChelsea On Thursday, February 28, 2013 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kita akan set up dengan MU untuk suku akhir Piala FA nanti selepas berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas Middlesbrough.

Dua gol perlawanan dijaringkan oleh Ramires & Moses. Gol Ramires tu aku rasa ada sedikit sentuhan pada bahu Torres sebelum bola menerjah jaring.

Perfomance pemain muda yang berusia 18 tahun, Nathan Ake tidak menghampakan. Kita bagi peluang & dia memanfaatkan peluang itu dengan mempamerkan aksi yang bagus. Tidak terlewat untuk pemain sepertinya menyinar di kelab Chelsea. Kita harus sentiasa beri peluang kepada pemain muda untuk kembangkan lagi bakat mereka.

Aku harap kemenangan 2-0 ke atas Boro ini dapat boost up moral & konfiden pemain kita, memandangkan sejak akhir2 ini kita punya result kurang memberangsangkan. Apa yang penting, Chelsea perlu konsisten. Jangan hari ini menang, esok lusa kalah balik.


Berkenaan dengan Rafa Benitez itu, penyokong Chelsea di London perlu professional. Aku pun tak suka dengan Rafa tapi tak adalah sampai nak menyanyi, buat banner semata-mata untuk kondem beliau, untuk chants beliau.

Itu semua buang masa. Buat semua itu pun bukan dapat ubah balik situasi yang berlaku, malah benda itu mengeruhkan lagi keadaan.

Macam mana lah Chelsea nak dapat hasil yang bagus, kalau masing2 berpecah belah. Fans boo manager mereka, player tak support manager mereka. Suasana dalam 1 team itu takkan harmoni kalau berlaku perkara seperti ini. Aku sebenarnya tak ada isu apa2 pun dengan Rafa. Mungkin ada kisah2 silam beliau di Liverpool hari itu yang membuatkan penyokong kita membenci beliau. Tapi kena ingat sekarang ini beliau pengurus Chelsea. Kerjanya mengurus pasukan kita. Takkan kita nak caci maki orang yang manage teamnya sendiri.

Baik salahkan Roman. Beliau yang pecat RDM, beliau yang lantik Rafa.

Rafa dah bagitahu, akhir musim nanti beliau akan tinggalkan Chelsea. Jadi, bersabar je lah. Tak ada guna kita nak boo ke apa ke kat Rafa tu. Just support the team.

P/S : Kadang2 aku kesian juga dengan Rafa ni. Beliau nak juga rasa dihormati & respek dari penyokongnya sendiri. Aku hanya sekadar mengkritik taktikalnya sahaja, lain2 daripada itu aku tak ada berdendam apa2 pun kat beliau.

City 2 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Monday, February 25, 2013 10 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea tak sepatutnya kalah. Bahagian defends sudah kekang sehabis baik attacking City namun entah kenapa gawang kita masih tetap dibolosi.

Turning point bagi game ini ialah save dari Joe Hart. Kalau Lampard memanfaatkan penalti itu, mungkin situasi akan jadi berbeza. Bila peluang disia-siakan, maka lawan akan ambil kesempatan. Kita buang peluang & kemudian City score gol. Lampard miss penalty, 10 minit kemudian Yaya Toure score. Ramires buang peluang, 2/3 minit berikutnya Tevez score. Pengajaran di sini ialah kita jangan mensia-siakan peluang.

Paling ketara ialah taktikal Rafa.  Serius aku cakap flop of match ialah beliau. Dalam perlawanan besar seperti ini, kita perlukan big player, big experience, tetapi entah kenapa beliau tidak memainkan Terry. Sepatutnya Terry berduet dengan Cahill, David Luiz main DM.  Luiz sangat cuai main CB dengan hantaran2 yang sloppy. Mikel pula sangat lazy namun ada kelebihan dari segi fizikal. Bila dah ketinggalan, kesengalan Rafa makin bertambah apabila beliau mengeluarkan Hazard & Lampard. Ramires seharusnya keluar kerana dia tak boleh follow tempo & corak permainan kita hari ini namun sebaliknya Lampard yang keluar. Tak bermakna Lampard gagal menyempurnakan penalti, dia flop. Lampard masih perform bagus & harus stay hingga 90 minit. Bila Lampard keluar, Torres masuk. Di situ kita sudah hilang strong character. Kita tak boleh comeback dengan seorang striker yang struggle.

Kalau tak kerana Cahill, mungkin kita sudah bolos lebih dari 2/3 gol. Taktikal yang mengarut + sedikit kesilapan individu menyebabkan Chelsea kalah.

Aku rasa Ba perform bagus. Walaupun tak score, dia ada bagi sumbangan. Dia memenangi penalti untuk Chelsea. Corak permainannya kemas, mantap. Cuma bahagian midfield sahaja tak supportnya.

City menang pun, mereka masih 12 mata di belakang MU. Dan aku tak rasa yang mereka boleh mendekatkan jarak mata sebanyak itu. Kita masih berpeluang untuk merampas top 2, walaupun Spurs mungkin akan cantas balik top 3 kita jika mereka menang dengan West Ham nanti.


P/S : Lampard ada badi penalti di Etihad Stadium. Masihkah anda ingat 3/4 tahun lepas, dia juga gagal menyempurnakan penalti di sana. Masa itu Shay Given yang save, dalam satu situasi yang sama seperti Joe Hart buat.

Hazard penyelamat !

Posted by KampungChelsea On Friday, February 22, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea bermain buruk namun dapat result yang diinginkan. Walaupun seri, kita tetap layak ke pusingan seterusnya berdasarkan aggregat 2-1.

Formasi Chelsea kali ini ialah 4-2-3-0 kerana kita bermain tanpa "striker" sebenarnya. 2 cross, 1 through pass & 3 lagi peluang turut disia-siakan oleh mamat jambu bernombor 9 itu.

Nasib baik ada Hazard, kalau tak tahulah apa nak jadi dengan Chelsea. Masuk menggantikan Oscar, Hazard tidak mengecewakan penyokong di Stamford Bridge dengan menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti untuk membawa Chelsea melangkah ke pusingan yang seterusnya.

Kalau RDM masih ada lagi sekarang ini, sudah tentu beliau akan mainkan Hazard/Lampard sebagai striker. Dengan Ba yang tak dapat bermain kerana cup-tied, lebih baik midfield je yang jadi striker.

P/S : Next round lawan dengan juara 23 kali liga Romania, FC Steaua Bucharest.

Piala FA : Chelsea 4 Brentford 0

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 19, 2013 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Jaringan dari Mata, Oscar, Lampard & Terry membolehkan Chelsea mara ke pusingan kelima Piala Fa. Kesemua gol terhasil pada separuh masa kedua.

2. Separuh masa pertama agak komplikated kerana kita banyak mensia-siakan peluang, ditambah pula kubu pertahanan Brentford sukar dibolosi. Mereka mengunci setiap pergerakan yang kita buat. 45 minit pertama kita mendominasi permainan namun tiada gol yang terhasil. Separuh masa kedua Chelsea tetap control game, sehinggalah masuk minit ke 55, kita berjaya memecah kebuntuan melalui gol Juan Mata.

3. Man of the Match sudah pasti Oscar/Mata. Masing2 menjaringkan gol & menyumbang assist. Kemasukan Hazard memantapkan lagi jentera serangan dan menjadi penggerak bagi gol kedua Chelsea.

4. Bila ada orang cakap "Alah Chelsea terpaksa guna full 1st team baru dapat kalahkan pasukan divisyen ke-3". Itu menunjukkan kita memandang serius terhadap setiap kompetitif dengan menurunkan barisan terkuat, tak kira sama ada menentang lawan yang low standard atau high standard. Jika terlalu memandang rendah terhadap sesuatu kompetitif, maka nasib kita akan jadi seperti Arsenal & Liverpool yang telah disingkirkan oleh lawan yang jauh lebih rendah dari mereka.

5. Jika menang dengan Boro nanti, lawan kita pada pusingan ke-6 ialah MU di Old Trafford.

P/S : Respek dengan David Luiz. Selepas habis perlawanan, dia bersemuka dengan Jake Reeves, pemain tengah Brentford sambil memohon maaf di atas insiden pelanggaran itu.

Super sub Oscar !

Posted by KampungChelsea On Friday, February 15, 2013 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Serius, game ini sangat bosan. Ia memaksa aku untuk keluar beli makanan pada pagi2 buta, bagi mengelakkan dari tertidur. Chelsea bermain dalam tempo yang slow. Kalau kita lihat dari segi defensive agak clumsy walaupun tak bolos. Kecelaruan Chelsea akhirnya diselamatkan oleh Oscar yang dibawa masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan. Gol Oscar itu hanya memerlukan 10 saat sahaja. Bayangkan kalau dia main 90 minit tadi, berapa biji gol agaknya Chelsea boleh score.

Marin perform bagus & harus diberi pujian . Mungkin level confident nya meningkat selepas dia menjaringkan gol ketika menentang Wigan tempoh hari.

Aku tetap rasa Chelsea bermain seperti tiada striker. Kerja Torres ialah menjaringkan gol tetapi lihat pada kedudukannya sangat terpesong. Mudah untuk bek2 lawan membaca pergerakannya. Dalam 90 minit itu, dia hanya membuat 3 shot, 1 sahaja daripadanya baru dapat uji keeper lawan. Kalau hendak kata rakan sepasukan tak support, tak passing, itu semua mengarut, ini semua poyo. Dia mensia-siakan peluang. Mata sampai tak nak shoot, untuk bagi peluang kepada Torres membuat percubaan. Tapi apa yang Torres buat ? Mensia-siakan peluang. Kadang2 aku fikir Rafa kalau mainkan Lampard di posisi striker lebih menyerlah. Dengan Ba yang tak dapat main Europa League musim ini, jadi kita hanya ada Torres sahaja sebagai striker tunggal.

Menang tapi perfomance hambar. Aku harap untuk 2nd leg nanti, kita akan dapat result yang lebih baik.

Off-topic : Napoli & Atletico Madrid tersungkur, sudahlah kalah kat tempat sendiri. Nak main macam manalah kat tempat lawan nanti kalau 1st leg dah kena 2/3 bijik. Liverpool ? Liverpool kalah itu satu perkara biasa. Benda senang tak boleh fikir ke.

Chelsea 4 Wigan 1

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 12, 2013 11 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Inilah ringkasan serba sedikit mengenai gol2 dalam perlawanan yang berlangsung dua hari lepas :

1. Umpanan cantik Torres membolehkan Ramires dengan tenang menterjemahkan gol pertama perlawanan.

2. Hazard menambah gol kedua buat Chelsea, selepas menyambut baik hantaran dari Azpilicueta.

3. Dua minit berselang, Wigan berjaya juga membolosi gawang kita menerusi jaringan anak kelahiran Miri, Sarawak iaitu Shaun Maloney. Wigan tak berhenti mengasak sehinggalah Lampard melebarkan kedudukan Chelsea menjadi 3-1.

4. Pada masa kecederaan, Marin yang baru masuk menggantikan Hazard melengkapkan pesta gol ke-4 The Blues.

Secara keseluruhan, Chelsea bermain dengan cemerlang. Namun kita tak perlu mendabik dada dengan kemenangan 4-1 ini kerana Wigan bukanlah lawan yang tough sangat.  Kedudukan liga no 19 & dalam perlawanan ini, mereka hanya memberi tentangan dalam 10-15 minit terakhir sahaja, lain2 kita control game. Man of the match sudah pasti Hazard. Dia score gol & memberi assist kepada gol Super Frank. Lampard juga banyak kerja keras di bahagian tengah dan layak mendapat lebih perhargaan dari board club. Manakala Torres, aku tengok style permainan dia lebih ke arah midfielder dari striker. Walaupun bagi 1 assist, tapi sebagai striker utama, kita mengharapkan lebih daripadanya. Torres mensia-siakan banyak peluang, ada satu peluang itu dalam situasi depan gol pun dia gagal score. Positifnya dia memberi assist namun hal2 lain Torres masih di takuk lama.

Title race memang dah berakhir, cuma kita mengharapkan kedudukan no 3 ini kekal sampai habis musim. Kalau ada rezeki, boleh cantas top 2 dari ManCity.

Next game lawan ex-club Cech, Sparta Prague dalam saingan Europa League.


1 tahun lagi untuk Super Frank ?

Posted by KampungChelsea On Friday, February 08, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Jumaat.

Sebelum ini, kita diberitahu oleh pihak Chelsea berkenaan dengan masa depan Lampard yang bakal berakhir tak lama sahaja lagi.

Namun sejak akhir2 ini, perfomance Lampard semakin bagus, ditambah pula pagi khamis semalam dia telah menjaringkan gol kemenangan ketika England menewaskan Brazil 2-1, membuatkan Roman berubah fikiran.

Mengikut laporan terkini, board club akan menawarkan kontrak baru kepada Super Frank setidaknya 1 musim lagi, seperti mana yang ditawarkan kepada Ashley Cole juga sebelum ini.

Of course ini satu berita baik. Seperti yang selalu aku katakan, ia satu tindakan yang bodoh & gila jika Chelsea melepaskan Lampard.

Habit bolos last2 minit berulang

Posted by KampungChelsea On Sunday, February 03, 2013 10 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak tahu apa kekurangan Chelsea dengan pasukan French Import itu ? Kita lemah dari segi fizikal dan aspek itulah sedikit sebanyak menjadi kekurangan kepada Chelsea jika berdepan dengan pasukan negro. Kita punya sprint pun kalah dengan mereka.

Sissoko dibeli dengan harga 2 juta sahaja telah menunjukkan impak tapi pemain 50 juta pound kita tiada fungsi apa2. Masuk menggantikan Ba namun kemasukannya hanya sekadar hangat2 tahi ayam. Walaupun bagi assist kepada gol Mata namun sebagai striker, kita mengharapkan lebih daripada itu. Satu hal lagi, Bertrand. Kenapa Rafa suka sangat mainkannya di left midfielder. Tak menjadi lah percaturan itu. Dah banyak kali lah wei.

Kapten Magpies, Coloccini itu sepatutnya dibuang padang atas insidennya menyepak muka Ba & Chelsea seharusnya dapat sepakan penalti. Awful decision by FA referee.

Berkenaan dengan defensif, kubu pertahanan kita sangat mengecewakan. Lihat pada gol kedua Newcastle, semua naik atas, yang tinggal hanya Cahill. Jadi bile lawan buat counter, semua jadi gelabah. Rafa punya taktikal sangat gopoh. Bila leading 2-1, pada waktu itu, kita harus lebih tenang. Tak perlu kalut suruh semua defend naik atas serang.

Gol penyamaan Super Frank memang superb, mengingatkan aku zaman kegemilangannya yang sering score gol macam itu. Gol Mata juga cantik. Tendangan lencong yang tidak mampu dijangkau oleh Krul.

Ketika kita leading 2-1, masa itu aku ingatkan Chelsea mungkin akan menang. Kita cari 1/2 gol lagi untuk kukuhkan kedudukan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Newcastle dapat balik gol penyamaan menerusi counter attack & kemudiannya memperolehi gol kemenangan.

3 seri, 1 kalah. Itu rekod 4 game terakhir Chelsea.Padahal masa ini kita sepatutnya menang & pungut banyak point. Title race sudah berakhir, top 3/4 pun belum tentu selamat kalau result begini yang kita boleh hasilkan.

P/S : Kita hilang ramai key player. Luiz cedera, Hazard kena ban. Mikel-Moses di AFCON. Romeu yang baru nak menyerlah pun, injured sampai habis musim.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png