Reading 2 Chelsea 2

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 31, 2013 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kelakar, ini sangat kelakar. Reading comeback 2 gol dalam masa 3 minit. Mendahului 2-0 dan kemudiannya dibolosi dua gol balik pada last2 minit. Tak masuk akal betul.

Oscar membazir dua peluang keemasan. Kalau peluang itu dimanfaatkan sebaik mungkin, Chelsea sudah boleh tutup game ini dengan scoreline 3/4-0.

Torres bagi assist kepada gol Juan Mata. Jadi, aku tak nak komplain apa2 pasal dia.

Hanya Mata & Super Frank sahaja yang kelihatan kerja keras, lain2 tak membantu. Satu hal lagi substitution yang mengarut dari Rafa. Ba tu kalau betul2 nak bagi dia main, sepatutnya bagi dia main lebih awal lagi. Injury time baru nak masukkan dia. Kemasukan benayoun pula hanya sia2.

Game yang sepatutnya boleh menang mudah jadi seri. Bolos last2 minit sudah jadi satu kebiasaan. Tahniah lah Rafa, title race sudah out. Nak tunggu trofi mana lagi pula bungkus ? Piala FA ? Europa League ?

Piala FA : Brentford 2 Chelsea 2

Posted by KampungChelsea On Monday, January 28, 2013 14 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penyokong Brentford bersorak macam dah menang, padahal nak lawan pulak nanti kat Stamford Bridge.

Sudahlah keadaan padang teruk. Jauh lagi bagus padang kat Cobham.

Oklah, berbalik kepada apa yang berlaku pada sepanjang 90 minit. Ternyata kita hampir2 diaibkan oleh pasukan divisyen ke-3 itu. Separuh masa pertama hambar, hanya 1/2 percubaan yang mampu dibuat. Kemasukan Mata memberikan kita torchlight pada separuh masa kedua. Bila Mata masuk, kita control game balik. Masuk pula Ba pada 10/15 minit terakhir, kita lebih aggresif.

Tak nafikan kedua-dua gol Brentford berpunca daripada beberapa kesilapan individu. Gol pertama, kita lihat Lampard hilang bola, dan Turnbull seharusnya menghadam rembatan Forrester itu dengan satu push up yang lebih kuat supaya tidak berlaku bola muntah. Dia juga melakukan kesilapan lagi sehingga menyebabkan Brentford memperolehi sepakan penalti. Memang banyak tak kena dengan Turnbull. Kurang komunikasi dengan defends serta gugup ketika nak clear bola.


Oscar perform bagus. Dia menjaringkan gol cantik, selepas berjaya melepasi dua pemain lawan. Torres pun telah melakukan sesuatu benda yang jarang dibuat olehnya sebelum ini iaitu menjaringkan gol dalam situasi genting. Ia hasil daripada kerja sama dia dengan Ba. Mungkin lepas ni Rafa boleh combinekan mereka berdua.

Harap kita boleh buat lebih baik lagi untuk perlawanan timbal balik di Stamford bridge nanti. Jika kita berjaya mentuntaskan misi itu, lawan yang bakal menanti Chelsea pada pusingan ke-5 ialah Middlesbrough a.k.a Boro.

Apa pun keputusan seri 2-2 ini tidaklah teruk sangat, ia boleh diterima lagi. Kita beraksi di atas padang yang teruk, macam main atas lumpur. Tambahan pula beberapa pemain utama tak main. Hazard digantung 3 perlawanan berikutan insidennya dengan budak milo. Moses & Mikel di Afrika. Luiz & Cech mengalami sedikit kecederan. Seri lebih baik dari kalah. Kalau kalah kat Piala FA, alamatnya tersingkir. Jika seri, boleh main replay balik. Cuma fixture akan jadi padat lah sikit.

Tersingkir dari Carling Cup

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 24, 2013 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak nak komplain apa2, Swansea beraksi lebih baik dari Chelsea & layak ke final. Defend, Passing, movement mereka jauh lebih bagus.

Kesilapan Chelsea dalam kompetitif ini ialah tidak memanfaatkan peluang. Sepatutnya pada 1st leg kita menang dalam 2-0/3-0 & bawa bekal selesa ke Liberty Stadium. Tetapi 1st leg dah kalah, dan mengharapkan comeback pada 2nd leg namun segalanya tidak berhasil.

Ba, Oscar tidak menjadi, mereka banyak membazir peluang. Super Frank & Azpilicueta juga tidak berfungsi.


Hazard memang wajar dapat kad merah walaupun pengutip bola itu perangai macam celake. Dia melambat-lambatkan masa & tak nak bagi bola. Kalau aku jadi Hazard pun, aku mungkin akan lakukan perkara yang sama namun dalam bola sepak, kita harus professional. Apa pun yang berlaku, kita harus kawal emosi kita ketika berada di atas padang.

Final Carling Cup, Bradford lawan Swansea. May the best team win.

Chelsea 2 Arsenal 1

Posted by KampungChelsea On Monday, January 21, 2013 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
True King of London

Selepas 3 match home tanpa menang, akhirnya Chelsea menutup segala kekalutan yang berlaku di Stamford Bridge ini dengan kemenangan 2-1 ke atas Arsenal.

Mata meneruskan legasi Drogba apabila dia telah menjaringkan 3 gol dalam 4 game menentang budak2 arsene wenger ini. Menerima umpanan jauh dari Azpi, Mata melepaskan rembatan kaki kiri yang tidak mampu dijangkau oleh shazwani.

Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas Shazwani mengasari Ramires. Keeper arsenal itu bernasib baik tidak mendapat kad merah. Super Frank menyudahkan penalti itu untuk kedudukan 2-0.

Dalam perlawanan ini kalau kita lihat secara keseluruhan, first half Chelsea pegang, Arsenal untuk 2nd half. Pada separuh kedua, Arsenal hanya memberi sedikit saingan namun sayangnya, tentangan mereka itu hanyalah sedikit dan tidak cukup power untuk merobek kubu defensif kita yang solid dikawal oleh Ivanovic & Cahill. Gol Walcott itu hanya sekadar memberi debaran kepada penonton sahaja sepanjang 90 minit, itu pun ada yang masih berfikir Arsenal mampu membuat kambek.

Jika Arsenal tanpa Arteta, Chelsea juga tanpa beberapa tonggak utama seperti kapten marvel JT, David Luiz serta dua nigeria Moses & Mikel.

Torres yang baru balik PLKN dengan fesyen rambut pendek seperti biasa menunjukkan aksi tempang. Tiada fungsi apa2 selama 80 minit dia dia atas padang. Ba yang masuk pada 10 minit terakhir sahaja telah menunjukkan impak walaupun dengan tempoh yang singkat. Ba juga nyaris2 untuk menambah gol ke-3 Chelsea namun berjaya disekat oleh kapten Arsenal, Vermaelen. Jika Ba beraksi lebih awal, rasanya Chelsea boleh menang mudah je dengan Arsenal, mungkin 3-1/4-1.

Torres 80 minit dengan hanya 1 shot on target, 1 shot off target, 2 passing error. Sentuhannya juga sangat2 heavy. Ada effort melalui sprint nya tapi tak cukup bagus, level confident yang masih tetap sama.

Sebenarnya aku rasa Rafa naik mainkan Ba namun terpaksa memainkan Torres dalam 1st starter kerana pengaruh dari Pak Roman. Lebih2 lagi Roman datang stadium, dan pastinya beliau lebih mahu melihat kelibat Torres dari Ba.


Setel sudah London Derby. Buat kali kedua berturut-turut Chelsea memenanginya, pertama di Emirates 2-1 & di SB juga 2-1. Aku lihat Arsenal cuba bangkit namun kebangkitan mereka hanya separuh jalan. Mungkin perlukan Van Persie yang "baru" kot untuk tumbangkan Chelsea lagi.

Kekalahan Arsenal ini meletakkan kita 11 mata di hadapan mereka untuk kedudukan no 3. Kalau nak bercerita pasal takhta liga rasanya sangat sulit memandangkan City & MU masih belum drop point. Untuk musim ini, biarah kita fokus dalam kompetitif lain yang lebih realisitk.

P/S : Ashley Cole sudah sain 1 tahun kontrak. Tapi kenapa board club tidak menawarkan perkara yang sama kepada Lampard.

Listen & Let Me Speak

Posted by KampungChelsea On Friday, January 18, 2013 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
sujud syukur

Salam jumaat.

Ada orang bertanya kepada aku "Agak2 perebutan takhta liga sudah berakhir ?"

Bagi Liverpool & Arsenal, benda itu memang sudah lama berakhir tapi bagi Chelsea, ia tersangat komplikated. Sukar untuk jelaskan adakah Chelsea sudah terkeluar dari title race, memandangkan City & Menyu terus mara ke hadapan.

Chelsea sekarang berada dalam situasi yang pelik. Pelik kerana sesetengah game yang nampak sangat sukar tapi kita berjaya memenanginya dan sesetengah game yang nampak mudah tapi kita gagal memenanginya. Harap kau orang semua faham dengan apa yang aku terangkan ini.

Apa nak jadi dengan Chelsea sekarang, aku tak boleh nak ulas lebih lanjut namun aku konfiden Chelsea sekurang-kurangnya akan akhiri liga musim ini di top 3, atas dari Arsenal & juga atas dari Liverpool. Itu jangkaan aku.


Berkenaan dengan Lucas Piazon, sebenarnya ada agenda juga tentang pinjaman beliau ke Malaga.

Kau orang ingat Chelsea saje2 nak loan kan beliau ke kelab La Liga itu. Chelsea sudah membuat perjanjian untuk mendapatkan pemain tengah mereka, Isco. Disebabkan hal itu, Piazon dijadikan "hantaran" bagi mentuntaskan transfer Isco.

Isco, pemain yang sangat impressive musim ini dikatakan bakal mengambil alih tempat Super Frank musim depan.

Hal2 transfer window aku nampak Chelsea semakin bijak dalam mendapatkan sesuatu pemain. Jual Kalou ke Lille & kita beli Hazard. Loan Kevin de Bruyne ke Bremen & kita beli Marin.

So, kita loan Piazon & bakal dapat Isco. Begitu juga dengan Falcao. Kita loan Courtois ke Atletico dalam satu tempoh yang panjang. Di situ ia memudahkan Chelsea bagi mendapatkan Falcao nanti. Hubungan yang baik dengan sesebuah kelab memudahkan kita merembat pemain dengan cara yang mudah.

Orang putih cakap "you get what you give".

Chelsea 2 Soton 2

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 17, 2013 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sejak kebelakangan ini, prestasi Chelsea di gelanggang sendiri sangat hambar, termasuk lah ketika menentang Soton tadi.

Seri yang agak memalukan juga kerana kita sepatutnya menang mudah ke atas pasukan yang berada di tangga ke-15 ini. Sudah mendahului 2-0 & seharusnya scoreline ini kekal sehingga ke wisel penamat tapi sebaliknya Soton berjaya membuat kambek pada 15 minit terakhir.

Apa yang tak kena dengan home form Chelsea erk ? 2 kalah 1 seri dalam 3 last home game. Away game sangat impressive tapi bila main kat home, seperti terkena sumpahan pula.

p/s : Van Persie masuk pada 10 minit terakhir & berjaya mengubah perlawanan tapi Torres masuk pada 10 minit terakhir hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Secara keseluruhan, aku tak salahkan Torres kerana Oscar & Lampard pun perform hampeh juga namun di situ kita boleh nampak beza striker power dengan striker flop.

Stoke City 0 Chelsea 4

Posted by KampungChelsea On Sunday, January 13, 2013 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea kalau bab2 pecahkan rekod, memang no 1. Rekod kebal Stoke City di tempat sendiri pun telah dileburkan.

Selain Hazard & Lampard, Walters juga menjadi hero kemenangan Chelsea apabila menjaringkan dua gol ke gawang sendiri. Sesuatu yang jarang kita lihat, striker lawan menjaringkan own goal. Bukan 1 tapi dua gol pula tu. Beliau juga miss penalty, dalam cubaan untuk menjaringkan hatrik.

Kemasukan Torres pada 20 minit terakhir tak memberi apa2 faedah pun sebab ketika itu Chelsea sudah leading 3-0. Eloklah Ba main main dalam kesebelasan utama lagi selepas ini. Nampak ada chemistry dari bahagian tengah dengan striker.

Sekarang ini Chelsea telah cantas balik tempat ke-3 Spurs. Kalau menang dengan Southampton hari rabu nanti, baru kita boleh bercerita pasal perebutan takhta liga.

Chelsea 0 Swansea 2

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 10, 2013 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ivanovic telah memberi assist kepada dua gol Swansea.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga ini, Chelsea tidak memanfaatkan peluang. Sepatutnya 1st half, kita dah score 1/2 gol. Begitu juga di separuh masa kedua. Bila kerap mensia-siakan peluang, lawan mengambil kesempatan, di samping kesilapan individu yang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kekalahan di Stamford Bridge ini.

Apa pun kita jangan fanik, masih ada 2nd leg di Liberty Stadium. Nampak mustahil tapi dalam bola sepak, apa2 boleh berlaku.

P/S : Ba hanya beraksi lebih kurang 10 minit sahaja, namun berjaya mencipta dua percubaan tepat ke arah pintu gol. Bayangkan kalau dia beraksi 90 minit tadi, mungkin situasi akan jadi berbeza. Torres ? apa pun tak boleh.

Di mana anda boleh cari pemain seperti Lampard ?

Posted by KampungChelsea On Monday, January 07, 2013 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku masih lagi hairan serta terkilan mengapa Chelsea masih tidak menawar apa2 kontrak kepada Lampard.

Kenapa sampai begitu sekali pihak board kita melayan pemain2 veteran. Idea untuk mengehadkan pemain 30 tahun ke atas sangat tidak realistik, memandangkan arus globalisasi bola sepak sekarang masih memerlukan trio2 berpengalaman.

Lampard masih lagi power. Ini bukan soal kenang jasa, budi atau seumpama dengannya tapi ini berkaitan dengan pencapaian kelab. Lampard walaupun sudah tua, namun beliau masih lagi berfungsi dalam satu pasukan. Mungkin tidak semua perlawanan tapi sekurang-kurangnya beliau ada sumbangan dalam perlawanan2 besar.

Tahukah anda, peratusan kemenangan Chelsea lebih tinggi apabila Lampard berada dalam 1st starter. Kita lihat sahaja musim ini, tanpa Lampard & Terry, sudah berapa kali Chelsea mengalami kekalahan ? Ya memang betul kita perlukan juga prospek muda namun di atas padang kita lebih memerlukan true leader.

Musim lepas jika tiada Drogba, Lampard, Terry, Ashley Cole, Chelsea tidak mungkin akan memenangi trofi Champions League. Pencapaian terbaik The Blues dalam 1 dekad ini semuanya berkat dari trio2 tua kita. Nak harapkan Torres ? Musim ini sudah banyak kali kita hilang piala.

Chelsea patut bersyukur kerana mempunyai kapten yang setia. Tidak ditawar kontrak baru sekalipun, Lampard masih menunjukkan komitmen yang tinggi untuk kelab.
 

Anda fikir jika Lampard bermain di kelab lain, prestasinya akan merosot ? Tidak. Kalau ya, kenapa kelab seperti Everton berminat untuk menggunakan khidmatnya, sehingga menawar 3 tahun kontrak kepada Lampard ? Terdapat 3 lagi kelab yang dilaporkan berminat dengan Super Frank, antaranya La Galaxy, Lazio & juga kelab kaya raya dari liga China.

MU ? Tak mustahil kerana Alex Ferguson bijak menilai para pemain veterannya.

Anda ingat pemain 30 tahun ke atas tak power ? Kita tengok di kelab MU, pemain seperti Giggs, Scholes. Mereka 4 tahun lebih dari tua dari Lampard tapi masih menunjukkan hasil yang subur. Pemain tua dalam liga lain seperti Andrea Pirlo, Antonio Di Natale juga sekarang ini dalam prestasi terbaik.

Konklusi dalam hal ini, ia merupakan satu kesilapan besar bagi Chelsea jika melepaskan Lampard. Gila & tidak berasas.

Aku petik kata2 dari Uncle nya, Harry Redknapp :

‘He is still a top, top player. Where can you get a goal-scoring midfielder like Frank these days? I don’t think they can upgrade from Frank. You’ll not find anywhere a better attacking midfield player who will score more goals’.
“And when he was a 17-year-old kid, he used to go home and train of a night. Practise, practise, practise. Left-foot shooting, right-foot shooting. Running on to the ball and shooting.

“Young Frank was unbelievable. When all the other kids had gone home, he would be practising every day.
  

JT turut bersuara :

“Devastated is an understatement.
“We should retire the number 8 shirt in honour of Lamps. #theheartbeat #hero #legend #hero #goalmachine #friend #ktbffh #cfc #chelsea.”


Dari Jose Mourinho :

“Lampard is the player that trains better, has more concentration and commitment.
“He is never happy about his performance, always wants to improve, always wants to learn.
“If he makes a mistake in a game, the next day in training he stays one more hour to practise that situation.” 


Di mana anda boleh cari pemain seperti Lampard ?


All Time Chelsea Goal Scorers :

1) Bobby Tambling (202 gol)
2) Kerry Dixon (193 gol)
3) Frank Lampard (189 gol)

4) Didier Drogba (157 gol) 
5) Peter Osgood (150 gol

  legend8#

Soton 1 Chelsea 5

Posted by KampungChelsea On Sunday, January 06, 2013 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
boleh BA kalau kau

1. Tak perlu menunggu sehingga 11 game, Demba Ba telahpun menjaringkan, bukan 1 tapi 2 gol dalam debut pertamanya. Dibeli dengan harga 7 juta sahaja, Ba telah menunjukkan kepada Torres bagaimana cara untuk menjaringkan gol.

2. Chelsea memulakan corak permainan yang perlahan pada 20 minit pertama & banyak memberi ruang kepada Soton melancarkan serangan. Namun apa yang bagusnya bila kita ketinggalan, para pemain menunjukkan respons dengan cepat.

3. Gol pertama Ba, hasil daripada gerakan lincah Mata. Seperti yang selalu aku katakan, Mata the magical boy akan menjadi kunci kejayaan kepada Chelsea musim ini.

4. Moses membuktikan lagi bahawa pemain negro lebih power dari player kulit putih rambut blonde apabila menambah gol kedua untuk The Blues.

5. Chelsea merobek lagi gawang lawan buat kali ke-3 menerusi tandukan Ivanovic. 9 minit kemudian, Ba menjaringkan gol keduanya selepas menerima umpanan silang Hazard & Super Frank melengkapkan kemenangan besar 5-1 melalui sepakan penalti. Itu gol yang ke 189 beliau. 4 gol sahaja lagi untuk menyamai rekod Kerry Dixon.

Chelsea melangkah ke pusingan ke-4 Piala FA.

Chelsea 0 QPR 1

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 03, 2013 13 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pemulaan tahun 2013 yang hambar dari Chelsea.

Tewas mengejut 1-0 kepada pasukan tercorot liga boleh dianggap satu keputusan yang sangat naif.

1) QPR layak memungut 3 mata penuh kerana mereka lebih bermotivasi untuk menang, berbanding Chelsea.

2) Seperti yang Maman cakap, Chelsea perlukan winning mentality, tapi sayang apa yang dipersembahkan hari ini lebih kepada food mentality kerana aku lihat pemain Chelsea banyak sangat makan masa krismas. Hantaran ke laut, setiap percubaan yang dilakukan tidak menjadi & apa juga yang dibuat oleh Chelsea sepanjang 90 minit sia2.

3) Taktikal Rafa juga harus dipersoalkan. Beliau lambat memasukkan Mata & Hazard. Moses, Marin kurang menyerlah, Betrand pula belum cukup matang untuk mengambil alih tempat Ashley Cole.

4) Pemain no 9 itu pula sudah banyak kali 1 by 1 dengan keeper tapi masih tetap kantoi... rasa macam main 10 lawan 11 je...

5) Super Frank tak cukup super hari ini, mungkin dia lebih berfungsi dalam perlawanan2 besar, ye dok ?

6) Gol kemenangan dijaringkan oleh bekas pemain Chelsea iaitu Shaun Wright Philips. Turnbull rasanya sedikit terlena dalam perlawanan ini, tiada banyak sangat keje yang dia lakukan.

7) Ketiadaan Cech, Ashley Cole tidak boleh dijadikan satu alasan kenapa kita gagal menumbangkan anak buah Redknapp ini.

Menang ke atas pasukan kuat seperti Everton namun tewas kepada lawan yang bakal tersingkir ke divisyen bawahan musim depan menunjukkan Chelsea tidak konsisten. Persoalan hangat di sini, adakah Chelsea layak bersaing merebut takhta liga atau sekadar mengambil inisiatif untuk mencabar Spurs bagi kedudukan top 3 ?

Apa pun selamat datang Demba Ba.

Pengganti Abang Droba sudah sampai, auuuwwww !


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png