Everton 1 Chelsea 2 : Super Frank masih power !

Posted by KampungChelsea On Monday, December 31, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ini sebenarnya respons yang kita nak dari pemain Chelsea.

Ketinggalan 1-0, namun pemain tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan strong character, determination & keazaman dalam menundukkan lawan yang kuat.

Everton pasukan yang bertuah kerana lebih dari 1 dekad mereka masih memiliki pengurus yang sama & melakukan perkara yang sama setiap tahun. Jadi kelebihan itu memudahkan mereka dalam menstabilkan corak permainan & juga chemistry yang kukuh di antara pengurus & pemain. Kita dapat lihat musim ini MU, Arsenal, Liverpool & Spurs gagal meraih kemenangan di Goodison Park. Hanya Chelsea, satu2nya top club yang berjaya memungut 3 mata penuh di sana.

Untuk meraih kemenangan di Goodison Park bukanlah satu kerja mudah kerana kita bukan sahaja perlu menghadapi persaingan dari pemain Everton, malah kita juga turut berhadapan dalam situasi yang tegang dengan penyokong mereka.

Berkenaan dengan apa yang berlaku dalam perlawanan ini, defensif Chelsea agak kelam kabut, terutama sekali pada 20 minit yang pertama. Memanglah Everton seperti yang dijangka akan melancarkan serangan bertubi-tubi, push up, memberi pressure namun gol dari Pienaar seawal minit pertama itu aku anggap gol yang terlalu mudah dibolosi. Tiada siapa yang marking Pienaar, cross Jagielka juga hanya mampu dilihat sahaja oleh Ashley Cole tanpa sebarang kekangan.

Chelsea menyamakan kedudukan 4 minit sebelum separuh masa pertama berakhir, menerusi Super Frank yang menanduk kemas ke gawang Tim Howard selepas memanfaatkan umpanan dari adik Ramires.

Lampard sekali lagi membuktikan kepada Roman Abramovich bahawa beliau masih lagi power walaupun berusia lebih dari 30 tahun, apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71. Itu gol ke-192 beliau.


Dua gol penting dari Lampard ini jelas memberi mesej kepada board club & juga Pak Roman betapa kita masih memerlukan khidmat Super Frank. Kita patut rasa bertuah kerana memiliki kapten yang setia. Walaupun masih tidak diberi apa2 kontrak, namun Lampard tetap menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap Chelsea. Secara jujurnya, aku mahu Lampard bertahan, begitu juga dengan Ashley Cole. Mereka tulang belakang bagi skuad Chelsea. Aku tak boleh bayangkan jika Lampard beraksi di kelab lain. Chelsea masih menagih kudrat dari dua pemain veteran itu.

Kredit kepada Everton kerana tanpa Fellaini, mereka masih mempamerkan perfomance yang bagus. Chelsea bernasib baik kerana gawang kita kerap kali juga diselamatkan oleh tiang & palang. Mengenai kecederaan Cech itu, aku rasa ia tidak serius. Rasanya untuk game dengan QPR minggu depan, Cech sudah boleh beraksi semula.

Kemenangan comeback 2-1 ini merupakan penutup tahun 2012 paling bergaya. Kita cantas kembali kedudukan ke-3 dengan memiliki perbezaan 4 mata dengan City & 11 mata dengan MU. Tapi harus diingat, Chelsea masih ada 1 lagi baki perlawanan. Jika menang game itu, kejuaraan liga masih lagi terbuka.

Apa pun selamat tahun baru !


Norwich City 0 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Thursday, December 27, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tendangan ini lah yang telah menghasilkan gol & memberi 3 mata penuh untuk Chelsea.

Mengikut perspektif aku, Chelsea tidak bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Bahagian serangan tidak efektif & ia sangat berbeza jika nak bandingkan dengan perlawanan mentang Aston Villa tempoh hari. Apa yang membolehkan kita meneruskan momentum kemenangan di Carrow Road ini ialah berkat dari kekentalan bahagian defensif. Ivanovic & Cahill sememangnya pemain terbaik perlawanan. Mereka berdua menjalankan tugas dengan cemerlang dalam mengekang asakan Norwich. Bukan mudah untuk meraih clean sheet di sana kalau defend tak power. Jadi kredit kepada bek2 kita.

Mikel pula bermain dalam perlawanan terakhirnya sebelum berangkat ke negara Nelson Mandela untuk saingan Piala Afrika. Dia bergandingan dengan David Luiz di bahagian defensif midfielder. Cakap pasal David Luiz, aku rasa dia perform bagus. Sedikit kesilapan ketika dia membuat sloppy pass itu mungkin boleh dimaafkan. Dia lebih baik beraksi sebagai pemain tengah dari pemain pertahanan. Ada ciri2 box-to-box midfielder aku nampak corak style permainannya. Cuma perlu lebih tenang sebab Luiz terlalu aggresif.

Torres kurang berfungsi. Tak nampak apa pun sumbangan yang dibuat. Mungkin alasan seperti tak dapat support itu aku boleh terima kerana Mata banyak shoot dari passing. Ada satu peluang itu dia patut passing kepada Torres. Cuma sebagai striker, Torres tidak harus mengharapkan support dari teammate sahaja, dia kena pandai cari bola, pandai rampas bola & sekali sekala perlu melakukan percubaan dari luar kotak penalti.


Mata memang terbaik. Musim ini sudah banyak kali juga dia menyelamatkan Chelsea dari drop point. So far, aku anggap dia pemain terbaik EPL. Jika Hazard functionnya lebih kepada assist, Mata pula key bagi gol2 penting. Sayang kita tak ada striker yang power. Kalau tidak, memang complete dah skuad Chelsea.

Apa pun kemenangan 1-0 ke atas anak buat Chris Hughton ini memberi amaran kepada MU & City bahawa Chelsea tetap akan fight untuk kejuaraan liga. Sekarang ini kita hanya beza 4 mata dengan City. Jika menang di Goodison Park nanti, perebutan takhta liga akan jadi lebih terbuka.

Soal masa depan Lampard & Ashley Cole itu akan diulas dalam entri yang lain.

Lawatan ke Carrow Road

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 26, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak perlu diperbesarkan sangat kemenangan 8-0 ke atas Aston Villa tempoh hari. Aku tengok team Aston Villa yang main itu lebih kurang macam budak2 youth. Kebanyakannya berumur bawah dari 25 tahun. Keeper mereka seorang sahaja yang berumur 28 tahun. Mana pergi trio2 veteran seperti Richard Dunne, Darrent Bent aku tak tahu lah. Tak lupa Agbonlahor & Ireland. Idea Paul Lambert untuk memudakan teamnya sangat kurang realistik, memandangkan liga mencabar seperti EPL ini memerlukan pemain2 yang berpengalaman. Tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pemain muda. Jika tidak, maka bottom three lah jawabnya.

Malam ini Chelsea ada tugas penting di Carrow Road. Sama ada kita mampu untuk teruskan atau tidak tahap konsistensi atau kembali tunggang langgang. Norwich sekarang ini bukanlah team cap ayam yang kita dapat lihat pada awal2 musim yang dulu. Mereka baru sahaja tumpas kepada West Brom selepas mengharungi 8 perlawanan tanpa kalah. Kebangkitan Norwich terserlah selepas mereka memalukan budak2 tadika Arsenal & MU. Jadi, aku harap pemain kita tidak memandang rendah terhadap keupayaan anak buah Chris Hughton.

Musim lepas pun kita seri di sana sambil melihat Torres mensia-siakan peluang keemasan di depan gol. Objektif seperti biasa wajib menang, sebab seri bukanlah keputusan yang baik kerana saat ini kita dalam proses untuk mengejar adik beradik Manchester dalam merebut kejuaraan liga.

Kick-off jam 11 malam (waktu Malaysia). Siaran langsung di saluran Astro 817.

Chelsea 8 Aston Villa 0

Posted by KampungChelsea On Monday, December 24, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Tak sampai 3 minit perlawanan berlangsung, Chelsea sudah mendahului 1-0, hasil daripada tandukan cantik Abang Torres selepas dia menerima umpanan Azpilicueta.

2. Pada minit ke-29, kita menggandakan lagi kedudukan. Kali ini melalui sepakan percuma yang agak style dari David Luiz. Buat kali kedua, Rafa memainkan Luiz sebagai pemain tengah., dan taktik ini sangat berhasil. Dan tahukah anda, setiap kali David Luiz menjaringkan gol, Chelsea tidak pernah kalah. (3 menang, 1 seri).

3. Chelsea mengukuhkan lagi kedudukan dan kali ini gol yang seterusnya pula dijaringkan oleh seorang lagi pemain pertahanan iaitu Branislav Ivanovic. Ivan memanfaatkan bola rebound Cahill untuk meletakkan Chelsea selesa 3-0 pada separuh masa pertama.

4. Gol ke-4 sangat istimewa kerana ia dijaringkan oleh pemain yang membuat penampilan ke-500 dalam Liga Perdana Inggeris. Siapa lagi kalau bukan Super Frank. Lampard merembat dari jarak 25 meter untuk menyempurnakan gol yang ke-130 beliau bersama The Blues.

5. Tak cukup dengan 4, Chelsea tambah 1 lagi menerusi pemain yang baru masuk menggantikan Super Frank iaitu Adik Ramires.

6. Pada minit ke-79, Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas Oscar dikasari oleh pemain lawan. Oscar menyudahkan sepakan penalti itu untuk meletakkan The Blues semakin mengganas dengan scoreline 6-0.

7. Hazard juga turut serta dalam pesta gol Chelsea apabila dia menyumbang gol ke-7. 7th heaven !

8. Ramires menutup upcara membantai budak2 Villa dengan menambah gol keduanya pada masa kecederaan. Chelsea menang besar 8-0.


Secara keseluruhan, Chelsea boleh menang lebih dari 8 gol, mungkin 10-0, 11-0. Kita dapat lihat dalam perlawanan ini, Chelsea bermain dengan penuh efektif, high vision, tempo rancak serta hantaran yang begitu berkualiti. Tidak lupa juga kekuatan teamwork yang memainkan peranan penting dalam kemengan besar ini.

Aku terpesona melihat perfomance Piazon. Walaupun gagal menyempurnakan sepakan penalti namun dia telah menyumbang assist kepada gol ke-5 Chelsea. Pemain muda yang umurnya sama dengan Nazmi Faiz ini turut mempamerkan skill dribble yang menarik.

Kredit juga buat Cech kerana menyelamatkan satu percubaan bahaya dari pihak lawan & meraih clean-sheet.

Rafa telah improve sedikit demi sedikit perfomance pasukan kita. Ada yang ingin lihat David Luiz bermain sebagai pemain tengah, beliau telah laksanakannya. Rafa juga telah memberi saranan kepada pemain tengah kita supaya lebih support Torres dan dalam game ini, kita lihat ada beberapa hantaran yang kemas di-supply kepada Torres.

Jika kita berterusan mempamerkan aksi seperti ini, aku percaya kita boleh juara liga. Bukan senang untuk meraih kemenangan besar seperti 8-0 ini. Kali terakhir kita melakukannya ketika di zaman Carlo Ancelotti. Pada waktu itu juga, Chelsea menjuarai EPL & Piala FA.

Mengenai Aston Villa, mungkin ada yang akan cakap mereka ni team ayam. Tapi kalau Aston Villa ni team ayam, Liverpool lagi lah cap ayam kerana kalah dengan mereka 3-1 di tempat sendiri minggu lepas.

Diharapkan agar pemain kita tidak leka kerana perlawanan selepas ini akan menguji tahap konsistensi & mentaliti yang sebenar. 26 hari bulan iaitu pada hari rabu ni, kita akan berkunjung ke Norwich & 4 hari berikutnya pula di Goodison Park. Dua lawan yang bakal memberi cabaran yang sengit buat kita. Mohon kekal konsisten.



21. 12. 2012

Posted by KampungChelsea On Friday, December 21, 2012 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Walaupun sempat ketinggalan 1-0, namun nasib Chelsea tidak sama seperti Arsenal. Kita membalas balik 5 gol pada separuh masa kedua & seterusnya mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Liga.

2. 5 gol dijaringkan oleh Mata, Ivanovic, Moses, Hazard & 1 lagi gol nasi tambah dari Abang blonde.

3. Lawan Chelsea di separuh akhir nanti ialah Swansea City yang telah menyingkirkan Middlesbrough 1-0. Tak lupa pasukan Angsa Putih itu juga berjaya menyingkirkan juara bertahan iaitu kelab Ayam Brand 3-1 di pusingan ke-5.

4. Pusingan ke-32 Europa League menyaksikan Chesea diundi menentang bekas kelab Petr Cech, Sparta Prague. 1st leg akan berlangsung pada 14 Februari, manakala 2nd leg pada 21 Februari.

5. Siapa percaya hari ini Kiamat, dia bangang.

Sekian.

"Overconfident" Akhirnya Memakan Diri Sendiri

Posted by KampungChelsea On Monday, December 17, 2012 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku sebenarnya sudah cuak dengan Torres seorang ini. Kalau setakat lawan Nordsjaelland, Sunderland kau mampu score tapi big game, "bangang" kau datang balik, memang masaklah Chelsea musim ini. Lawan Corinthians semalam, dia mensia-siakan peuang keemasan untuk score. one by one dengan keeper pun tak boleh nak score. Buat malu kat Falcao je, yang score cantik selepas one by one dengan Valdes. Kalau tak score, at least biar ada sumbangan, macam bagi assist ke, turun bawah tolong defend macam yang selalu Drogba buat. Ini duk atas padang, berlari tak tentu arah. Kejar bola macam kejar ayam. Sape tak bengang, kalau pemain yang dibeli dengan harga mahal, dibayar dengan gaji yang tinggi, tapi perform macam budak baru belaja main bola. Mohon konsisten & mohon jadi "Big part of the big game". Kalau game standard sahaja mampu score, maka standard lah pencapaian Chelsea musim ini.

MU ada 4 striker, yang mana 3 di antaranya sangat power. Begitu juga dengan City, yang mana 3 di antaranya power, dan seorang lagi perform macam Torres je aku tengok. Bagi Chelsea, kalau no 9 itu flop, kita sudah tiada option lagi di bahagian striker.

Berkenaan dengan perlawanan semalam, Lucas Piazon pun meluahkan rasa kecewanya dengan perfomance Chelsea :


"We played without any determination, without a love for the shirt. Nobody wanted to play football. At least Oscar did try,"

"I won't name names, but the team played with no will. You can't play a final like this without the will to play. That's unacceptable.

"We lacked a lot of things, especially the will to be a champion. I think Ramires, David Luiz, just the Brazilians were the only ones that gave their everything, showed character and that is why they are sad."

Chelsea beraksi seolah-olah macam sudah yakin menang. Sebelum game, aku bajet player2 kita ni semua dah over-confident & mungkin akan cakap "alah kita akan juara, apalah sangat corinthians tu". Terlampau yakin, sehinggalah memakan diri sendiri. Piala yang sepatutnya boleh dibawa balik ke London akhirnya dirembat oleh kelab Brazil.


Tiada team-work, bahagian tengah serta striker hanya nak tonjolkan skill individu mereka kepada umum.

Torres pula jangan nak cakap tak ada orang pass lah kat dia, tak ada orang support lah dia. Itu semua mengarut. Semalam Lampard dah passing cantik, tapi dia sia-siakan. Kalau ada Drogba semalam, Chelsea boleh menang mudah sahaja dengan Corinthians.

Kenapa bila kalah kena salahkan Torres ? Sebab ada peluang terbaik untuk dia score tapi dia tidak score. Commentary cakap "Torres' wasted chance was awful, that why hes flop today." Yes, memang ada lagi player Chelsea yang perform hambar seperti Moses, Mata & Cahill. Tapi mereka bertiga hanya kadang2 sahaja perform kurang bagus. Tapi Torres, lebih banyak perform teruk dari perform bagus. Dibeli dengan harga mahal, dibayar gaji dengan tinggi, so tugas dia sebagai striker ialah menyudahkan peluang & bukannya membuang peluang. Baik letak David Luiz je jadi striker macam ini. 


Hari rabu ini, kita akan ke Elland Road untuk saingan suku akhir Capital One Cup. Dilaporkan bahawa Lees United tidak akan menurunkan skuad utama mereka. Atas sebab apa, sukar untuk dijelaskan. Mungkin mind game dari manager mereka, aku tak tahu. Tapi tak logik bagi team seperti Leeds yang sudah masuk ke quarter final, akan menurunkan skuad kedua menentang Chelsea. Kalau macam Chelsea, logiklah juga kita akan turunkan 2nd team sebab musim ini, kita akan bersaing dalam 3 lagi kompetitif yang lebih penting. Memanglah Capital Cup ni piala yang tidak berprestij, sebab itu orang cakap ia mickey mouse cup, namun kita sebagai big club, harus merebut piala yang ada, walaupun ia hanya sekadar piala2 biasa sahaja.

Mereka nak turunkan skuad utama ke skuad kedua ke, aku tak kisah. Yang penting, Chelsea jangan buat onar. Cukup Arsenal sahajalah yang dipermalukan oleh team divisyen ke-4. Jangan kita pula yang ikut jejak bebudak Wenger. Leeds ni, team dari divisyen kedua. Dan mereka bila2 masa sahaja boleh upset big team macam Chelsea ini. Lebih2 lagi hari rabu ni kita akan lawan di tempat mereka. Itu satu kelebihan buat anak buah Neil Warnock.


Aku tahu Rafa ni takkan lama di Chelsea. Padanlah dengan status "interim manager". Cuma sebelum dapat duit pampasan itu, at least biar ada jasa. Jangan keluar tanpa sebarang sumbangan. Macam CA & RDM. Walaupun dipecat, namun mereka tetap menjadi ingatan fans Chelsea kerana pernah membawa kita menjuarai dua trofi dalam 1 musim.

Aku tak anggap ini musim malang bagi Chelsea, kerana kita masih berpeluang untuk merebut sekurang-kurangnya 1/2 trofi dari 4 trofi yang tinggal.

Sebelum aku berhenti menaip, aku nak pesan satu lagi kepada beberapa player Chelsea. Perfomance ni biar padan dengan gaji yang diberi. Main untuk club & bukannya untuk kepentingan individu. Gaji £175,000-per-week tapi kalau hanya score lawan team standard, buat malu je kat striker2 divisyen bawahan.

Sekadar naib juara

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 16, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
kau memang flop, Nando

Bad luck
: 3x runner up musim ini. Kalah kepada City dalam Community Shield, kalah kepada A.Madrid dalam Uefa Super Cup & sebentar sahaja tadi, kalah kepada Corinthians dalam Fifa Club World Cup.

Perfomance : Over-confident. Torres tidak konsisten, dia mensia-siakan peluang keemasan untuk score. Moses kurang efektif. Cech sedikit cuai, manakala Cahill dah lost mentality, dilayangkan kad merah kerana menyepak pemain lawan.

Taktikal Rafa yang tidak menjadi : Memainkan Lampard 90 minit adalah satu kerugian. Super Frank tidak cukup superb hari ini. Mikel yang sepatutnya dimainkan untuk memberi kekuatan di bahagian tengah namun terpaksa menonton sahaja perlawanan di bangku simpanan.

Badi Rafa : 7 tahun lepas, beliau juga gagal membawa Liverpool memenangi gelaran ini selepas tewas kepada team Brazil 1-0.

MU satu2nya kelab dari England yang menjuarai FCWC ini. Tidak mengapa, perkara ini aku boleh terima. Chelsea boleh cuba lain kali.

Jangan risau, masih ada 4 lagi piala yang Chelsea boleh menang iaitu EPL, Carling Cup, Piala Fa & Europa League.

Sunderland 1 Chelsea 3

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 09, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku harus mengakui yang Torres menjadi kunci utama dalam kemenangan Chelsea hari ini. Dua gol serta 1 assist dari El-nino berjaya membawa The Blues menundukkan Sunderland 3-1 di Stadium of Light.

Namun pujian juga buat para pemain Chelsea yang lain. Jika tiada team-work dari Mata, Romeu, Moses & Hazard, agak sukar juga untuk Torres merobek jaring pihak lawan.

Kemenangan ke atas Sunderland ini yang pertama buat Chelsea sejak Oktober & ia juga kemenangan liga pertama Rafa bersama kita.

Ulasan  perlawanan mengikut stail Tun Dr Mahathir :

1) Kick off bermula, Chelsea aggresif melancarkan beberapa serangan. 3 peluang keemasan tercipta pada 6 minit pertama, yang mana dua di antaranya gagal disudahkan oleh Torres.

2) Abang jambu menebus peluang yang disia-siakanya itu dengan menjaringkan gol pada minit ke-11. Menerima umpanan silang Eden Hazard dari sebelah kanan, bola lantas disambar Torres dengan satu volley yang cantik. Itu gol terpantas Torres sejak bersama dengan Chelsea.

3) Lewat separuh masa pertama, Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas pelari pecut Brazil, Ramires dijatuhkan oleh pemain tengah Sunderland, Sebastian Larrsson. Dan Torres secara spot on mengambil tugas eksekutor penalti yang kebiasaannya dilakukan oleh Hazard/Mata/David Luiz. Tendangannya berhasil menewaskan penjaga gol lawan.

4) Tamat separuh masa pertama & Chelsea unggul dengan kedudukan 2-0.


5)  Selang 4 minit separuh masa kedua bersambung, gawang The Black Cats bocor lagi. Torres nyaris untuk menjaringkan hatrik namun tendangan first timer nya terkena palang, lantas disudakan oleh Mata menerusi bola rebound.

Chelsea semakin selesa dengan kedudukan 3-0

7) Dengan tidak mengecewakan puluhan ribuan penyokong Sunderland, Chelsea "menghadiahkan" gol saguhati kepada pasukan mereka apabila tendangan kaki kiri Adam Johnson hanya sekadar dilihat oleh pemain pertahanan Chelsea tanpa sebarang kekangan yang dibuat.

8) Sayang gol saguhati tak boleh diberi banyak2, cukup satu sahaja. Scoreline 3-1 tidak berganjak sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Walaupun Sunderland cuba mencari lagi gol namun bola sepak tempoh hadnya hanyalah 90 minit. Nanti 90 minit lagi tu kita buat berkira di Stamford Bridge pulak.

Oh ya lupa, Super Frankie sudah kembali. Dia sempat beraksi lebih kurang 11 minit terakhir. Belum lagi fit 100% dan rasanya 11 minit terakhir itu cukup untuk Lampard kembalikan kecergasannya, maklumlah 7 minggu tak sentuh padang.


Meskipun menang, Chelsea masih belum berganjak dari posisi ke-3. Sekarang ini The Blues memperolehi 29 point dari 16 perlawanan. 4 mata di belakang City & 7 mata di belakang MU yang belum beraksi 1 perlawanan. Mohon adik beradik Manchester ini seri agar dua2 drop point.

Summary


Berikutan tersingkirnya dari saingan Champions League minggu lepas, Chelsea masih menunjukkan reaksi yang positif.

Berkenaan dengan Torres, jika dia terus menunjukkan prestasi yang matang, dia akan dipuji. Jika dia tidak berubah, dia aka dikutuk balik. Ini lumrah alam. Mohon Torres lebih konsisten. Jangan hari ini score, esok lusa kau buat bangang balik.

4 gol dalam 2 perlawanan, jadi aku harap level konfident Torres akan meningkat dari semasa ke semasa.

Dulu di zaman RDM, kita nampak trio MAZACAR sering menjadi perbualan hangat oleh orang ramai . Kali ini aku nampak Rafa cuba menggandingkan Mata & Hazard dengan Moses pula. Moses beraksi cemerlang di posisi righ wing, manakala Mata di middle, di kiri Hazard. 3 di antara mereka ini suka bermain perngkap offside, yang mana itu ialah satu trick yang bagus untuk mengelirukan pihak lawan. Torres kena berada di posisi yang betul kerana Mata & Hazard akan sentiasa back-up dia dari belakang.

Ada impak dalam prestasi Romeu sejak Rafa ambil alih. Dengan Mikel yang digantung 3 perlawanan, Romeu boleh handle di posisi defensif midfielder. Kelebihan Romeu ni, dia seorang pemain tengah yang laju, sesuai kalau kita nak beraksi dalam tempo yang rancak. Manakala Mikel, jenis pemain yang slow namun defensif yang solid. Masing2 ada kelebihan & kekurangan.

Rafa juga cuba menerapkan permainan long pass, yang mana itu satu plan yang bagus. Aku tidak suka kalau Chelsea bermain dalam satu cara sahaja. Kena ada plan A, B juga. Dengan pemain yang sedia ada sekarang, aku nak tengok Chelsea bermain one touch football.

Perlawanan menentang Southampton di-postpone kan kerana Chelsea akan berangkat ke Jepun untuk beraksi dalam kejohanan Piala Dunia Kelab. Kita akan berada di sana selama 10 hari. Hari khamis ini iaitu 13 Disember, Chelsea akan lawan Ulsan Hyundai/Monterrey. Jika menang, 3 hari kemudian kita akan beraksi di Final.

Gelaran Fifa World Cup Club amat penting kerana kita belum lagi menjuarai piala ini.

 hadiah tahun baru

Menang tapi tersingkir

Posted by KampungChelsea On Thursday, December 06, 2012 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuah tidak memihak kepada Chelsea.

Kemenangan 6-1 ini tidak ada ertinya kerana Juventus telah menang mengejut 1-0 di Donetsk. Kita mengharapkan mereka kalah namun sebaliknya mereka mencatat kemenangan pula.

Dengan ini, berakhir sudah kempen Champions League buat Chelsea. Tersingkirnya Chelsea ini telah mencatat satu sejarah apabila kita kelab pertama, sebagai juara bertahan, terkeluar dari saingan peringkat kumpulan.

Shakhtar walaupun sama sama point dengan Chelsea, iaitu 10 mata, namun mereka telah layak lebih awal lagi ke pusingan seterusnya, berkat dari peraturan baru UEFA, head to head yang memang sampah. Jaringan Chelsea melebihi Shakhtar 16-12, cuma bolos mereka lebih sedikit berbanding Chelsea iaitu 8-10. Mohon Platini memperbanyakkan lagi peraturan bangang macam ni.

Kita telah cuba sedaya upaya, namun Shakhtar tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Aku sempat melihat game mereka dengan Juventus, dan seolah-olah Shakhtar perform sambil lewa. Mereka seharusnya menang demi mencapai top spot dalam Group E tapi mereka lebih memilih perancangan untuk "menyingkirkan" Chelsea. Siapa yang tak nak lihat juara bertahan tersingkir, kan ?

Torres berjaya mengakhiri kemarau jaringan apabila dia telah score 2 gol. 4 lagi gol disudahkan oleh David Luiz, Cahill Mata, & Oscar.

Kecewa itu sudah pasti tapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Kesimpulan yang dapat aku jelaskan mengenai perjalanan Chelsea dalam kempen UCL musim ini ialah kita tidak konsisten. Ada game yang sepatutnya kita boleh menang tapi kita draw. Ada game yang boleh kita draw tapi kita kalah. Final game sepatutnya kita boleh santai sambil makan kuaci, tapi terpaksa mengharapkan luck namun tidak kesampaian.

P/S : Apa pun selamat datang ke Europa League. Selamat bermain di thursday night. Kalau di Malaysia, kita boleh panggil ia game malam Jumaat. Tiada lagi mid-week game & tiada lagi kedengaran bunyi seperti ini http://www.youtube.com/watch?v=BgomX3qD-iA.

Tiada kekuatan fizikal, tiada leader & tiada strong character

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 04, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baru sahaja menonton Four Four Two di saluran Astro 831.

Dan aku bersetuju dengan kata-kata dari pundit dalam program itu, Dez Corkhill. Mat salleh ni suaranya kita biasa dengar di Astro Arena & Astro Super Sport. Dia punya ulasan sangat passionate mengenai bola sepak Malaysia berbanding sesetengah rakyat Malaysia sendiri termasuk aku.

Dia kata "Chelsea club does not have the physical strength. They do not have leadership spirit after the absence of Terry & Lampard. The Blues have lost winning mentality."

100% aku setuju dengan kata-katanya.

Pertama mengenai physical strength. Pemain Chelsea tidak mempunyai banyak kekuatan fizikal. Hanya Mikel seorang sahaja yang dapat handle perkara itu, pemain2 lain mudah sangat dibuli oleh pemain lawan. Kekuatan di bahagian tengah seolah-olah pupus. Sebelum ini kita ada Meireles, Essien, Ballack, Malouda, Drogba dan di zaman Mourinho, kita ada the beast of Makelele. Pemain2 seperti ini ialah pola bagi kekuatan fizikal satu team.

West Ham menjinakkan pasukan kita kerana aspek itulah. Kita dapat lihat Sam Allardyce memasukkan dia punya "haiwan liar", Diame di bahagian midfield dan dia menggunakan ketinggian & kekuatan badannya memporak-perandakan defensif Chelsea. West Ham mempunyai banyak player2 negro, player2 lasak, fizikal kuat. Itu antara sebab kita gagal menewaskan mereka. Skuad Chelsea sekarang ini mempunyai ramai pemain berbakat, lincah & licik tapi kita tidak mempunyai banyak player yang ada fizikal body yang strong.




EPL ialah kompetitif yang sangat mencabar serta menguji daya fizikal & mental setiap pemain. Jadi jika Chelsea kekurangan aspek tersebut, kita akan sentiasa dijatuhkan oleh lawan yang mempunyai fizikal body yang kukuh,

Sebab itu aku mahu Chelsea beli Falcao. Striker ini ada physical body yang kuat macam Drogba. Kita perlu striker2 macam ni di EPL & UCL. Setakat striker jambu Chelsea no 9 itu, bagi defends lembik pun boleh buli dia.

Dez Corkhill memuji perfomance Lukaku. Dia kata setiap team perlu ada striker2 besar seperti ini. Ia dapat memberi pressure yang kuat kepada bek2 lawan.

2) Ketiadaan Lampard & Terry


- Dua player ini adalah nadi utama pasukan Chelsea. Mereka ialah kapten, mereka pemberi semangat, mereka ini akan push up apa yang tak kena jika berlaku something wrong di atas padang.

Ketiadaan mereka berdua ini lah yang menyebabkan kita hilang leadership & strong character. Ia sedikit sebanyak menjejaskan prestasi team.

Sebagai contoh musim lepas. Kalau Drogba, Terry, Lampard tiada. Susah Chelsea nak beat Barcelona. Lawan top team, kita perlu ada true leader, kita perlu ada player yang experience. Jika Terry tiada, Lampard harus ada. Jika Lampard tiada, Terry harus ada. Seorang di antara mereka perlu ada. Sekarang ini dua2 pun tiada.


Captain, Leader & Legend

So sekarang ini kita kehilangan "aset" tersebut.

Menjelang pertemuan penting hidup & mati menentang Nordsjaelland, kita hanya perlu meraih kemenangan sambil mengharapkan Juventus kalah di Donetsk.

Jika Shakhtar & Juventus draw, ia akan jadi satu keputusan yang buruk buat Chelsea. Namun dalam bola sepak apa2 boleh berlaku. Aku harap luck akan bersama dengan Chelsea. KTBFFH.

Chelsea, sebuah kelab yang sukar dijangka

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 04, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kadang-kadang kelab besar akan mengalami zaman jatuh bangun mereka. Tak mustahil kerana Chelsea telah mengalaminya. Bukan sekali tapi sudah banyak kali. Cuma bila jatuh, kita akan bangun balik. Ada satu kelab itu, masih lagi berstatuskan top club tapi kerap kali jatuh. Bila jatuh tak bangun2. Dulu selalu main UCL, sekarang ini hanya EL sahaja. Fans mereka tetap bersandarkan pada sejarah, dan selalu bercakap tentang kebangkitan Istanbul. Rasanya elok juga mereka tengok filem Istanbul Aku Datang itu. Itu sahaja yang mampu memuaskan hati mereka.

Chelsea tidak macam itu. Memang Chelsea sekarang sudah jatuh, namun kita tidak jatuh dengan teruk. Seperti musim lepas, kita juga jatuh namun bangkit di saat genting. Kalau tak bangkit, masakan boleh juara Piala FA & UCL ? Sekarang ini walaupun lebih 3 game tanpa sebarang kemenangan, tetapi Chelsea masih di top 3. Masih berpeluang untuk merebut 4 trofi, tidak termasuk trofi World Cup Club di Jepun.

Teruk kah itu ? Pelik kah itu ?

Tidak. Benda itu tidak perlu dihairankan sangat. Yang nak hairan, lebih baik hairan dengan badan induk FA England. Tiada seorang pun di antara mereka yang pernah bermain bola secara professional. Mereka punya Vice-chairman pun ketua Eksekutif MU. Jadi sebab itu kenapa Alex Ferguson sering terlepas dari beberapa hukuman.

Ramai yang anti dengan Roman di atas pemecatan RDM. Dalam hal ini, aku harus setuju dengan response dari fans Chelsea di London. Di samping aku terpaksa juga back up Roman.

Ia merupakan sesuatu perkara yang tidak berperikemanusiaan dengan memecat seorang pengurus yang telah menghadiahkan dua trofi berprestij kepada Chelsea dalam masa 3 bulan.


Sampai hati memecat seorang legend bertaraf low profile yang berjaya membentuk chemistry yang dengan pemainnya sendiri.

Tetapi harus diingat, dalam hati Roman tiada taman. Zaman empayar King of Roman Abramovich, kita tak boleh hanya bersandarkan pada kasih sayang & kenangan. Roman tidak pentingkan hal2 sebegitu, termasuk gelaran2 yg lepas. Apa yang penting sekarang ini ialah result.

Manager gempak mana sekalipun, kalau gagal memberi result yang baik kepada Chelsea, lambat laun akan ditendang oleh Roman juga. Roman mengamalkan prinsip sejarah didahulukan, pencapaian diutamakan.

Usaha kuat mana sekali pun, kalau result teruk, nasib pengurus itu akan terus diputuskan dengan segera.

Kalau anda mempunyai prinsip lain seperti kelab dipinggirkan, sejarah diutamakan. Anda boleh sokong Liverpool. Tak menang EPL pun tak apa, janji dapat bersaing dengan Arsenal untuk merebut tempat ke-10 dalam liga.

Bercakap tentang Arsenal, sudah lebih 6 tahun tak menang cup baru fans mereka buat protes jalanan nak kick Wenger & Chief. Orang lain dah lama sedar, mereka baru nak sedar. Ibaratkan sudah terhantuk baru terngadah.



Roman ialah pemilik Chelsea. Beliau berhak melakukan apa yang dikehendakinya dengan pelaburan yang beliau telah tabur kepada Chelsea. Sebagai manager, anda harus memenuhi keinginannya. Setiap pengurus Chelsea dibayar dengan gaji yang tinggi. Kalau team tak perform & result berterusan teruk, berhak kah anda menerima gaji mahal itu ? jadi Roman berhak melakukan pemecatan.

Seperti manager2 sebelum ini yang telah dipecat macam Claudio Ranieri, Avram Grant, Scolari, Ancelotti & AVB. Pemecatan mereka ibaratkan pemecatan seorang pekerja yang gagal menunjukkan hasil kerja dengan sempurna untuk bos mereka.

Bagi kes RDM pula, ada pro & kontra di sebalik pemecatannya. Nak salahkan RDM 100% tidak boleh juga kerana musim ni Chelsea mengalami masalah dengan seorang striker yang telah merudum prestasinya. Striker itu telah menjatuhkan moral satu team. Dan boleh dikatakan striker itu antara penyebab RDM dipecat. Penyebab lain seperti ketiadaan beberapa tonggak utama yang sedikit sebanyak memberi efek buruk kepada prestasi Chelsea.

Kita harus akui Roman seorang diktator. Suka campur tangan dalam urusan pemain & manager. Cuma kesilapan beliau ialah kerana tidak bersabar dengan seseorang pelatih. Itu sahaja, lain2 Roman sudah banyak berbakti kepada Chelsea.

Bayangkan kalau Roman blah dari Chelsea, susah sikit kita nak "hidup" melainkan kalau ada owner Arab yang berminat nak take over Chelsea, itu kemah keming lah.

Yang kena pecat semua itu pun tak boleh nak komplain banyak sangat sebab masing2 sudah dapat wang pampasan. Bukan sedikit tapi banyak pula tu. Berjuta-juta pound beb. Pendek kata, kalau sesiapa nak cepat kaya, boleh apply jadi manager Chelsea.  Kena pecat pun dapat untung lebih banyak dari manager lain.

Sebab itu Rafa cepat2 je terima offer Chelsea walaupun dengan hanya kontrak jangka pendek. Kalau dipecat pun, beliau akan dapat keuntungan yang berlipat kali ganda.


Sebut pasal Rafa Benitez, aku harap kita semua professional. Nak kondem beliau puas2 pun, kena ingat beliau tetap pengurus Chelsea. Chelsea sekarang mengalami konflik yang tidak diduga & kalau fans Chelsea terus mengkondem beliau, masalah akan jadi lebih parah.

Nak panggil orang yang disayangi tidak ada gunanya kerana mereka takkan kembali. Kena stick sahaja dengan orang yang ada sekarang. Apa nak jadi, jadilah.

Bola sepak ini sukar untuk dijangka. Orang putih cakap unpredictable. Sukan bola sepak ni tak macam sukan2 yang lain. Kalau macam Badminton, kita dapat tengok muka yang sama sahaja kalau beraksi di final. Chong Wei lawan Lin Dan, Lin Dan lawan Chong Wei, dua tu je. Begitu juga dengan  sukan squash. Yang juara asyik Nicole Ann David, tak ada orang lain. Macam tennis juga. Final mesti Roger Federer, tak pun Novak Djokovic. Bola sepak sangat berbeza. Kadang2 small club boleh upset big club. Ada masa menang & ada masa kalah. Benda itu normal, lumrah alam.

Chelsea tetap Chelsea. Jatuh bangun sekali pun kita harus sentiasa berada di belakang kelab. "Unpredictable" Chelsea akan bangkit semula. We will fight to the end. KTBFFH.

pride of london#

West Ham 3 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 02, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku mengharapkan selepas dua game seri, kita akan memang di Upton Park tapi lain pula jadinya. Chelsea tewas 3-1, kalah angkara dua gol lewat West ham.

Baru lepas tengok full highlights, memang Chelsea perform serba tak kena. Kadang2 bagus kadang2 teruk. Kalau dilihat pada separuh masa pertama, Chelsea patut score lebih dari 2/3 gol. Torres & co mensia-siakan peluang.

First half better dari 2nd half. Separuh masa kedua, habit buruk Chelsea datang balik apabila kita bermain dengan tempo yang perlahan & keperlahanan The Blues memberi peluang kepada West Ham untuk menyamakan kedudukan. Gol penyamaan The Hammers itu nampak agak kontroversi kerana ada sedikit fault terhadap Ivanovic ketika Carlton Cole menanduk bola.

Scoreline 1-1 & selepas pada itu, perfomance Chelsea makin teruk. Kita banyak hilang bola & tiada chemistry dari bahagian tengah dengan attacking. Sehinggalah West Ham dapat gol ke-2 & ke-3, pada waktu, kita dah "lost" & tak mampu berbuat apa2.

Kesimpulan bagi match hari ini, Chelsea sepatutnya boleh menang dengan West Ham. First half kalau peluang dimanfaatkan sebaik mungkin, kita boleh leading 2-0/3-0 dan pada waktu itu, Chelsea boleh kill the game selalu beb. Malangnya Chelsea banyak bazir peluang & lawan mengambil kesempatan di atas kealpaan kita itu.

Aku petik kata2 dari Sam Allardyce

"Chelsea really should have finished us off but they didn't. Because of that they paid the price."

Torres tetap peform hambar walaupun dia memberi assist kepada gol Mata. Ada satu peluang itu dia boleh score tapi dia tak score. Kita harus akui & menerima hakikat yang Chelsea sekarang ini tidak memiliki striker yang hot form. Dengan Sturridge yang injured, memang kita terpaksa mengharapkan flop of el nino.

Bahagian midfield Chelsea juga sangat mengecewakan. Mata-Hazard-Oscar seolah-olah sudah hilang "magic" mereka.

Aku tak tahu apa yang dirancang oleh Rafa sebenarnya. Eksperimen apa lah si Rafa ni buat sampaikan sudah 3 game Chelsea tanpa sebarang kemenangan. Ditambah 4 game sebelum ini bersama RDM, kita gagal meraih 3 mata penuh. 3+4 = 7 game liga tanpa kemenangan. Straight 7 perlawanan drop point.

Walaupun kalah, tapi Chelsea masih di top 3, berkongsi mata dengan Spurs. Kita bernasib baik kerana West Brom juga kalah & Everton tercicir mata. Kalau tak dua pasukan itu bila2 masa sahaja boleh cantas kedudukan kita.

Stay positif ? Ya aku sentiasa positif dengan apa yang berlaku kepada Chelsea. Musim mungkin masih panjang tapi kalau Chelsea berterusan perform macam ini, kita tidak akan juara, dalam apa2 kompetitif sekalipun. Tolonglah bina balik momentum kemenangan & menjaga konsistensi.

Aku mahu melihat kebangkitan Chelsea pada hari rabu ini. KTBFFH.

P/S :
Untuk tonton highlights pendek game West Ham lawan Chelsea, sila klik sini.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png