Chelsea 1 Stoke City 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, September 23, 2012 11 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak harapkan striker, last2 bek juga yang score.

Serius aku ingat game ni akan seri, melihatkan "parking bus" stoke city yang 99% menjadi, namun berkat dari kombinasi Moses, Oscar, Mata membolehkan Ashley Cole menyelamatkan maruah Chelsea dengan gol kemenangan pada 5 minit terakhir permainan.

Jaringan dari Ashley Cole itu juga telah mengelakkan Chelsea dari memperolehi 3 kali keputusan seri selepas sebelum ni kita seri dengan QPR & Juventus.

Ulasan berikutnya aku nak tulis ikut style Tun Dr Mahathir (malas nak tulis secara perenggan) :

1. First half teruk, semua shoot mengarut.. second half mungkin lebih baik sedikit kerana ada kerjasama dari pemain tengah & pemain sayap.... striker pula keje tunggu bola, sampai ke sudah alamatnya kau tak score torres.

2. Susunan line-up yang sangat berisiko tinggi. Kapten tak main.. vice captain pun tak main. JT & Lampard masuk last2 minit.

3. Yang bagusnya bila Lampard tak ada sepanjang 80 minit perlawanan berlangsung ni, Mikel okey skit main.

4. David Luiz ni kerap kali outstation. keluar posisi. sebab tu defend jadi kelam kabut. posisi defend tapi main macam nak jadi striker plak david luiz ni.

5. Shoot Oscar kurang menjadi, berbeza ketika lawan Juventus. Namun skill budak muda brazil ni superb. dia ada perdayakan juga beberapa defender lawan dengan beberapa gerakan lincah.


6. Agak terkejut dengan substitution yang dibuat. Hazard keluar Moses masuk.  Sepatutnya Torres yang keluar, dan bagi Moses main striker. Tiap2 game aku tengok chelsea main macam tak ada striker je.

7. Ivanovic cuba menjadi succesful diver namun trick itu tak menjadi.  Harap game lepas ni RDM kena gilir2 tukarkan dia dengan Azpilicueta. Aku menanti debut pertama dari Azpilicueta. (kesian tadi dia siap warm up dah)

8. Moses macam Drogba. Begitu mudah dia membuli bek2 stoke city. aku mengharapkan dia akan main full minute untuk game lepas ni.

9. Torres ? seperti biasa aku hanya nampak bayang2 dia kat atas padang. tak banyak sumbangan yang dibuat melainkan ada 1/2 hantaran sahaja yang menjadi. lain2 bak seperti peribahasa bagai kera mendapat bunga.

10. Roman ada kat stadium tadi. 3 hari lepas dia dah turun padang tengok RDM handle pemain2 Chelsea. Itu petanda nasib RDM tak berapa nak elok tu. Macam AVB musim lepas, sebelum beliau dipecat, Roman banyak kali juga datang ke pusat training Cobham.

Dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Stoke City, kita masih menerajui liga dengan 13 mata dari 5 perlawanan.

Secara kesimpulannya, walaupun menang tapi aku tak berapa puas hati dengan perfomance Chelsea. Kita masih belum berada di prestasi terbaik. Nampak banyak kekurangan, lebih2 lagi dari segi penyudah yang sangat tumpul.

Cuba anda lihat, dalam 4 perlawanan terakhir, yang menyumbangkan gol ialah defend & pemain tengah. Striker buat apa ?

Macam ni nak menang epl ? macam ni nak pertahankan gelaran juara eropah ?


Aku petik kata2 dari pengulas astro supersport "Chelsea need one more striker to challenge premier league title because torres not good enough to bring them for that."

Bulan 1 ni kalau Chelsea lepas financial fair play, apa salahnya beli seorang lagi striker kan. Mungkin Falcao atau Cavani boleh selesaikan kemelut yang melanda.

Chelsea 2 Juventus 2

Posted by KampungChelsea On Thursday, September 20, 2012 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasib baik ada Oscar, kalau tak aku tak tahu apa nak jadi dengan Chelsea dalam perlawanan ini.

Kita leading 2-0 dan Juventus menyamakan balik kedudukan jadi 2-2. Bila sudah berlaku perkara macam ni, kita dapat tahu team mana main hampeh dan team mana yang bermain baik. Juventus perform lebih bagus dari Chelsea. Mereka banyak membuat percubaan yang merbahaya, mengasak kubu kita. Tapi Chelsea, tak cukup aggresif untuk meratah benteng pertahanan pihak lawan.

Chelsea sebenarnya boleh menang dalam game ni kalau tidak ada Mikel-Lampard. Mereka berdua memperlahankan tempo permainan. Gol kedua Juventus, hasil daripada kealpaan Mikel yang membuat blunder pass. Bukan sekali tapi sudah banyak kali juga aku perhati Mikel buat hantaran2 bangang macam tu.

1st debut Oscar dalam pentas eropah ni memang terbaik. Kawalan bola yang mantap dan dia bijak melorong bola kepada pemain sayap. Gol pertama gol deflection. Gol kedua memang superb. Oscar buat turning yang menarik dan melepaskan satu shoot menewaskan keeper legend, Buffon. Pirlo mungkin terkelu melihatkan perfomance impressive Oscar. Aku nampak Oscar ni boleh bermain di mana2 posisi. Jika letak dia di centre midfield pun aku rasa Oscar lebih baik dari Mikel yang banyak buat passing merapu.

flop of the match

Macam mana pula dengan Torres ?

Torres aku nampak bayang2 dia sahaja kat atas padang. Tiada function, hanya tahu berlari, kejar bola. Satu yang aku tak suka dengan el-nino ni ialah dia cepat sangat jatuh. Sikit2 jatuh. Kena tough skit kalau nak fight dengan bek lawan. Memandangkan Drogba sudah tiada, aku memang expect more lah dari Torres. Kalau main macam ni lagi, better kena beli striker baru lah gamaknya. (lucas piazon ada pun, pergi peram kat bench, so apa boleh buat kan ?)

Secara kesimpulannya, aku rasa kecewa dengan keputusan seri ni, walaupun ini perlawanan pertama peringkat kumpulan. Kita bukan seri di stadium lawan, tapi kita seri di tempat sendiri. Kalau kat Stamford Bridge pun dah seri, macam mana nak hadapi kat tempat lawan pula nanti. Tak nafikan Juventus team yang kuat, namun kalau kita fokus betul2, kita boleh tamatkan perlawanan ini dengan scoreline 2-1/3-1. Kalau nak parking bus, parking betul2 lah.

P/S : Chelsea perlu kekalkan status juara eropah dan untuk mempertahankannya, kita perlu ada spirit fight back, maksudnya semangat untuk lawan balik. Macam musim lepas lah, kita ada semangat juang yang tinggi. Aspek itulah yang sedikit sebanyak membantu Chelsea mengecapi kejayaan dalam saingan Champions League.



QPR 0 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, September 16, 2012 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kosong kosong, macam lagu najwa latiff pulak.

Aku sudah jangka keputusan seri ni. Chelsea sejak dari awal permainan tidak bermain dengan baik. Walaupun Chelsea control game namun penyudah kita lemah. Hanya ada beberapa peluang sahaja yang boleh dianggap bahaya, lain2 mendukacitakan.

Seperti biasa gandingan Mikel-Lampard tak menjadi. Aku heran dengan RDM, kenapa dia tak nak gugurkan dua orang tu. Adakah RDM takut nak drop kan player senior ? susah sangat ke nak bagi peluang kepada bakat2 muda seperti Oscar & Romeu. Perfomance Lampard sangat teruk. Dalam perlawanan ini, dia tak berfungsi langsung. Dapat bola tahu nak shoot sahaja. Nak buat deliver pass hancur, semua hantaran ke laut. Mikel pula hampir nak bagi Chelsea bolos dengan membuat back-pass.

Bila dua mamat ni tak berfungsi, macam mana tengah nak hidup.. tengah out, attacking apa lah lagi. Sampai bila RDM nak terus gandingkan Mikel & Lampard bersama ? sampai bila ?

Torres terkapai-kapai ketika nak mencari bola. Bila sudah dapat bola, dia buang bola. Dia mensia-siakan banyak hantaran. Seolah-olah macam Torres susah nak ikut rentak corak permainan, padahal dia ada banyak support dari pemain sayap.

Ramires nampak lesu. Dia sepatutnya direhatkan dan biar Mata yang main. Perlawanan seperti ini memang menguji tahap mentaliti 100%. Player2 yang letih selepas menjalani internationa break harus dapat cuti mc. kalau main juga susah nak ikut tempo la.

Yang bagusnya ialah defends kita solid + kental. Berbeza dengan apa yang berlaku ketika menentang Atletico Madrid, hari ini barisan pertahanan Chelsea mantap. Captain Marvel JT menjalankan tugas dengan baik walaupun mendapat cemuhan dari penyokong lawan. Kredit juga buat David Luiz. Kebiasaannya dia outstation tapi kali ini dia mantain dengan positionnya, disamping melakukan marking2 yang superb, mengekang pemain2 lincah seperti Wright Philips & Mackie.


Tapi itulah, bila defend bagus, tengah pula yang bermasalah.

Moses boleh dikira membuat debut yang cemerlang kerana sejurus selepas dia masuk, ada impak sedikit di bahagian attacking. Kemasukan Sturridge yang menggantikan abang Torres juga positif. Substitution yang dibuat itu berhasil cuma tak tepat pada masanya. Sepatutnya Moses & Sturridge ni beraksi dari awal2 permainan lagi kerana mereka berdua mudah mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Moses seperti "A little Drogba". Dia ada kekuatan fizikal badan yang boleh membuli bek2 lawan. Kawalan bolanya kemas serta hantaran pendek yang bijak.

Hazard ? Hazard okey. Aku terpesona setiap kali dia perform. Hazard seorang pemain sayap yang cerdas akal fikirannya. Bila dia bawa bola, dia tahu nak passing kepada siapa. Dia tahu nak deliver ball itu kat mana. Sempat juga dia melakukan skill dan membuat trick pass. Cuma last part of the game, dia mensia-siakan peluang keemasan untuk score gol.

Setiap game EPL tidak mudah dan kita harus tahu Chelsea takkan boleh menang setiap perlawanan. Ada kala kita akan tercicir mata juga. Minggu ni kita gagal meneruskan momentum kemenangan selepas sebelum ni 3 game kita sapu habis 9 mata. Hari ini kita buang 2 mata di Loftus road. So what do u expect after this ? tentulah kita mahu bangkitkan. Lepas kalah teruk dengan atletico, kita diajak seri pula dengan kelab air asia. Next game wajib menanglah. Nak juara Chelsea harus konsisten dan perlu ada sedikit luck.


P/S : Sebenarnya tiada yang menarik tentang pertembungan west london derby QPR lawan Chelsea ini. Yang menjadi kontroversinya kes JT dengan Anton, itu sahaja. Pasal isu handshake, coconutshake, aku tak nak ulas panjang. JT dah buat apa yang orang professional buat. Terry offer nak salam, cuma anton buat drama petang2, tak mahu hulur tangan. So, apa boleh buat kan ? Nak salam ke tak nak salam ke, lantak pi lah ko Anton. Terry tak rugi apa2. Kes dah tutup. Cuma kalau kita sebagai pemain yang professional, kita harus tahu apa yang perlu kita buat sebelum game bermula. Masalah2 dalaman tolong campak ke luar kerana di atas padang, kita harus tunjuk attitude yang baik untuk tontonan umum. Satu sebab aku respek JT ini kerana komitmennya di atas padang. Walaupun dia ada rekod buruk di luar padang, tapi itu luar padang. Di atas padang Terry still a great player. Dia pandai mengawal situasi dan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh coach . That why he is a captain, leader & legend for Chelsea.

Rumours : Fellaini, target Chelsea yang seterusnya ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, September 12, 2012 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fellaini dikaitkan dengan beberapa kelab besar, termasuk sekali dengan kelab Chelsea selepas dia dilaporkan mahu berhijrah ke kelab baru pada bulan Januari nanti.

Sungguhpun berita mengenai Fellaini ingin keluar dari Goodison Park adalah mainan media tapi tak salah untuk Chelsea terus memantau perkembangan mamat afro tu. Tak selamanya dia akan kekal di Everton kan ?

Lagipun Everton kelab yang "creat talent & sell talent". Mereka bukan kelab yang kaya dan ada kala mereka mengalami kesempitan wang. Bila terdesak sangat, Everton akan jual beberapa pemain penting mereka. Sebagai contoh kita boleh lihat Wayne Rooney, James Beattie, Beckford, Yakubu, Arteta. Mereka dijual atas sebab2 yang tertentu.

Pemain macam Fellaini ni kalau Chelsea offer 10-15 juta, konfem Everton setuju jual punya.

Aku cakap macam ni kerana aku sangat tertarik dengan gaya permainan Fellaini. Dia seorang pemain yang energetik. Tinggi, peka dengan situasi yang berlaku, kawalan bola yang kemas antara keistimewaan yang dimiliki oleh pemain muda Begium ini. Satu lagi kehebatan Fellaini, dia pemain centre midfield yang boleh score gol. Dia akan gunakan ketinggiannya untuk score dan memenangi high ball (bola tinggi).

afro combination ?

Memandangkan Chelsea sekarang inipun sudah ada ramai pemain yang berwarganegara Belgium. Courtois, De Bruyne, Hazard, Lukaku. Tambah Fellaini seorang lagi makin kuat lah pengaruh revolusi Belgium di Stamford Bridge.

Fellaini ni kalau nak banding dengan Mikel, memang ketara sangat tahap kualitinya. Posisi sama namun Fellaini aggresif, tak slow. Bahagian midfield dia kawal rapi. Fellaini ni juga bijak membuka ruang kepada pemain sayap bergerak

Kalau diberi peluang, aku teringin nak buang Mikel & gantikannya dengan Fellaini. Gerenti berbaloi.

International break#

Posted by KampungChelsea On Sunday, September 09, 2012 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Epl berehat seminggu bagi memberi laluan kepada International break.

Aku tak berapa layan sangat international match ni sebab ia boring. Satu problem kalau melibatkan international match ni ialah takut ada player penting yang cedera.

Perlawanan antarabangsa semalam banyak juga melibatkan pemain Chelsea. Antaranya :


Lampard mencetak nama sebagai penjaring dua gol ketika England menang besar di Moldova. Gol pertama melalui sepakan penalti dan gol kedua menerusi tandukan. Lampard sekarang sudah ada 92 kaps sambil memiliki 25 gol bersama skuad Three Lions.

Agak heran dengan perfomance Lampard. Di Chesea sudah 4 game prestasi dia kurang memberangsangkan namun di pentas antarabangsa semalam, Lampard kembali menonjolkan aksi terbaik. Dia control tempo dan memanfaatkan peluang dengan baik.

Cahill, Bertrand & Sturridge menyaksikan perlawanan dari bangku simpanan manakala Terry mengalami sedikit kecederaan.

Hazard & Courtois beraksi penuh 90 minit ketika Belgium menewaskan Wales 1-0. Lukaku & De Bruyne sempat juga bermain pada separuh masa kedua.


Dalam friendly match pula, Spain mudah meratah Arab Saudi dengan 5 gol tanpa bolos. Torres yang dilantik sebagai kapten Espana telah membuat penampilan ke-100 untuk negaranya itu.

Oscar, David Luiz & Ramires masing2 menggalas tugas dengan cemerlang ketika Brazil menang tipis 1-0 ke atas Afrika Selatan.

Selamat tinggal Raul Meireles

Posted by KampungChelsea On Tuesday, September 04, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku baru sahaja bincang pasal Meireles 20 minit tadi, tiba-tiba keluar official news dia dah sertai kelab Fenerbahce.

Ada yang cakap pembelian Meireles ni membazir kerana dengan hanya 12 bulan sahaja di Chelsea, dia tidak beri banyak sumbangan. Harus ingat, tak kira player mana yang keluar sekalipun, dia tetap meninggalkan kesan positif kepada kelab & juga penyokong.

Antara jasa Meireles kepada Chelsea :

1. Dia score gol penting ketika Chelsea menang 2-1 ke atas Manchester City di Stamford Bridge. Masihkah anda ingat pada waktu itu, Chelsea team pertama yang meleburkan rekod unbeaten City.

2.  Score gol last2 minit ketika Chelsea menyingkirkan Benfica pada suku akhir UCL.

3. Menjaringkan gol cantik ketika Chelsea menewaskan Birmingham di pusingan ke-5 Piala FA. Meireles merembat kencang dari luar kotak penalti untuk menyempurnakan debut pertama RDM sebagai interim manager.

Keluarnya Meireles tentu bersebab. Pertama kerana Meireles tahu dia tak akan dapat tempat dalam 1st starter. RDM lebih gemar gandingan Mikel-Lampard. Nak main di bahagian right midfielder, Ramires dah cop. Masuk pula si Oscar konfem buat Meireles rasa lagi terpinggir. Kedua, kedatangan Meireles ke Chelsea hari tu pun sebab AVB yang ajak. Dan selepas AVB dipecat, Meireles berniat untuk keluar dari Stamford Bridge. Dan niatnya itu tercapai.

Apa pun good luck buat Meireles. Tak kira anda berpindah ke kelab mana sekalipun, aku sebagai fans Chelsea akan terus support ko. No hard feeling, tak ada simpan dendam apa2. Semoga sukses selalu.

Raul José Trindade Meireles
(31 ogos 2011 - 3 September 2012)
48 penampilan 6 gol 2 trofi (Piala Fa & UCL)

Bila dah banyak sangat beli pemain tengah, maka pemain2 yang terdahulu dibuang. Polisi ni kononnya bertujuan untuk memberi peluang kepada muka2 baru, bakat2 muda. Tapi kita harus tahu perancangan merombak team secara besar-besaran biasanya mengambil risiko yang tinggi. Ada yang menjadi dan ada yang kurang menjadi. Bila tak menjadi, maka timbullah persepsi seperti ini "menyesal board club buang pemain2 yg berpengalaman. player muda mentaliti tak kuat".  "menyesal lepaskan Drogba, Torres banyak bazirkan peluang, banyak hilang bola"

P/S : Essien di-loan, Meireles dijual. Jadi, sekarang ini tinggallah 3 pemain centre midfielder Lampard-Mikel-Romeu. Bolehkah Chelsea nak mengharapkan gandingan Mikel-Lampard lagi ? Romeu pula aku tak tengok lagi cara dia main macam mana. Adakah sebagus musim lepas atau sebaliknya. Oscar ? dia lebih kepada attacking dan Ramires ? Ramires sesuai main right wing. Harap RDM bijak buat rotation terhadap 5 pemain ini. Salah satu daripadanya kalau nak dropkan kat bench pun tak ada masalah sebab tak ada sumbanganpun kalau dia main kat atas padang.

Review transfer window #

Posted by KampungChelsea On Tuesday, September 04, 2012 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku sebenarnya masih berada dalam mood "trauma" dengan apa yang berlaku di Monaco 3 hari lepas. Kita hilang 1 lagi trofi musim ini namun paling menyedihkan ialah bila melihat perfomance terumbang-ambing Chelsea yang telah diperkotak-katikkan oleh Atletico Madrid. Bukan 1, bukan 2, tapi 4 kali kita bolos dalam match itu. Mulai sekarang RDM harus berwaspada kerana jika kita hilang 1 lagi trofi iaitu trofi fifa world cup club, maka beliau akan hadapi tekanan yang sama seperti yang ditrasai oleh bekas2 manager Chelsea sebelum ni. Roman tidak akan lama sangat memandang pencapaian yang lepas. Pencapaian yang terdahulu kena seiring dengan pencapaian sekarang. So, Chelsea kena mula bangkit atau nasib RDM akan jadi sama seperti AVB dan yang lain2.

Berbalik kepada point utama, transfer window bulan ogos selesai. Ada beberapa pemain dilepaskan secara pinjaman dan ada juga yang dilepaskan secara free. Pemain yang di-loan antaranya ialah Sam Hutchinson ke Nottingham Forest, Chalobah ke Watford (kelab yang di-manage oleh Zola), Essien reunion balik dengan JM di Real Madrid, dan Benayoun ke ex-club, West ham. Bagi yang dilepaskan secara free pula Bosingwa yang telah membuat debut pertama untuk kelab QPR ketika pasukannya tewas 3-1 kepada City 2 hari lepas. Tapi Malouda apa cerita pula erk ? aku masih tak tak tahu mana hala tuju dia yang seterusnya. Hari itu dia di-link kan dengan kelab Santos, namun gagal terlaksana dek kerana kelab Brazil itu tak mampu nak bayar wages yang Malouda tetapkan. Hampeh, nak gaji mahal sama macam dia dapat kat Chelsea. Apa dia ingat kelab Santos kaya raya macam Chelsea ke.

Pasal Essien, aku rasa ada bagusnya juga dia di-loan ke Real Madrid. Di bawah pimpinan RDM sekarang, Essien macam2 bayang kosong. RDM lebih kerap memainkan Mikel dan Essien dipinggirkan . Essien itu dulu box to box midfielder, JM memang sangat sayang dengan dia. Pada waktu itu, Iniesta & Xavi pun tak boleh lawan Essien.  Essien kelebihannya sangat luar biasa. Dia pemain centre midfielder yang boleh shoot dengan baik dan melakukan hantaran yang bijak. Aku ibaratkan Essien yang dulu ni macam Bryan Robson, legend England. Dia pemain tengah yang mempunyai stamina yang kuat dan boleh menyelamatkan keadaan jika ada situasi genting. Boleh bergerak sebagai playmarker dan kadang2 juga boleh jadi striker. Jarang pemain CM yang boleh score gol namun Essien boleh melakukan perkara sedemikian. Sebagai contoh, lihat sahaja di zaman JM, Avram Grant, Hiddink & Ancelotti. Kesemua gol yang dia jaringkan itu memang superb. Tak termasuk lagi dengan gol2 penting yang dia sumbangkan untuk pasukan kita.


Tapi sayang, dia tidak diberi kepercayaan tinggi oleh RDM, kononnya essien ni form dia menurun lah. Padahal kalau nak sebut pasal form2 menurun ni, Mikel tu banyak game dia main teruk. Ada sesetengah match sahaja dia main okey tapi itupun masih belum cukup memuaskan. Beza Mikel dengan Essien ni ialah Mikel shoot hancur tapi Essien shoot power. Essien boleh set up beberapa peluang kepada striker tapi Mikel nak buat hantaran pun tak reti. Dia hanya tahu bawa bola, rampas bola. Itu sahaja. Romeu pun tak banyak fungsi sangat. Cuma kalau nak banding dengan Mikel, Romeu lebih bagus kerana dia pandai cover bahagian tengah, disamping menutup ruang serangan lawan.

Terkini, Meireles dikaitkan dengan Fenerbahce. Berkemungkinan besar brader tatoo itu akan tinggalkan Chelsea kerana nasibnya juga sama seperti Essien, kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama. RDM seolah-olah lebih berminat dengan gandingan Mikel-Lampard daripada gabungan Meireles dan pemain tengah yang lain. Meireles perform okey ketika Chelsea menang 2-0 ke atas Newcastle. Namun selepas pada itu, dia diletakkan balik ke bangku simpanan kerana RDM lebih gemar dengan gandingan tak menjadi Mikel-Lampard.

Fenerbahce sudah membuat rundingan dengan pihak atasan Chelsea dan Meireles diberi masa sampai malam esok untuk membuat keputusan sama ada mahu berhijrah atau tidak ke kelab Turki itu.

sayang la kalau jual sebab shoot dia pun boleh tahan lagi

Chelsea 1 Atletico Madrid 4

Posted by KampungChelsea On Saturday, September 01, 2012 10 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ini keputusan yang sangat mengejutkan. Cukup2 mudah pasukan kita dipermalukan sebegini rupa oleh Atletico Madrid. Bak seperti peribahasa "sudah jatuh ditimpa tangga". Sudahlah kalah, perfomance hambar pula tu.

Bila sudah kalah teruk macam ni, maka aku terpaksa melontarkan beberapa kritikan :

1. Tiada persediaan. Tak nampak yang Chelsea bersedia untuk lawan Atletico. Kita tak main bersungguh-sungguh. Aku rasa ada beberapa pemain Chelsea over-confident sebelum game start.

2. Gandingan hampeh Mikel-Lampard. Sebelum ni aku sudah bagitahu, Mikel tak boleh main bersama dengan Lampard, hancur dan perkara tu RDM pun sudah tahu kan. Sepatutnya tukar Lampard dengan Meireles. Mikel memang out of form lah, passing entah ke mana hala. Bila dua player ni tak bergerak, tak holding midfield dengan baik, macam mana nak jana bahagian serangan.

3. Defend teruk. David Luiz, Ashley Cole penyebab gol pertama & kedua Atletico. Luiz hampir2 nak score own gol pada separuh masa kedua. Heran juga kenapa bek2 kita begitu mudah memberi ruang pihak lawan membuat short pass. Membiarkan sahaja team lawan melakukan percubaan tanpa ada marking.

4. Line-up tak berubah. Mikel aku tak tahu sebab apa RDM mainkan dia tiap2 game. Dan Mata tak menjadi bila bergandingan dengan Hazard. Harap lepas ni pemain2 seperti Oscar, Romeu, Moses, Piazon perlu banyak diberi peluang main 1st starter. Kita tak boleh mainkan player sama setiap perlawanan. Kena ada kelainan juga.

Apa yang membezakan Chelsea dengan Atletico Madrid ialah mereka beraksi lebih baik daripada kita. Mereka ada striker power yang konsisten. Falcao dua kali hatrik dalam masa seminggu. 4 hari lepas hatrik ketika lawan Atletic Bilbao dan kali ini Chelsea pula yang jadi mangsanya. Satu lagi kekuatan Atletico Madrid ialah mereka bijak membuat counter attack. Serangan balas puak2 Falcao ni sukar dibendung. Mereka kental, solid & aggresif namun pasukan kita, sejak dari awal lagi sudah rapuh, lemah & tak bermaya.

rugi tak beli mamat colombia ni. "killer striker"

Siapa tak kecewa kalau kalah main macam orang tak cukup akal. Tewas kepada City dalam Piala Komuniti Shield tidaklah mengecewakan sangat tapi untuk kalah dalam merebut gelaran UEFA Super Cup ini boleh aku simpulkan sebagai hari yang sangat pedih, pilu buat seluruh warga Chelsea. Kali terakhir kita memenangi cup ini iaitu pada tahun 1998, di zaman RDM juga tu. Jadi tahun ni kita runners-up sahaja. Apa pun kredit untuk team Thibaut Courtois.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png