Chelsea 2 Newcastle 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, August 26, 2012 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kemenangan ke atas Newcastle ini tiada ertinya jika kita tidak memberi kredit penuh kepada Hazard & Torres.

Kombinasi Torres-Hazard lah yang telah merealisasikan kedua-dua gol Chelsea. Gol pertama diperolehi menerusi sepakan penalti selepas Torres dikasari. Lampard berada di bangku simpanan, jadi Hazard diberi kepercayaan untuk mengambil sepakan penalti. Hazard menggalas tugas tersebut dengan baik dan memberi gol pendahuluan kepada The Blues.

Chelsea menggandakan kedudukan 2-0 melalui satu jaringan cantik dari Torres. Menerima umpanan Hazard, Torres melepaskan rembatan kaki kanannya itu ke sudut kiri gawang Newcastle, menewaskan Tim Krul.

Torres dua game dua gol , manakala Hazard 3 game 6 assist. Memang terbaik lah, terutama sekali Hazard. Apa makan lah budak belgium ni.

Aku puji RDM atur line-up. Menyingkirkan Lampard di-bench dan menggantikannya dengan Meireles merupakan satu strategi yang bijak. Dua match sebelum ni gandingan Mikel-Lampard tak menjadi, lantas RDM buat option baru, meletakkan Meireles pula mengemudi di barisan tengah bersama Mikel. Mikel juga harus diberikan pujian kerana menjaga midfield dengan bijak. Dia menggunakan fizikal body nya yang kuat itu untuk menutup ruang ketika lawan membuat hantaran. Cuma itu je lah kelebihan Mikel. kalau nak harap lebih daripada itu memang susah. macam Essien, dia centre midfielder yang laju dan boleh create lebih banyak idea kepada striker & winger, disamping cekap membuat hantaran. kadang2 shoot power. Mikel tak boleh buat dua benda tu.




Dengan kemenangan ke atas Newcastle ini, kita dapat merasai 2 kepuasan :

1) Chelsea kekal di puncak liga dengan maksimum 9 mata.
2) Badi 4 perlawanan tanpa menang dengan Newcastle di Stamford Bridge sebelum ini terhapus

Puas hati juga melihat papis cisse & dem ba dirantai dengan rapi oleh bek2 kita. bukan mudah nak kekang dua negro liat itu.

P/S : Moses pun dah official. Harap RDM pandai2 lah guna pemain sayap kental tu. Memandangkan winger kita semakin hari semakin bertambah, rasanya setiap game perlu ada rotation juga. Jangan tiap2 game yg main orang sama sahaja.

Official : Selamat datang Azpilicueta

Posted by KampungChelsea On Saturday, August 25, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lengkap sudah pembelian Azpilicueta dengan yuran perpindahan 7 juta pound.

Azpilicueta atau nama penuh ikut ic Cesar Azpilicueta Tanco ni merupakan pemain muda Sepanyol yang baru berusia 22 tahun.

Selepas Bosingwa keluar, option di bahagian right back berkurangan, jadi sebab itu kita perlukan khidmat Azpilicueta, untuk dijadikan back-up kepada Ivanovic.

"Strong running right back", itulah tanggapan Mata terhadap Azpilicueta.  Kita patut rasa bertuah kerana berjaya mendapatkan bekas pemain Marseille ini dengan harga yang murah. 7 juta je beb.

Selepas Torres, Mata & Romeu, kini bertambah seorang lagi pemain Sepanyol. Apa pun selamat maju jaya di Chelsea ye, Azpilicueta.

Chelsea 4 Reading 2

Posted by KampungChelsea On Thursday, August 23, 2012 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Berhempas pulas juga Chelsea ketika menundukkan Reading pagi tadi.

Sebelum menang 4-2 tu, kita sempat ketinggalan 2-1. Tapi inilah EPL, liga bola sepak terbaik di dunia. Atas kertas nampak mudah namun di atas padang, lain pula jadinya.

Chelsea mendominasi perlawanan sejak dari awal permainan lagi. Bermula dengan satu gerakan cantik Torres yang mudah melepasi dua benteng pertahanan pihak lawan. Sayang abang jambu tak berjaya menyelesaikan peluang tersebut dengan baik.

Kita memperolehi gol pertama menerusi sepakan penalti Super Frank. Bermula dari pelanggaran Chris Gunter terhadap Hazard, pengadil Lee Mason tanpa ragu2 memberikan penalty kick kepada Chelsea.

Selang 7 minit berikutnya, Reading menyamakan balik kedudukan menerusi tandukan Pavel Progbenyak. Tersentak dengan gol penyamaan itu, Chelsea terus diasak bertubi-tubi dan kesilapan Cech menyebabkan gawang kita bolos buat kali kedua. Separuh pertama berakhir dengan Reading unggul dengan scoreline 2-1.

Tiada perturakan dari RDM utuk separuh masa kedua dan kita stick dengan pemain yang ada. Walaupu tiada pertukaran dibuat, namun Chelsea tetap menguasai permainan dengan melancarkan pelbagai serangan.

Solid nya defensif Reading membuatkan RDM mengubah sedikit strategi dengan mengeluarkan Mikel, Ramires dan memasukkan Sturridge dan Oscar. Selepas Mikel keluar, baru nampak bahagian tengah kita hidup balik.

Hasilnya, Chelsea menyamakan kedudukan menerusi gol lewat Cahill pada minit ke-69. Cahill melepaskan rembatan dari jarak 35 ela menewaskan Federici, penjaga gol Reading.

Asakan punyalah asak untuk mencari gol ke-3 akhirnya menjelma. Torres menyudahkan gol tersebut selepas menerima umpanan dari Ashley Cole. Gol ni memang offside tapi apa boleh buat kan, selagi Fifa tak rasmikan penggunaan goal line technology, memang akan timbullah kes2 seperti bola tak lepas line, offside. Ia sudah menjadi lumrah dalam bola sepak. Ikut hukum pengadil memang banyak tak kena sebab mereka tak banyak MEMBACA.

Sampai ke masa kecederaan, kita berhasil mendapat gol ke-4. Kredit buat Hazard kerana dia tidak tamak dan ketika berhadapan dengan bek lawan, Hazard memilih untuk melorongkan bola kepada Ivanovic yang berada dalam posisi yang lebih mudah untuk merobek gawang Reading.

Full-time Chelsea 4 Reading 2.


Secara keseluruhan, aku rasa Chelsea masih bermain dengan baik. Walaupun ada beberapa kesilapan pada separuh masa pertama namun ia dapat dibaiki balik pada separuh masa kedua. Cuma kelemahan Chelsea ialah menerusi set-piece pihak lawan. Sejak dari dulu lagi, kita sukar nak atasi kelemahan itu. Dan gol kedua Reading itu tak sepatutnya berlaku kerana Cech harus lebih peka jika nak kekang bola bawah. Yang bagusnya ialah kita sentiasa bergerak, melancarkan serangan walaupun kubu pihak lawan sangat kebal. Idea dan kreativiti sentiasa mencurah-curah. Kemasukan Surridge membolehkan Chelsea melancarkan serangan dengan lebih aggresif.

Pujian buat pasukan Reading kerana mereka juga beraksi dengan baik, mengucar-kacirkan bek kita. Mereka memanfaatkan sesuatu peluang dan menterjemahkannya dengan satu tempo yang tinggi. Kebiasaannya bila team yang baru masuk liga memang akan beri saingan yang sengit ketika bertemu dengan top team.

2+3=5. Minggu lepas dua assist, minggu ini 3 asssit. Dua game 5 assist. Itulah Eden Hazard. Hazard tampil dengan aksi yang cukup mempesonakan. Dia pandai menggecelek, bijak mengumpan serta melorong bola kepada rakan sepasukan. Senang cakap, Hazard memang terbaik. Berbaloi beli budak Belgium ni.

Satu lagi keputusan cemerlang untuk Chelsea. Reading memang betul2 bagi player kita "sesak nafas", namun kita harus ingat perlawanan yang seterusnya mungkin lebih sukar. Apa yang penting, kita perlu kekalkan momentum kemenangan dan bergerak sebagai pasukan yang konsisten. KTBFFH.



Wigan 0 Chelsea 2

Posted by KampungChelsea On Monday, August 20, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Chelsea memulakan kempen musim baru dengan menewaskan Wigan 2-0.

Dua gol yang terhasil berlaku pada separuh masa pertama. Ivanovic minit ke-2 manakala Lampard minit ke-7. Cuma selepas dua gol tu, aku lihat player Chelsea main slow skit. Mikel & Lampard main macam lawan City. Mereka berdua tak holding bahagian tengah dengan baik. Nasib baik player lawan juga banyak buat silap. Wigan kalau mereka main betul2 macam akhir2 musim lepas, memang masak lah Chelsea. Tadi penyudah mereka sama macam Liverpool juga, hancur.

Ivanovic jaga kubu kental, cuma Bertrand kalah fizikal dengan Victor Moses. Moses setiap kali dapat bola memang sentap juga bek2 kita. Wigan attack dari kanan kiri kerana di situ sahaja mereka boleh tembus bek kita, tapi kalau serang dari tengah, one by one sukar sebab Terry-Luiz betul2 solid.

Oscar sempat main dalam 20 minit terakhir. Boleh dikira ia debut yang bagus juga dari Oscar kerana dia cipta beberapa peluang. Sentuhan pertamanya juga terbaik dengan kawalan bola yang mantap.

Kredit buat Hazard. Walaupun tak score gol ditambah pula kena asak banyak kali bek lawan, tapi dia telah sumbang dua assit kepada gol2 Chelsea hari ini. Gol pertama dia umpan bola kepada Ivanovic. 3 minit selepas itu, dia dikasari dan Chelsea perolehi sepakan penalti. Bab2 penalti Lampard memang master sebab dia menyudahkan misi itu dengan satu tendangan kencang menewaskan Al habsi. Stail Super-Frank shoot penalty macam itu kan.


Jika nak ukur secara keseluruhan permainan Chelsea hari ini memang banyak kekurangan lah, terutama sekali di bahagian tengah yang banyak kali juga cuai ketika membuat hantaran, dan termasuk juga kesilapan dari Cech melalui beberapa lontarannya yg silap2 hari bulan boleh memberikan gol untuk pihak lawan. Chelsea main tak cantik mana, tapi inilah bola sepak. Apa yang penting ialah kemenangan. Sexy football itu kita boleh bikin lain hari.

KTBFFH.

Selamat hari raya aidilfitri

Posted by KampungChelsea On Saturday, August 18, 2012 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan esok raya dan esok juga Chelsea lawan Wigan, jadi dikesempatan ini aku ingin ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca setia blog ini.

Mohon maaf jika artikel yang aku tulis sebelum ini ada menyinggung perasaan anda sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Selamat hari raya, maaf zahir & batin. KTBFFH.

Chelsea 2 Manchester City 3

Posted by KampungChelsea On Monday, August 13, 2012 14 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kekalahan kepada City dalam merebut trofi julap tidaklah begitu mengecewakan sangat.

Chelsea bermain dengan baik pada separuh masa pertama, yakni ketika Ivanovic ada membantu di barisan pertahanan. Beradu kekuatan 11 sama 11, kita boleh lihat sukar untuk Manchester City menembusi tembok kebal Chelsea. Namun segalanya berubah selepas Ivanovic dibuang padang. Bermain dengan 10 orang, menentang pula team seperti Manchester City, so what do you expect ?

Keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada Ivanovic itu pada aku tidak wajar kerana Ivanovic terlebih dahulu membuat tekel ke arah bola.

Sebut pasal kad merah, pengadil juga harus memberikan kad merah kepada Stefan Savic, pemain pertahanan City kerana dia menyiku muka Torres. Tapi sebaliknya, tiada apa-apa kad yang dilayangkan dan yang hairan, City pula dapat free kick di atas insiden tersebut.

Mengharungi separuh masa kedua tanpa seorang bek yang kental, sememangnya memberi kelebihan kepada City untuk melancarkan serangan dengan lebih terbuka. Seorang bek tiada jadi bahagian defend akan sentiasa dibolosi dengan mudah. Hasilnya City memperolehi 3 gol dalam masa kurang dari 12 minit.


Berkenaan dengan prestasi pemain kita dalam perlawanan ini, ada yang positif dan ada yang negatif. Yang positifnya, Torres telah menunjukkan aksi yang terbaik. Boleh dikatakan dia sudah berada dalam hot-form. Lihat sahaja pada gol pertama Chelsea, penyudah Torres sangat superb. Dia juga sempat memperdayakan beberapa pertahanan City. Yang negatif pula, mungkin di bahagian tengah kurang berfungsi pada pertengahan separuh masa kedua. Mikel dan Lampard banyak buang bola.

RDM harus peka dengan situasi yang berlaku. Kita sudah kehilangan seorang pemain, pemain bek pula itu, jadi bila berlaku situasi seperti itu, apa yang perlu dibuat ialah menggantikan seorang pemain tengah dengan pemain pertahanan. City sudah pasti akan melakukan serangan berhabis-habisan, jadi waktu itu, kita hanya perlu mengamalkan corak parking bus sahajalah. Dengan kekurangan pemain, sukar untuk kita membuat serangan dengan lebih terbuka.

Harap Chelsea dapat ambil pengajaran daripada kekalahan ini. Kita sudah ada pemain baru yang bagus dan berbakat, jadi gunakan kelebihan ini untuk mencapai trofi yang seterusnya. Untuk hilang trofi julap seperti Community Shield ini tidaklah perlu dirisaukan, apa yang penting, kita wajib bersaing untuk kejuaraan liga, Champions League dan Fifa World Cup Club. Itu yang menjadi objektif utama kelab.

Preview Community Shield - Chelsea vs Man City

Posted by KampungChelsea On Saturday, August 11, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam ramadhan.

Sebelum aku ulas mengenai preview Piala Perisai Komunity Chelsea lawan City, elok juga aku inform beberapa perkara yang sebelum ini aku terlepas pandang. Selepas menjuarai Champions League, Chelsea menerima habuan sebanyak 64 juta euro (US$73,1 juta) dari pihak UEFA dan hasil kejuaraan itu meletakkan Chelsea berada di ranking ke-3 terbaik di Eropah. Ini semua gara-gara kerana kejayaan menjuarai Champions League, jika pasukan anda tak menang trofi, anda tak akan dapat apa yang Chelsea capai sekarang. Menang trofi dan duit income pun banyak masuk. Disebabkan itulah ramai pemain-pemain star, pemain hebat berminat berhijrah ke Chelsea. Jadi, jangan ada peminat lain yang jeles kerana ia sudah menjadi satu lumrah bagi kelab berjaya seperti Chelsea mampu menarik banyak pemain yang berkualiti. Tidak kisahlah kami nak berbelanja banyak mana sekalipun kerana ia duit daripada owner kelab, untung rugi dia yang tanggung. Dengan apa yang Chelsea capai selama satu dekad ini, tidak mengapalah Roman Abramovich nak berbelanja besar lagi.

Kalau setakat almari kabinet trofi kosong, 6 tahun tak menang apa-apa, macam mana duit income nak masuk ? macam mana nak mempertahankan seorang kapten untuk terus setia bersama kelab ? Jangan cemburu dengan duit-duit gila yang ada pada Chelsea sekarang ini kerana itu semua hasil daripada usaha & kejayaan yang kami capai setiap musim. Chelsea juga tidak ada masalah dalam hal-hal menguruskan pemain. Peman-pemain yang nak keluar dipersilakan dan Chelsea bukan kelab yang desperate nak paksa pemain stay atau tidak. Itu terpulang kepada mereka. Hasilnya kami dapat menyimpan seseorang pemain itu dalam satu tempoh yang lama. Tidak macam sesuatu kelab itu. handle pemainpun tak pandai, kapten pun blah setiap tahun.



Ok lah menjelang pertemuan menentang City hari ahad ni, rasanya semua pemain sudah kembali ke kem kecuali Oscar yang akan dapat cuti rehat lebih. Jika kita lihat option di barisan tengah cukup padat. Marin, Hazard, Mata, Malouda akan bersaing untuk posisi winger, manakala Lampard, Meireles, Ramires,Benayoun, Mceachran, Mikel, Romeu, Essien, Oscar untuk posisi CM & CAM. Tapi dalam option yang banyak ini, kadang-kadang ia boleh jadi baik dan mungkin boleh memudaratkan juga. Paling penting, bila dah bermual musim bari, RDM tidak boleh lagi nak rasa was-was dengan line-up. Cukuplah untuk perlawanan friendly kita menangung kekalahan dek kerana membuat subs yang pelbagai. Untuk match kompetitif, aku harap RDM sudah ada line-up yang perfect. Terlalu banyak rotation akan menggangu tempo permainan sepasukan.

Manchester City, seperti yang kita tahu, juarai EPL musim lepas, menyudahkan pra-musim yang lebih baik jika nak banding dengan Chelsea. Soal transfer, agak hairan juga kenapa mereka slow dalam bab2 membeli pemain. Kebiasaannya dalam musim yang terdahulu, mereka cepat dalam hal-hal sebegitu. Setakat ini tiada lagi news yang aku dengar City nak beli pemain baru. Mungkinkah mereka berpuas hati dengan skuad yang ada sekarang ? hmmm.

Lokasi untuk Comunity Shield tahun ni akan berlangsung di Villa Park. Tidak kira di mana lokasi yang diadakan sekalipun, lawan kuat seperti City memang sungguh mencabar. Mereka mempunyai kekuatan dari setiap sudut. Sama ada di bahagian defends, midfield dan attacking. Untuk menang dengan mereka, kita perlu tempo yang laju, aggresif di samping taktikal yang bagus. Memandangkan Chelsea sekarang sudah menghidupkan kembali kekuatan di bahagian sayap, rasanya kita berpeluang untuk menang. Drogba sudah tiada, jadi Torres bakal mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Super Drog itu, memimpin di bahagian serangan sambil dibantu oleh 3 pemain serba boleh Marin, Mata, Hazard.




Line-up kemungkinan :

(4-3-2-1)
Cech:Ivanovic, Luiz/Cahill, Terry, A.Cole:
Ramires, Mikel, Lampard:
Marin/Mata, Hazard:
Torres

Perlawanan akan bermula pada jam 8.30. Siaran langsung di saluran Astro 817. 

Prediction Chelsea 2 Manchester City 1.

KTBFFH.

Oscar 11

Posted by KampungChelsea On Friday, August 10, 2012 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Oscar akan pakai jersi nombor 11.  

Seperti mana yang anda tahu, sebelum ini nombor tersebut dipakai oleh Drogba. Pada awal karier, Drogba pakai no 15 sebelum memakai no 11 ketika menyertai Chelsea pada tahun 2006.

Oscar mendapat kepercayaan tinggi dari pihak pengurusan Chelsea untuk mewarisi nombor yang ditingggalkan oleh Drogba itu.

Bagi aku, bab-bab nombor jersi ni tak ada lah penting sangat. Tak kisah kalau nak pakai nombor berapa pun, janji perform bagus. Cuma nombor 11 yang akan dipakai oleh Oscar ni akan dapat perhatian kerana nombor tersebut dipakai oleh Drogba yang merupakan antara lagenda kelab bola sepak Chelsea. Mungkin ada bebanan sikit dengan nombor 11 itu.

|

Transformasi di bahagian tengah

Posted by KampungChelsea On Wednesday, August 08, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekarang ini baru aku faham, kenapa Chelsea begitu berminat sekali untuk membeli pemain winger. Tahukah anda Chelsea beraksi di tahap terbaik ketika kita mempunyai pemain-pemain sayap seperti Joe Cole, Arjen Robben & Damien Duff. 3 pemain ini telah mencetuskan revolusi di zaman Jose Mourinho dan membentuk satu persefahaman yang baik di bahagian tengah. Tidak hairanlah gandingan mereka bertiga berjaya menghadiahkan dua trofi iaitu EPL dan Carling Cup. Kalau tidak kerana gol Luis Garcia yang belum melepasi garisan, mungkin kita sudah berada di Istanbul untuk final Champions League. Mungkin pada waktu itu juga kita dapat hadiahkan trofi UCL kepada Roman.

3 bekas winger The Blues itu lah yang telah memecah-belahkan skuad Catalan, Barcelona di Stamford Bridge dengan kemenangan epik 4-2.

Namun selepas ketiadaan mereka, kita tidak terlalu aggresif dalam menjana serangan. Bahagian tengah kurang tajam dan tiada dinamik. Senang cakap, kita tiada pemain yang pandai gelecek. Shaun Wright Philips & Malouda? mereka berdua tidak konsisten dan SWP kadang-kadang gopoh.

Malouda dalam tahun pertamanya di zaman CA sangat terbaik. Di tahun tersebut, kita menang kejuaraan liga disamping memecahkan new Premier League record dengan menjaringkan 103 gol. Tambahan pula, kita menang Piala FA pada waktu itu juga.


Deco, Ballack, Malouda, Lampard boleh dikatakan satu kombinasi tengah terbaik namun mereka gagal menterjemahkan perfomance hebat mereka di pentas eropah, selepas disekat oleh ex-team JM, Inter Milan.

Jadi, sebab itu Roman sekarang ini mahu beli banyak lagi pemain winger untuk Chelsea kembalikan semula nostalgia yang zaman dahulu kala itu supaya pasukan kita digeruni balik oleh musuh lawan. Roman mahu kita perform kononnya ala2 macam team Barca yang mengamalkan corak permainan one touch football. Masihkan anda ingat, kita unbeatable di Stamford Bridge lebih 4 tahun. Rekod itu sukar untuk dicapai oleh pasukan lain. Kita mahu cipta lagi sekali rekod tersebut di masa akan datang.

Pemain lama pergi, pemain baru datang. Ia sudah menjadi lumrah dalam dunia bola sepak.

Positifnya kedatangan Hazard ialah kerana gaya permainannya mirip kepada Joe Cole 5 tahun lepas. Manakala Marin mengingatkan aku kepada Damien Duff. Sekarang ini apa yang perlu kita buat ialah mencari seorang lagi pemain sayap yang memiliki keupayaan seperti Robben.


Mata mungkin akan rasa tercabar sedikit dengan kedatangan Hazard & Marin. Paling penting, kita sudah ada beberapa option di bahagian sayap dan tak perlu nak harapkan bantuan Mata seorang sahaja, seperti musim lepas. RDM pun boleh menarik nafas lega dengan kehadiran pemain-pemain baru ini.

Macam mana pula dengan Oscar ?

Oscar lebih kepada playmarker. Nak tahu perkembangan semasa Oscar, anda boleh tengok dia dalam sukan Olimpik London. Sudah banyak kali juga dia beri assist kepada gol2 Brazil.

P/S : Dengar khabar Chelsea sudah setuju untuk membeli Victor Moses, right winger kelab Wigan. Harga dalam sekitar 8-10 juta pound. Ada beberapa lagi pemain lain yang telah menarik perhatian Roman ialah Andre Schurrle (bayer leverkusen) dan Willian (Shakhtar Donetsk).


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png