Perjalanan ke Wembley & Munich.

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 29, 2012 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seteruk-teruk Chelsea dalam kompetitif liga pun, kami masih berpelung untuk merebut dua trofi iaitu Piala FA & UEFA Champions League.

Arsenal yang kononnya tengah hot form sekarang ini tetap kosong dari segi meraih apa-apa gelaran. Arsene Wnger berbangga dengan kedudukan ke-3 liga tapi tidak risau yang sudah berapa musim, almari pasukan mereka kosong. Kata Wenger " stay in top 3/top 4 is like winning a trophy". Agak kelakar betul ayat professor itu. Chelsea ni sudah lali dengan kedudukan ke-3 & 4 ni. Macam tahun lepaslah, walaupun hambar, tapi Chelsea tetap berjaya mengakhiri liga di top 2. Ada ke Pak Ancelotti nak keluarkan ayat seperti ini "stay in top 2 is like a winning trophy" ? Tidak, kelab kita takkan keluarkan ayat-ayat bangang seperti itu. Itu bukan standard pasukan kita. Standard sebenar pasukan Chelsea ialah layak ke slot UCL musim depan + menang trofi. Itulah motif utama Roman Abramovich take over Chelsea.

Sebut pasal kelulusan ke slot UCL musim depan, aku masih optimis Chelsea akan tuntaskan target itu. Untuk perebutan top 4 spot, kita akan bersaing ketat dengan Spurs. Walaupun fixture selepas ini sangat sukar bagi Chelsea, jika nak bandingkan dengan Spurs yang hanya akan lawan dengan pasukan underdog, namun aku masih yakin kita mampu melepasi sisa-sisa baki 8 perlawanan yang tinggal ini. Apa yang membezakan Chelsea dengan Spurs ialah pengalaman. Kita ada pengalaman yang lebih kuat dari mereka. Jadi sebab itu, aku yakin Chelsea akan meneruskan tradisi yang seperti dilakukan dalam musim-musim sebelum ini iaitu bermain di kejohanan trofi telinga besar.

 
The legends - RDM, Eddie & Wise

Road to Wembley.

Wembley ini boleh dikatakan menjadi satu tempat kebiasaan bagi pasukan seperti Chelsea. Setiap tahun, setiap musim kecuali musim lepas, lokasi tersebut sentiasa dikunjungi oleh Lampard,Drogba, Terry & player kita yang lain. Community shield di Wembley ? semi final di Wembley ? final di Wembley ? Perkara biasa bagi The Blues.

Untuk separuh akhir Piala FA, kita akan berdepan dengan Spurs. Apa yang menarik tentang separuh akhir Piala FA tahun ini ialah ada kita akan disajikan dengan dua pertarungan derby terbaik iaitu Chelsea lawan Spurs & Liverpool lawan Everton.

Perlawanan akan berlangsung pada 15 April nanti. KTBFFH.

Benfica 0 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Wednesday, March 28, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak sangka boleh menang, kan ? Inilah Chelsea.

  • Barisan pertahanan The Blues seperti biasa power & mantap. David Luiz memang tidak ada rasa gentar langsung beraksi menentang bekas kelab kesayangannya itu.
  • Adik cilik, Ramires juga mempamerkan perfomance yg memberangsangkan. Lariannya pantas serta skill pegangan bola yang kemas.
  • Gol kemenangan dari Kalou itu lagi sekali di-assist oleh Abang Torres. Boleh dikatakan, gandingan mereka berdua serasi jika nak bandingkan dengan kombinasi tamak-malas Sturridge Drogba.
  • Termasuk sekali dalam perlawanan ini, Torres telah menghasilkan 9 assist untuk Chelsea.Tak score banyakpun tidak mengapa, janji ada sumbangan kepada pasukan. Itu yang penting sebenarnya.
  • Game play Benfica tidak sehebat Napoli. Aku jangkakan untuk 1st leg ni mereka boleh mendebarkan defensif kita tapi sayang, mereka tidak mampu kerana kapten Marvel, JT & David Luiz terlalu perkasa.
  • Line-up yang agak mengejutkan juga kerana RDM menyenaraikan Paulo Ferreira dalam kesebelasan utama skuad, menggantikan Ivanovic yang cedera. Namun Ferreira menggalas tugas tersebut dengan baik sekali.
  • Kemasukan Lampard tidak beri apa-apa fungsi. Hantar bola tak tepat, tersasar.
  • Mata nampak tamat sedikit. Ada satu peluang itu, dia seharusnya menghantar bola kepada Torres yang berada dalam posisi mudah untuk score gol.
  • Kata pengulas, Chelsea bermain dengan penuh disiplin. Ya, itu betul kerana kita dapat lihat tiada tekel keras yang dibuat oleh pemain Chelsea. Pengadil hanya book pasukan kita 1 kad kuning sahaja.
  • Pemain yang memakai jersi no.21 Benfica, Nemanja Matic itu bekas pemain tengah Chelsea. Dia sempat bermain dalam 15-20 minit terakhir.

Kemenangan 1-0 ini boleh dijadikan satu bekalan selesa untuk pertembungan 2nd leg di Stamford Bridge nanti. Tahniah Chelsea, good job RDM. KTBFFH.

Chelsea 0 Spurs 0

Posted by KampungChelsea On Saturday, March 24, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi sekali Chelsea drop point. Minggu lepas kalah, minggu ini draw. Nampak gayanya misi nak kekalkan top 4 spot makin lama makin terbantut. Game yang sepatutnya boleh menang, entah macam mana boleh jadi seri pula.

  • Kali ini, aku bagi kredit penuh kepada barisan pertahanan Chelsea yang cukup kental & solid. Terutama sekali Gary Cahill yang menjadi penyelamat The Blues apabila dia menghalang percubaan bahaya dari Adebayor.  Kalau tak kekang tu, mungkin Spurs dah menang 1-0.
  • Defends bagus, tapi sayang attacking hancur. Perfomance Drogba lemau. Senang cakap, dia tiada fungsi. Dapat bola, sepak ke laut. Segala hantarannya macam tiada arah pangkal jalan.
  • Tengah macam biasa tidak kreatif. Seperti lawan City hari khamis lepas, bahagian midfield sama sahaja iaitu, mengecewakan. Mata boleh pula tergelincir kat depan gol.
  • Jika aku jadi RDM, Drogba yang harus digantikan dengan Torres. Seelok-eloknya kekalkan Essien kerana dia box-to-box midfielder.
  • Kalou & Torres patut masuk lebih awal lagi.
  • Kemasukan David Luiz tidak memberi apa-apa efek. Banyak buat kesalahan.
  • Perlawanan derby yang tak thriller. Separuh masa pertama boring. Peluang Chelsea untuk membuat percubaan ke gawang lawan itu tidak efektif. Hanya ada beberapa part sahaja yang mendebarkan iaitu masa free kick Mata yang terkena tiang & tak lupa Ramires yang dikasari di kotak penalty oleh Assou-Ekotto. Lain-lain, bosan.

Better draw than lose. Pepatah ini memang dah tak boleh pakai dah. Saat-saat akhir ini, apa yang perlu Chelsea dapat ialah kemenangan & 3 mata penuh. Itu sahaja peluang yang ada kalau rasa nak main UCL musim depan.

P/S : Keputusan seri Chelsea dengan Spurs ini pastinya memberi satu berita yang menggembirakan buat Arsenal yang kini masih kekal di-tangga ke-3 liga.

Manchester City 2 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 22, 2012 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seribu kali sayang kerana Chelsea telah bermain dengan cukup baik & sempat mendahului permainan 1-0. Namun sebaliknya berlaku pada 12 minit terakhir, yakni City berjaya membalas balik dengan dua gol comeback & seterusnya memenangi perlawanan.

Kalau nak ikutkan, kita lebih berhak untuk menang dalam perlawanan ini. Gol pendahuluan Gary Cahill pada minit ke-60 itu membuktikan bahawa City gagal merobek gawang kita selama 77 minit yang pertama. Hadirnya gol penyamaan mereka pada minit ke-78 itupun hasil kesilapan Essien menahan bola dengan tangan yang membolehkan pengadil memberikan sepakan penalti kepada City. Jika kita lihat dengan lebih teliti,  handball Essien memang tidak disengajakan kerana dia dalam posisi yang sukar untuk membendung percubaan dari Zabaleta.

Disebabkan penalti itulah, rentak permainan pasukan kita terganggu. Dalam perlawanan ini, defensif Chelsea sangat kental tapi sayanglah terdapat sedikit kesilapan pada babak-babak akhir permainan yang membolehkan City mencapai target yang mereka hendak. Padahalnya mereka memang tak boleh buat apa-apa jika ref, Mike Dean tidak menghadiahkan sepakan penalti tersebut. Satu lagi, jika tidak kerana Tevez, gol kemenangan City tidak akan menjelma. Tevez lah yang telah melorongkan bola untuk gol Nasri itu. Kasihan kepada City kerana terpaksa menggunakan pemain yang telah dijadikan kambing hitam oleh mereka sebelum ini untuk memberikan satu kemenangan yang desperate kepada penyokong Etihad.

Ini kekalahan pertama RDM sejak mengambil-alih tugas caretaker Chelsea pada 6 Mac yang lepas ketika Chelsea menyingkirkan Birmingham 2-0 dalam saingan Piala FA. Selepas 4 perlawanan straight menang, akhirnya Chelsea kalah juga. Aku tidak kecewa sangat kerana kita kalah dengan pasukan kuat, iaitu pasukan yang masih memburu kejuaraan liga. Apa pun macam biasa, kita kena bangkit daripada kekalahan ini. Fixture seterusnya ialah Tottenham hotspurs. Ia bakal menjadi satu pertarungan derby London yang menarik. Lebih penting lagi ialah kita wajib menang untuk selamatkan maruah slot ke UCL musim depan. Sekarang ini Chelsea masih berada di-tangga ke-5. Hanya 5 mata sahaja yang memisahkan kita dengan Tottenham yang berada di-tangga ke-4. Arsenal merampas kedudukan ke-3 selepas mereka menang 1-0 di Goodison Park pagi tadi. Manakala Spurs hanya mampu seri 1-1 dengan Stoke City.

KTBFFH.

Orang tamak selalu rugi

Posted by KampungChelsea On Tuesday, March 20, 2012 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Orang tamak selalu rugi

Itulah peribahasa yang sesuai digambarkan untuk Daniel Sturrdidge. Sudahlah tamak, akhirnya tak dapat apa-apa hasil juga. Ketika menentang Leicester City dua hari lepas, kita boleh lihat Sturridge terlalu aggresif & gopoh. Dia mempunyai larian yang pantas, skill yang bijak tapi sayang sikapnya tamak & sangat pentingkan diri. Kesan ketamakannya itu menyebabkan dia langsung gagal merobek sebarang gol pihak lawan.

Aku selalu perhati Sturridge ini, setiap kali dia bawa bola, memang dia tak boleh pass balik kepada membernya. Torres walaupun kurang dari segi jumlah golnya, tapi dia tidak tamak. Torres mengamalkan amalan toleransi dalam perfomancenya. Disebabkan itu dia berjaya menjaringkan dua gol & juga meyumbangkan assist. Inilah semangat yang kita hendak. Team-work. Apa yang penting ialah kerjasama. Tapi Sturridge lebih ke arah individualistik. Tak kira dari sudut perspektif mana sekalipun, tak kira angle position sukar sekalipun, dia tetap nak shoot.

Bila lama-lama tengok Sturridge main ni, teringat pula dekat Arjen Robben, bekas winger The Blues. Sama seperti Sturridge, Robben juga memang tamak. Dapat bola je terus nak sepak, tak ada istilah pass kepada member langsung. Football is about teamwork, kalau rasa nak main solo, baik tukar kerjaya jadi pemain tennis ataupun golf.

Off-topic : Aku diberitahu bahawa separuh akhir Piala FA nanti Chelsea akan lawan Spurs. Insiden buruk yang menimpa kepada Muamba sekarang ini menyebabkan Bolton terpaksa menarik diri daripada bertanding dalam kompetitif berkenaan. Hmmm, sayang seribu kali sayang kerana mereka telahpun sampai ke peringkat suku akhir. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi kelab underdog seperti mereka, apetah lagi jika nak bandingkan dengan 3 kelab elit seperti MU, MC & Arsenal yang sudahpun tersingkir lebih awal.

Piala FA : Chelsea 5 Leicester 2

Posted by KampungChelsea On Monday, March 19, 2012 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea ke separuh akhir Piala FA selepas membelasah Leicester City 5-2.

Perlawanan ini aku anggap sangat istimewa kerana :

  •  Cahill menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea. Tidak lupa juga, dia tujukan gol itu untuk bekas rakan sepasukannya, Muamba yang ketika ini sedang mengalami sakit jantung. Kalau ada yang masih belum tahu, perlawanan di antara Spurs menentang Bolton semalam terpaksa ditangguhkan akibat daripada kejadian buruk yang menimpa kepada Muamba itu. Semoga dia cepat sembuh & kembali sihat seperti biasa.
  •  Selepas 24 perlawanan tanpa sebarang gol, akhirnya Torres berjaya memecahkan kebuntuan dengan merobek dua kali gawang lawan dan menyumbang dua assist untuk gol Kalou & Meireles.
  •  Bukan sahaja istimewa, malah perlawanan ini agak menghiburkan. Dalam 5 minit terakhir sebelum game tamat, kita dapat saksikan 3 gol epik. Sama ada Chelsea mahupun Leicester City, masing-masing saling membalas serangan dan mempamerkan permainan bola sepak yang sebenar. Mohon tambah lagi sejam supaya match ini berlarutan,haha.

P/S : Harap momentum seperti ini akan berlanjutan untuk game yang seterusnya iaitu lawan Manchester City hari rabu nanti. KTBFFH.

Suku akhir UCL : S.L. Benfica

Posted by KampungChelsea On Friday, March 16, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Undian telah dibuat, dan lawan yang akan ditentang oleh Chelsea di suku akhir UCL ialah Benfica.

Fuh, mula-mula ingat betting kena Real/Barca, tapi sekali team dari Portugal. Benfica ni memang ada ikatan persaudaraan dengan Chelsea. Tak percaya, boleh tanya David Luiz & Ramires lah.

Benfica merupakan bekas kelab David Luiz & Ramires. Nampak memang senang tapi dari sudut realiti, pasukan Chelsea tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka. Benfica juga ada bek handalan seperti Ezequiel Garay & Luisao. Tengah sape tak kenal, Pablo Aimar. Serangan tak payah cakaplah, Oscar Cardozo.  Ia mungkin akan jadi satu pertembungan menarik dalam sesi suku akhir yang akan berlangsung pada 27 Mac ini. Untuk second leg pula 3 April.

Tepat sekali jangkaan Jose Mourinho yang mengatakan beliau mahu jumpa Chelsea di Final. Tengok sahajalah fixture untuk semi final. Jika Chelsea dapat tewaskan Benfica, maka lawan seterusnya sama ada AC Milan/Barcelona. Manakala lawan Real di suku akhir agak mudah iaitu APOEL dan jika menang, Los Galacticos akan jumpa sama ada Bayern Munich/Marseille. Untuk final di Munich, anda pandai-pandailah teka ye,hehe.

mood : aku masih lagi lagi terasa bahang kejayaan Chelsea membelasah Napoli hari khamis lepas. Harap lawan benfica ni, semangat tu akan muncul balik,hehe.

Full-fixture

gambar diambil dari website uefa.com

Chelsea ke suku akhir UCL

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 15, 2012 14 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ini baru betul-betul comeback beb…defisit 3-1, kita balas mereka dengan 4-1. Lawan Napoli ini rasa macam lawan kat final pula. Betul-betul mendebarkan. Setiap minit, setiap babak ada suspensnya. Klimaks yang cukup mempesonakan untuk warga The Blues. Paling penting, Chelsea satu-satunya wakil tunggal England yang berjaya menyudahkan misi ke suku akhir. Tabik spring for The Pride of London !

Kesemua 4 gol memang lawa. Dalam 4 gol yang dihasilkan itu, 3 di antaranya dijaringkan oleh abang-abang otai kita. Drogba, Lampard & Terry. Sebelum perlawanan, ramai pihak yang mengatakan kuda-kuda tua ini tidak mampu untuk mempamerkan performance yang diharapkan. Hah, sekarang ini sapa yang tak boleh harap ? Mereka yang sebelum ini mentuhankan Lavezzi, mendewakan Cavani, mengagungkan Hamsik akhirnya berserah ke pangkal jalan. 3 budak naples tu tak mampu berbuat apa-apa. Nak senyumpun tak boleh sebab defensive Chelsea terlalu kental, terlampau solid. Last2 yang score hanya mamat botak berjelirkan lidah.

Oklah, berbalik kepada apa yang berlaku dalam perlawanan ini, kita tak perlu menunggu lama untuk melihat gol pertama. Bermula dari cross cun adik Ramires yang ditanduk kemas Abang Drog untuk scoreline 1-0. Beberapa minit kemudiannya, Napoli sempat juga mengasak dan membuat percubaan merbahaya namun tidak menjadi satu masalah bagi Cech untuk mengekang setiap percubaan bekas team Diego Maradona itu.


Gol kedua yang dicari, yang dinantikan tiba pada awal separuh masa kedua. Sama seperti Drogba, Terry menggunakan kepala legendnya menanduk menewaskan keeper lawan. Kedudukan semasa 2-0. Hmmm, target nampak sudah terlaksana.

Tiba-tiba, Napoli berjaya menyentapkan seketika warga Stamford Bridge dengan gol voli yang cukup luas biasa dari pemain yang berasal dari Switzerland, Gokhan Inler . Bile lawan dah score sebijik ni, rasa cemas lah juga sebab pada masa itu nampak pemain kita dah stop buat serangan sebab dah stick dengan 2 gol.

Tapi Kem Chelsea belum cepat menyerah. asakan demi asakan sentiasa dibuat ke atas kubu Napoli. Aggregat masih 3-4 dan ia belum selamat buat kem kita yang wajib mencari satu gol lagi untuk seimbangkan peluang. Perlawanan berjalan hampir ke minit 70, 20 minit lagi bakal tamat. Namun di Matteo tidak mudah berputus asa. Beliau ada strategi sendiri. Otaknya geliga. Bila dah tahu kena score lagi satu, Di Matteo terus memasukkan Torres untuk top up kan lagi attacking Chelsea.

Serang punya serang, akhirnya Chelsea dihadiahkan sepakan penalty selepas bek lawan membuat fault dengan menahan bola dengan tangan. Dan Lampard seperti biasa menyempurnkan misi penalty tersebut dengan satu rembatan kencang. 3-1, aggregat seimbang sehingga mengheretkan perlawanan ke masa tambahan.

Bile dah main extra-time ini, dalam fikiran aku ni asyik duk fikir penalty shoot-out je.

Fuh lega kerana hadirnya minit ke-105, Drogba bijak mengelirukan bek lawan dan terus mengumpan bola kepada ivanovic. Ivan yang tidak dikawal pada waktu itu dengan first touch shoot menewaskan De Sanctis. Gawang Napoli bolos kali ke-4

Napoli memang dah hilang akal dah waktu tu. Nak serang defends kita terlalu gagah. Apa yang dibuat memang tak menjadi. Hantar bola atas gagal, buat cross silang hancur. Chelsea betul-betul seperti pasukan singa yang ganas. Final countdown dibunyikan, Napoli secara dramatik tersingkir & Chelsea as expected layak ke suku akhir dengan aggregate 5-4.


Kredit 90% buat abang-abang Otai kita. Drogba, Lampard & Terry membuktikan bahawa usia tua bukan menjadi penghalang bagi mereka untuk memberikan kemenangan epic kepada Chelsea. They are our saviour. Di bawah pimpinan Di Matteo, kita nampak banyak perubahan yang drastic. Dari segi taktikal, dari segi formasi & line-up, Di Matteo memang top class. Berbeza dengan AVB, Di Matteo tidak meminggirkan pemain senior seperti Lampard. Kerana Di Matteo tahu pemain senior masih ada gunanya untuk kelab Chelsea. Jika ia berterusan macam ni, aku sokong beliau pimpin Chelsea lagi musim depan. Setuju geng ? hehe…KTBFFH.

P/S : Undian quarter final akan diumumkan esok. Tak silap aku jam 7 malam. Siapa opponent yang seterusnya ? Marseille ? Real Madrid ? Barcelona ? sama2 kita tunggu & nantikan.


Chelsea 4 Napoli 1

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 15, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 



Ape nak cakap lagi..target 2 gol, hah amik 4-1 ! Paling penting, Chelsea satu-satunya wakil Tanah England yang layak, yang mara ke suku akhir UCL.


KTBFFH.


P/S : Untuk ulasan penuh perlawanan akan di-postkan dalam entri yang berikutnya. Sila tunggu, aku tak tahu nak cakap apa lagi dah ni,haha.

Preview UCL : Chelsea vs Napoli

Posted by KampungChelsea On Wednesday, March 14, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang pertembungan penting menentang Napoli malam ini, elok juga aku ceritakan serba sedikit mengenai sejarah kelab bola sepak mereka.

Napoli ditubuhkan pada tahun 1926. Pada waktu itu mereka dipanggil AC Napoli namun ada sedikit masalah yang berlaku pada tahun 2004 yang memaksa mereka menukarkan nama AC Napoli kepada SSC Napoli iaitu Società Sportiva Calcio Napoli. Jika Chelsea mempunyai nickname The Blues, maka mereka juga mempunyai nama samaran tersendiri iaitu Azzuri. Napoli atau dalam bahasa inggerisnya Naples merupakan bandar kedua terbesar di Itali selepas bandar Milan. Jika sebut pasal Itali, sebut pasal Serie A, tentu ada di antara kita yang tidak akan lepas pandang dengan dua adik beradik Milan iaitu Inter & AC Milan. Tapi anda harus ingat, kelab Napoli ketika ini mempunyai penonton yang paling ramai datang ke stadium. Oh ya lupa nak bagitahu yang mereka juga pernah memenangi kejuaraan Seria A sebanyak dua kali (1986-87 dan 1989-90).

hand of god

Sejarah demi sejarah tercipta di Naples apabila mereka berjaya membeli pemain paling sensasi di dunia dari kelab Barcelona iaitu Diego Maradona dalam harga sekitar 12 juta, kurang 38 juta pound dari harga Abang Torres. Dengan kehadiran brader Maradona, Napoli berjaya mengakhiri saingan liga di tangga ke-3. Pada musim 1986/1987, mereka memenangi gelaran berganda, Serie A & Coppa Italia. Pada waktu itu, pemain seperti Lavezzi pun tak reti lagi main bola. Mungkin Hamsik & Cavani sedang belaja merangkak agaknya.

Aku percaya kekuatan Napoli musim ini sangat bergantung kepada Hamsik, Cavani & Lavezzi. Tidah hairanlan gabungan mereka bertiga telah menghasilkan 49 gol berbanding kombinasi Sturridge, Drogba & Torres yang hanya mencapai setakat 27 gol. Selepas Inter Milan tersingkir awal pagi tadi, maka wakil Itali kini tinggal lagi dua. AC Milan & Napoli. Nasib kem Itali mungkin lebih baik dari kem England yang hanya tinggal seorang sahaja wakil iaitu Chelsea. Arsenal telah disingkir dengan jayanya minggu lepas. Tapi lebih memeritkan ialah dua beradik Manchester pulang lebih awal apabila mereka kalah di peringkat groupstage lagi.

Oklah berbalik kepada point utama, seperti yang diketahui umum, Chelsea tumbang 3-1 di Naples pada 1st leg. Jadi menjelang pertembungan 2nd leg malam ini, kita memang wajib menang dan menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol untuk layak ke peringkat yang seterusnya.

Bila bercakap pasal layak atau tidak, aku rasa peratus qualify ke quarter final mungkin memihak sedikit kepada Napoli. Mereka ada dua gol advantage dan tekanan sudah pasti dirasai oleh pasukan kita. Cuma,....cuma,  peluang untuk Chelsea mara itu masih ada sebenarnya. Kita masih berpeluang untuk layak. Dengan syarat, mudah. Serang dan score gol. Target utama dua gol tapi aku rasa kita harus score lebih dari itu. 2 gol masih belum selamat lagi beb, Napoli team laju, team yang bijak counter-attack. Mereka bila-bila sahaja boleh menyamakan kedudukan balik jika kita berjaya score nanti. Tengok sahajalah formasi mereka 3-4-3, adakah mereka akan bertahan 100% ? aku rasa tidak. Pasukan seperti Napoli ini mana reti nak buat taktikal parking bus macam Stoke. Filosofi mereka ialah serang. Last game, mereka menang 6-3 dengan Cagliari.

Harapan aku macam biasa mahu tengok Chelsea menang. Tidak kisah kalau main cantik ke main ugly ke yang penting menang. Bola sepak sekarang memang kejam. Pengadilpun ada yang boleh percaya & ada yang tak boleh percaya. Perlawanan sebegini mungkin akan ada babak2 bias dari linceman mahupun ref. Aku masih terkenang dengan apa yang berlaku pada 4 tahun lepas. Semi final lawan Barca. Angkara pengadil, kita tersingkir. Aku pasti akan ada ramai pihak yang mahu melihat semua wakil England tersingkir dalam saingan pusingan kalah mati ini.So, berwaspada sahajalah jika berlaku perkarayang tidak diingini.

 Boas sudah tiada tapi Drogba ada

Perjuangan masih belum selesai. Selagi perlawanan tidak tamat, selagi itu kita kena guna kudrat 101% untuk mengasak pihak lawan.  Sokongan padu dari warga Stamford Bridge amat diperlukan. Tidak ada yang mustahil jika anda berpegang teguh dengan motto seperti ini "In Football Anything Can Happen." Defisit 2 gol sahaja, apa yang nak dirisaukan. RDM ada resipi yang terbaik. Keep the faith & keep believe.  

KTBFFH.

P/S : Jangan lupa game start pada jam 3.45 pagi. Siaran langsung di saluran Astro 812. Untuk HD, sila tekan 832.

Roberto di Matteo - Sementara atau sebaliknya ?

Posted by KampungChelsea On Monday, March 12, 2012 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seperti mana yang anda tahu, Roberto di Matteo (RDM) akan menjadi caretaker (pengurus sementara waktu) sehingga musim ini tamat.

Perlawanan pertama di bahawa kendalian beliau, kita berjaya mencatat keputusan cemerlang iaitu menyingkirkan juara Carling Cup 2011, Birmingham. Perlawanan kedua iaitu semalam, Stoke City juga berjaya kita tewaskan. RDM banyak membuat perubahan yang drastik, terutama sekali dari segi taktikal & formasi. Tidak lupa juga, beliau telah melantik Eddie Newton yang pernah bekerjasama dengannya di west brom dulu. Berbanding dengan AVB, RDM telah mengeksploitasikan kelemahan di bahagian serangan & juga pertahanan yang selama ini dianggap kurang menyerlah. Pemain-pemain yang jarang diberi perhatian ketika di bawah pimpinan AVB, telah berjaya menunjukkan efek yang positif. Contoh seperti Mikel.

Jadi persoalan hangat di sini ialah adakah anda semua bersetuju RDM menguruskan sekejap Chelsea ? atau lebih berminat nak tengok Chelsea lantik pengurus lain ?

Ada di antara kita yang mengatakan "alah baru dua game menang, takkan ke mana di matteo " "tengok 10 game lepas ni macam mana, boleh survive ke tak dia tu". Bagi pendapat aku, kalau musim ni Chelsea meraih pencapaian yang baik, yakni sekurang-kurangnya dapat lah juga satu trofi, apa salahnya kekalkan beliau untuk musim depan pula kan..

Chelsea 1 Stoke City 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 11, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 1-0 ke atas Stoke City.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Drogba pada minit ke-68 selepas menerima umpanan cantik dari Mata. Drogba yang bermain agak malas pada separuh masa pertama, kembali bangkit di separuh masa kedua apabila dia mudah mengelirukan Begovic, keeper Stoke untuk gol ke-100 nya bersama The Blues. Tidak lupa Ivanovic juga telah menghasilkan penampilannya yang ke-100.

Diharapkan agar kemenangan ini akan membakar lagi semangat player kita bagi menjelang pertembungan penting menentang Napoli hari rabu nanti. KTBFFH.

Offer penalty kick untuk Abang Torres

Posted by KampungChelsea On Friday, March 09, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Jumaat.

Ketika perlawanan menentang Birmingham hari rabu lepas, Mata ada offer Torres untuk ambil sepakan penalti. Namun Torres menolak pelawaan tersebut atas alasan kerana Di Matteo tidak menyenaraikan namanya untuk mengambil sebarang sepakan penalti.

Bagi pendapat aku lah, secara jujurnya ada 2 sebab kenapa dia menolak "offer" tersebut :

  •  Pertama, dia tidak mahu orang lain cop nya sebagai striker yang hanya mampu score gol menerusi sepakan penalti. Jika dia ambil sepakan penalti itu, sudah tentu pihak media England akan menganjingnya dengan berkata "striker 50 juta pound hanya mampu score gol menerusi sepakan penalti sahaja ?
  • Kedua, Torres merupakan salah satu striker terbaik di dunia dan suatu ketika dahulu, dia sering sahaja menjaringkan gol dari mana-mana sudut perspektif yang ada kat atas padang. Jadi sebagai striker yang sejati, dia takkan menyelesaikan masalah ketandusan golnya itu dengan hanya menyudahkan satu sepakan penalti.

Jika korang ada pendapat lain berkenaan dengan hal ini, sila bincangkan di ruangan komen.

Piala FA : Birmingham 0 Chelsea 2

Posted by KampungChelsea On Wednesday, March 07, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alhamdulillah, akhirnya Chelsea mara juga ke peringkat suku akhir Piala FA selepas menyingkirkan Birmingham 2-0, awal pagi semalam. Umumnya kita terpaksa bertarung dalam pertarungan timbal balik ini kerana pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge bulan Februari lepas, kita hanya seri 1-1.

Debut pertama Di Matteo sebagai caretaker Chelsea boleh dipuji kerana dia telah melakukan banyak perubahan drastik yang telah menghasilkan impak positif. Kita lihat dari segi formasi & line-up, beliau menggunakan 4-2-3-1 & menggugurkan beberapa pemain senior. Torres diletakkan sebagai centre forward, dibantu oleh dua attacking pembantu, Kalou & Mata. Tengah pula dikawal oleh Meireles, Mikel & Ramires. Ia satu strategi yang cemerlang walaupun pada mulanya ia nampak berisiko tinggi. Paling solid ialah di bahagian defensif yang dijaga ketat oleh Cahill & David Luiz. Ada yang mengatakan David Luiz MOTM, Cech MOTM. Bagi aku, semua pemain hari ini ialah man of the match. Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Mikel yang selama ini dianggap flop, entah tiba-tiba mempamerkan prestasi yang meyakinkan.


Dua gol kemenangan dijaringkan oleh Mata & Meireles (2M) pada pertengahan separuh masa kedua. Pada separuh masa pertama, tiada gol terhasil namun kita sempat melakukan serangan berbahaya ke kubu lawan. Torres mendapat peluang keemasan tapi sayang tendangannya tersasar. Separuh masa kedua berjalan seperti biasa dan tempo permainan Chelsea dilihat lebih laju. Gol yang dinanti-nantikan oleh peminat hadir pada minit ke-54. Bermula dari gerakan licik Adik Ramires yang membuat hantaran lintang ke centre box dan Mata menyudahkan peluang tersebut dengan kaki kanannya menewaskan Doyle, keeper lawan untuk kedudukan 1-0 memihak kepada Chelsea.

Enam minit berikutnya, Chelsea menggandakan gol hasil rembatan kencang Raul Meireles. Kira ia satu top corner goal dari brader Portugal itu. Kemudiannya pada minit ke-70, kita dianugerahkan sepakan penalti selepas abang Torres dikasari oleh bek lawan. Sayangnya Mata tidak berjaya menyudahkan peluang tersebut. Ini kali kedua dia gagal menyudahkan sepakan penalti selepas penalty pertama di Stamford Bridge tempoh hari  diselamatkan oleh keeper yang sama.

Wisel penamat dibunyikan dan Chelsea telah memenangi perlawanan ini dengan scoreline 2-0. Lawan di suku akhir nanti ialah Leicester City. 

Jika anda perasan, pada sepanjang perlawanan ini berlangsung, kedengaran laungan nama "Jose Mourinho, Jose Mourinho" oleh para penyokong The Blues. Bukti yang menunjukkan bahawa masih ada di antara kita yang teringin untuk melihat Special One kembali ke Stamford Bridge.

Apa pun kemenangan 2-0 ke atas Birmingham ini aku didekasikan khas untuk Andre Villas Boas. AVB baru sahaja dipecat oleh Pak Roman beberapa hari yang lepas dan aku percaya ada di antara kita yang masih terasa bahang dengan pemergian beliau. Life must go on dude. Apa boleh buat, nasib beliau bersama kita tidak kekal lama. AVB boleh cari makan di tempat baru pula. Mungkin beliau boleh balik semula ke Porto atau mengikut jejak langkah Mourinho iaitu menjadi pengurus di Inter Milan, siapa tahu kan ? Walaupun sebelum ini aku kerap kali kritik cara taktikalnya, namun dalam diam, aku masih memuji kriteria beliau. Kritik itu tanda sayang sebenarnya. Tidak ada gunanya kita berdendam dengan orang yang telah memberi 100% komited untuk kelab Chelsea.


AVB still the best. Jasanya yang telah membawa pemain seperti Mata, Cahill, Oriol Romeu tidak akan aku lupa. Thanks for everything Andre !

Official : Selamat tinggal AVB

Posted by KampungChelsea On Monday, March 05, 2012 10 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Percaya atau tidak, akhirnya Chelsea secara rasmi telah pecat AVB. Berita ini sendiri telah diumumkan oleh pihak website CFC :

Andre Villas-Boas has parted company with Chelsea Football Club today. The board would like to record our gratitude for his work and express our disappointment that the relationship has ended so early. With immediate effect Roberto Di Matteo has been appointed first team coach on an interim basis until the end of the season.

Agak mengejutkan juga kerana aku menjangkakan nasib AVB akan diputuskan selepas perlawanan menentang Napoli 14 mac nanti. Kalau nak pecatpun biarlah musim ini tamat dulu.Namun, apa boleh buat kan, ini semua keje management, bukan keje peminat. Kelab sudah melakukan apa yang patut dibuat. Musim ini musim paling teruk bagi Chelsea sejak Roman Abramovich jadi owner. Minggu ini pula kita kalah dengan pasukan yang tidak seberapa, jadi masa depan AVB terus ditentukan secara mutlak.

Aku tak nafikan AVB seorang pengurus yang bagus tapi beliau tidak cukup bagus untuk menguruskan kelab standard tinggi seperti Chelsea. AVB telah melatih Porto dengan cemerlang. 4 trofi dalam masa satu musim dan disebabkan itu, Pak Roman melantik dia menjadi pengurus Chelsea, menggantikan Carlo Ancelotti. Awal musim okey, tapi bila sudah sampai di pertengahan jalan, ada pergolakan berlaku. Krisis sudah bermula. Dan bila tibanya akhir musim ini, konflik menjadi semakin kritikal. Kemerosotan kelab Chelsea menjadi semakin huru-hara. Kalah & drop point sudah menjadi satu kebiasaan. Lebih teruk lagi, hubungan pemain senior dengan pengurus tidak berjalan dengan lancar.


Aku telah mengkaji bahawa AVB dipecat kerana dua perkara. Pertama of course result teruk yang dialami oleh Chelsea sejak akhir-akhir ini. Kedua, AVB tidak pandai handle pemain senior kita. Ada beberapa pemain senior Chelsea tidak menyukai cara pengurusan yang beliau buat di Chelsea. Beliau menggugurkan banyak pemain veteran yang telah banyak berjasa untuk kelab kita. Kesannya, mereka yang telah dijadikan kambing-hitam itu bertengkar mulut dengan AVB. Lebih parah lagi, kejadian tersebut disaksikan sendiri oleh Roman Abramovich.

Jadi, siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini ? kalau anda bijak, anda mesti dapat menjawab segala kesulitan yang berlaku kepada kem kita ini.

Apa pun, selamat tinggal AVB. Terima kasih di atas jasa anda melatih Chelsea dalam tempoh masa yang singkat ini. Tiba dari Porto pada bulan Jun 2011 sehingga sekarang ini, 5 Mac 2012.. Tak sampai setahun, AVB hanya melatih Chelsea dalam 38 perlawanan sahaja. Nak buat macam mana, jodoh anda bersama kami tidak lama.

Good luck Boas !

P/S : AVB sudah tiada. Macam biasa, whos next ?

West Brom 1 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 04, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makin lama makin sedih aku tengok Chelsea ni.

Kelemahan Chelsea dalam perlawanan ini ialah banyak lepas peluang. Sturridge, Mata, Lampard, Drogba antara pemain yang telah membazir peluang untuk score gol. Sepatutnya kita boleh menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol, jika peluang dimanfaatkan sebaik mungkin. Shooting pemain kita juga harus dibaiki kerana semuanya sepak ke laut.

Aku dah cakap, West Brom ini team power. Kalau kita main sambil lewa & tidak menggunakan peluang yang ada, mereka akan menghukum kita. Dan sekarang ini lihatlah, mereka akhirnya berjaya memperbodohkan kita. Bahagian serangan Chelsea naif, terlampau naif.

Satu demi satu target hilang. Pada awalnya kita target juara liga. Sekarang sudah terpesong jauh. Target terkini top 4 spot, tapi melihatkan Arsenal menang dengan Liverpool tadi, nampak gaya kita terpaksa berada di tangga 5 buat sementara waktu.

Malas nak tuding jari kepada orang yang sama, dah penat. Senang cakap, we win as a team and we lose as a team. KTBFFH.

Preview : West bromwich vs Chelsea

Posted by KampungChelsea On Saturday, March 03, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minggu ini kita akan berdepan dengan West Bromwich Albion di Hawthorns. Itu merupakan kunjungan pertama AVB ke sana. Melihatkan rekod statistik menentang mereka, kita telah menang sebanyak 18 kali dalam 20 pertembungan terakhir. Di atas kertas memang memihak kepada Chelsea tapi kalau ikut prestasi sekarang, aku anggap 50%-50%. West brom juga satu pasukan yang bagus. Kalau tidak bagus, masakan boleh menang besar dengan Sunderland 4-0. Jika nak banding dengan pencapaian terkini, team yang diberi jolokan The Baggies lagi baik dari kita. Mereka menang 3 dari 6 perlawanan terakhir sedangkan kita hanya mampu mencatat 1 sahaja kemenangan (3 seri, 2 kalah). Jadi pesanan aku, Chelsea tidak boleh memperlekeh keupayaan West brom. Pasukan underdog seperti mereka bila-bila masa sahaja boleh menumbangkan kita. Kita juga harus berwaspada dengan pemain seperti Odemwingie yang sekarang ini lebih hot form berbanding Abang Torres.

Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan ini pada jam 10.55 malam. Siaran langsung di saluran Astro 813. KTBFFH.

Isu panas : Jose Mourinho kembali ke Chelsea ?

Posted by KampungChelsea On Friday, March 02, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
gambar ini diambil dari website mirrorfootball dot co dot uk

Salam Jumaat.

Heboh seketika apabila Jose Mourinho datang ke Kota London, England dua hari lepas. Sudah pasti kita tertanya-tanya adakah kepulangan Jose itu akan menguatkan lagi spekulasi beliau untuk melatih Chelsea balik ?

Jawapannya ada pada aku sekarang ini.

Sebenarnya Jose Mourinho kembali ke England hanya mencari rumah baru untuk keluargnya sahaja dan bukan ada sebab yang lain. Beliau datang bersama dengan isteri dan kakak iparnya. Mereka telah singgah di satu restoran Itali yang bernama Alvaro Maccioni. Kata pemilik restoran tersebut, "Mourinho dan sekeluarga datang cari rumah baru sambil menikmati makanan yang ada di restoran saya."

Marietta, pemilik restoran itu juga seorang peminat Chelsea. Dia juga mengajukan beberapa soalan kepada Jose termasuk soalan seperti ini "Adakah benar anda akan melatih Chelsea balik ?". Tapi sayang, Mourinho mengatakan kepada Marietta yang beliau tidak akan kembali ke Chelsea. Marietta tertunduk kecewa dengan jawapan itu.

Bukan sahaja Marietta, aku juga sangat kecewa dengan respons tersebut. Ye lah, sebagai peminat yang respek dengan zaman pimpinan Jose di Chelsea dulu, tentunya aku mahu melihat beliau kembali melatih skuad kita balik. Lebih-lebih lagi melihatkan prestasi terumbang-ambing Chelsea sekarang ini dan tidak lupa konflik yang berlaku di antara pemain dengan pengurus itu sendiri.

Jose Mourinho ada misi penting di Sepanyol. Beliau bertugas di satu kelab bola sepak terkaya di Sepanyol. Real Madrid ketika ini memimpin liga dengan 10 mata. Jadi sebab itu aku rasa beliau tidak berminat untuk keluar dari Kota Madrid untuk tempoh sekarang ini. Mungkin kita terpaksa menunggu sehingga musim depan kot ? Kot-kot pada waktu itu, AVB tidak lagi menguruskan Chelsea dan Roman bersedia untuk memujuk Jose kembali,hehe.


P/S : Jujur dari sudut hati aku, Mourinho antara pengurus terbaik dalam sejarah kelab bola sepak Chelsea. Jika tidak kerana beliau, aku tidak akan menyokong Chelsea. He always be The Special One. Mourinho mendidik pemain Chelsea seperti anaknya sendiri, sebab itu pemain Chelsea respek dengan beliau. Aku pernah guna gambarnya untuk profile facebook Kampung Chelsea. Suka atau tidak suka, he is the best of the best. Full-stop. AVB ? no komen.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png