Luahan hati seorang legend yang bernama Frank Lampard

Posted by KampungChelsea On Wednesday, February 29, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

“I've been here a long time, I'm 33, I'm realistic. It doesn't mean I want to play every game but, if I sit on the bench, I want to see Chelsea win.

"I'm sure we're all frustrated at the minute, everyone who's involved, especially people who have got Chelsea in their hearts, who have been here a long time and want to see us performing as we should do.

Aku faham dengan perasaan Lampard. Dan aku juga faham sebab apa dia bertengkar mulut dengan AVB. Berdasarkan apa yang Super Frank cakap, dia tidak kisah jika AVB nak letakkan dia di bangku simpanan, tapi janji Chelsea menanglah.

Seolah-olah Lampard nampak kecewa dengan cara pengurusan AVB di Chelsea. Sebab utama dia dengan Ashley bergaduh mulut dengan AVB ialah kerana AVB tidak pandai menyusun line-up. Pemain bagus tidak dimainkan tapi pemain yang beraksi hambar kerap diletakkan dalam skuad kesebelasan utama. Perkara ini jarang berlaku sebenarnya dalam skuad Chelsea. Kali terakhir ia terjadi ketika di zaman pimpinan Big Phil (Scolari). Lepas pada itu semuanya ok dan tiada masalah. Krisis kelab Chelsea bermula sejak dari musim lepas lagi, selepas pemecatan Ray Wilkins tapi pada waktu itu, tiada pertengkaran di antara pemain dengan pengurus. Benda ini memang normal , gaduh-gaduh mulut ini satu perkara biasa, cume ia tidak sesuai untuk dipraktikkan dalam tempoh terdekat ini. Lebih-lebih lagi sekarang ini kelab kita berada dalam satu situasi yang agak menyeksakan. Konflik berlaku ketika pemain top2 Chelsea sedang melalui satu kemerosotan prestasi yang sangat kritikal, ibaratkan seseorang itu berada dalam keadaan nazak. Senang cakap, nyawa-nyawa ikan.

Bulan Mac ini sangat penting. Kita ada beberapa misi yang wajib menang. FA Cup, UCL & top 4 spot EPL. Jika tiada chemistry di antara pengurus dengan pemain serta pemain masih lagi tidak berpuas hati dengan cara management pengurus, macam mana kita nak mengharungi 3 kompetitif piala itu dengan baik ?

Aku tidak kisah jika musim ini Chelsea lagi sekali tidak menang apa-apa trofi. Tapi sekurang-kurangnya biarlah musim ini kita akhiri satu pencapaian yang dapat memuaskan sedikit hati peminat. Contohnya layak ke separuh akhir UCL. Bagi piala FA pula, jika kalah, biarlah kalah di separuh akhir atau perlawanan akhir. Paling penting ialah top 4 spot EPL. Ini target paling penting. Kalau gagal tuntaskan target ni, ia akan menjadi satu bencana kepada kita. Bayangkan musim depan kita main Europa league, apa perasaan anda ? Seteruk-teruk zaman Ranieri & Ancelotti,, mereka mampu mengakhiri musim Chelsea di kedudukan 4 teratas. Tapi AVB ? hmmmmm...

The only way is no way (bak kata Bruce Lee).

Hulk, alternatif terbaik untuk AVB ?

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 28, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dari segi taktikal, AVB tidak sekepala dengan aku. Tapi kalau dari segi transfer window, beliau bersependapat dengan aku.

Kata AVB :

"There will surely be a place to fill and I see room for an explosive player on the wing, someone who is strong in one-on-one situations and Hulk fits that profile."

Melihat kenyataan ini, aku merasakan beliau berminat dengan winger Porto itu. Hulk seorang pemain yang lincah, aggresif & berbadan besar. Dia boleh jadi alternatif terbaik bagi skuad kita. Tambahan pula, dia masih muda. Hulk pun pernah bekerja sama dengan AVB musim lepas.

Harus diingat, kontrak Kalou & Malouda akan tamat tidak lama sahaja lagi. Jika kontrak mereka tidak diperbaharui & mereka berdua dijual, maka option di bahagian attacking midfielder Chelsea akan berkurang. Jadi, di situ kita boleh guna duit Pak Roman untuk beli seorang winger yang berkualiti seperti Hazard atau Hulk.

Setakat ini pembelian pemain AVB berbaloi. Contoh seperti Mata, Romeu yang mudah menyesuaikan diri dengan baik di England. Tidak lupa Gary Cahill, pembelian murah yang bakal memberi impak maksima kepada projek masa depan pengurus kita itu. Sebut pasal berbaloi, kalau duit pelaburan habis banyakpun tiada orang kesah. Yang penting, pembelian itu ada hasil yang efektif untuk kelab kaya seperti Chelsea.

Kalau beli pemain ketika mereka masih muda, pastinya akan mendatangkan hasil tanpa memerlukan tempoh masa yang lama untuk menyinar berbanding beli pemain yang sudah berusia + flop perfomancenya. (jenguh nak menunggu bila nak hot form balik kan)

P/S : Dalam skuad Chelsea sekarang ini, yang kreatif, yang otak geliga hanya Mata sahaja. Pemain tengah lain macam tiada function. Ramires okey tapi dia hanya tahu counter & speed run sahaja. Kita perlukan seorang midfielder yang betul-betul pandai through pass, yakni jolok bola untuk striker. Bukannya striker yang jolok bola untuk midfielder.

Chelsea 3 Bolton 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, February 26, 2012 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembali senyum.

Itulah reaksi aku selepas berakhir sahaja perlawanan di antara Chelsea menentang Bolton tadi. Chelsea menang bergaya 3-0, hasil daripada jaringan David Luiz, Drogba & Super Frankie.

Tanpa Meireles, tanpa Bosingwa, permainan Chelsea terbaik + Cech dapat clean-sheet. Tapi untuk separuh masa pertama, aku kurang berpuas hati skit kerana serangan pasukan kita tumpul. Tambahan pula kubu pertahanan pihak lawan agak kental. Banyak hantaran tidak menjadi. Namun di separuh masa kedua segalanya berubah. Tempo permainan kembali rancak. Mentaliti pemain kita tiba-tiba kuat. Serangan berfungsi balik selepas Essien & Lampard berjaya menghidupkan dinamik di bahagian tengah.

Dengan kemenangan ke atas Bolton ini, Chelsea telah merampas balik kedudukan ke-4 dari Arsenal yang akan berentap menentang Spurs dalam satu lagi pertarungan derby london (selain dari QPR lawan Fulham).

P/S : Bile Lampard & Essien main, game play Chelsea jadi menarik. Berbeza ketika menentang Napoli tempoh hari, mereka berdua disingkirkan dari skuad kesebelasan utama & kita sebagai peminat setia The Blues hanya mampu termenung melihakan perfomance flop dari Meireles & Bosingwa. Aku harap AVB peka dengan situasi ini supaya pemain yang flop tidak akan dimainkan lagi & beliau harus sentiasa percaya dengan pemain-pemain senior seperti Essien, Lampard & Ashley Cole. KTBFFH.

Isu panas : Rafa Benitez ganti AVB ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, February 23, 2012 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Rafa Benitez bakal menggantikan tempat AVB sebagai pengurus baru kelab Chelsea" (Petikan ini dipetik dari akhbar Kosmo semalam.)

Serius aku nak tergelak baca news ini. Kenapa Rafa Benitez ? Kenapa bukan orang lain ? Pada mulanya media menumpu 100% kepada Guud Hiddink tapi sayang, Hiddink baru sahaja dilantik sebagai pengurus kelab kaya Russia, Anzhi Machakalalala (betul ke ejaan aku ni). Jadi fokus sekarang tertumpu kepada next target pula iaitu Rafa Benitez.

Walaupun tidak sebagus Jose Mourinho, Pep Guardiola & Hiddink, tapi hakikatnya Rafa Benitez lebih baik jika nak bandingkan dengan AVB. Benitez ada pengalaman lebih dari 5 tahun di EPL. Dan anda harus tahu juga yang beliau pernah membawa Liverpool memenangi trofi UEFA Champions League pada musim 2004/2005 di Istanbul, Turki (malam yang liverpool ketinggalan 3-0 dengan AC milan tu). Bile sebut pasal pernah memberi gelaran UCL kepada ex-clubnya itu, maka sudah pasti benda ini akan menggembirakan Roman Abramovich yang memang sekian lama mengidam trofi eropah itu.


Paling penting, berita ini mungkin akan mengujakan Torres. Tahukah anda ? Torres telah menjaringkan lebih daripada 90 gol untuk kelab Liverpool di zaman Benitez. Tahukah anda lagi, Benitez lah telah membawa Abang Nando kita itu dari kelab Atletico Madrid ke kelab The Kops. Torres nampak sangat power di zaman Benitez.

Jadi apa pendapat anda mengenai berita ini, setuju atau tidak Benitez ganti tempat AVB ? Mungkin ada di antara kita yang mengatakan "dia ni tak best lah" "jadi haru biru Chelsea nanti kalau dia manage". Tapi nak tanye skit, adakah anda cukup berpuas hati dengan zaman AVB sekarang ini yang tidak pandai handle pemain senior kita, sampaikan Lampard & Ashley Cole dah berapa kali bertengkar mulut dengan beliau ? harus ingat lagi yang kita juga masih tidak tahu adakah Chelsea layak atau tidak main UCL musim depan jika hendak nilai prestasi sekarang ?

Sila bincangkan perkara ini dengan berhemah. KTBFFH !

Napoli 3 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Wednesday, February 22, 2012 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebenarnya kita patut kalah lebih dari 3-1.

Kenapa aku cakap macam ni ?

Chelsea beraksi hambar. Cuba lihat bahagian defensive & midfield. Bahagian pertahanan kita bocor. Gandingan Luiz & Cahill tidak menjadi. Ivanovic banyak buat mistake. Ashley tidak cergas. Di bahagian tengah pula hancur. Meireles macam biasa tidak berfungsi. Ramires kaku, control ball tidak kuat, banyak buang bola. Ingatkan bile Torres tak main, serangan akan okey tapi keadaannya sama sahaja. Kembalinya Drogba tidak membawa apa-apa perubahan yang positif kepada attacking Chelsea.

3 gol Napoli membuktikan bahawa mereka memang serius untuk mara dengan lebih jauh dalam kompetitif eropah musim ini. Dan 3 gol mereka itu juga berpunca dari defensive Chelsea yang tersangat longlai. Gol pertama Napoli berpunca dari Meireles yang hilang arah. Gol kedua Ivanovic tidak marking Cavani. Gol ketiga dari Lavezzi, David Luiz lost control ball. Kita bernasib baik untuk tidak kalah 4-1 jika tidak kerana Ashley Cole yang berjaya menyepak keluar percubaan depan gol Maggio, pemain sayap kanan pihak lawan.

Pada awal permainan, kita bermula dengan baik dan berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-27. Hasil kesilapan kapten mereka, iaitu Paolo Cannavaro yang gagal mengeluarkan bola dengan betul dan Mata menyempurnakan peluang tersebut untuk kedudukan 1-0 memihak kepada Chelsea. Namun selepas pada itu, semua pergerakan pasukan Chelsea serba tidak menjadi dan Napoli menghukum kealpaan benteng pertahanan kita dengan 3 gol kilat mereka. Secara jujurnya, Napoli berhak menang dalam perlawanan ini. Counter-attack mereka power & pemain-pemain seperti Cavani & Lavezzi layak diberi pujian atas kecemerlangan mereka berdua "membuli" defender kita.


Aku mengaku yang ketiadaan kapten marvel, Terry banyak memberi efek buruk kepada tembok pertahanan Chelsea. Tidak seperti perlawanan yang sebelummnya, hari ini Ivanovic beraksi gugup. Sebelum game bermula, AVB cakap defender Chelsea harus berwaspada dengan 3 striker Napoli iaitu Hamsik, Cavani & Lavezzi tapi perkara itu tidak berlaku. Cahill & David Luiz tidak menjalankan tugas marking mereka dengan baik.

Macam mana aku tidak bengang dengan AVB. Lihat line-up yang beliau buat. Kenapa Meireles & Malouda harus sentiasa main 1st starter ? Kenapa bila scoreline 3-1 baru nak masukkan Lampard & Essien ? Dah letih sebenarnya nak cakap benda sama ni..letih, penat !

Apa pun kekalahan 3-1 ini masih belum berakhir buat Chelsea. Kita masih ada 2nd leg di Stamford Bridge. Nasib Chelsea mungkin tidak seteruk Arsenal yang dah kalah 4-0 dalam 1st leg. Kita ada 1 gol bekalan dan sekurang-kurangnya untuk mara ke peringkat seterusnya, kita wajib menjaringkan 2 gol atau lebih daripada itu. Tapi persoalan hangat sekarang ini ialah mampukah kita berbuat demikian ?

Tunggu 14 Mac nanti. Pada waktu itu, kita akan tahu masa depan sebenar AVB & juga team Chelsea.

Preview UCL : Napoli lawan Chelsea

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 21, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
gambar ni aku rembat dari google

Jangan lupa, malam ini perlawanan 1st leg pusingan kalah mati liga juara-juara Eropah (UCL) Napoli lawan Chelsea. Siaran langsung di saluran Astro ESPN 812, 3.30 AM (waktu Malaysia).

Possible line-up : Cech, Ivanovic, Terry, Cahill/David Luiz, R.Bertrand; Ramires, Romeu, Lampard, Sturridge, Drogba, Mata.

Prediction : Napoli 1 Chelsea 2 (Lampard & Drogba)

Piala FA : Chelsea 1 Birmingham 1

Posted by KampungChelsea On Saturday, February 18, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kedengaran bunyi laungan "Mourinho ! Mourinho !" ketika Chelsea ketinggalan 1-0 kepada Birmingham. Petanda yang menunjukkan bahawa ada segelintir peminat sudah tawar hati dengan AVB.

Oklah berbalik kepada perlawanan pusingan ke-5 Piala FA Cup tadi, Chelsea hanya mampu seri 1-1 dengan Birmingham.

Macam biasa, AVB menyusun line-up yang tidak disukai oleh fans Chelsea iaitu memainkan Meireles & Mikel. Keputusan mengeluarkan Torres dan memasukkan Drogba itu okey tapi mengeluarkan Mata pada lewat permainan menunjukkan taktikal AVB bakal dikritik hebat lagi oleh para peminat.

Jampi yang tetap tak menjadi

Punca Chelsea bolos adalah hasil daripada set-piece pihak lawan. Lebih 4 defender berada di gawang sendiri namun tiada satu pun yang berjaya block shoot pemain Birmingham itu. Aku suka gol penyamaan dari Daniel Sturridge. Bermula dari cross cantik Ivanovic yang ditanduk kemas Sturridge untuk kedudukan 1-1.  Semangat untuk melawan balik itu ada tapi sayang, gol kemenangan yang kita cari itu tidak sampai. Aku tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai kegagalan Mata menyempurnakan sepakan penalti kerana pada waktu itu, mental pemain kita semuanya down.

Seri ini bermakna kita lagi sekali terpaksa buang masa untuk menentang mereka dalam perlawanan timbal-balik di Stadium St Andrews.

P/S : Dengan Birmingham pun tak leh nak makan, macam mana nak menang UCL beb. Bukan sengaja nak merendah-rendahkan diri, tapi kita harus berfikir secara optimistik dengan apa yang berlaku. Pasukan Chelsea sekarang memang bermasalah, jadi terimalah hakikat. Apa pun KTBFFH.

Isu panas : AVB oh AVB

Posted by KampungChelsea On Wednesday, February 15, 2012 10 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menurut akhbar-akhbar England, semalam AVB bertengkar dengan beberapa pemain Chelsea. Lebih dahsyat lagi, pertengkaran itu turut disaksikan sekali oleh Roman Abramovich.

Aku sudah agak, insiden ini pasti akan berlaku. KENAPA ? Jawapan aku mudah kerana pemain tidak hormat coach. Pemain tidak respek manager. Begitu juga dengan manager yang membuat percaturan mengarut yang mengundang kemarahan pemain itu sendiri.

Keadaan memang dah bertambah parah serta kritikal selepas kita kalah 2-0 di Goodison Park tempoh hari sambil AVB menyelar itu merupakan perfomance Chelsea yang paling teruk musim ini.

Pendapat aku, benda ini tanggung jawab bersama. Jika berlaku perkara yang tidak diingini maka tanggunglah bersama-sama. Kerana masing-masing sendiri buat hal. AVB juga harus dipersalahkan kerana beliau menyusun line-up & strategi yang tidak memberi kepuasan kepada pemain. Percaturan AVB, method & gaya pengurusannya sangat pelik. Aku pasti hampir 80% peminat Chelsea tidak berpuas hati dengan taktikal beliau.


Macam biasa :

  • Kenapa AVB masih berminat untuk memainkan Bosingwa yang memang sejak dari awal musim lagi mempamerkan perfomance yang sangat hambar ?
  • Kenapa AVB masih memainkan Meireles yang sudah lebih 4 game perform hancur ?
  • Kenapa AVB tidak menggunakan Ivanovic di right back dan menggandingkan Luiz & Cahill di centre back sedangkan taktik itu sangat disukai oleh para peminat Chelsea ?
  • Kenapa Ashley Cole makin lama makin teruk dia punya perfomance sejak AVB datang ?
  • Kenapa bila dah cantik leading 1-0/2-0, tiba-tiba mengeluarkan pemain yang bagus & memasukkan pemain flop.
  • Kenapa prestasi Torres semakin hari semakin tiada improvement ?


Jadi, sebab itu peminat tidak berpuas hati & segelintir pemain kita merasa marah dengan cara pengurusan beliau. Buat masa sekarang, yang back-up AVB hanya Pak Roman kita sahaja.

Ada yang bertanya kepada aku, kenapa ketika di Porto dulu, AVB tidak bermasalah seperti sekarang ini ? Jawapannya mudah kerana di Porto, pemainnya dengar cakap, tak macam player Chelsea. Ego pemain Porto tidak tinggi macam player Chelsea. Ditambah pula  rata-rata pemain Porto pada waktu itu konsisten dan tidak flop. Segala selection yang AVB buat tidak ada gundah gulana kerana mereka semua memahami dengan teliti method yang dibuat oleh pengurus mereka.


Lagi satu, liga Portugal tidak sesukar l;iga England. Sebab itu Porto jadi jaguh kampung di sana. Kalau kuatpun, mungkin Benfica atau Braga sahaja. Berlainan dengan EPL, kerana semua team memang tough-tough termasuk kelab underdog seperti Sunderland, Bolton mahupun Blackburn.

AVB muda & tiada pengalaman. Disebabkan itu beliau tidak dihormati oleh segelintir pemain Chelsea. Bayangkanlah umur Lampard & Drogba hanya muda setahun dari dia.

Orang pertama yang kena selesai masalah ini ialah Roman. Pecat-memecat pengurus adalah satu perkara biasa. Orang kata habit gitu. 7 manager dalam tempoh 10 tahun. Itulah sejarah kelab bola sepak Chelsea versi Roman Abramovich.

Aku dengar cerita, Hiddink nak balik semula ke Chelsea ? Ini berita baik. Jangan tunggu sampai nasi dah jadi basi. Sekarang dah jadi bubur. Takkan musim depan nak tengok Chelsea main Europa League kot ? Fikir-fikirkanlah. (mention untuk Roman Abramovich)

P/S : Macam mana pula dengan Jose Mourinho ? Aku tidak rasa yang beliau akan kembali. Seperti tajuk lagu dari D'Lloyd "Tak mungkin kembali". JM ada tugas penting di Sepanyol. Kalau ye pun nak keluar, tunggu sampai habis musim ini lah. Sekarang Real Madrid dah cantik leading Barcelona 10 mata.

Jose Mourinho :  
“Please don’t call me arrogant, but I’m European champion and I think I’m a special one.”

Everton 2 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, February 12, 2012 11 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ini bukanlah kelab Chelsea sebenar yang aku kenal.

4 minggu drop point. 3 minggu seri & minggu ini kalah. Berkemungkinan besar Newcastle akan rampas kedudukan ke-4 kita kerana mereka hanya beza 1 mata sahaja & Arsenal juga turut mempunyai peluang yang sama untuk bersaing di top 4 spot.

Kekalahan ini macam biasa berpunca dari AVB itu sendiri. Cara dia menyuusun line-up yang tidak kena. Senang cakap silap percaturan. Di bawah ini ada  4 point yang menunjukkan betapa AVB memang tidak pandai membuat taktikal & menyusun line-up Chelsea :

  • AVB tetap memainkan Bosingwa yang menjadi penyebab kepada gol pertama Everton.
  • AVB mengeluarkan Essien dan menggantikannya dengan flop player, Malouda. Padahal waktu itu aku merasakan Essien bermain dengan cukup baik.
  • Paling mengejutkan ialah AVB mengeluarkan Mata & memasukkan pemain yang tidak ada improvement iaitu Lukaku.
  • AVB drop kan Cahill di-bench. (Kira beli player baru ini untuk diletakkan di bench sahaja ye...)

Jadi korang tentukanlah sendiri kenapa Chelsea semakin lama semakin merosot. Yang bagus dalam match ini ialah Mata & Essien sahaja yang berjaya membentuk persefahaman di bahagian tengah. Rakan sepasukan yang lain ? sekian terima kasih.


Sampai sekarang aku masih tidak percaya yang musim ini Chelsea hanya bermain bola untuk top 4 spot & bukannya mengejar kejuaraan liga. Seteruk-teruk zaman Ancelotti musim lepaspun, beliau mampu mengekalkan Chelsea di kedudukan dua teratas. Tapi sekarang ? hanya masa sahaja yang mampu menentukannya.

P/S : Jatuh atau bangun, aku tetap akan sokong Chelsea. Tapi AVB masih lagi jatuh & tidak bangun-bangun. Adakah perlu Roman Abramovich menyedarkannya ?

MATA

Posted by KampungChelsea On Friday, February 10, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Jumaat.

Setakat ini, Mata telah menjaringkan 5 gol serta menghasilkan 8 assist untuk Chelsea. Satu catatan yang bagus dari pemain sayap kiri Sepanyol itu.

Dalam 5 gol itu, aku rasa gol paling cantik Mata ialah ketika Chelsea seri 3-3 dengan MU minggu lepas. Cross cun dari Abang Torres disudahkan dengan satu sepakan volley power Mata menggegar jaring lawan. Kalau ada award untuk best goal of the year, aku akan vote gol tersebut. Memang terbaik lah.

Jadi dengan perfomance cemerlang Mata musim ini, jangan terkejutlah jika pihak management kita mentabalkan dia sebagai pemain tahunan terbaik Chelsea untuk musim 2011/2012. Mungkin Mata juga boleh diangkat sebagai pemain terbaik EPL musim ini, bersaing rapat dengan Van Persie, Demba Ba & David Silva.

 ( Dalam match ini, Mata mengajar striker MU untuk cuba buat gol yang lebih "jujur" dan "cantik" )

Ulasan perlawanan : Chelsea 3 MU 3

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 07, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Untuk ulasan perlawanan kali ini, aku nak tulis ikut style macam Tun Dr Mahathir :

1. Siapa boleh percaya, dah cantik mendahului 3-0, tiba-tiba MU menyamakan balik kedudukan 3-3. Ini berlaku kerana mentaliti pemain Chelsea lemah. Sepatutnya bile dan mendahului sampai 3 gol ini, kita seharusnya lebih tenang dan tidak gopoh. Kita kena tahu pasukan seperti MU ini tidak akan mudah menyerah kalah. Mereka kalau ketinggalan sampai 5 gol pun, mereka boleh buat come-back. Usah pedulikan kebangangan Howard Webb kerana sedia maklum yang memang dia anak emas MU, die hard fan The Red Devils.Untuk 60 minit pertama perfomance Chelsea terbaik, namun disebabkan kelemahan mental pemain Chelsea lemah yang tidak boleh kekal 90 minit, MU menghukum kita dengan 3 gol come-back.

2. Tengah memainkan peranan yang cukup penting dalam perlawanan bola sepak. Namun bahagian tengah Chelsea tidak stabil & kurang kreatif. MU sejak dari zaman Beckham lagi, midfield mereka sangat berpuaka. Gol-gol mereka kebanyakannya berpunca dari tengah. Seperti perlawanan dua hari lepas juga, mereka berjaya control tengah dengan baik. Sebab itu bahagian serangan mereka mudah-mudah boleh masuk ke penalty box Chelsea. Meireles & Malouda buat ape ? mabuk atau tido ?

3. Torres sangat bermasalah. Depan gol pun dia masih nak dribble, sepak teruslah.

4. Cahill membuat debut pertama dengan cemerlang. Walaupun 3 kali gawang Chelsea bolos, tapi hakikatnya itu bukan salah dia. Lebih-lebih lagi gol pertama MU dengan gol kedua MU yang sangat "cantik" itu.

5. Meireles lepas ni kalau perfom macam ayam berak kapur lagi, bolehlah kemas beg balik Liverpool balik. Begitu juga dengan Malouda. Hancur bahagian tengah dibuatnya.

6. AVB ni kena bagi amaran juga kepada Sturridge. Amarannya ialah jangan tamak & main bola jangan syok sendiri. Skill ada, pandai gelecek tapi alangkah bagusnya kalau dia bersikap toleransi dengan rakan sepasukannya yang lain iaitu cuba hantar bola. Jangan tahu nak sepak sahaja.

7. Kemasukan Romeu tidak memberi apa-apa efek. Sepatutnya Sturridge kekal sehingga tamat perlawanan. Walaupun Sturridge tamak, dia pandai buat counter-attack. Kalau AVB nak kukuhkan defensive Chelsea, Malouda yang sewajarnya keluar & digantikan dengan Romeu.

8. Bila Chicharito masuk, aku sudah boleh agak yang MU akan buat come-back. Lebih-lebih lagi pada masa itu, scoreline Chelsea 3 MU 2. Gol ke-3 MU itu boleh di-marking kalau Terry ada.


9. Aku tak nafikan yang 40% moral pemain Chelsea down disebabkan keputusan bias dari pengadil. Keputusan pengadil kadang-kadang boleh mempengaruhi sesuatu perlawanan. Yang betul jadi salah, yang salah jadi betul. Itu keadaan yang aku nampak ketika manusia botak yang bernama Howard Webb mengadili perlawanan di Stamford Bridge. Di Old Trafford tahun lepas pun dua gol MU ialah offside.

10. Alex Ferguson mendakwa MU patut dapat 4 penalty semalam. Apa bangang orang tua ni ? Kalau aku ni jenis pemurah pun aku boleh bagi satu penalti sahaja. Pada separuh masa pertama, Ashley Young buat-buat jatuh. Separuh masa kedua, Evra si "kulit putih" juga jatuh sendiri. Dan paling ketara ialah penalty claim ke-3, Welbeck terang-terang dive. Dah terang lagi bersuluh. Kalau yang Cahill jatuhkan Welbeck pada separuh masa pertama itu mungkin aku setuju itu ialah penalty tapi lain-lain menipu. Banggakah anda, banggakah anda kalau menang dengan bantuan pengadil dan menang dengan hanya score gol menerusi penalti sahaja ? Fikir-fikirkanlah.

11. Chelsea bermain tanpa Lampard, Terry, Ashley Cole, Ramires & Drogba. Tidak dinafikan ketiadaan mereka berlima sedikit sebanyak mencacatkan tempo permainan Chelsea. Lampard walaupun sudah tua, tapi pemain macam dia boleh menyelamatkan Chelsea di saat-saat genting.

12. Realistiknya kita sudah terkeluar dari persaingan menjuarai liga. Tetapi jika Chelsea terus berterusan drop point macam ini, alamatnya main Europa League lah musim depan. Liverpool, Newcastle & Arsenal sedang tunggu peluang sahaja nak rampas tempat ke-4 kita. Jadi kena banyak berwaspada lah untuk perlawanan selepas ini.

KTBBBF


Chelsea 3 MU 3

Posted by KampungChelsea On Monday, February 06, 2012 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh tidak lupa...satu lagi gambar....
.....
......



Tahniah kepada MU kerana berjaya membeli pemain paling berbakat dalam EPL iaitu Howard Webb.

P/S
: Tepat sekali jangkaan aku dan tak sia-sia aku post preview match semalam. Akhir sekali, terima kasih kepada AVB & Chelsea kerana menghadiahkan drop point yang berterusan. Hatrik draw !

Preview : Chelsea vs MU

Posted by KampungChelsea On Sunday, February 05, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika berlaku lagi perkara yang tidak diingini malam ini, anggaplah ia sebagai satu perkara normal. Kalah atau seri, sudah menjadi satu habit/lali kepada Chelsea musim ini.

Terlalu banyak drop point serta ketidak-stabilan susunan line-up AVB membuatkan aku rasa gundah gulana. Perfomance Chelsea setakat ini antara yang paling teruk jika nak banding dengan musim-musim sebelumnya.

Bukan saja-saja nak rendah diri atau give-up tapi itulah hakikatnya. Prestasi Chelsea makin lama makin merudum. Tiada connection di antara pemain tengah dengan striker dan tiada chemistry di antara pemain dengan pengurus. Maka sebab itu aku mengeluarkan kata-kata yang berunsurkan kutukan secara terbuka ini.

Jangan lupa untuk menyaksikan pertembungan Chelsea menetang MU ini, jam 12 malam. Siaran langsung di saluran Astro 817. Apa pun yang berlaku dan apa-apa result yang keluar, redha sahajalah. KTBFFH.

P/S : Nak puji macam mana kalau dah awal musim main macam bangang.

Episod drop-point berterusan

Posted by KampungChelsea On Friday, February 03, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea main sangat teruk. Itu sahaja yang boleh aku bagi rumusan mengenai apa yang berlaku di Liberty Stadium pada pagi rabu lepas. Ketiadaan Lampard, Ramires, Terry & Drogba tidak boleh dijadikan alasan utama kerana secara professionalnya, perfomance Chelsea tetap tidak normal. Kata pengulas, hantaran Chelsea sangat slow dan tidak aggresif. Lawan seperti Swansea sepatutnya diakhiri dengan kemenangan yang mudah jika nak ukur tahap kualiti pemain kita dengan pemain mereka.

Gol Swansea dijaringkan oleh Scott Sinclair manakala jaringan penyamaan dari Bosingwa pada minit-minit akhir perlawanan mengelakkan Chelsea dari pulang dengan tangan kosong. Walaupun tidak semahal Torres, namun Scott Sinclair lebih mempamerkan prestasi terbaik bersama kelab Swansea musim ini. Bekas pemain kita itu dengan bijak menewaskan Cech dengan top corner shoot yang cantik. Torres ? perfomancenya sangat kaku. Hanya tahu kejar bola dan tidak mampu membuat apa-apa.

Seri dengan Swansea merupakan satu keputusan yang kurang baik kerana kita sekarang dalam proses untuk kekal dalam top 4 spot. Minggu lepas seri dengan Norwich, minggu ini juga seri.Jika terus tercicir mata seperti ini, nampak gayanya peluang untuk main di eropah musim depan memang tipis lah. Di tempat ke-3 Spurs terus maju ke hadapan dan meninggalkan kita sedikit demi sedikit., Tidak lupa Arsenal, Liverpool & Newcastle juga sedang berebut untuk merampas kedudukan ke-4 kita.

Heran juga kerana musim ini Chelsea hanya mengejar slot UCL dan bukannya title race. Terlalu banyak drop point menyebabkan kita semakin jauh ditinggalkan oleh pendahulu liga, City & MU. Seteruk-teruk musim lepaspun, Ancelotti mampu memberikan Chelsea tempat kedua dan hanya beza beberapa mata sahaja dengan juara bertahan, MU. Namun sekarang, apa sudah jadi ? Nasi sudah jadi bubur.


Terumbang ambingnya prestasi Chelsea sejak kebelakangan ini berpunca sama ada dari kesalahan pemain Chelsea itu sendiri ataupun AVB. Bila bercakap mengenai AVB, sudah tentu aku akan fokuskan mengenai cara beliau menyusun line-up yang tidak masuk akal. Malouda, Meireles perform hambar dan persoalan sekarang ialah bila dah main hampeh, kenapa dan mengapa AVB masih hendak turunkan mereka berdua ? Satu hal lagi ialah pemain yang baru dibeli iaitu Gary Cahill. Mati-mati aku ingat dia akan main lawan Swansea, tapi last-last full-time di letakkan di bangku simpanan

Semalam AVB ada beritahu kepada sidang media yang beliau sulit untuk "menjaga" dan menguruskan pemain-pemain star Chelsea. Kerana usianya yang muda dan kurang pengalaman, AVB kurang dihormati oleh pemain kita.

Ini juga satu masalah yang sememangnya sejak dulu lagi sukar di-bendung iaitu keegoaan barisan pemain kita yang kononnya berlagak star. Ancelotti juga pernah menyuarakan mengenai hal ini. Beliau mengatakan yang sebilangan pemain star Chelsea susah nak dengar cakap.

Aku dah boleh agak sapa golongan yang susah nak dengar cakap itu. Pemain-pemain macam itu seeloknya keluar sahaja dari kelab Chelsea. Salah satu pegangan/motto yang dibawa oleh Jose Mourinho di Chelsea dulu ialah beliau tidak suka walaupun seorang pemain Chelsea yang berlagak star. Kata JM, "kalau anda nak berjaya, anda tidak boleh anggap diri anda seorang super-star & kurangkan publisiti murahan. Kalau anda buang perkara itu, anda akan berjaya bersama saya."

Sebab itu Mourinho berjaya di Chelsea dan pemain-pemain kita tiada masalah dengan cara pimpinan beliau.( kenapa aku rasa bersemangat bila baca link ini )

Next game ialah lawan MU di SB. Macam biasa, setiap game memang Chelsea kena wajib menang. Kalau cicir mata lagi, tak tahulah aku nak cakap apa lagi. Apa pun selamat maju jaya Chelsea. KTBFFH.

P/S : Untuk transfer window bulan ini, Chelsea hanya beli dua orang pemain iaitu Gary Cahill dan seorang lagi ialah Kevin de Bruyne dari kelab Belgium, Racing Genk. (itupun terpaksa di-loankan balik ke kelab asalnya itu dan Bruyne akan come-back ke Chelsea bulan Jun, iaitu musim depan 2012/2013.



 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png