Piala FA : Chelsea mara ke pusingan yang seterusnya

Posted by KampungChelsea On Monday, January 30, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Walaupun menang dan layak ke pusingan yang seterusnya, namun performance Chelsea kurang baik.Agak hambar juga corak permainan kem The Blues di Loftus Road.

Mungkin aku boleh labelskan match ini sebagai deja-vu kerana boleh dikatakan ia sedikit mirip dengan apa yang berlaku pada beberapa bulan yang lepas ketika Chelsea tumbang 1-0. Tewasangkarakeputusan uneducated dari Chris Foy yang menghadiahkan penalty free kepada QPR. Dan semalam kita menyingkirkan mereka hasil daripada soft penal;ty yang dihadiahkan oleh Mike Dean. Ada yang mengatakanSturridge dive, aku tak nak komen apa-apa, cukup sekadar tersenyum sinis dengan misi balas dendam sudah terbalas. Mata dengan rileks dan bersahaja menyempurnakan penalty kick menewaskan keeper lawan sambil dilihat oleh Abang Lampard yang berada di tempat duduk penyokong. Super Frankie terpaksa diketepikan pada perlawanan ini ekoran dari kecederaan kaki yang dialaminya ketika menentang Norwich tempoh hari.

Berkenaan dengan kes racist antara JT dengan Anton Ferdinand sebenarnya tidak member apa –apa gambaran yang menarik dalam match ini.Lebih-lebih lagi kita masih tidak tahu adakah benar JT bersalah dalam hal ini. Hanya kedengaran laungan dan cemuhan “boo” sahaja ke arah kapten marvel kita itu. Namun gangguan itu langsung tidak member efek kepada performance JT & juga Chelsea, malahan defensive kita dilihat lebih solid,kukuh dari perlawanan sebelumnya. Tidak heranlah QPR hanya membuat mampu membuat sekali sahaja shoot on target.


Tidak lupa tiada hand-shake (upacara salam bersalaman sebelum perlawanan bermula) di antara JT dengan Ferdinand. Ia member gambaran jelas yang mereka berdua masih emo walaupun sangkaan aku mengatakan JT mungkin akanbersikap lebih professional jika hendak nak dibandingkan Anton.

Lawan di pusingan ke-5 ialah Birmingham yang merupakanjuara Carling Cup musimlepas.Nampak mudah tapi hakikatnya lawan underdog seperti mereka mampumembuat kejutan jika kita berada dalam keadaan yang riak mahupun leka.Lagipun prestasi pemain kita sekarang tidak berada dalam keadaan yang terbaik..Untuk jadi juara, kita harus mempamerkan aksi terbaik, performance yang bagus tapi saying buat masa sekarang, kita tidak berada di tahap tersebut.Banyak kelemahan dan ruang-ruangkosong yang perlu kita isi dan atasi.Bahagian serangan tidak sharp dan tengah tidak hidup. So bolehkah kita menjadi juara jika dua elemen tersebut tidak kuat ? fikir2kan.

Apa pun, KTBFFH.

P/S :Mohon maaf kerana lambat mengemas-kini entri blog. Line internet kampung aku buat hal lagi.

Singa lawan kenari

Posted by KampungChelsea On Friday, January 20, 2012 13 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Jumaat.

Esok kem Chelsea akan melawat ke markas Norwich City, Carrow Road. Untuk fasa pertama musim ini, kita berjaya mengalahkan mereka 3-1 di Stamford Bridge hasil daripada jaringan Bosingwa,Lampard & Mata. Namun untuk fasa kedua ini sedikit berbeza kerana venue stadium lebih mencabar & atmospherenya sudah pasti memihak kepada mereka. Keupayaan anak buah Paul Lambert tidak boleh dipandang rendah kerana dalam 3 perlawanan terakhir, mereka berjaya menyapu bersih dengan semua kemenangan. Kali terakhir mereka tewas pada 27 Disember 2011, iaitu tahun lepas kepada Spurs.

Aku yakin untuk perlawanan besok, tentu ramai yang ingin melihat debut pertama Cahill untuk Chelsea. Adakah dia akan memulakan permainan di 1st line-up atau berada di bench terlebih dahulu ? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Tidak lupa dengan kembalinya The Bison, akan menguatkan lagi jentera tengah & tembok pertahanan kita. Tapi persoalan sekarang ialah jika Essien berada dalam skuad kesebelasan utama nanti, siapa yang bakal disingkirkan dan berada di bench ? Lampard atau Romeu ?  Mungkin AVB ada perancangan yang tersendiri mengenai perkara ini. Tapi terlalu banyak rotation akan memberi kelemahan juga dari sudut aspek chemistry.

ouch !

Berkenaan dengan Torres pula, jika dia masih gagal untuk score gol, itu bukanlah masalah utama. Apa yang penting ialah, dia beraksi bagus & membantu pasukannya mencatat kemenangan. Score gol itu hanya bonus dan tidak ada ertinya kalau dia berjaya menjaringkan gol tapi Chelsea gagal menang.

Misi minggu ini bagi Chelsea ialah wajib menang kerana esok merupakan pertembungan top 5. Pencabar terdekat, Arsenal akan melayan kunjungan MU. Dan pasukan di tangga ke-3, Spurs akan ke Etihad Stadium untuk menentang pendahulu liga, City. Jadi, di situ kelebihan memihak kepada kita kerana dua di antara mereka konfem akan tercicir mata. Lagi bagus ialah jika kesemua di antara mereka draw & drop point. Ia akan memberikan kita satu lif uk merapatkan jurang dan memperbaiki kedudukan semasa Chelsea sekarang. Jangan mereka drop point, kita juga yang drop point.

Norwich City vs Chelsea. Perlawanan akan bermula pada jam 8.40 malam, siaran langsung di saluran Astro 812. KTBFFH.

AVB - kelapan termahal di dunia

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 19, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai 10 pengurus bola yang mendapat gaji terkaya di dunia :

  1. Jose Mourinho (Real Madrid) 11.2 juta pound setahun
  2. Diego Maradona (Al Wasl)      9.9 juta pound setahun
  3. Pep Guardiola (Barcelona)       8.7 juta pound setahun
  4. Fabio Capello (England)           6 juta pound setahun.
  5. Arsene Wenger (Arsenal)         6 juta pound setahun
  6. Carlo Ancelotti (PSG)            4.9 juta pound setahun
  7. Luiz Felipe Scolari (Palmeiras)  4.4 juta pound setahun
  8. Andre Villas Boas (Chelsea)     4.3 juta pound setahun
  9. Sir Alex Ferguson (MU)          4 juta pound setahun
  10. Roberto Mancini (MC)           3.8 juta pound setahun

Korang rasa AVB layak mendapat gaji sebesar itu ? Bagi aku, ya kerana musim lepas, beliau telah memenangi 4 gelaran bersama Porto. Dan musim ini pula AVB membimbing kelab Chelsea, as we know, antara kelab terkaya juga dalam sejarah dunia bola sepak sekarang.

Jika musim ini sekurang-kurangnya kita memperolehi satu trofi, konfem gaji AVB akan up lagi. Tambahan kalau trofi tersebut ialah UEFA Champions League dan Pak Roman pasti murah hati,hehe.

P/S : No.2 termahal Maradona ? nak tergelak aku rasa.

Official : Selamat datang Gary Cahill

Posted by KampungChelsea On Tuesday, January 17, 2012 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Akhirnya lengkap sudah transfer Gary Cahill ke Chelsea dengan yuran perpindahan sebanyak 7 juta pound.

Info ringkas mengenai bek muda yang berusia 26 tahun ini :

Nama penuh : Gary James Cahill
Lahir : 19 Disember 1985.
Warganegara : England
Posisi : Centre back
Kelab sebelum ini : Aston Villa, Bolton


Cahill akan memakai jersi nombor 24 dan akan membuat debut pertamanya pada perlawanan menentang Norwich City hujung minggu ini.

Sebelum ini, Cahill pernah berduet bersama dengan JT ketika perlawanan pusingan kelayakan Euro 2012 untuk pasukan kebangsaan England. Pastinya AVB akan gandingkan mereka berdua juga di dalam skuad Chelsea.


P/S : Pembelian pertama selesai dan menunggu pembelian kedua pulak,hehe. Dengan kehadiran Cahill ini, aku harap agar masalah & kelemahan di bahagian pertahanan kita akan selesai.


Chelsea 1 Sunderland 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, January 15, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 selamat datang bro !

3 perkara yang menggembirakan aku dalam match ini ialah :

+ Assist akrobatik menarik dari Torres untuk gol nasi tambah Lampard
+ Essien kembali dan sempat main dalam 15-20 minit terakhir
+ Pembelian terbaru, Gary Cahill berada di tempat duduk stadium tadi.

Walaupun menang tapi secara jujurnya, aku kurang berpuas hati dengan perfomance Chelsea hari ini. Kita tidak berada dalam pretasi terbaik dan tidak mencipta peluang dengan baik. Mungkin senang aku cakap, Chelsea bernasib baik kerana tidak kalah atau drop point. Sunderland mensia-siakan banyak peluang keemasan. Tambahan pula, defensive kita agak longlai & hampir-hampir juga pihak lawan nak menyamakan kedudukan. Paling mengecewakan ialah di bahagian tengah. Tidak kreatif, tiada idea & kurang dinamik dalam membuat hantaran. Takkan setiap perlawanan, asyik-asyik striker sahaja yang kena bagi assist. Aku mengharapkan untuk satu lagi pembelian dari Roman ialah seorang perancang tengah yang otak geliga. Sakit hati tengok pemain tengah Chelsea yang tiada idea untuk membuat hantaran menarik kepada striker. Kesian aku tengok Torres. Terpinga-pinga menanti through pass dari rakan pasukannya. Meireles tamak, Malouda bile masuk main, terus shoot dan Ramires tak pandai jolok bola.


Berkenaan dengan gol tunggal yang dijaringkan oleh Lampard itu, aku rasa kita kena beri kredit penuh kepada Torres kerana lagi sekali dia menjadi assist kepada gol Chelsea. Tidak adil rasanya melihatkan Torres membuat volley akrobatik yang sangat cantik namun yang menyudahkannya ialah Lampard. Kalau volley tersebut tidak terkena palang dan terus menerjah jaring, aku rasa itu gol terbaik Torres musim ini.

Dengan kemenangan tipis 1-0 ini masih lagi mengekalkan Chelsea di tangga ke-4 liga dengan 40 mata. 6 mata di belakang, Spurs yang seri 1-1 dengan Wolves. 8 mata beza dengan pendahulu liga, City yang masih ada satu lagi baki perlawanan. Apa pun tahniah Chelsea & syabas AVB. Perlawanan seterusnya ialah menentang Norwich City di Carrow Road. KTBFFH.

Siapa yang bakal tersingkir ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 12, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hari ini 12 Januari 2012. Satu tarikh yang menarik.12/01/2012.

Jadi bila sebut pasal 12 Januari, bulan Januari, maka kem kita sudah pasti sibuk dengan hal-hal transfer news. Tarikh tutup transfer window pada hujung bulan nanti dan persoalan sekarang ialah pemain mana yang akan sertai Chelsea sepanjang tenpoh bulan ini ? dan tidak lupa, pemain mana yang akan keluar dari Chelsea ?

Pemain yang sering kali disebut akan berpindah ke Chelsea, tak lain tak bukan ialah Gary Cahill. Memang ada kesepakatan di antara pihak management kita dengan Bolton mengenai transfer Cahill itu, cuma masa sahaja yang menentukan selebihnya. Kita cuma perlu tunggu, dengar & lihat sahaja.

AVB pernah beritahu yang dia mahu 2 pemain baru. Pemain pertama, of course Gary Cahill. Tapi siapakah pemain kedua ? adakah right back ? right midfielder winger ? left winger ? atau striker ? hmmm...


Itu pemain yang kita nak beli.Macam mana pula dengan pemain yang kita nak jual ?. Aku yakin kalau kita beli beberapa pemain baru, sudah tentu ada pemain dalam pasukan kita yang akan keluar. Lumrah dalam dunia bola sepak, pemain datang dan pemain pergi. Setakat ini Chelsea sudah melepaskan 2 pemain veteran, Anelka ke kelab China dan Alex (dalam proses). So, siapa yang akan ikut jejak mereka berdua ?

Adakah Kalou ? kerana agennya pernah menelefon pihak Arsenal untuk mentuntaskan transfer Kalou ke kelab jiran sebelah Chelsea itu. Bagaimana pula dengan Malouda yang kerap kali diletakkan di bangku simpanan ? atau ada lagi pemain lain yang korang rasa perlu disingkirkan dari Chelsea ? Sila bagi pendapat korang mengenai perkara ini.

P/S : Dua player muda, Kakuta & Mceachran akan dipinjamkan ke kelab lain, Mcechran ke Swansea & Kakuta ke Dijon (French club).

Chelsea mara ke pusingan ke-4 Piala FA

Posted by KampungChelsea On Tuesday, January 10, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pusingan ke-3 Piala FA - Chelsea 4 Portsmouth 0

Ramires menjaringkan dua gol yang mana dua gol tersebut, macam biasa assist dari Abang Torres. Untuk pusingan ke-4 nanti, Chelsea diundi menentang QPR. (Bekas pengurus kelab mereka, Neil Warnock baru sahaja dipecat pada 2 hari lepas.)

P/S : Mohon maaf dalam masa seminggu dua ini aku tidak dapat mengemas-kini/update entri kerana lap-top aku rosak teruk. Sekarang ni pun post entri guna laptop orang. Harap maklum, sekian terima kasih.

Transfer bid dari Chelsea

Posted by KampungChelsea On Saturday, January 07, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sedia maklum bahawa hujung minggu ini, Gary Cahill sah milik Chelsea. Kenyataan ini sendiri diluahkan oleh Owen Coyle. Walaupun aku dapat tahu yang Cahill ini agak mengada-ngada skit kerana belum join kem kita lagi sudah pandai buat demand lebih-lebih. Chelsea tawar gaji 70 ribu pound seminggu, dia nak 100 ribu.

Setakat ini, Chelsea juga ada membuat beberapa tawaran kepada pemain lain, antaranya ialah:

  • 12 juta pound untuk right back Marseille, Cesar Azpilicueta. (Perfomance budak muda sepanyol ini konsisten bersama bekas juara liga Perancis itu.)
  • Dan bid 25 juta untuk Gonzalo Higuain memang benar & tak tipu. Tapi aku rasa offer ini bukan datang dari AVB, tapi ini dari Roman Abramovich. Senang cerita, kalau ada offer-offer untuk striker mahal ni kebiasaannya dari owner kita je. Macam Shevchenko & Torres lah.
  • 30 juta untuk striker mantap Napoli, Edinson Cavani. (Eh2, harga sama macam Shevchenko lah,hehe.)


AVB ada juga cuba untuk dapatkan Alvaro Pereira tapi sayang Porto tak berani nak jual left back kesayangan diorang itu. Berkenaan dengan Kevin de Bruyne, winger Racing Genk ini sudah meluahkan hasrat untuk beraksi bersama kem kita. Kata Bruyne "Chelsea still want me."

P/S : Aku sebenarnya lebih menyukai pemain seperti Hulk. Tapi harga dia agak melampaui batas. Kelab Porto telah meletakkan harga klausa yang tinggi untuknya dan tak silap aku, dalam 80 juta(gile ape 80 juta !). Hulk ni seorang pemain sayap kanan yang sangat bagus. Dia mempunyai fizikal yang mantap, kekuatan badan yang solid & finishing power. Apa yang penting, orang macam dia sesuai main kat EPL.

Torres tidak EGO

Posted by KampungChelsea On Friday, January 06, 2012 10 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kata AVB "Torres tidak ego".

Ya, itu memang tidak dinafikan kalau kita melihat dari perfomancenya bersama Chelsea. Tidak tamak seperti Malouda,Kalou & Sturridge, Torres sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi untuk kem kita. Mungkin pendapat dari pihak media, transfer Torres ke Chelsea adalah gagal kerana setakat ini jumlah jaringannya agak sedikit jika hendak dibandingkan dengan jaringannya di Liverpool dulu.

Tapi bagi aku, jumlah gol itu tidak penting. Yang penting, dia perform bagus untuk Chelsea. Memang dari segi gol dia kurang, tapi sumbangannya dari segi assist amat bermakna. Ketika lawan Wolves, gol Lampard berpunca dari through pass Torres. Dan dia juga menjadi penggerak kepada bahagian serangan kita.

Untuk perlawanan yang sebelum inipun, Torres kerap kali memberi assist kepada gol Chelsea. Ada fans lain cuba menyindir dan berkata "Adakah Torres datang ke Chelsea semata-mata untuk bagi assist sahaja". Hendak buat macam mana, itu rezekinya. Lambat laun dia akan score banyak gol juga kan ?

Buat masa sekarang, sebagai peminat sejati Chelsea, kita harus bersabar. Mungkin Torres perlukan waktu yang lama untuk score gol. Sebab kalau nak harapkan pemain tengah yang ada sekarang, ibaratkan harapkan pagar pagar makan padi. Striker pula yang tolong bahagian tengah, bukan bahagian tengah yang support striker.

P/S : Kita sekarang tidak ada midfielder yang pandai jolok bola kepada striker. Maksud aku, midfield yang buat through pass. Yang ada hanya midfielder yang suka score gol dari pass ball kepada orang lain. Adik Josh Mceachran boleh sebenarnya buat macam itu, tapi sayang bakatnya hanya dipendamkan di bench. Harap bulan Januari ini, kita dapat beli right winger yang berkualiti untuk ringankan bahu striker & tak lupa sorang bek untuk kukuhkan defensive line.

Krasic atau Hulk ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, January 04, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anelka telah tinggalkan Chelsea & berhijrah ke kelab China, Shanghai Shenhua. Maka dengan itu, posisi right winger sudah kosong sekarang. Dan persoalan sekarang ialah siapakah calon yang paling tepat untuk menggantikan tempat beliau ?

Winger Juventus, Milos Krasic & winger Porto, Hulk antara pemain yang sering sahaja disebut bakal menyertai Chelsea pada transfer window bulan Januari ini. Salah satu di antara mereka mungkin akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Anelka.

Jadi siapakah pilihan anda ? Krasic atau Hulk ?


Ada yang bertanya kepada aku, macam mana pula dengan winger Lille, Eden Hazard. Sepintas lalu ada news yang mengaitkan namanya dengan Chelsea tapi sekarang sudah luput. Khabar angin mengatakan Hazard mahu stay di Perancis & kalau dia mahu keluar sekalipun, destinasi barunya pasti ke arah Real Madrid atau Manchester City.

Wolves 1 Chelsea 2

Posted by KampungChelsea On Tuesday, January 03, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alhamdulillah, akhirnya menang juga.

Senak perut juga tengok gol last2 minit ini kan. Nasib baik menang, kalau tidak, mungkin target makian aku sudah pasti ke arah Bosingwa. Tiap2 game dia main selalu je Chelsea bolos. Set-piece yang pihak lawan buat memang langsung dia tak boleh nak marking. Inilah jadinya bila Ivanovic tak main. Semua jadi kelam kabut.

Apa pun terima kasih kepada Super Frankie kerana score gol kemenangan. Tapi aku harus beri kredit lebih kepada Abang Torres kerana dialah yang menjadi assist kepada gol Lampard tu & tak lupa Torres juga menjadi penggerak kepada bahagian serangan Chelsea. Untuk gol pertama, Ramires yang score, hasil daripada corner kick Mata.

Hanya satu sahaja substitution yang dibuat oleh AVB hari ini iaitu memasukkan adik Mceachran & mengeluarkan Mata.


Kemenangan pertama kita pada tahun 2012 ini. Harap momentum seperti ini berterusan sehingga ke habis musim nanti. Jangan lepas ini drop point pula. Title race masih belum berakhir jika kita dapat mengekalkan rentak kemenangan seperti menentang Wolves ini. Tahniah Chelsea, syabas AVB. Untuk next match, Chelsea kena kerja lebih kuat lagi & harus tingkatkan prestasi dari semasa ke semasa. KTBFFH.

Dulu & sekarang

Posted by KampungChelsea On Monday, January 02, 2012 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Dulu
 sekarang

Dulu & sekarang. Apa yang beza ?

Kalau anda seorang yang peka & mesra alam, pasti anda akan tahu apa beza yang dulu & yang sekarang.

Gabungan dulu sangat terbaik. Deco- Ballack - Lampard. Walaupun tua & tak laju, tapi otak mereka geliga. Kreativiti terserlah. Ibaratkan peribahasa tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Ballack seorang pemain yang kental & mempunyai hantaran bergaya. Begitu juga dengan Deco yang mencipta kreativiti serta dinamik di jentera tengah & serangan. Gabungan inilah yang telah menjadi tunjang kepada 103 gol Chelsea dalam saingan liga pada musim 2009/2010. Pada waktu itu juga Chelsea telah berjaya memenangi dua gelaran trofi. Aku hampir yakin kombinasi 3 pemain tengah ini telah mencetuskan fenomena di Stamford Bridge & mampu mengalahkan mana-mana sahaja pemain tengah yang ada sekarang termasuk kolaborasi Xavi,Iniesta & Busquet. Baru aku perasan sentuhan Lampard makin lama makin hilang disebabkan ketiadaan dua partner stylo itu.

Tapi sekarang ?


Tengah lembab, tidak bermutu serta hilang panduan. Harapkan laju sahaja tapi target tidak mengena. Ramires - Meireles - Lampard bukanlah satu kombinasi yang baik seperti gabungan yang dulu kala. Mereka tidak kreatif & sudah hilang idea. Bahagian serangan memerlukan kreativiti dari bahagian tengah tapi tidak sampai. Hantaran mereka kebanyakannya hancur. Patutlah Lampard kurang idea, kerana partnernya sekarang tidak sehaluan dengannya. Contoh macam Ramires. Bile dia dapat bola, dia terus pecut, tanpa melihat orang di sekelilingnya. Sedangkan dia tak sedar, posisinya ialah CM, centre midfielder. 1 lagi Meireles. Bukan aku nak cakap Meireles perform hampeh tapi sejak kedatangannya ke Chelsea, kurang memberi impak di bahagian tengah. Kita beli dia supaya dia dapat kembangkan lagi idea serta pembaharuan di midfield tapi sayang, benda tu sampai sekarang aku tengok kurang menyerlah. Sampaikan adik aku (seorang peminat tegar Liverpool) berkata "Meireles tu, orang suruh stay kat Liverpool tak nak, sekarang apa jadi". Luahan itu membuatkan aku tersenyum sinis.

AVB perlu lebih bijak menangani masalah yang berlaku dalam kem Chelsea sekarang. Lebih-lebih lagi keegoaan player Chelsea yang sejak dulu lagi sukar dibendung. Jika Jose Mourinho & Guus Hiddink boleh menangani perkara itu dengan mudah, kenapa anda tidak boleh AVB ? Kisah Carlo Ancelotti tahun lepas tidak boleh dibawa perbandingan kerana pada waktu itu, beliau kurang mendapat sokongan dari pihak atasan. Sedangkan AVB sekarang, sudah mendapat full-support dari owner pun masih lagi gagal membuat keputusan dengan bijak.

Apa yang aku tengok, lihat & kaji, rata-rata pemain Chelsea sekarang sama sahaja. Maksud aku dari segi line-up. Player yang ada sekarang bukan ke bekas player asuhan JM, Guus Hiddink ?. Tapi kenapa AVB sukar untuk melakukan perkara sedemikian. JM & Guus Hiddink rileks sahaja melayan karenah mereka tapi kenapa orang muda seperti AVB tidak boleh ? Renung-renungkan lah.


Secara jujurnya, kalah atau menang, aku tetap sokong Chelsea. Tidak akan berpaling tadah sama sekali. Tegur macam nipun bukan marah tapi sayang. Kalau marahpun marah sayang, hehe. KTBFFH.

Chelsea 1 Aston Villa 3

Posted by KampungChelsea On Sunday, January 01, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masih lagi dengan mood drop point.

Dah la drop point, kalah dekat Stamford Bridge pula tu. Apalah nak jadi dengan Chelsea. 3 minggu draw, minggu ini kalah.

3 gol yang dijaringkan oleh pihak lawan sudah jelas menunjukkan betapa bangangnya bahagian pertahanan kita. David Luiz marking ke laut & Lampard lagi sekali salah hantar bola. Sudahlah pertahanan hancur, bahagian tengah tidak hidup, malah serangan Chelsea semuanya berterabur.

Aku heran. Apa pasal keluarkan Romeu & masukkan Lampard ? Dan apa pasal keluarkan Sturridge dengan Torres ? Patutnya keluarkan Drogba & masukkan Torres...AVB oh AVB.

Maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawa AVB perlu merombak skuad yang ada sekarang. Buang yang keruh ambil yang jernih. Gunalah peluang sebaik mungkin pada transfer window bulan Januari ini. Jual mana yang patut dan sign 2/3 player baru.

Apa pun tahun baru yang sangat mengecewakan. fuh !


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png