Carling Cup : Chelsea 0 Liverpool 2

Posted by KampungChelsea On Wednesday, November 30, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kekalahan ke-3 Chelsea di Stamford Bridge musim ini dan lebih menyakitkan kita tersingkir sudah dari saingan Carling Cup.

Punca kekalahan macam biasa disebabkan oleh taktikal serta strategi AVB. Memang bukan 100% salah AVB tapi line-up yang beliau susun sangat mencurigakan. Bile mencurigakan, maka hasilnya curiga juga lah.

Memainkan Lukaku, Lampard, Bosingwa, Malouda telah memberi kesan buruk kepada perfomance Chelsea ketika menentang Liverpool pagi tadi. Lukaku banyak buang bola, Lampard tiada fungsi, Bosingwa defends ke laut dan Malouda meneruskan tradisi bangangnya. Yang bagus dan beri komitmen sedikit hanyalah Oriol Romeu, Bertrand. Sayang sungguh Mceachran keluar awal kerana mengalami kecederaan.

Ape nak dikatakan lagi, semuanya sama sahaja. Tak sangka dalam masa 9 hari terakhir ni kita kalah berderet dengan Liverpool, (di home sendiri pula.)

P/S : Bile lawan team kacang, kita menang. Bile lawan top team kita kalah. Dengan perfomance sekarang ni, aku rasa kita takkan mampu menang apa-apa piala musim ni. Nak tempah ke slot UCL tahun depanpun belum dipastikan sangat. Rombakan secara besar-besaran sudah diberitahu cume AVB masih dengan kisah dongengnya dengan menerapkan formasi attacking yang berisiko tinggi, defend entah ke mana hala.

bangkitlah wei !

Chelsea 3 Wolves 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 27, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Romeu power, tapi Mata lagi power...1 assist , 1 gol

Selamat menyambut Maal Hijrah 1433 kepada seluruh warga Chelsea yang beragama Islam.

Sempena dengan tahun baru Islam ini, Chelsea telah melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan serigala, Wolves. Tiga jaringan semalam dijaringkan oleh kapten marvel JT, Sturridge & Mata.

Harap kita akan terus kekal dengan momentum kemenangan sebegini untuk perlawanan yang seterusnya. Keep it up & KTBFFH.

Ini baru best bro

P/S : Mohon maaf kerana tidak dapat update blog untuk 3/4 hari yang lepas. Ada masalah dengan line internet. Maklumlah musim hujan, kate orang TM, ada gangguan sedikit.

6 perubahan drastik

Posted by KampungChelsea On Wednesday, November 23, 2011 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dalam perlawanan biasa kita boleh menang, tapi dalam perlawanan-perlawanan besar, kita bermasalah sedikit. Jadi di sini aku ada 6 point yang wajib diambil tindakan dengan serius oleh AVB :

1) Cech perlu lebih fokus... Bertopeng baru seperti Batman, die perlu lebih peka dalam membuat sesuatu keputusan. Contoh ketika menentang Liverpool, die tidak boleh membuat short pass kick. Walaupun gol pertama yang Liverpool dapat itu 85% salah Mikel tapi die tidak boleh mengambil jalan mudah ketika membuat goalkick. Pengulaspun berkata, jika ada 1/2 pemain lawan berada di sekitar kubu sendiri, keeper tidak boleh membuat hantaran pendek kepada team-matesnya. Ini akan mengundang padah.

2) David Luiz harus tukar posisi. Die tidak sesuai bermain di centre back. Bukan sahaja lawan Liverpool, untuk game2 sebelum ni die beraksi terlalu kalut & gopoh. Luiz kena main defensive midfielder (alah yang macam Alex Ferguson buat kepada Phil Jones tu. Dari centre back ke centre midfielder.) Luiz bermain tidak sabar, selalu hilang posisi & pergerakannya. Lawan naik buat serangan , tiba2 die maju ke hadapan sedangkan die perlu berada di belakang sedikit dengan posisi pihak lawan.


3) Gandingkan Alex & JT. David Luiz kalau terus nak main centre back, bagi die main dalam perlawanan2 biasa sahajalah. Untuk big game, JT harus bergandingan dengan Alex. Kalau bulan 1 nanti, Roman murah hati, kita beli defender baru seperti Gary Cahill atau Diego Godin.

4) Kekalkan Ivanovic di bahagian RB (sayap kanan). Bosingwa ? Die boleh main, cume main dalam perlawanan2 tak penting.

5) Sudah tiba masanya di bahagian tengah AVB guna Mceachran & Oriol Romeu. Sudah2 lah letak Mikel. Dia jarang berjasa kepada kita. Banyak buat onar adelah mamat nigeria tu.

6) Malouda diharapkan lebih banyak berada di bench dari bermain 1st starter. Dribble tak lepas, cross hancur. Ada satu dua je hantaran die yang boleh pakai, lain-lain bangang. Aku masih konpius kenapa AVB harus mainkan die di right winger. Kalau guna 4-3-2-1 sekalipun, di bahagian serangan why not Mata & Anelka, untuk membantu Torres/Drogba.


Itu sahaja perubahan yang perlu kita buat. Kepada AVB, kalau tidak mahu kedudukan anda tergugat lagi, sila take note point ini. Kalau tidak faham, bolehlah google translate. (itupun kalau kau bace blog akulah HAHA). Anda tidak tahu apa yang bermain di fikiran Roman sekarang ini, jadi sila berjaga-jaga. Ditambah pula Hiddink tengah bersantai tunggu keje baru.

Berubah lah sebelum nasi jadi bubur.

Off-topic : Tahniah harimau malaya !

AVB dipecat ?

Posted by KampungChelsea On Monday, November 21, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tidak. Jawapan aku tidak mungkin. 13 juta pound Roman korek duit tabung bayar kepada Porto, takkanlah senang-senang mahu pecat sama itu AVB. Tak ada akal ke apa ni.

Eksklusif : Khidmat Hiddink diperlukan dengan segera !

Posted by KampungChelsea On Monday, November 21, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Khidmat Hiddink diperlukan dengan segera !

Ops, jangan salah sangka. Khidmat Hiddink diperlukan dengan segera itu tidak bermakna AVB perlu keluar.

AVB masih perlu bersama Chelsea, cume Hiddink boleh dijadikan pakar motivasi kepada player-player kita. AVB seorang pengurus yang bagus, kalau tidak bagus, masakan boleh 4 piala bersama Porto musim lepas kan ? Cume waktu ini & kini AVB mengharungi tugas yang lebih sukar dari pekerjaannya bersama Porto dulu. Porto tak sama macam Chelsea. Liga mereka juga tidak begitu mencabar kalau nak dibandingkan dengan EPL. Chelsea antara kelab popular & para pemainnya berstatuskan terbaik di dunia. Yang menjadi masalah sekarang ini ialah AVB tidak tahu nak handle pemain-pemain star tu. Skuad Chelsea mempunyai pemain star yang banyak ragam. Ada yang keras kepala, sellfish, ada yang emosi & ada juga yang suka cetus kontoversi. Kalau nak ikutkan permainan menentang Liverpool, kite beraksi bagus. Buruk di separuh masa pertama & baik di separuh masa kedua. Cume nasib untuk mencapai kemenangan itu tidak ada hari ini.

Terlalu banyak rotasi yang dibuat oleh beliau menyebabkan Chelsea gigit jari ketika menentang top team. Tidak tahu mana satu pemain yang betul-betul boleh beraksi dalam perlawanan penting. AVB masih tercari-cari rentak permainan Chelsea. Sebagai contoh, kita boleh lihat, setiap perlawanan, akan ada sahaja line-up yang berbeza. Tak tersusun, itu sebab pemain kita susah nak cari persefahaman. Iyelah, setiap perlawanan line-up berlainan, macam mana nak kukuhkan chemistry di antara pemain kita.

Sebenarnya setiap game tak perlu rotation. Pemain seperti Torres susah nak beradaptasi dengan baik jika terlalu banyak perubahan dalam sisterm permainan berpasukan.

Antara pemain yang tak boleh main dalam big game ialah Mikel. Die sangat menghampakan. Gol pertama Liverpool aku akui, memang salah dia. Walaupun terlebih dahulu, bermulanya kesilapan itu terjadi disebabkan short pass dari Cech, tapi Mikel, tidak pandai nak control ball dengan baik. Tak pasal-pasal Liverpool dapat gol free.  Kedua, Malouda. Ada dua perangai yang dapat aku klasifikasikan orang Perancis itu, pertama die dribble tak lepas. Kedua, cross tak menjadi. Walaupun bagi assist kepada gol pertama Chelsea, tapi hakikatnya keseluruhannya perfomance die lembab. Kejap bagus kejap tak bagus. Tak konsisten namanya.


Kelalaian di bahagian pertahanan aku malas nak ulas panjang kerana dah berulang kali aku pot pet pot pet pasal masalah itu. Ditambah pula dengan formasi AVB yang lebih menekankan aspek serangan aggresif dari solid defensif . Secara ujurnya, AVB seorang pengurus muda yang memerlukan pengalaman di Tanah England. Beliau perlu lebih banyak belaja dari orang2 yang sudah banyak makan asam garam. Disebabkan itu, Roman perlu panggil balik Hiddink. Hiddink seorang pengurus yang genius, macam Jose Mourinho. Dia ada faktor yang boleh ubah karekter pemain Chelsea. Tak perlu nak pecat AVB, kerana khidmat Hiddink hanya untuk memberi keseimbangan kepada cara pengurusan AVB. Hiddink boleh bagi tips atau nasihat kepada AVB berkenaan dengan susunan line-up & mencipta taktikal yang lebih baik.

Memandangkan sekarang ni, Hiddink tidak mempunyai kerja kerana baru sahaja resign selepas Turki gagal ke Euro tahun depan. Jadi, ape tunggu lagi, mintalah bantuannya dengan segera sebelum keadaan jadi lebih teruk lagi.

P/S : Kekalahan kepada Liverpool ini meletakkan Chelsea ketinggalan 12 mata di belakang City. Sama macam tahun lepas, kita teringgal terlalu banyak point dengan pendahulu liga. Tapi aku percaya Chelsea boleh bangkit. Macam tahun lepas juga, pertengahan musim turun dan akhir-akhir musim, naik sedikit demi sedikit. Dari top 5 ke top 2. Sekarang ni masih awal, jangan terlalu bersedih sangat. Masih ada 26 game lagi, ape nak dirisaukan. Chelsea akan bangkit, percayalah.

Chelsea 1 Liverpool 2

Posted by KampungChelsea On Monday, November 21, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tahun depan bolehlah Chelsea beli Maxi Rodriguez plak. Tapau sekali dengan Glen Johnson.

|

Preview : The Blues vs The Kop

Posted by KampungChelsea On Friday, November 18, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Untuk fixture minggu ni kita akan berdepan dengan Liverpool. Macam biasa tak perlu nak dikecohkan sangat kerana perlawanan ini standard form sahaja. Walaupun tagline nya "Big Game" tapi bagi aku, ia hanya tipikal situation. Memandangkan pencapaian Liverpool dalam 5/6 tahun terakhir ni sangt mengecewakan, jadi aku kategorikan ia perlawanan biasa. Ibaratkan singa lawan ayam. Kadang-kadang ayam ni bile bertemu dengan binatang buas seperti singa boleh pula ia melawan, tapi lawan angsa, burung & haiwan-haiwan jinak yang sejenis dengannnya, ia pula mati kena sembelih.

Aku percaya kekuatan Liverpool sangat bergantung kepada Suarez. Tanpa Suarez siapalah Liverpool. Kalau nak harapkan Carrol jambang itu, maka tidak bertelurlah mereka sehingga habis musim. Terbaru, si arnab itu sudah menjaringkan 4 gol ketika mewakili kem Uruguaynya membelasah Chile 4-0. Semua gol die rembat. Apa makan si arnab itu aku tak tahulah tapi makanan hariannya semua orang tahu ialah carrot. (watch up dog, bugs bunny)

Perlawanan seperti ini fokusnya sudah pasti ke arah Abang Torres & Meireles. Meninggalkan Liverpool pada pertengahan musim lepas boleh dikatakan pilihan bijak dari El-nino. Untuk memperolehi piala & kejayaan, dia harus keluar dari kelompok katak di bawah tempurung. Tak kisahlah kalau jumlah golnya tidak sebanyak yang die jaringkan ketika bersama The Kop, yang penting die perolehi kejayaan bersama The Blues. Antara ciuman piala pertamanya bersama kita ialah ketika Chelsea menjuarai Barclays Asia Trophy di Hong Kong dalam siri jelajah pre-season . Walaupun ia hanya friendly cup, tapi yang penting die cium cup tersebut. Bukan tahu cium kamera sahaja tiap-tiap tahun kan ?

sekadar peringatan...

Musim lalu Chelsea kalah dengan merekapun angkara pemain kita juga. Kalah 1-0 di SB, golnya dijaringkan oleh Meireles. Di Anfield pula, Torres yang score. Kita memang suka beli pemain yang telah berjaya merobek gawang Cech. Mungkin lepas pada ni giliran Robin Van Persie atau Suarez, sape tahu kan ? Rugi betul pemain Malaysia tak score lawan Chelsea hari itu, kalau tak dah ada dalam skuad kita sekarang ni.

Harapan aku, mestilah mahu tengok Chelsea menang. Kalau menang sambil clean-sheet itu dah kira bonus. Dua big game sebelum ni kita kalah (dengan MU & Arsenal). Jadi menjelang menentang Liverpool, aku mahu semua pemain kita fokus, lebih-lebih lagi di bahagian pertahanan. AVB juga tidak perlu gopoh-gopoh untuk terapkan permainan serangan secara aggresif. Ada kalanya terlampau menyerang memakan diri juga. Beratkan dari segi taktikal dari permainan cantik. Main cantik kalau tak menang tak de guna, amik iktibar ape yang berlaku ketika Spain lawan England di Wembley. Begitu juga dengan perlawanan yang berlangung di antara Malaysia menentang indon semalam.

P/S : Formasi 4-3-3 (Ivan main RB, centre back JT- D.Luiz/Alex). Tengah letak Ramires, Meireles, Lampard. Untuk attacking side kita ada Mata untuk membantu abang Torres mengutip gol & bukannya mengutip bola lagi ye.

Justin Bieber ke Chelsea ?

Posted by KampungChelsea On Friday, November 18, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ops, jangan salah sangka. Ini bukan transfer news.

Penyanyi budak tadika, Justin Bieber(JB) ada pergi ke Stamford Bridge minggu lepas. Die datang bersama dengan aweknya, Selena Gomez (yang tengah popular dengan lagu Like A Love Song). Bukan nak sain kontrak sebagai pemain tetapi ia hanya private tour mereka berdua sahaja ke kem kita.


JB juga sempat berlatih dengan Super Frank. Siap bergambar lagi dan bertweet "Got to play football with Chelsea today"

Ini menguntungkan Chelsea sebenarnya kerana sejurus sahaja lawatan rahsia JB, jumlah follower Chelsea di Twitter meningkat dengan mendadak. Tahap publisiti & penjualan produk kem kita juga semakin laris disebabkan oleh budak yang popular dengan lagu "baby" itu.

P/S : JB ni kalau bergandingan dengan Torres memang jambu lah. Boleh tarik ramai wanita untuk minat kelab Chelsea,kehkeh.

Dari Stamford Bridge ke Earls Court

Posted by KampungChelsea On Monday, November 14, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Earls Court. Stadium baru Chelsea ?

Secara ringkasnya rancangan nak bina stadium baru sudah dibuat pada beberapa tahun yang lalu. Pak Roman sedia maklum mahu meningkatkan lagi publisiti serta tahap pembangunan stadium Chelsea. Stamford Bridge hanya mampu memuat lebih kurang 42,500 tempat duduk, sedangkan stadium baru yang telah di-gembar gemburkan itu boleh mengisi seramai lebih 60 ribu seats.

Itu sebab kenapa dan mengapa Chelsea beriya-iya sangat nak tukar stadium. Kalau tak de sebab mahupun alasan, ape gile mahu keluar dari Stadium Stamford Bridge yang telah menyimpan banyak memori pahit manis yang dikongsi bersama oleh para penyokong The Blues.

Sayangnya, tidak lama sahaja lagi, Chelsea bakal keluar dari Stamford Bridge. Mungkin pada tahun 2015, kita sudah berada di Home baru. Seperti mana yang telah dilaporkan oleh agensi-agensi & juga pihak CFC berkenaan dengan perkara ni.

P/S : Lagi 4 tahun ni, kalau ada umur yang panjang, rezeki mencurah-curah, aku harap dapat jejak ke Stamford Bridge buat kali terakhir.

Lampard !

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 13, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Agak terkejut melihatkan England boleh menang 1-0 dengan Spain di Wembley pagi tadi (waktu Malaysia). Tapi aku tak terkejut siapa yang jaringkan gol itu. Kalau bukan Lampard, England mahu harapkan sape lagi ? Rooney ? meeting dengan nenek orang. Ferdinand ? sibuk ber-tweet-tuih. Gerrard ? asyik cedera sahaja.

Gol Lampard ala-ala gol nasi tambah, kerana jaringannya terhasil berpunca dari tandukan Bent yang terkena tiang gol.

Sudah 3 gol aku score guna kepala.... nak guna kaki takut jadi macam Torres plak

Dalam perlawanan persahabatan ini, team yang bermain buruk menang & team yang bermain cantik balik dengan tangan kosong. Kan aku dah cakap, kalau main cantik, tapi tak score, tak menang, ibaratkan MENANGgung kekalahan.

Apepun tahniah Lampard. Tak lupe takziah untuk Mata & Torres,kehkeh.

Main buruk tapi keputusan cantik

Posted by KampungChelsea On Friday, November 11, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kata Lampard

“We don't mind winning ugly. Last season we climbed back into contention after being 15 points behind but you have to look at how well other teams are doing, particularly City.It wasn't pretty but wins like this mean as much as the four or five-nils when we play beautiful football."

Ape yang aku boleh mengklasifikasikan di sini ialah di zaman Jose Mourinho, Chelsea main buruk tapi keputusan gempak. Di zaman Grant, Chelsea main biasa dan keputusanpun biasa. Di zaman Big Phil, Chelsea main buruk & keputusanpun buruk. Di zaman Hiddink, Chelsea main buruk tapi keputusan gempak. Di zaman CA pula, Chelsea main cantik tapi keputusan buruk.Di zaman AVB, aku tidak boleh detect lagi, harap maaf.

Kesimpulannya aku lebih memilih zaman JM & Hiddink. Berdasarkan ape yang Abang Lampard cakap, bola sepak sekarang lebih mementingkan kemenangan & bukan permainan cantik. Senang bicara, tidak ada guna jika bermain cantik tapi tiap-tiap musim almari kosong (trophyless). Bola sepak mementingkan kemenangan, taktikal & bukannya permainan cantik.

Jika menang sambil menghasilkan permainan cantik serta menghiburkan, itu sudah dikira satu bonus. Namun bola sepak sekarang jarang2 ada pasukan yang bermain cantik & meraih keputusan cantik. Kalau adapun mungkin hanya pasukan seperti City & Barcelona sahaja. MU itupun based on tactical kalau tuan2 & puan2 nak tahu.

P/S : Dalam bola sepak, ada 4 kunci utama untuk meraih kejayaan. Pertama, Taktikal. Kedua, nasib. Ketiga, dana kewangan. Keempat, barulah permainan cantik. Jadi, aku faham & 100% bersetuju dengan ape yang Super Frank cuba sampaikan mengenai hal ni.

Bukan eden torai tapi Eden Hazard

Posted by KampungChelsea On Wednesday, November 09, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau dapat mamat ni,pergh memang aku cakap, terbaik lah bai.

Minggu lepas punya transfer news, Hazard kerap kali dikaitkan dengan Chelsea. Mungkin itu hanya khabar angin atau main angin, aku tak tahu. Cume budak hazard ni kalau main dengan kelab power macam Chelsea, pasti gempak. Aku tengok dari jauh gaya permainannya dah macam Arjen Robben. 

Pemain muda Lille tu boleh main dua posisi, iaitu Right winger & left winger. Sesuai lah main dengan kem kita yang selalu bertukar-tukar posisi. AVB kan jenis coach yang suka buat rotation.

Three lions vs La Furia Roja

Posted by KampungChelsea On Tuesday, November 08, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Untuk pengetahuan anda semua, minggu ini EPL cuti, bagi laluan seketika kepada International game (Euro Qualify & Friendly match).

Kebiasaannya minggu internationaleleh agak boring tapi untuk minggu ni berbeza sedikit. Sebab hari sabtu ni ada satu perlawanan persahabatan yang cukup menarik iaitu England lawan Sepanyol.Yang bestnya, ia membabitkan ramai player Chelsea.

Mata versus Lampard & A.Cole, hehe. JT maybe tidak disenaraikan atau diletakkan terlebih dahulu di-bench, begitu juga dengan Abang Torres.

Ayam brand

Posted by KampungChelsea On Monday, November 07, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Sekadar peringatan...

Salam aidiladha.

Untuk suku akhir Carling Cup, Chelsea akan berdepan dengan kelab power sejarah, Liverpool. Kelebihan sedikit memihak kepada kita kerana venuenya ialah di home Stamford Bridge.

Carling Cup musim ini sangat berbeza dengan musim sebelummnya. Iyelah, semua top team layak bertanding ke quarter final, termasuk ManCity. Cume yang menjadi persoalan di sini ialah kenapa MU sering sahaja diundi menentang kelab lemah ? tidak kira apa-apa jenis kompetitif sekalipun, mereka sentiasa mendapat lawan mudah. Crystal Palace bai, tidak rare langsung.

Tarikh perlawanan sudah ditetapkan iaitu pada 28 November 2011, yakni minggu depan. Singa atau ayam, mane satu yang bakal dijadikan lauk korban ? hmmm, same-same kita tunggu & lihat.

Blackbun 0 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 06, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fuh, akhirnya...akhirnya Chelsea kembali mencatat kemenangan dan meraih clean sheet minggu ini. Walaupun menang tipis 1-0, bagi aku, itu sudah cukup memadai bagi kita untuk terus kekal dalam persaingan kejuaraan liga.

Gol kemenangan dijaringkan oleh Abang Lampard pada awal separuh masa kedua. Hasil daripada cross cantik Ivanovic, Super Frank membuat diving header menewaskan keeper lawan, Paul Robinson.

Pujian harus diberikan kepada Cech yang banyak menyelamatkan percubaan-percubaan bahaya. Kesian juga kat die, dah le injured kat hidung, darah tak henti-henti keluar, tapi masih lagi dapat membuat save2 power. Begitu juga dengan Ramires yang membuat satu halangan terbaik (clear-block). Ivanovic hampir-hampir nak menjaringkan gol sendiri, namun tandukannya terkena palang.

Tapi tak leh blah tengok Torres shoot last2 minit tu. Gile ape depan gol, sepak macam player ragbi.

Kejayaan di Ewood Park hari ini meletakkan Chelsea di tangga ke-4, 6 mata di belakang pendahulu, ManCity yang skrg ni sedang beraksi menentang QPR. Tahniah Chelsea, syabas AVB.

P/S : Chelsea sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti pada separuh masa pertama selepas ada contact ketika Samba menyekat Sturridge di penalty-box. Tapi bab-bab macam ni, aku sudah lali. Klaim banyak2 pun tak gune kalau pengadil bangang. Bile tengok Mike Dean yang adili game, dah agak dah, memang die takkan bagi penalty kick kepada Chelsea.

Preview -: Black & Burn

Posted by KampungChelsea On Saturday, November 05, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixture minggu ini kite akan melawat ke Ewood Park.

Satu lokasi yang agak mencabar buat AVB & juga Chelsea. Walaupun musim lepas kite berjaya menumpaskan mereka 2-1, namun musim ini, kisahnya berbeza & situasinya lebih dingin. Kenapa ? Kerana team yang diberi gelaran The Riversiders ini sedang mengalami tekanan. Keputusan buruk yang mereka alami tidak seburuk keputusan kem kita. Coach mereka, Steve Kean berada dalam high pressure dari penyokong fanatik Blackburn. Sampaikan ada di antara fans mereka melaungkan "Kean Out Kean Out".Satu lagi kekalahan mungkin akan menempah "pintu keluar" kepada beliau dari Ewood Park.

Beberapa bulan yang lalu, Blackburn atau dalam bahasa melayunya hitam terbakar sudah mengejutkan team Arsenal 4-3. Jadi, untuk pertembungan malam ni, aku tidak mahu mendabik dada kerana kebiasaannya team yang berada dalam masalah ni akan menunjukkan prestasi mengagumkan ketika menentang top team.

Ingat Blackburn sahaja yang ada masalah ? Chelsea pun sama sahaja. Kita mempunyai masalah di bahagian pertahanan. Kerap kali bolos menimbulkan tanda-tanda negatif, adakah musim ini kita akan mengakhiri liga dengan melepaskan jumlah kebolosan gol yang besar ? AVB sendiri ada jawapannya. Formasi die lebih ke arah attacking side & aku sangat bimbang kerana taktikalnya tidak menekankan sangat di bahagian defensif.

Line-up kemungkinan (pilihan aku)

Cech
Ivanovic - DL - JT - A.Cole
Ramires - Meireles - Lampard
Anelka - Torres - Mata

Dropkan Bosingwa di bench buat sementara waktu dan bagi Ivanovic main RB balik. Harus diingat, season lepas di Ewood Park, Ivan yang menjadi hero kem kita. Dia menjaringkan gol kemenangan melalui tandukan berbisanya itu.

Jangan lupa, perlawanan akan bermula pada jam 11 malam. Siaran langsung di saluran Astro 817. KTBFFH !

Racing Genk 1 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Wednesday, November 02, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masih lagi bermasalah di bahagian pertahanan. Di tambah pula dengan keputusan buruk, straight 3 perlawanan tanpa kemenangan. Pagi tadi, kita seri. Walaupun seri, jalan ceritanya masih sama. Defends bolos, banyak peluang disia-siakan serta susunan line-up AVB lagi sekali tidak menjadi.

Gol sulung Chelsea dijaringkan oleh Ramires. Menerima hantaran bijak Torres, Ramires menyelinap masuk kubu Genk dan melepaskan rembatan dari jarak dekat yang gagal ditepis keeper lawan.

Susulan berikutnya, kita dihadiahkan sepakan penalti. Namun sayangnya sepakan penali tersebut gagal disudahkan dengan baik. Agak terkejut kerana tukang penalti itu David Luiz. Aku masih konfius dengan susunan line-up & taktikal AVB. Jika Lampard beraksi 1st starter, berkemungkinan besar kita akan mendahului perlawanan dengan 2-0.Penalty kick seharusnya diberikan kepada midfielder or Striker dan bukan defender. (jika Anelka tak boleh, kita masih ada Meireles ataupun why not Torres, kan ?)

Kemasukan Sturridge di separuh masa kedua memang ada impak. Alangkah bagusnya jika die lebih awal beraksi dalam match ini. Seperti yang aku jelaskan dalam post-match sebelum ni, AVB harus tahu mana satu pemain yang boleh perform dalam sesuatu perlawanan. Sturridge dalam perlawanan penting tidak menyerlah tapi dalam perlawanan biase2 seperti menentang Genk pagi tadi, die cukup impresif.

Berkenaan dengan gol penyamaan pihak lawan, aku tidak mahu membuat sebarang ulasan. Kenapa ? kerana punca kita bolos, adalah sama sahaja. Orang yang sama, situasi yang serupa. Memang kita suka mengakhiri setiap perlawanan tanpa clean-sheet. Ape boleh buat, formasi AVB lebih ke arah attacking & bukan defending. Terlalu fokus untuk menyerang sampai lupa cara nak bertahan sebagai satu pasukan. Seteruk-teruk zaman CA, bahagian defending kita tidaklah gopoh seperti musim ni.

Meskipun seri, Chelsea masih tetap mengungguli kedudukan E dengan 8 mata. Hanya satu lagi kemenangan akan membawa kita ke pusingan kalah-mati. KTBFFH.



 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png