Chelsea 2 Aston Villa 0

Posted by KampungChelsea On Saturday, July 30, 2011 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Smile like teen spirit

Tak sampai 15 saat berada di atas padang, Abang jambu kite akhirnya berjaya score gol.

Dimasukkan pada awal separuh masa kedua, Torres tidak mensia-siakan peluang ketika Malouda cube membuat direct shoot ke pintu gol.Namun direct shoot Flo tu tersasar & lantas disambar oleh Torres untuk gol kedua perlawanan. Boleh dikatakan gol tersebut "ajaib" kerana Torres baru je masuk as a super-sub & then, first touch ballnya itu masuk ke net. Kire macam baru masuk main, n then dapat bola terus score.

Final scoreline, Chelsea 2 Aston Villa 0. We won Asian Tophy Tour 2011 !


Untuk first gol dari Mceachran itu juga sama "suprise" dengan gol Torres. Mceachran score gol ketika perlawanan baru bermula tak sampai seminit. It is 34 second goal ! Semuanya berlaku dengan cukup pantas. Gol pantas + kite mendominasi hampir keseluruhan perlawanan.

Keep it up. Harap kem kite dapat teruskan momentum sprt ini lagi dalam lain2 perlawanan.

P/S : Kejayaan ini juga memberi petanda awal kebangkitan Chelsea utk mengharungi musim baru yg akan bermula tak lame sahaja lagi.

Final bid (versi untuk terakhir kali)

Posted by KampungChelsea On Friday, July 29, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah transfer saga si Luka Modric ni dah nak jadi macam Neymar agaknya. Susah sangat diorg punya management club nak lepaskan die. Aku harap drama Levy dgn Modric akan menemui episod kemuncak. Janganlah jadi macam Neymar. Start dari season lepas , hinggalah skrg, tak habis2 sampaikan mediapun dah naik muak discuss pasal die.

Oklah lupakan seketika pasal budak punk brazil tu, kali ni kite fokus sekejap utk budak Croatia plak. Kite punya first bid(22 juta) mentah2 kena reject dgn Spurs. Bid kedua dgn price 27 juta juga di-rejek.N then buat kali terakhir, kite akan buat bid lagi sekali utk Modric.If bid terakhir ni direjek juga, maka dengan ini aku mengumumkan no more Modric for Chelsea. Better tunggu next season pula coz Levy yg haprak tu mmg xrela nak lepaskan ayam tambatan kesayangan diorg tu.

Final bid kite ialah 30 juta. Kalau still d-reject, aku xleh nak cakap ape. Redha sahajalah. Aku heran, player nak blah, tapi management buat kerek plak. Kang tak pasal2 season depan mau Modric perform ala2 melepaskan batuk di tangga, padanlah muke kelab cap ayam tu.

P/S : Modric ke, Neymar ke, Lukaku ke, skrg ni Javier Pastore dah on the way ke Chelsea. Tunggu news offical je ni.

Chelsea 4 Kitchee 0

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 28, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea melangkah ke perlawanan akhir selepas menumpaskan pasukan Kitchee 4-0 (name cam ubat pil Chi-kit Teck Aun) pada saingan separuh akhir kejohanan Asia Trophy yg diadakan di Hong Kong semalam.

4 gol dihasilkan oleh Abang Lampard(penalty),Own goal (defender kitchee), Drogba & lastly, adik Sturridge.

Lawan di final nanti bukan calang2 pasukan beb. Kite akan berhadapan dengan team Aston Villa selepas mereka mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Blackburn Rovers dalam satu lagi sesi separuh akhir yg juga diadakan semalam.

 Malang masih tak berbau...

Torres plak, ape cite ?

Entahlah, dah penat sebenarnya nak berbicara mengenai abang Jambu sorang ni. Masih lagi sukar nak score gol.Bagi aku, perkara ni boleh settle dengan mudah if Torres tu sendiri yg hardworking. Ape yg aku tgk, team-mates dah bagi pass & cross yg cantik kepadanya tapi macam biasalah, Abang Torres kite ni mmg xde luck nak score gol. Semalampun hampir nak score tapi tiang jadi penghalang. Kalau tak tiang, maybe shoot ke laut.

 Skill dah ade, cume penyudah kena tajamkan lagi...nampak kontot sgt..

Kena rajin skit & fokus lah. Nak kate teman rapat x pass ball, nampak benor menipu. Torres kena improve bab2 penyudah die tu. Satu lagi, kena belaja ikut tempo permainan Chelsea. Nampak slow sangat movement die.Bola takkan datang cari kite, kalau kite xcari die.

Jersi ke-3 Chelsea ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, July 27, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Biar betik ?

Sekali pandang macam jersi kelab LA Galaxy pun ade..2 kali pandang, teringat terus kat baju Home skuad national Jerman,kehkeh.

P/S : Tapi jangan gelabah, utk 3rd kit chelsea still belum official.Maybe gambar di atas ni sekadar nak cetuskan tanda tanya & share pendapat sahaja.Kalau betullah ni jersi ketiga Chelsea(official), amacam ? cun x ?

Amazing, fantastic & talented - Josh Mceachran

Posted by KampungChelsea On Tuesday, July 26, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Without focusing on Josh, Josh is an amazing British talent for the future.Josh has played in the Champions League and so it is all positive for the young boys that we have.Josh just has to be competitive and show he is the best, like all the others, and in the end we make choices on who is performing better and helping the collective to perform."

Bile AVB dah cakap cmtu, perlukah kite terhegeh-hegeh lagi nak sign Luka Modric ?

Malas nak cakap banyaklah, tengok jelah VC kat bawah ni. Kalau sesape still cakap die budak biasa & xde bakat, aku kategorikan org tu jenis blind judgement & tak tahu seni skill bola sepak.


P/S : Mceachran - Jelmaan Andries Iniesta

Thailand All Stars 0 Chelsea 4

Posted by KampungChelsea On Sunday, July 24, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Bersantai di Bangkok (gambar sekadar hiasan)

Misi tour di Bangkok sudah selesai. Chelsea menang bergaya 4-0. Hasil jaringan dari Bosingwa,Ivanovic,Lampard & Malouda.

4-0 ? Ok ar, not bad. Betterlah skit kalau nak dibandingkan dengan ape yg berlaku di Bukit Jalil minggu lepas,kehkeh.

P/S : Bile dah kena 4 bijik, nampak sangat skuad bola sepak negara kite lebih power dari bebudak Siam ni. 1 lagi nak bagi peringatan, barangan TEMPATAN lebih hebat dari barangan IMPORT. Jangan tiru kaedah yg dibuat oleh team bola sepak Singapore. Kena sentiasa believe dengan bakat produk tempatan.

Positif & negatif

Posted by KampungChelsea On Saturday, July 23, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tahniah & syabas diucapkan kepada skuad Malaysia kerana dapat mengelak daripada mengalami satu kekalahan besar kepada Chelsea.  Hanya sebiji gol sahaja yg mampu dijaringkan oleh kem Chelsea.Itupun gol yg kontroversi kerana ade pihak mendakwa, gol drogba tidak sepatutnya dikire kerana bolla masih belum melepas garisan.

Actually macam ni lah, aku anggap match ni draw je. Bukan sebab gol tu tidak dikire atau sebaliknya tapi kesungguhan pemain2 skuad malaysia mengekang ancaman dari player yg lebih high & strong dari mereka. Inilah yg aku katakan sejak mule lagi, jika kite bermain dengan bersemangat, hardworking, ape jua benda boleh berlaku di atas padang. Semua tidak expect yg Chelsea mampu score 1 gol sahaja kan ? jangan tipulah... Kesimpulannya, idea dari Ong Kim Swee is brilliant. Die combine kan young + senior player in 1 team dan alternatif itu membuahkan hasil. Pelbagai percubaan demi percubaan dari striker Chelsea mudah sahaja diratah oleh defender Malaysia yg diketuai oleh Norhafiz zamani misbah. Mmg aku tabik habis dengan spirit dari our national team.


Berbalik semula mengenai point utama entri ni, Ape yg pasti trip Chelsea ke Malaysia tahun ni, sedikit sebanyak mencetuskan persepsi positif & negatif. Oklah, aku mule dulu dari aspek positif dulu :

Positif
- Semua tiket habis dijual. 84, ribu tiket sold-out ! Ini petanda yg sangat bagus for our industri promoter. Jika kite boleh menghasilkan jumlah yg sebegini rupa lagi, nescaya pada masa akan datang, kita mampu menarik lebih ramai lagi kelab2 hebat untuk datang ke Malaysia.

- Perfomance hebat dari kedua-dua team. Namun kredit lebih utk skuad Malaysia kerana berjaya mengekang asakan hebat dari para pemain Chelsea yg bertubuh lebih besar dari merea. Malaysia juga hampir2 utk menyamakan kedudukan pada lewat babak permainan tetapi peluang tersebut disia-siakan. Kesungguhan yg dipamerkan oleh skuad malaysia versi Ong Kim Swee telah menarik perhatian AVB. AVB memuji kecekapan penjaga gol negara, Farizal Marlias & juga kekentalan bahagian pertahanan skuad Malaysia. Hmmmm, adakah ini petanda bagi kebangkitan skuad negara dalam menghadapi kempen pusingan kelayakan Olimpik London 2012, bulan september nanti ? same2 kite tunggu dan lihat.

Negatif :

Sikap para penyokong
- Dari segi jumlah penyokong tak de masalah. Tapi dari segi attitude, perangai nampak kurang professional & tak matured. Aku merujuk kepada kes di mana ada fans Harimau Malaya mengutuk pemain Chelsea di atas padang. Pemain yg aku maksudkan itu ialah Benayoun. Setiap kali, Benayoun membawa bola, para peminat kite mencemuhnya. Adakah sikap ini wajar dilakukan oleh mereka ? Bagi aku, perbuatan itu tidak relevan. Kenapa kite nak boo Benayoun ? Adakah disebabkan die yahudi ? Berfikir dengan bijak & rasional. Benayoun hanya datang ke negara kite semata-mata mahu perform as a footballer sahaja. Ape salah die ? Kalau nak benci zionis, yahudi sekalipun, jangan kaitkan perkara itu dalam sukan. Sukan adalam perkara umum. Ia tidak mengira usia, bangsa dan agama. Die bukan datang nak bunuh kite or nak pegi bom negara kite, die hanya datang nak melawat negara kite sahaja sambil menghiburkan para peminat Chelsea di Malaysia ? Salah ke ? Jangan kaitkan politik dalam bola sepak.Itu salah beb. That is racist. Kalau nak jadikan sukan bola sepak itu sebagai tempat luahan racist tak tentu hala itu kepada pihak yg berkenaan, baik xpayah minat bola. Anda merosakkan imej negara & sukan bola sepak. Anda sedap je boo die, tapi yg tanggung hukuman nanti, FAM gak.


Kalau cmnilah gayanya cara kite layan tetamu, lepas ni baik xpayah nak invite Chelsea lagi datang ke Malaysia. Orang lain datang nak hiburkan kite, kite plak pegi boo diorg sesuke hati. Ini ke yg dipanggil semangat kesukanan ? Padanlah muke kalau lepas ni dah xde team yg berminat nak melawat ke Malaysia...

Renung2kan & selamat beramal.

Malaysia 0 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Friday, July 22, 2011 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebijik je ? kehkeh. Apepun tahniah Chelsea, syabas malaysia (especially for Ong Kwim Swee & the gangs!)

P/S : Salute for our national defender & also goalie. Kalau tak de diorg, maybe Chelsea boleh menang dengan jumlah gol yg lebih besar.By the way, aku xleh blah tgk gol free kick Drogba tu.Memang kontroversi habis,kahkah.

Preview : Di luar Chelsea, di hati Malaysia

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 21, 2011 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak pakai jersi Chelsea ke Malaysia ? itulah persoalan yg berada di fikiran kite sekarang ni. Ade yang bertanye kepada aku, "bro, lu rase better pakai baju malaysia ke baju Chelsea ?"

Bagi aku, senang je. Nak pakai jersi apepun, terpulang kepada kite sebenarnya.Nak pakai jersi chelseapun boleh, malaysia pun boleh, its up to us. Lagipun ini hanya match friendly, tak perlu nak amik serius sangat. Kena sporting & professional. Walaupun kite lahir di Malaysia, berpijak di bumi tercinta ini namun tak salah nak pakai jersi kelab luar sekalipun. Fizikal Chelsea, di hati Malaysia. Anggap ini sebagai hiburan je. Chelsea bukannya datang ke negara kite tiap2 tahun. So, tak salah nak pakai benda yg kite minat. Tapi jangan terlalu emotional & taksub sudah lah. Bukannya selalu dapat pakai jersi Chelsea time pi Stadium. Nnti lawan singapore, kite pakai jersi skuad negara balik.

Malaysia score kite celebrate, Chelsea score kite celebrate. Easy, right ? Fair & lovely.


Apepun gua tetap support skuad Ong Kim Swee. Die try nak combine kan player olimpik + player senior.For me, itu idea yg sangat bernas & bijak.

Sama ada Chelsea ataupun Malaysia, aku harap kedua-dua pasukan saling mempamerkan entertaining perfomance for the fans.

Malam ni, match start pada jam 8.45 malam.Venue Stadium Bukit Jalil. Prediction ? Kalau 2 tahun lepas, Chelsea menang 2-0, n tahun ni, rasenya...entahlah..Susah nak expect. Kalau dinilai di atas kertas, memang Chelsea akan menang, n scoreline tu maybe lebih dari 3/4 gol. Namun jika skuad Malaysia bermain dengan penuh spirit, maka ape jua benda boleh berlaku. In football, anything can happen. Drawpun boleh jadi. Tapi kalau kalah sekalipun, harap jangan kalah besar sangat. Time lawan Arsenal n Liverpool minggu lepas tu, nampak scoreline agak memalukan wlpn dapat score 2,3 bijik.

Anyway, go go MALAYSIA ! Harimau Malaya Boleh !

also keep the blues flying high,hehe.

P/S : Dengar cite, 85 ribu tiket dah sold out. Wow !

Galeri/Foto : Kem Chelsea training di Bukit Jalil !

Posted by KampungChelsea On Wednesday, July 20, 2011 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Aik, bukan hang injured kan, Cech ? ke dah heal ?



Lebih 30 ribu supporter Chelsea datang ke Bukit Jalil semalam. Dan laungan paling kuat kedengaran ketika our fans menyebut nama Torres & Drogba pada sesi training itu.


Sesi training skuad Chelsea bermula hari ini !

Posted by KampungChelsea On Tuesday, July 19, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semalam sampai & hari ni kite training pula. Macam biase, portnya di Bukit Jalil. Tapi kalaulah training kat Kota Bharu, mmg aku lah orang pertama yg akan sampai nanti, kehkeh.

Ade report terkini mengatakan 1000 pas percuma utk menyaksikan kem Chelsea training sudah habis licin.Wow !

So, kepada manusia2 yg bertuah tu, silalah menikmati free pass berkenaan dengan sebaik mungkin.Kerana mungkin itu hanya peluang sekali dalam seumur hidup anda utk melihat sendiri player Chelsea training di muka bumi Malaysia tercinta ini.

Jangan lupe, training start kul 7 petang. Lokasinya sekali lagi aku maklumkan iaitu di Stadium Bukit Jalil. Bukan di Shah Alam erk. Mule2 aku konfius gak, nak training kat Shah Alam ke atau kat Bukit Jalil. N then aku dapat last information dari pihak terbabit melaporkan Chelsea konfem akan berlatih di Bukit Jalil. Ingat, datang awal tu.

Keep the blues flying high.

Chelsea ke, AVB ke, Heliza ke, apepun Malaysia tetap di hati sanubariku ni, chewah...

P/S : Ops lupe nak bagitahu yg our board CFC dahpun sign Thibaut Courtois secara official.

CHELSEA arrived in KL !

Posted by KampungChelsea On Monday, July 18, 2011 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kem Chelsea dahpun tiba di Malaysia hari ini. Tadi kul 1 petang, diorang sampai kat Air-port KL.

Full-squad The Blues :

Petr Cech, Henrique Hilario, Ross Turnbull, Jamal Blackman, Jose Bosingwa, Paulo Ferreira, Branislav Ivanovic, Alex, John Terry, Slobodan Rajkovic, Nathaniel Chalobah, Ashley Cole, Patrick van Aanholt, Ryan Bertrand, John Mikel Obi, Josh McEachran, Frank Lampard, Yossi Benayoun, Billy Clifford, Yury Zhirkov, Florent Malouda, Salomon Kalou, Daniel Sturridge, Nicolas Anelka, Didier Drogba, Fernando Torres. 

Hanya Ramires & David Luiz sahaja yg tak datang pasal diorng ade misi international duty(copa america)di Argentina. Dengan Brazil yg tersingkir di quarter final pagi tadi, maka diorang boleh lah balik serta berehat di UK pula.

P/S : Esok rasenya sesi training start dalam pukul 7 PM. So, sesape yg dapat pass masuk tu, bleh lah bertolak awal skit erk. Utk game dgn Malaysia, macam biase pada 21 julai.Kire hari khamis ni lah.(malam jumaat.)

Eksklusif : 20 ribu pelajar Malaysia dapat tiket free Chelsea vs Malaysia !

Posted by KampungChelsea On Sunday, July 17, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Maybank dengan bangganya menghadiahkan tiket free match di antara Chelsea menentang Malaysia pada 21 Julai ini kepada 20 ribu pelajar dari 100 buah sekolah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan (KL).

Tiket percuma itu diberikan atas sebab untuk memupuk semangat cinta kepada sukan tanah air di kalangan pelajar sekolah.

Bukan sahaja dapat tiket free, malah pelajar2 bertuah itu juga dapat free pass untuk menyaksikan player2 Chelsea training di Stadium Nasional, Bukit Jalil 19 julai.

Bertuah sungguh 20 ribu pelajar itu. Dah le dapat tiket free, pastu bleh plak dapat pas masuk eksklusif utk tgk kem Chelsea training. Perghhh..... jeles aku dbuatnya..

Chelsea 3 Wycombe Wanderes 0

Posted by KampungChelsea On Saturday, July 16, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harap maaf pasal buat late report mengenai match friendly ni.

First match non-competitive AVB bersama kem kite disudahi dengan satu kemenangan menarik iaitu 3-0 mengatasi kelab standard, Wycome Wanderes.

3 gol dijaringkan oleh Benayoun, Abang Torres & our youngster, Slobodan Rajkovic.

Tapi dalam tiga gol yg kite perolehi di Pusat Latihan Cobham itu, gol paling lawa,smart ialah gol Benayoun.Perghhh.... bile die buat skill cmtu, teringat kat Neymar.

Utk gol kedua dari Torres pula, asyik2 Anelka je yg bagi assist. Kalau korang masih ingat, 1st gol Nando time lawan west ham hari tupun Nik gak yg pass. Ish2,asal susah sangat midfielder kite nak buat through pass kat Torres erk ?. Nampak gaya memang kena cari new midfielder lah cmni.

P/S : Utk next pre-season match, kite akan berhadapan dengan team Portsmouth (16 Julai). N then kite akan sampai ke KL pada 2 hari berikutnya (18 Julai).Lawan Harimau Malaya 21 Julai. Fuh, tak sabar rasenya.

Essien injured & ape option yang kita ade sekarang ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, July 13, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah peribahasa yg paling sesuai untuk menggambarkan mengenai ape yg berlaku kepada Essien skrg ni.

Sudahlah mengalami kecederaan yg teruk, n then terlepas pula follow team-mates join road tour di KL minggu depan.

 Six-month absence for The Bison after his knee injury

6 bulan tu bai. Satu tempoh yang tersangat lah lamanya utk recover die punya bad injury...

So, ape option yg kite ade skrg ?

Mikel ? Mceachran ?

Tak berape sure sangat tapi kite masih ade chance nak beli new player yg bleh handle tempat Essien. Better we buy new centre mdf yg lebih tegap & berkualiti. Aku cakap cmni tak bermaksud aku memperendahkan kemampuan Mikel/Mceachran, cume aku prefer lebih baik kite beli new midfielder. Mceachran lebih kepada position left winger n not centre mdf 100%. Mikel ade banyak weakness.Sometime je die perform better. Nak amik alih tempat Essien, kite perlukan seorang pemain yg cukup2 aggresif di atas padang serta mempunyai tahap permainan yg konsisten.

Jika ade somebody yg bertanye kepada aku, sape alternatif yg dimaksudkan tu, anda boleh rujuk calon2 tersebut kat bawah ni :

Maruone Fellaini - Tinggi, good in the air, strong physical

Joao Moutinho - Lebih bercirikan seorang playmarker + mampu control bahagian tengah dengan baik

Sneijder - 100% perfect midfielder !

Ganso(Santos) - Creative, laju & good ball controller

Luka Modric - Awesome ! (tapi Levy mmg siallah...)

Hot news ! : Chelsea close to sign Thibaut Courtois

Posted by KampungChelsea On Tuesday, July 12, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea are on the verge of completing a deal to bring highly-rated young goalkeeper Thibaut Courtois to the club from Racing Genk

Report ini sendiri di sahkan oleh bapa Courtois :

"He was in in Chelsea last week.I think Chelsea and Genk have reached an agreement. Tuesday we will come and talk about the transfer.Maybe Chelsea will lend Thibaut to Genk, but a contract extension does not interest us anymore."

Aku rase, this is a good transfer for our club. Memandangkan skrg ni kite tidak mempunyai goalie back-up yg bagus dan kalau nak terus berharap kepada Hilario/Turnbull, memang apepun tak boleh.So, aku setuju sangatlah kalau Chelsa sign goalie muda Belgium ni. Ape yg aku nampak, gaya si T.Courtois ni cam ala2 De Gea skit. Cool, nice & ade potential nak ganti tempat Cech.

Chelsea akan sampai di KL pada 18 Julai

Posted by KampungChelsea On Sunday, July 10, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seperti mana yang telah diketahui umum, kem Chelsea akan menentang barisan skuad kebangsaan Malaysia pada 21 julai.

Tapi takkanlah kalau esok 21 julai nak fight, hari ni baru nak datang.Menurut CEO Events, Julain Kam, kepada Asianone.com, Chelsea akan mendarat di KL 3 hari sebelum match friendly tersebut berlangsung, yakni 18 julai lah.

Pelbagai sambutan dan aktiviti akan diadakan bagi menyambut kedatangan berprestij kem Chelsea.

Dan SYARIKAT Penerbangan Malaysia (MAS) dilantik menjadi penerbangan rasmi Chelsea sempena Jelajah Asia 2011 ini.

P/S : Aku dapat tahu K.Rajagopal tidak akan menurunkan barisan utama menentang Chelsea pasal 2 hari berikutnya, Malaysia akan ade game penting lawan Singapura untuk second round kelayakan Piala Dunia 2014. Hmmm tak pe, skuad Olimpik kan ade...

Luka Modric bagi hint

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 07, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Simpati dengan nasib Modric skrg ni. Die nak pindah, tapi management Spurs xbagi.

Chairwomen diorg, Daniel Levy menegaskan bahawa Modric tak akan dijual walau sebesar mana sekalipun tawaran yg diajukan kepada Spurs.

Kita punya bid 22 juta poundpun direjek. Ape boleh buat kalau dah jadi mcm tu kan...

Namun Modric tetap optimis dan percaya bahawa transfernya ke Chelsea is a possible.Kate Modric "Anything is POSSIBLE for me & Chelsea"

Esok die akan buat meeting dengan Levy utk discuss tentang masa depannya itu. Pesanan aku ialah, kalau player tu nak out, tunaikan lah request die tu. Tak de gune menyimpan barang yg sudah expiry date.

Menunggu drama yang tiada klimaks

Posted by KampungChelsea On Wednesday, July 06, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Manager dah dapat, begitu juga dengan assistantnya sekali.Tapi ape cite plak dgn player ? Sampai skrg masih tiada perkhabaran mengenai news player baru. Ce cite skit...

Paling jelas better aku discuss mengenai our hot prospect, Neymar. Maybe ade di antara kite yg sudah jelak, chuak, meluat dengan Neymar ni namun ape boleh buat, every day ade sahaja news yg mengaitkannya dengan Chelsea. Dan bile ade berita yg involved dengan industri kem Chelsea maka secara tidak langsungnya kita as a die hard fan blues kena amik tahu wlpn ia seolah-olah nampak seperti kera mendapat bunga. Neymar, oh neymar. Sejak dari season lepas lagi,transfernya asyik terbantut sahaja. Inilah yg aku katakan, drama yang tiada kesudahan. Tiada episod kemuncak. Tidak ada klimaks.


Last month kalau tak silap aku, agen die ade datang ke London.Hampir pasti aku expect agen tersebut datang utk menemui our board Chelsea utk discuss ttgk budak berambut landak itu.Ingatkan bile dah buat meeting secara eksklusif di kota British, kire dah solve satu hal, tapi lain plak jadinya. Keesokan aku bace story, agen die menafikan perkara tersebut dan berkata Neymar tidak akan ke-mana-mana. Itu semua cobaan. Hanya rumours.Dan bace news utk hari yg seterusnya, agen die prefer Neymar ke Real. Pulak dah...ni aku nak tanye 1 benda ni, yg jadi footballer ni Neymar ke agen die.Asal whole decision nampak agen die je yg decide it. Pening2...

Memang aku tahu, selain dari Chelsea, terdapat beberapa kelab lain juga berminat nak sign budak muda Hulu Santos tu. termasuk sekali kelab sapu habis semua bintang, Real Madrid. Real Madrid kalau 1 musim tak sign star player , memang tak payah panggil diorg real lah. Yg terbaru, diorg dah "culik" player faveret aku iaitu Fabio Coentrao dgn tag price 30 million euros ($52.3 million). Ape kehey semua ni ? First time aku bet Coentrao akan ke Chelsea pasal nak follow ex-team matesnya, Luiz dgn Ramires tapi tak sangka kelab Real plak yg die pilih. Dalam banyak2 kelab , Real gak yg dipilih. FYI, tak semua player bagus boleh survive kat sane. Sehebat-hebat Sneijder & Robbenpun hanya mampu fight selama 1 musim sahaja  & next dicampak ke kelab lain plak. Itulah prosedur kelab Real Madrid. Nasib baik skrg ni yg team money tu dihandle oleh Uncle JM.Kalau tak, story board tetap same. Every year buang pemain & then beli pemain.Yg nampak nak out skrg ni Kaka & Benzema.

Oklah, continue pasal Neymar.Aku harap some club kena respek dengan decision dari Chelsea. Pihak board kami sejak dari last season lagi try nak bid die.Cume yg menjadi problems ialah ade some pihak cube menggagalkan misi murni kami. Tak perlu aku hurai siapa mereka itu kerana jika ada yang tak suke dgn sesuatu country & our club, maka buat berbaik berjuta kalipun diorg tak suke. Taraf legend tapi akal ke laut. Kalau nak ikutkan, 100% decision terletak pada Neymar itu sendiri & bukan pada some pihak yg tidak ada kaitan langsung dengan masa depan player2 muda Brazil. Aku rase family Neymarpun agree jika Neymar keluar dari brazil dan berpijak di nerara lain pula. Namun terdapat anasir2 sengal yg cube gune dirty trick utk menghalang die keluar dari Santos. Agen, management club Santos, legend brazil semuanya kaki penghasut je. Tak leh pakai idea diorg tu. Nak jadi world class footballer cmner kalau asyik berada di bawah tempurung sendiri sahaja. Experience makes perfect.

P/S : Report terkini memberitahu Neymar akan segera membuat last decision mengenai masa depannya selepas berakhir Copa America nanti. Hmmm well, we can look, hear & see adakah drama ini akan menemui penghujung jalannya atau masih di takuk yg lame & terpaksa menanti utk season yg berikutnya pula ?  Ahhhh, same2 kite tunggu dan lihat sahajalah.

Eksklusif - Chelsea sign Barcelona wonderkid, Gael Etock

Posted by KampungChelsea On Saturday, July 02, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 the new Eto ?

Belum lagi di- inform secara official namun Chelsea telah berjaya mendapatkan pemain muda berbakat dari Barcelona, iaitu Gael Etock.

Chelsea have signed him on a four-year deal.

Kite patut rase berbangga dengan first signing dari AVB ni kerana Gael Etock antara youngster terbaik di La Masia (Pusat akademi trainer bebudak Barca). Pemain yg berusia 17 tahun itu pernah juga disebut-sebut sebagai calon kapten masa depan team Barca.

Buat mase sekarang, die tak bleh lg nak join kem kite pasal our board akan loan-kan die ke kelab Sporting Lisbon for one year.

Kire pertengahan tahun depan, maybe die dah bleh menjejak kaki ke SB.

P/S : Nak tahu best ke tidak Gael Etock ni, sila ushar kat Youtube erk...

Official : AVB presents Roberto Di Matteo !

Posted by KampungChelsea On Friday, July 01, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Chelsea New Smiley Icon : The Cool & Young man !

Agak lambat skit aku post mengenai news ni, tapi xmengapalah, janji dapat inform sudah lah erk.

2 hari lepas, AVB dahpun buat announcement dgn melantik Roberto Di Matteo sebagai assistant barunya.

Bijak ? Yes, tindakan AVB itu sangat bijak. Roberto Di Matteo (RDM) merupakan legend kite dan aku optimis pelantikan itu dibuat berdasarkan experience serta kredibiliti yg ada padanya ketika bersama Chelsea & West Brom sebelum ni. RDM pernah join kem kite pada era 1996-2002. Masihkah korang ingat ? RDM menjaringkan gol terpantas dalam final Piala FA 1997 di Old Wembley dan membawa Chelsea menjuarai kompetitif tersebut. Selepas pada itu, die mule menceburi dalam bidang managering pula. RDM menguruskan West Brom pada tahun 2009 dan membawa kelab itu naik semula ke saingan EPL pada season 2010-2011 iaitu musim lepas. Rasenya pencapaian terbaik die bersama WBA, ketika diorg menundukkan Arsenal 3-2 di Emirates Stadium.

Gabungan AVB dengan RDM pasti akan mencetuskan fenomena baru kepada Chelsea kelak. Hope both of them can work well  & make succesful with us.

P/S : Ops, lupe nak kasi tau lagi yg AVB juga ajak Jose Mario Rocha coperate sekali dgn die skrg ni. Jose Mario Rocha tu byk tolong AVB kat Porto & kelab Academica dulu. Job nya juga same cam RDM, iaitu as an assistant coach.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png