Biggest Loser !!!

Posted by KampungChelsea On Saturday, February 27, 2010 11 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bajet 3-1 mancity kalah tapi tengok ar last2 diorg jugak yang tibai kita.Diorang memang berhak menang tadi.Team kita main sangat teruk.First half kira okey ar tupun sebab ade Joe Cole kalau takder die, kita memang main teruk sepanjang match ini.Tevez dan Bellamy memang aku tabik habis.Diorang bukan ade banyak chance sangat dalam match ni tapi disebabkan diorang genius, diorg begitu mudah merobek gawang kita yang dijaga oleh goalie yang mentah seperti bubur mentah,Hilario.Kepada Hilario, ko memang benyak ar kena blajar dari Cech.Ko tak banyak experience sangat ar, aku tengok ko jadi goalie tadi memang gelabah habis.

Team Terry Vs Team Bridge ? Aku pedulik ape, diorang tak bersalam ke, diorang nak cium mulut ker,ade aku pedulik.!?.Yang penting chelsea menang tapi lain pulak jadinya.Ketiadaan midfielder paling berbisa di dunia, Essien dan Left back winger serba boleh, Zhirkov mungkin salah antara faktor utama Biggest Loser ini.Bermula dari jentera defend, to midfield and terus ke attacking semuanya tak menjadi.Whos is the BIGGEST LOSER dalam match ini ?

Ancelotti.Yes.! He is the Big Bos Biggest Loser.Ape punya taktik ar ko ni ? Ko bajet Chelsea akan menang mudah dengan Mancity ? ko ingat diorang team ayam cam Arsengal ker ? Diorang pasukan gila duit yang hebat biler bertemu dengan team hebat.Ape perkara biggest loser yang ko buat dalam match ini

1) Ko jadikan Malouda sebagai left back winger sedangkan Beletti ade ,dan sudahpun sembuh dari injured.Ko dah tahu Malouda langung tak menjadi dengan posisi ini tapi nape ko masih letak die sebagai left back winger.Dalam match ni Malouda main terabur beb.Malouda just sesuai jadi attacking midfielder je.Last week, ko dah mainkan die jugak sbg left back dan ape jadi ? kita kalah jugak dan Malouda langung tak menjadi dalam posisi ini.

2)Kenapa ko keluarkan Joker dan memasukkan Sturridge yang mentah cam budak2 sengal tucdan main entah ape entah.1st gol Chelsea oleh Lampard berpunca dari Joe Cole.Ape jadi ko masukkan Sturridge ? Xder makna langsung !!! Joe Cole walaupun finishing die tidak sehebat Didi, tapi skill serta passing die masih menjadi.Buktinya Dialah yang menghantar bola dengan mudah kepada Lampard dan lampard menyudahkan hantaran Joe Cole dengan first touch n going to goal.

Siapa lagi The Biggest Loser ?

John Obi Mikel
-2nd gol mancity berpunca daripada kesilapan Mikel.Aku heran time high ball datang kat kepala die,aku ingat die nak tanduk ke depan tapi ape yang die buat ? Dia pegi tanduk belakang dan takkan ko tak tahu Tevez tu player yang pantas dan genius, defend 4 orangpun die boleh lepas beb.Mikel,ko tanduk belakang ? ko ingat ni training match ker ? Dan ko ingat ni match bola jaring ker.Dah ler ko tu xpandai bab2 finishing pastu defend terabur,adoiya.!

Beletti
-Main tak 15 minit, ko dah buat hal.Yang ko pegi jatuhkan Si CadBerry tu pesal ? Ko kan tahu kalau ko jatuhkan die, Mancity akan dapat penalti kickDah ler Mancity dapat penalti, ko pulak dapat red card,main xsampai 15 minit, dah kena buang padang.Pesanan aku "Lebih ko xyah sembuhpun xper,xrugipun!".

Ballack
-Biler dah ketinggalan 3-1, aku dah agak mesti ko akan main cam gampang.Dan betul jangkaan aku, "kegampangan" ko terserlah dengan tackle ko tu yang menyebabkan Chelsea semakin sukar nak menang dalam match ini.Ko takder motivation ker dalam kepala otak ko ? Ker nak suruh Dato Fadzilah Kamsah bagi ceramah kat ko skit ? Dah tahu ketinggalan 3-1 yang ko pi tackle kaki Tevez tu pesal ? Dan ape jadi ? Ko bleh kad merah free2 je.

Hilario ?
-No komen.!

Dengan kekalahan ini, kita masih lagi top of the lead EPL.First 1st kita kalah kat tempat sendiri musim ni dan ia begitu memedihkan aku untuk menerima kekalahan di SB.Ancelotti, you must better do something now if you don't wanna kick out from Mr.Abramovich.

P/S : Dimanakah ko Bosingwa,Essien dan Zhirkov.Aku sungguh rindu pada KAMO !!!

Menjelang Menetang City Malam Ini : Team Terry Vs Team Bridge

Posted by KampungChelsea On Saturday, February 27, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pastinya pertembungan Chelsea dengan ManCity malam ini menjanjikan aksi pertarungan terbaik antara kedua-dua kelab.Chelsea yang mengejar 3 mata penuh untuk terus berada sebagai pendahulu liga dan begitu juga dengan ManCity yang mengejar 3 mata penuh untuk terus menghidupkan peluang mereka untuk kekal dalam top 4 musim ini.

Tetapi yang paling hangat ialah pertarungan Terry dan bekas team-matesnya, Wayne Bridge pastinya akan menyerikan lagi match malam ini.Dengan skandal Terry dengan bekas awek Bridge iaitu Vanessa Peroncel,adakah malam ini sebelum match berlangung Terry akan bersalam-salaman dengan Bridge seperti kita bersalam-salaman di hari raya aidilfitri ? Adakah kedua-duanya akan akan menunjukkan respon yang baik masing-masing ? Sama-sama kita tunggu dan lihat sahaja malam ini.
  •  Hilario akan menggantikan tempat Cech malam ni sebagai Goalie utama Chelsea selepas Cech terpaksa direhatkan selama sebulan kerana mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kakinya itu.
  •  Lampard yang tak main mase Chelsea menang 2-0 ke atas Wolves minggu lepas akan kembali memperkuatkan jentera tengah Chelsea dalam match ini.
  •  Dengan Mankayu akan menetang Aston Giler dalam final Carling Cup esok ini, kemenangan dalam match ini pastinya akan kembali menjarakkan mata chelsea kepada 4 mata ke hadapan.
  •  Drogba yang menjaringkan 2 gol semasa menetang Wolves akan kembali meneruskan tugasnya untuk merobek gawang ManCity yang dijaga oleh Say Given.
  • Alex,Juliano Beletti dan Joe Cole mungkin akan sekali lagi berada di bangku simpanan.
  • Dengar ceriter, Adebongok tak main malam ni selepas dia digantung selama 4 perlawanan selepas mendapat kad merah semasa ManCity menetang Stoke minggu lepas.
(BARISAN KEMUNGKINAN)
Chelsea: Hilario, Terry, Ivanovic, Carvalho, Belletti, Mikel, Lampard, Ballack, Malouda, Anelka, Drogba

Prediction ? Rasenyer Chelsea akan menang 3-0/3-1.

Injury News : Cech Injured Sebulan

Posted by KampungChelsea On Friday, February 26, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea akhirnya telah mendapat kepastian mengenai keadaan Cech sekarang ini.Kecederaan yang dialami oleh Cech menyebabkan dia terpaksa berehat selama sebulan.

Cech mengalami kecederaan tersebut semasa Chelsea menetang Inter dalam Liga Juara2 Eropah beberapa hari yang lepas.Pada masa itu, Cech terpaksa dikeluarkan pada pertengahan separuh masa kedua.

Ini bermakna Cech akan missed beberapa match penting seperti menetang Manchester City(esok) menetang Inter Milan dalam second leg di SB dan menetang Aston Villa.

Inter Dua Chelsea Satu

Posted by KampungChelsea On Thursday, February 25, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea kalah 2-1 dan lebih memeritkan dan memedihkan hati aku ialah result STPM aku teruk.Tak tahu nak cakap ape lah.

Ok, back to the match ni balik...Ape yang berlaku ?

Aku langung tidak terkejut dengan gol awal oleh Diego Militto yang hadir seawal minit ke 3.Pada masa itu dalam fikiran aku ade satu je, "Camnerlah result STPM aku pukul 10 pagi nanti".

Mata aku seolah-olah tidak bermaya untuk melihat lagi match ini kerana aku tidak biasa bangun pagi tengok bola dan aku tidak suka nak tengok bola kalau ayam kat rumah aku belum lagi berkokok.

Tapi chelsea punyer psal, aku sanggup celik mata aku sampai pukul 6 pagi.First half sangat membosankan.Drogba ade satu chance terbaik dalam firs half tetapi free kick die kena palang gol.Kita dah berjaya menguasai sedikit permainan namun tak dapat nak buat attacking dengan baik.Peluang terbaik memang tak der.Dan seingat aku sebelum ref tiup wisel penamat untuk first half, Kalou ade satu peluang bagus nak score tapi dia terjatuh dan terlolong-lolong nak suruh ref bagi penalti kat chelsea.

Kalou yang bermain entah ape entah di first half secara tetiba berjaya menjaringkan gol penyamaan buat chelsea pda minit ke 51.Kalou juga harus berterima kasih kepada Ivanovic yang bergerak laju ke kotak penalti dan menghantar bola kepadanya dan Kalou menyudahkan hantaran Ivanovic itu dengan 1 touch n 1 gol.

Tak sampai 5 minit lepas kalou score, esteban cambiasso menyelamatkan inter dengan 2 shoot , pertama diblok oleh Ivanovic dan satu lagi berjaya menerjah gawang chelsea.

Berita buruk Cech terpaksa dikeluarkan selepas mengalami  kecederaan di kakinya.Selepas 2 kali dia dibolosi oleh pemain2 inter dalam match ini, dia terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Hilario.

Aku pelik dan hairan kenapa Ancelotti tidak menurunkan Joe Cole dan Kenapa Ancelotti menggantikan Kalou dengan Sturridge.Kenapa tidak menggantikan Kalou dengan Joe Cole ? Sturridge tidak membawa kebaikan langung dalam match ini.Joe Cole walaupun finishing die kureng skit tapi skill dan passing die masih berbisa.Joe Cole pemain yang sangat talented dan rajin.Yang penting die ade experience dalam UCl tapi kenapa Ancelotti berfikiran sedikit bongok dengan memasukkan Sturridge yang tidak ada pengalaman langung dalam UCL.Experience makes different and it will become the winner.

Selepas itu Chelsea terus menggandakan usaha untuk menyamakan kedudukan dan peluang terbaik sekali lagi hadir apabila hantaran cantik oleh Anelka kepada Lampard namun Lampard seperti biasa mensia-siakan peluang tersebut dan Cesar berjaya menghalang percubaan dari lampard itu.

Secara kesluruhannya Chelsea tidaklah kalah teruk sangat.Dan aku sudah menjangkakan keputusan ini.Dah berapa kali aku cakap, bukannya mudah nak menang di Inter.Walaupun kalah 2-1 tetapi harus diingat Chelsea akan melayan kunjungan Inter dalam second leg nanti di Stamford Bridge.Jadi kepada team Inter Milan, korang perlu berwaspada dengan ancaman dan amukan di Stamford Bridge pulak.Dalam second leg, kita just need 1 gol je iaitu 1-0 untuk layak ke suku akhir UCL kerana kita ada advantage gol away kita di San Siro semalam.Tapi masalahnya adakah chelsea mahu 1 gol je nanti dan terus defend, impossible beb.Kita pasti akan belasah inter seperti kita membelasah team Sunderland 7-2 di Stamford Bridge.Pada masa itu Essien dan Zhirkov bersiap sedia untuk menghancurkan barisan The Special One, dan korang tunggulah detik2 kebangkitan Chelsea di SB nanti wahai Inter dan Mourinho.

P/S : Result STPM aku teruk...Apelah nasib aku lepas ni ?....

Menjelang Menetang Inter : Ape Perkembangan Terkini ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, February 24, 2010 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Secara jujur boleh aku cakap, untuk menang dengan Inter malam ini bukannya senang.Inter mempunyai rekod yang bagus di tempat sendiri musim ini dan mereka sukar digugat di halaman mereka itu.Untuk pengetahuan korang lagi, pada musim ini Ac Milan menetang Inter.Inter bermain dengan 9 orang dan final result is Inter menang 2-0.Itu menunjukkan betapa sukarnya nak menang dengan pasukan Inter.

Jadi bagi aku, if we draw tonight it still better result.Tapi jika menang,ALHAMDULILLAH.Untuk menang dengan diorang di San Siro ia memerlukan keajaiban.Harus diingat Inter 10 kali ganda hebat dari Ac Milan.Dan kepada budak2 mankayu jangan berlagak sangat dengan kemenangan team korang  ke atas AC milan tu pasal Chelsea dah berapa kali menang dengan AC Milan.

Game away kita bukannya baik sangat dan itu pasal aku cakap kalau draw malam nipun,it's possible dan better result.tapi Jangan kalah sudahlah.Last 2 game away chelsea, kita 1 seri dan 1 kalah.Dan tak mustahil kalau kalau kita akan kalah pulak nanti.Kalau nak tengok juga Chelsea menang malam ni ? Ade 3 benda je yang perlu dibuat kalau nak laksanakan matlamat itu.Mental,Fizikal dan Taktik.Kalau kita berjaya kuasai 100% ketiga-tiga aspek ini, konfem kita akan menang besar lawan inter kat san siro malam ini.

Perkembangan terkini mengenai skuad kita menjelang menetang Inter malam ini(Pagi esok) :

  • Berita baik ialah Alex dan Juliano Beletti is back !!!.Alex dah pulih dari kecederaan lututnya itu dan Beletti sudah kembali dan maybe dia akan main nanti selepas sebulan tak main coz injured di lututnya.
  • Bosingwa,Essien dan Ashley Cole masih berada di gelombang kecederaan dan konfem diorang masih belum lagi boleh bermain.Begitu juga dengan Zhirkov.Decopun masih lagi cedera juga.
  • Playmarker kita, Lampard is BACK !!! dan Lampard akan jadi starter utama malam ini.
  • Setelah aku buat research, malam ini barisan yang mungkin akan diturunkan oleh Ancelotti ialah Cech sebagai Goalie Utama dan itu sudah pasti.Beletti dan Ivanovic akan menjadi defender Winger.Terry dan Carvalho/Alex akan menjadi defend solid.Mikel dan Ballack akan menjadi midfielder defensif dan Lampard seperti biasa ditugaskan menjanakan segala kepakarannya untuk menghantar perfect ball to Drogba dan Anelka yang akan mengetuai jentera serangan dan menggempur bek2 utama Inter malam ini.Tak lupe juga Joe Cole akan bergerak sebagai midfielder attacking.Dan tidak mustahil jugak kalau si Malouda tu main malam ini.
  • Formasi ? hehe 4-3-3/4-4-2


Cech; 
Belletti, Terry, Carvalho, Ivanovic;
 Mikel, Ballack, Cole; Lampard,
 Drogba, Anelka.

P/S : Prediction aku ? Hehe 50%-50%...percayalah bukan senang nak menang di San Siro.Kalau korang bace prediction kat web Goal.Com, diorang bet team kita akan kalah 2-1 dengan Inter malam ini

Menjelang Menetang Inter : Head To Head

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 23, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...















Tidak ada rekod pertembungan antara team kite menetang Inter dalam kejohanan Eropah.Walaupun kita dan inter milan sentiasa bermain dalam liga juara-juara eropah, kita tak pernah sekalipun berhadapan dengan mereka.Termasuk juga dalam saingan Piala UEFA dan piala yang lain-lain.

Pertembungan team kite menetang inter hanya sekali sahaja berlaku iaitu semasa perlawanan dalam kejohanan World Football Challenge,awal musim 2009/2010.Keputusannya chelsea menang 2-0 menerusi jaringan Drogba dan Lampard.

Dalam kejohanan World Football Challenge di Amerika, Chelsea berjaya menjadi Juara.Sementara Inter hanya menduduki tempat ketiga.

Yang menariknya pertembungan Inter menetang Chelsea lusa ini(Pagi khamis), kedua-duanya sama-sama menjadi pendahulu liga iaitu Chelsea sebagai pendahulu EPL setakat ini dan Inter juga pendahulu liga Serie A setakat ini.Namun ada yang lebih menarik daripada hal ini iaitu pertembungan Mahaguru menetang Anak Murid(Jose Mourinho vs Chelsea)
Jika korang masih ingat tahun lepas dalam kejohanan World Football Challenge yang berlangsung di Amerika, kita menang 2-0 ke atas Inter hasil jaringan cantik Drogba dan gol menerusi sepakan penalti oleh Lampard.

Menjelang Menetang Inter : Minda Oh Minda...

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 23, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Menjelang menetang Inter lusa ini, seperti biasa jika kita berhadapan dengan seseorang yang pakar bermain kata-kata dan mencetuskan kontroversi, kita pasti akan menguatkan minda kita sebelum ia menjadi bercelaru.Seseorang yang aku maksudkan itu ialah Jose Mourinho.Semasa dia berada di Chelsea, dia sentiasa bermain mind psikologinya dengan cuba menggentarkan minda musuhnya.Dan sekarang ini bekas kelab kesayangannya pula yang akan cuba menjadi mangsa mindanya iaitu Chelsea.

Uncle Jose Mourinho ini cuba melemahkan mental Chelsea dengan cuba bermain perang mind games sebelum sepak mula Inter dengan Chelsea lusa ini.

" Bila sudah digelar pasukan yang hebat, pasukan tersebut tidak perlu mengalami kekalahan yang banyak atau kehilangan beberapa mata yang penting.Tetapi perlu diakui Liga Perdana Inggeris memang tidak mudah.Anda bila-bila masa sahaja akan kalah dalam setiap perlawanan.Dan menjelang menetang Chelsea,tegas saya katakan bahawa ini pastinya akan menjadi perlawanan yang besar kepada Inter mahupun Chelsea.Ini juga merupakan perlawanan yang sangat hebat di dalam pertandingan Eropah.Saya tidak mahu melihat perlawanan lain selain daripada perlawanan hebat seperti ini di pusingan kalah mati," kata Mourinho.

Mourinho meninggalkan Chelsea pada tahun 2007.Namun bagi Mourinho sumbangan 2 kejuaraan liga England kepada Chelsea menyebabkan tidak ada motivasi bagi dirinya menjelang menetang bekas pasukan yang pernah ditanganinya.

"Saya tidak pernah rasa gugup.Saya menghadapi perlawanan ini seperti saya menghadapi perlawanan yang lain dalam Liga Juara-Juara ini.Tidak ada motivasi atau extra yang berlebihan mengenai saya dalam match ini.Ia sama seperti pasukan saya apabila menewaskan Real Madrid mahupun Bayern Munich," jelas Mourinho lagi.

P/S : Iyolah tu Jose...

Title Race Is Just For The Blues,Understand ?

Posted by KampungChelsea On Monday, February 22, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
8 Match Menyusul selepas ini :

(CHELSEA)
Inter Milan - Chelsea


24/02/10
Chelsea - Manchester City27/02/10
Chelsea - West Ham United13/03/10
Chelsea - Inter Milan16/03/10
Blackburn Rovers - Chelsea21/03/10
Portsmouth - Chelsea24/03/10
Chelsea - Aston Villa27/03/10
ManUnited - Chelsea 03/04/10


*yang aku tanda merah tu team yang susah skit nak menang....hehe.




(ManSayur)
ManUnited - West Ham23/02/10
Wolves - ManUnited06/03/10
ManUnited - AC Milan10/03/10
ManUnited - Fulham14/03/10
ManUnited - Liverpool21/03/10
Bolton - ManUnited27/03/10
ManUnited - Chelsea03/04/10
Blackburn  - ManUnited10/04/10


(SENGAL) 
Stoke City - Arsenal

27/02/10
Arsenal - Burnley06/03/10
Arsenal - Porto09/03/10
Hull City - Arsenal13/03/10
Arsenal - West Ham United20/03/10
Birmingham City - Arsenal27/03/10
Arsenal - Wolves03/04/10
Tottenham - Arsenal10/04/10


*Team yang aku tanda biru kat Manyur dan Sengal merupakan team yang maybe akan bagi diorang drop points....Hehehe


Komen Aku : Korang bajet Arsenal akan ade match senang ke pasni ? Weh diorang tu kalau lawan team cincaipun susah nak menang,lawan sunderland tupun dapat gol bodoh2 je,kita belasah diorang sampai 7 gol,xder sape nak kesahkan.Manyur pulak same je dengan sengal,semua team yang bakal diorang lawan pasni tetap 50-50%.

Villa On The Way Nak Ke Chelsea

Posted by KampungChelsea On Monday, February 22, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dari awal musim lagi, David Villa dikhabarkan akan meninggalkan Valencia untuk berhijrah ke England.Chelsea,Manyur dan LiverFool berminat nak dapatkan striker terbaik Sepanyol ni.


Tapi nak dapat mamat ni bukannya mudah.Kelab Valencia sekarang ini yang sedang mengalami masalah kesulitan kewangan dan mungkin diorang akan pasang harga sekitar 30 juta untuk Villa ini.


Real juga berminat nak dapatkan Villa tapi Villa cakap die lebih suka melanjutkan aksi bola sepaknya di England pula.Entah ? tak boring ke asyik2 main kat La Liga je, apa salah sekali sekala main kat EPL pulak...


Chelsea termasuk dalam salah satu kelab yang sangat berminat untuk mendapatkan pemain yang berumur 28 tahun itu.Akhbar News Of the World , menyatakan Chelsea kembali membuat perkiraan dengan pihak pengurusan Valencia untuk membeli Villa.


P/S : Sekarang ini kontrak Anelka belum lagi diperbaharui dan khabarnya Anelka tidak memberi respon ape2 dalam menambah kontrak barunya di Chelsea.Ini mungkin akan menjadikan pembelian Villa dari Chelsea menjadi salah satu faktor untuk menyedarkan Anelka betapa pentingnya kontrak barunya itu sebelum "Ia" sudah tidak dipakai lagi.Kalau dah Chelsea beli Villa nanti, aku tak tahu ar nasib ko camner nanti Anelka erk.

Didi Bagi Chelsea 3 Mata Penuh !!!

Posted by KampungChelsea On Sunday, February 21, 2010 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Drogba sekali lagi menjadi man of the match dengan dua jaringan penyelamatnya membantu Chelsea meraih 3 mata penuh berharga apabila Chelsea menang 2-0 ke atas team Wolverhampton.3 Touch with 2 gol, memang terbaik ar abang Didi kita ni.Yang penting kita still terajui liga dengan 4 mata ke hadapan dan telah memanfaatkan advantage daripada kekalahan budak2 mankayu di tangan team Everton 3-1.

Thanks to Cech with 2 brilliant save.Wolves punya attacking bak seperti hangat-hangat tahi ayam.Serang banyak giler tapi langsung tak score satu golpun.Kalau kita tengok balik ulang tayang percubaan diorang tadi, sepatutnya diorang dapat at least 2 gol tapi kaki cam orang sakit dah.Gol kedua Drogba juga berpunca dari hantaran Cech dan bola sempat menghala kepada Drogba dan Drogba seperti biase dengan kaki berbisanya itu mudah menewaskan penjaga gol botak Wolves tu.

Respek jugak kepada captain jack sparrow kita, Terry kerana Terry juga membuat halangan dan menyelamatkan beberapa percubaan yang merbahaya dari budak2 Wolves.

Sedikit kecewa dengan Anelka.Perfomance die tidak sehebat dalam first season.Main bola cam training je.Passing bola pula tak tentu hala.Cam malas main je ko ni Anelka weh. tapi naseb baik Chelsea menang tadi dan Drogba maybe boleh cover kesilapan ko dalam match ni.

Dengan Carvalho mengalami sedikit probs di bahagian kaki menyebabkan Ancelotti terpaksa mengubah posisi Ivanovic dalam match ini.Ivanovic bergerak sebagai defender Solid dengan berganding bersama Terry.Biasenyer Ivanovic main posisi defender winger.Dalam match ini kita mempunyai 2 defender winger yang bermain agak berbeza.Zhirkov bermain begitu baik tetapi Ferreira tidak.1st Gol Didi hasil daripada passing mantap oleh Zhirkov.Ferreira agak mengecewakan kerana passing entah ke mana, defends tak kemas...mujur budak2 Wolves tu attacking cam budak sekolah je.

Untuk match menetang Inter nanti, diharapkan perfomance kita kena lebih mantap lagi daripada match ini.Dan aku juga mahu melihat kelibat Lampard dan Deco hari rabu ini kerana midfielder kita agak kurang efektif dalam match tadi.Ballack sahaja yang memainkan peranan sebagai midfielder, dan yang lain ? sekian terima kasih.Ballack punyer shooting tetap kena repair beb sebab 3/4 shoot die dalam match ni memang tak leh pakai.

Lawatan Ke Molineux Malam Ini

Posted by KampungChelsea On Saturday, February 20, 2010 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
EPL kembali lagi buat kem Chelsea apabila kita akan melawat ke Stadium Molineux malam ini menetang pasukan tuan rumah,Wolverhampton Wanderes.Harapan hanyalah satu iaitu mencapai kemenangan dan membawa balik 3 mata dengan penuh berharga malam ini untuk terus menerajui Liga sehingga akhir musim.

Aduh,Pening...Aku sangat pening...Bukan pening sebab sakit kepala tetapi pening memikirkan skuad kita menjelang menetang Wolves malam ini.Lampard,Ashley Cole,Essien,Bosingwa,Beletti, Deco dan Alex masih terus berada di ambang kecederaan.Terbaru ialah Lampard yang terkena jangkitan virus dan dia pastinya tidak akan bermain malam ini.Pada musim ini, sememangnya musim kecederaan bagi skuad kita kerana begitu banyak pemain penting yang mengalami kecederaan.Aduh...

Berita baik pula ialah Captain Jack Sparrow is back.Terry kembali akan memperkuatkan kembali jentera pertahanan team kita malam ini selepas bercuti rehat bersama keluarganya di Dubai dengan penuh mesra.

Harapan pastinya terletak di bahagian serangan yang diterajui oleh Didi dan Anelka.Aku harap korang buat terbaik ar malam ni, jangan main cam lawan Everton sudahlah.Joe Cole mungkin jadi starter malam ini dengan menggantikan tempat Lampard dan mungkin ramai yang risau dengan perfomance die, tapi aku harap lah janganlah ko main berterabur Joker.Kalau tak scorepun aku tak kesah, tapi passing ko dan perfomance ko kena terbaik malam ni wahai Joker.

BARISAN KEMUNGKINAN :
Cech, Ivanovic, Terry, Carvalho, Ferreira, Zhirkov , Mikel, Ballack, Malouda, Anelka, Drogba.

ManKayu Ushar Joker ?

Posted by KampungChelsea On Friday, February 19, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kontrak Joe Cole tamat musim ni.ManUnited khabarnya berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang serba boleh The Blues ini.(Link...)

Akhbar Daily Mail melaporkan bahawa perbincangan mengenai kontrak Joe Cole dengan pihak pengurusan Chelsea telah menemui jalan mati.Pengurus yang suke makan chewing gum, Alex Ferguson khabarnya bersedia untuk mendapatkan khidmat Joe Cole di Old Kerepot.

Seperti mana yang kita telah tahu prestasi Joe Cole sejak kebelakangan ini agak merosot.Dan untuk pengetahuan korang, Joe Cole hanya bermain selama 9 kali je bersama Chelsea sejak kedatangan Ancelotti di Chelsea.

Info Extra :
  • Cole bekerja sama dengan Chelsea pada musim 2003/2004.Pada masa itu, Chelsea telah mendapatkannya dari West Ham dengan harga 6.6 juta.

Botak,Ko Buat Lagi...

Posted by KampungChelsea On Friday, February 19, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tak habis2 ko buat hal erk Mr.Botak Sial ni.Kenal tak dengan ref Botak yang telah menaikkan kemarahan bukan sahaja pemain Chelsea dan penyokong chelsea tetapi juga beberapa pihak yang bengang dan naik angin dengan keputusan dan cara dia mengadili perlawanan semasa Chelsea tersingkir secara mengejut dalam saingan separuh akhir liga juara2 eropah musim lepas.

Masih ingat insiden berat sebelah atau un-fair situation yang diadili oleh Ref Botak ni yang telah menyebabkan team kita tersingkir daripada semi final liga juara-juara Eropah tahun musim lepas.Tahun ni dia buat "hal" yang sama lagi.

Si Ovrebo Botak yang bodoh ini melakukan insiden yang sama ketika perlawanan liga juara-juara eropah musim ini di antara Bayern Munich menetang Fiorentina.

Sememangnya keputusan ref botak dalam match itu cukup kontroversi dan pasukan yang telah mendapat kekecewaan dan kerugian ialah pasukan Fiorentina.Beberapa pihak dari Serie A cukup marah dengan gol yang telah disahkan oleh Miroslav Klose yang jelas menunjukkan keadaan Klose itu sebenarnya Offsaid sebelum dia menjaringkan gol.

Bukan match Bayern Munich dengan Fiorentina je die buat hal, tetapi dia juga membuat keputusan yang sangat tidak disenangi oleh beberapa pihak dalam saingan kejohanan antarabangsa.Ketika Itali menetang Romania dalam saingan Euro 2008, yang berakhir dengan keputusan 1-1.Dia telah membatalkan gol Luca Toni dan dia menganggap Luca Toni berada dalam keadaan Offasid tetapi jika ia dikaji balik,sebenarnya keadaan Luca Toni itu tidak offsaid.Ada juga beberapa pihak yang telah memprotes keputusan penalti yang diberikan kepada Romania dalam match itu termasuk kad kuning yang diterima oleh pemain Itali, Danielle de Rossi.Ko memang siallah Ovrebo.

Beberapa jam kemudian, Ovrebo sial tu meminta maaf kepada beberapa pihak yang terbabit di atas kesalahannya.

P/S : Senang je kejo ko erk, buat salah je pastu mintak maaf.Asal ko tak pegi bunuh orang je pastu ko mintak maaf lepas ko bunuh orang tu,Ovrebo yang gampang.Aku tak bleh lupa ape yang die telah buat mase team kita tersingkir daripada semi final UCL musim lepas, semuanya angkara si botak ni lar.

Mahu Menang Dengan Wolves ? Ini Caranya...

Posted by KampungChelsea On Thursday, February 18, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Menetang Wolves hari sabtu ni mungkin ramai di antara kita yang akan cakap Chelsea pasti akan menang mudah dan ade juga Chelsea akan menang susah sikit.Dan bagi aku, same sahaja,peluang tetap 50%-50%.Kalau kita konfiden dan yakin team kita akan menang mudah nanti, lain plak jadinya.Kita ambik pengajaran/iktibar dari kekalahan mengejut 2-1 ke atas Everton dan ramai di antara kita tidak menjangka keputusan seperti itu.So baik watch-up je lar.Kita just mampu berbangga di tempat sendiri tapi bukan di tempat lawan.

Ok back to points utama, macam mana kita nak menang dengan Wolves hari sabtu ni ? How ? Dan macam mana kita nak maintain main power kat game away seperti mana kita main first season tu.Ha, ini yang aku akan bagitahu macam mana cara untuk kita menang dengan bergaya dengan team Wolverhampton :
  • Perlu guna formasi 4-4-2 jugak,percayalah cakap aku.Drogba tak boleh jadi striker solid.Aku tahu Drogba power bab2 striker tapi die tetap xbleh solo kat bahagian striker,n dia kena ada Anelka to feat bersama.Walaupun Anelka low sikit perfomance die dalam 2/3 match yang terakhir tapi aku still boleh harap sentuhannya.
  • Midfielder cam biase Lampard,Ballack,Mikel wajib main.Walaupun Lampard sekarang ni performance die tak macam dulu dah.Passing xbrapa mantap sangat, selalu short pass je.Ballack dah 1st gol last week time lawan Cardiff dan die perlu dikekalkan dalam skuad utama untuk match dengan Wolves nanti.Mikel juga boleh diharap kerana posisi die just mdf defensif dan aku harap die xakan cuba nak try shooting coz bab2 shooting die memang hancur.
  • Midfielder Attacking...Mmmm...Antara Bahagian penting dalam menjana sesebuah gol.Posisi ini wajar aku pilih Malouda di bahagian kiri.Malouda yg 1st gol time lawan Everton maybe bolerh buat something different untuk match nanti.Joe Cole ? Jokerk ni entah..aku tak nak ulas banyak sangat mengenai die ni,...Kalau nak criter perfomance die untuk match lawan Everton dan cardiff memang teruk.Sebaiknya Ancelotti, ko letak Decolah.Kalau Deco still injured and not fit lagi, better ko letak Zhirkov je la jadi Mdf Winger.Joe Cole still boleh main tapi kalau Chelsea leading 2-0/3-0 je la, hah time tu ko nak masuk, ko masuk la main,takder yang nak marahpun.
  • Defensive sangat penting bagi menjaga gawang untuk tidak dibolosi walaupun satu golpun.Aku mengaharp kita akan mantain menang with the clean sheet.Terry,Carvalho seperti biasa akan amik tugas di bahagian defensif solid dan aku percaya diorang akan defen yang terbaik punyer untuk match nanti.Adoi !!! tak ingat la pulak Ashley Cole injured..Ermm...So tempat die mesti Zhirkov amik.Aku harap Zhirkov jadi mdf winger nanti.Zhirkov akan amik alih posisi Cole nanti.Tapi jangan risau Paulo ferreira ade,hehe.Untuk defensif winger di bahagian kanan Ivanovic seperti biase boleh diharap untuk menggalas posisi ini dengan mantap.
  • Kalaulah first half masih tunggang langgang, tanpa gol.N Shoot kita cam lemau je.Cepat2 tukar kepada formasi 4-3-3.Kalau perkara seperti itu terjadi, formasi 4-3-3 iaitu formasi diamond striker wajib digunakan.Nampak je Anelka tak berapa menjadi, Ancelotti silalah tukarkannya dengan Kalou.Kalou sangat berguna dalam keadaan2 yang mencemaskan.
P/S : InsyaAllah mujarab beb..Hehehe...

|

Cole Is "Seni"Man...

Posted by KampungChelsea On Thursday, February 18, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

P/S : Awas ! Kepada budak-budak bawah umur, dilarang menonton "Bontot: itu....

Hamsik...Oh Hamsik

Posted by KampungChelsea On Thursday, February 18, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Marek Hamsik kembali dikaitkan dengan Chelsea.Pemain Napoli ini khabarnya telah masuk dalam dalam buku catatan transfer news Chelsea musim depan.

Akhbar The Daily Express melaporkan bahawa Roman Abramovich sudah menyiapkan 70 juta-80 juta untuk berbelanja pemain musim depan dan Hamsik antara pemain yang telah termasuk dalam pemain yang bakal dibeli menerusi dana tersebut.70-80 juta ? Cukup ker ? Nape tak up 100 juta je terus?

Walaupun kita dah dapat dana yang banyak tapi nak dapatkan si Hamsik ni bukannya mudah.Pasal ? Napoli bukannya mudah nak lepaskan pemain kesayangan diorang ni dan ade khabar memberitahu Manchester United dan Inter Milan juga berminat untuk mendapatkan khidmat Hamsik ini.

Selain daripada Hamsik, pemain lain yang telah masuk dalam buku lima2 trnsfer news chelsea musim depan adalah Winger Benfica, Angel Di Maria, defender Borussia Dortmund, Naven Subotic dan perancang Jerman dan Bayern Munich, Sebastian Schweinsteiger.

Menjelang Menetang Inter : Why "He" Is So Special ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, February 18, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Why he is so Special ? Tengok je la video kat atas ni kalau nak tahu betapa speselnyer Uncle Mourinho nih...

Jage-Jage...Ada Serigala Hari Sabtu Ini

Posted by KampungChelsea On Wednesday, February 17, 2010 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Menanti team ala-ala Wolf a.ka Serigala oren hari sabtu ini....Adakah Serigala Biru bersiap sedia untuk mencakar diorang atau bakal dicakar oleh diorang sendiri ? Same2 kita tunggu hari sabtu ini...Ape2pun Keep the blues flying high....

|

Cech Mahu 10 Tahun Lagi Di Stamford Bridge

Posted by KampungChelsea On Wednesday, February 17, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cech tidak mahu meninggalkan Chelsea.Cech yang sekarang ini berumur 27 tahun bersiap sedia untuk bermain selama satu dekad(10 tahun) bersama Chelsea.Goalie Republik Czech ini yakin bahawa dia mampu meneruskan prestasi dan aksinya dengan mencapat kedudukan tertinggi iaitu bermain sehingga umurnya 37 tahun.

"Bila keadaan saya baik dan cergas seperti sekarang ini, saya mahu bermain seberapa banyak yang mungkin di sini.Saya mahu bermain selama 10 tahun lagi.Perlu diingat, karier bola sepak tidaklah bertahan dengan begitu lama.Jadi, sesiapapun mahu menjangkakan apa yang mereka buat apabila berkarier dalam bola sepak.

Cech yang telah dikritik hebat pada musim ini apabila banyaknya gol yang dibolosi oleh Chelsea hasil daripada kecuaian dan kegagalannya dalam menghalang bola mati dari pihak lawan.Namun ketika menang 2-0 ke atas Arsenal, Cech beraksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan yang merbahaya dari pemain Arsenal.

"Semua itu bergantung kepada keadaan anda sama ada baik ataupun tidak baik dan sebaik mana tahap permainan anda selama ini.Kadang-kadang, respon dan kepantasan anda tidak akan sama.Anda mungkin boleh mengatasinya jika anda ada pengalaman.Situasi terbaik itu akan muncul secara tiba-tiba dan itu bergantung kepada cara dan bagaimana anda menghadapinya," kata Cech.

P/S : Pandai ko bagi ayat Cech, cam Dr.Fadzilah Kamsah lah plak ayat ko ni.Untuk pengetahuan korang, kontrak Cech di Chelsea akan berakhir pada 2013 dan Cech berharap kontraknya dapat diperpanjangkan dan diperbaharui lagi supaya dia dapat terus kekal di Chelsea.

Terry : Kami Hebat di Gelanggang Sendiri,Tapi Di Gelanggang Luar ?

Posted by KampungChelsea On Sunday, February 14, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Captain Jack Sparrow, Terry mengaku bahawa dia bertanggung jawab ke atas apa yang berlaku ketika Everton memperolehi 2 gol minggu lepas yang menyebabkan Chelsea terpaksa menerima kekalahan ke-4 musim ini di dalam liga.
"Kami berhadapan dengan Everton dan terpaksa menerima kekalahan yang teruk.Secara peribadi, saya mengaku bahawa kedua-dua gol yang diperolehi oleh Everton terhasil daripada kesilapan saya sendiri.Dan saya mengetahui bahawa pada masa itu tidak ada seorangpun pemain kami yang menghampiri penyokong kami dan saya sekali lagi ingin memohon maaf di atas kejadian yang berlaku.Bermula sekarang, dalam apa-apapun perlawanan, kami akan pastikan yang kami akan setiasa menghampiri penyokong kami dan memberikan terpukan kepada mereka juga.
Walaupun semalam Chelsea baru sahaja menang 4-1 dengan Cardiff dalam saingan piala FA namun Terry menyatakan bahawa skuad Chelsea perlu beraksi hebat juga di luar halaman sendiri(Stamford Bridge).
"Kami beraksi hebat di gelanggang sendiri tetapi jika ingin mendapat trofi Liga Perdana Inggeris, kami perlu memperbaiki persembahan kami di gelanggang lawan.Untuk kali ketiga atau keempat, kami selalu gagal menjarakkan mata kami dengan ManUnited ketika mereka juga meraih keputusan yang tidak baik," ujar Terry lagi.

4th Blast For Blues Day

Posted by KampungChelsea On Saturday, February 13, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Seperti yang dijangka, kita mencatat kemenangan mudah 4-1 ke atas pasukan dari Divisyen 1 liga, Cardiff City.Drogba,Ballack,Sturridge dan Kalou telah memeriahkan "Hari Biru"(Blues Day) dengan jaringan mereka masing-masing untuk membantu Chelsea mara ke pusingan ke-6 Piala FA.Walaupun tewas, pujian harus diberikan kepada pemain Cardiff City kerana mereka sempat memberikan cabaran kepada team kita especially first half.

 Tak banyak yang menarik yang berlaku pada separuh masa pertama selain daripada jaringan Drogba.Walaupun kita mendapat gol seawal minit ke dua.Namun tidak banyak peluang yang terbaik yang ada pada pemain kita dalam match ini.Cardiff City sempat memberikan asakan dengan beberapa percubaan yang merbahaya pada separuh masa pertama dan akhirnya mereka berhasil mendapat gol penyamaan oleh Micahel Chopra.

First half bagi aku merupakan sesuatu persembahan dan aksi yang kurang meyakinkan yang dipamerkan oleh pemain kita.Sehinggakan Ancelotti membuat pertukaran dengan menggantikan Joe Cole kepada Kalou.Benteng pertahanan kita sedikit longlai.Set piece nampaknya sukar dibendung oleh beberapa defend kita dan kita dapat lihat seua tu dalam separuh masa pertama match ini.

Drogba masih on top form dan boleh dikira sebagai man of the match dalam kemenangan 4-1 ini.Jaringannya pada minit ke 2, jaringan Ballack pada separuh masa kedua semuanya berpunca daripada Drogba.Second half sedikit melegakan aku selepas jaringan Ballack.Kita bermain dengan baik dengan mencorakkan serangan demi serangan ke atas kubu Cardiff dan hasilnya pada minit ke-69, Sturridge memecahkan kebuntuan dengan jaringan mudahnya menewaskan goalie Cardiff City,Marshall.Perghh name cam artis Malaysia dah,Marsha.

17 minit kemudian, Kalou meraih gol penamat dalam membantu Chelsea mencatat kemenangan bergaya 4-1 hasil daripada hantaran Ferreira dan Kalou menanduk cantik untuk menewaskan goalie Cardiff dan final result 4-1.

Dengan kemenangan tersebut telah menunjukkan bahawa kehebatan team kita sukar dikalahkan oleh mana-mana team di Stamford Bridge(SB) pada musim ini.Namun persoalannya adakah team kita akan beraksi hebat di luar gelanggang SB seperti mana yang kita lakukan dalam aksi hebat kita di SB.Jawapannya kita lihat untuk match menetang Wolverhampton pada 17 Februari nanti.

Menjelang Piala FA Malam Ini : Are U Ready Cardiff Kids ?

Posted by KampungChelsea On Saturday, February 13, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Untuk entri kali ini, same cam Raiden...gua takder mood nak tulis banyak2, mungkin sebab takder idea juga...Camnilah malam ni ade Piala FA pusingan kelima team kita akan melayan kunjungan budak2 Cardiff City di stadium keramat kita malam ini.Astro kali ini memang "baik hati" coz sanggup menyiarkan match team kita,(Biasenyer kalau ade match ManKayu atau LiverFool,memang konfem xder live utk match team kita tapi nak watcmner, diorang semua sudah tersingkir,wahahaha)Jangan lupe pukul 7.30 malam ni...Live @ Astro Channel 812/813.

Aku rase Ancelotti akan memberi pertunjukan kepada bakat2 muda player kita menjelang match nanti coz Terry khabarnya tak main coz amik MC bercuti dengan familly die.Ashley Cole pula sedia maklum injured 3 bulan.So all our youngster, show your POWER tonight....

Cashley Cole MC 3 Purnama

Posted by KampungChelsea On Saturday, February 13, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berita buruk menimpa lagi kepada kem perkhemahan team kita apabila bek utama, Ashley Cole mengalami kecederaan parah di bahagian pergelangan kaki.Kecederaan tersebut dialami semasa Chelsea tumpas 2-1 kepada Everton.Disebabkan kecederaan Ashley Cole tersebut, khabarnya dia akan berehat selama 3 bulan dan mungkin dia akan makan pop-corn sambil tengok kawan2nya main kat Afrika nanti.

Kecederaan Cole tersebut menyebabkan Uncle Ancelotti akan memberikan tugas penting kepada Zhirkov untuk menggantikan posisi Cole itu.Namun mampukah Zhirkov menggalas tugas yang diberikan oleh Ancelotti itu dengan cemerlang nanti ? Same-same kita tunggu dan lihat...

Aku dah agak dah...

Posted by KampungChelsea On Thursday, February 11, 2010 14 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Lastly kita kalah jugak dengan Everton.Selepas mengharungi 10 match tanpa kalah, pagi tadi kita ditumbangkan secara tiba-tiba oleh team yang sangat bernasib baik itu 2-1.Kekalahan team kita pagi tadi sememangnya sudah dijangka oleh aku kerana team rival seperti Everton sudahpun mengenal 100% kelemahan team kita dan kita dapat lihat ape yang mereka lakukan pagi tadi.Bagi sesape yang rase konfiden dengan kemenangan chelsea dalam match ini sebelum ini, pesanan aku ialah untuk next match, better kita kena careful dan just predict sahaja kerana kita tidak tahu ape yang terjadi bile sepak bola mula ditiupkan.Kurangkanlah konfiden kerana jika terlebih konfiden akan memakan diri sendiri jugak, so baik ade sedikit perasaan low profile dalam diri.Sebelum ni aku dah cakap yang peluang untuk menang match tadi ialah 50%-50% dan jangkaan aku sentiasa mengena untuk match camni.

Mesti korang pelikkan ? Biler lawan team rival seperti Wigan,Aston Villa,Manchester City,Birmingham dan Everton kita sukar untuk tumbangkan mereka dan biler lawan team top three cam Sengal,Mankayu dan LiverFool kita mudah sahaja menewaskannya.Ini adalah faktornya utamanya :

1)Team Rival seperti Everton sudahpun mengetahui kelemahan team kita pagi tadi.Ini dapat dilihat apabila untuk second half kita langsung tidak mempunyai good chance.Drogba on top form tapi langung tak der peluang terbaik untuknya.Anelka ? haha no komen.

2)Player kita dah set-up dah biler lawan team rival yang bertaraf rendah, kita pasti akan mengecapi 3 mata dengan penuh.Namun semuanya memakan diri sendiri dan tengoklah dalam match ini, kita bermain sangat teruk.Moyes sememangnya pakar research.Hasil daripada "lawatan tanpa izinnya" di Stamford Bridge ketika kita menang 2-0 dengan sengal, Moyes memang dah buat research terbaik dalam match tersebut dan nampaknya research Moyes memang menjadi dalam match ini dan ia sudah dijangka oleh aku.

3)Mental takder beb.Kekutan fizikal ade tapi kekuatan mental takder.Player kita tak boleh nak hadapi mental dengan baik apabila berhadapan dengan team rival.Lawan team Top Three, kekuatan mental kita menguasai match tetapi biler lawan team rival, lain pulak yang jadi.Menghadapi Everton di tempat mereka sungguh susah giler beb, campur plak dengan penonton mereka yang memang dah "giler".Itu pasal kena prepare mental 100% beb, dan untuk pagi tadi 0% mental dari player kita.

4)Terry,Ivanovic,Ballack,Lampard,Zhirkov,Drogba,Anelka...semuanya main berterabur.Aku mengharapkan sentuhan dari abang Joker kita namun dia tak leh main coz cedera.

Kesimpulannya aku tak bangun langsung untuk match pagi tadi.Tengok match delayedpun nak dekat pukul 7.30 tadi.Biler bukak je tv dan picit kat remote channel 812, tiba-tiba everton dahpun leading 2-1 dan aku hanya berkata "Hahaha, aku dah agak dah..."

Menjelang Menetang Everton : Singa Biru Lawan Pondan Biru

Posted by KampungChelsea On Wednesday, February 10, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Menjelang menetang kelab merseyside,Everton pagi esok(waktu Malaysia), nampaknya bagi yang bekerja pagi esok, teruskan kembara mimpi tido korang tu untuk pekerjaan korang kerana pagi esok memang takder live untuk match chelsea  kerana Astro masih lagi memberi muka kepada match Aston Gila menetang Mankayu.Yang dah amik cuti MC esok, baik batalkan dan terus je tidur.Wat penat je bangun2 pagi esok bukak2 tv, takder live utk match chelsea,hampeh siot.Tapi bagi yang tak sabar nak tengok Sengal kalah lagi pagi esok menetang LiverFool, baik korang berjagalah erk.

Beberapa hari yang lepas, kita berjaya menumbangkan barisan budak tak cukup umur  dengan kemenangan mudah 2-0.Dengan kemenangan itu kita Top Of The League balik dengan mengatasi barisan Mankayu 2 mata.Ape yang harus diingat ialah malam ini kita wajib memperolehi 3 mata kerana jika seri sahaja, bila-bila masa sahaja kita akan jatuh balik ke tangga kedua.Advantage untuk kita lagi ialah Mankayu akan menetang team sukar pagi esok iaitu Aston Giler dan aku mengharapkan kekalahan atau seri sudahpun memadai bagi team kita untuk melebarkan jarak mata tetapi di Goodison Park malam ni wajib kita akhiri match ini dengan 3 mata penuh.

Manager Evertong, David Moyes telahpun menyaksikan match team kita menetang Sengal dan mungkin dia telah membuat research terbaik untuk menghalang kemenangan team kita nanti.Ade aku kesah ? Kelemahan yang paling ketara bagi team kita ialah untuk menghalang bola mati dari team lawan.Apabila kita beraksi di luar Stamford Bridge, kelemahan ini sememangnya suar dibendung.Minggu lepas, Hull berjaya mengikat keputusan seri 1-1 dengan kita dan memperolehi gol tersebut juga melalui set piece/bola mati.David Moyes pastinya akan mengetahui kelemahan tersebut dan menggunakan sebaik mungkin menetang team kita nanti.

Tahun lepas untuk first season kita seri 3-3 dengan Everton di Stamford Bridge dan untuk pengetahuan korang, kesemua gol Everton tersebut berpunca dari bola mati.Aku harap malam ni barisan defend kita iaitu Terry,Carvalvo,Ashley Cole dan Ivanovic mampu menyelesaikan probs tersebut dan perfom sehabis baik.

Kita memiliki barisan yang hebat melalui kekuatan fizikal serta kebijaksanaan berfikir dan kelebihan tersebut tidak ada pada pemain Everton.Tetapi untuk menang dengan mereka, kita perlu memperkuatkan mental juga kerana dalam match ni kita akan berhadapan di Goodison Park yang mana penyokong mereka akan mengambil advantage mereka untuk mencemuh pemain kita setiap kali pemain kita membawak bola.

                                                        Barisan Kemungkinan : 
                                                                               Cech,
                                                          Ivanovic, Terry, Carvalho, A Cole,
                                                       Mikel, Ballack, Lampard, Malouda,
                                                                         Anelka, Drogba

Prediction : 50%-50%....

Terry : Peminat Adalah Segala-galanya Buat Saya

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 09, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pelepasan ban kapten skuad England tidak membuatkan Terry berputus asa dan kecewa.Terry berasa berbesar hati dan terharu kerana kebanyakan penyokong Chelsea masih lagi menyokongnya dari belakang.
"Sebagai seorang manusia biasa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong serta peminat saya.Ini menjadi hari yang paling mengharukan kepada saya dan sokongan hebat dari mereka semua selama 2 minggu kebelakangan ini sangat hebat.Ini pastinya menjadikan persembahan dan prestasi saya semakin meningkat dan saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada mereka semua," kata Terry
Selain itu, bekas pengurus kesayangan Chelsea selama-lamanya iaitu Jose Mourinho mengatakan bahawa dia tetap menyokong Terry walau apa-apapun yang terjadi dan Mourinho menegaskan lagi bahawa Terry tetap selama-lamanya kapten di Chelsea dan juga England.
"Saya memberikan ban kapten kepada JT di Chelsea dan pada masa itu tidak banyak yang berubah ketika saya memberikan ban kapten kepada Zanetti di sini(Inter).Saya datang, berbincang dan mengetahui bahawa ada dua pemain yang sangat sesuai menjadi ketua.Salah satunya ialah Terry dan selain itu ialah Frank Lampard.Dan saya rasa saya telah membuat keputusan yang tepat," ujar Mourinho.

Menjelang Menetang Everton : Still Remember This ?

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 09, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...






Tapi sebelum tu ade satu kenyataan menarik dari Ballack tentang alasan Wenger biler team Sengal kalah
"Wenger selalu mencari banyak alasan biler kalah.Bola sepak bukanlah semata-mata untuk mempamerkan penguasaan bola dan hantaran-hantaran yang cantik.Bola sepak ialah tentang kemenangan sesebuah pasukan dan itulah yang ditunjukkan oleh pasukan kami dan Manchester United ketika mengalahkan mereka," kata Ballack.
P/S: I like your quote...You're right my man,Ballack...

Wenger,Sila Tutup Mulut....

Posted by KampungChelsea On Monday, February 08, 2010 18 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semua dunia sudah tahu yang team kita sudah membenam dan memalukan Arsenal 2-0 di stadium keramat tanpa kalah malam tadi.Ape criter Sengal ? Nak teruskan lagi cabaran untuk title race musim ni ? Haha lupekanlah...Sekarang ini tinggal 13 match je lagi dan korang 9 mata ketinggalan di belakang Chelsea.Korang bajet korang akan menang kesemua match yang tinggal itu, jangan mimpilah...Untuk menjadi juara EPL, wajib menewaskan semua kelab Big Three tapi korang ? Haha lupakanlah....

Kepada Unlce Wenger, sila tutup mulut dan jangan bagi alasan yang bongok dan tidak berasas lagi...Dah kalah tu kalah lah...Ko nak cakap ape ? Ko nak cakap team ko main cantik semalam ? Haha main cantikpun takder guna kalau tak score...Dan main cantik takder gune kalau tak score dan tak menang match semalam....Ko nak menang dengan team terbaik dunia ? Dalam mimpi bolehlah.....Shhh...Tahun depan cuba lagi,wakakaka....

Mengenai match semalam, aku akan ceritakan serba sedikit ape yang terjadi malam tadi:

1)Tak sampai 10 minit, Team kita dah gegarkan gawang Sengal dengan mudah menerusi King Of Goal, iaitu Didi.Melalui corner kick oleh Malouda yang tepat kepada kepala Terry dan tandukan Terry itu sempat dihala dan dishoot oleh Didi dan kita leading diorang 1-0 dengan mase yang terlalu awal.

2)Selepas sahaja Didie score, Sengal mendapat peluang terbaik dalam match itu melalui hantaran Fabregas kepada Arshavin tetapi sepakan Arshavin bagaikan kera menyepak bunga kerana mudah dikekang oleh Cech...dan Cechpun berkata " Aku tahan satu kaki je beb si budak Arshavin tue..."

3)Time has come again...Didi score again...10 minit selepas dia gegarkan gawang Sengal, Drogba sempat membuat larian solo seketika namun hasil daripada hantaran bro legend kita, Lampard dan Didi melepasi 2 benteng mentah Sengal sebelum dia merembat kencang gawang Sengal dan mudah menewaskan Almunia,si lelaki khayal.Dengan gol tersebut, Didi mengumpul koleksi pelurunya sebanyak 17 peluru dalam EPL sekarang ini.

4)Selepas sahaja kita leading 2 gol dalam first half, kita just ambik satu decisions yang amat sukar iaitu bertahan sehingga ke wisel penamat.Tapi ape sengal buat ? Serang..Serang...Tak henti-henti serang...passing bola bukan main banyak tapi dalam banyak-banyak tu satupun tak terjah jaring gawang kita...

5)Rosiscky dan Bendtner telah dimasukkan , tapi ade gua kisah ? Haha kemasukan dorang bak seperti menangguk di air yang keruh tapi diorang tetap tak boleh melepasi benteng terbaik kita yang dibarisi oleh Terry si kapten singa yang cekal, Ashley Cole si kaki libas terbaik, Ivanovic si raja Lembu biru dan Carvalho si harimau yang tak henti-henti membunuh mangsanya...mane boleh lepas beb benteng mereka ini....Ko nak mati ke budak mentah ?

6)Didi hampir mendapat anugerah pingat emas hatrik semalam tapi sepakan percumanya terkena palang gol.Kalau masuk tu, terkencing la budak2 mentah tu semalam,wakakaka...

6)Dan akhirnya kita berjaya meraih 3 mata dengan penuh bergaya dan stylo seperti Awal Shaari.Ape yang penting ? Kita rampas balik takhta pendahulu kita dari team Mankayu.Next match pula lawan Everton, harap kita dapat malukan diorang sama seperti kita malukan Sengal dalam match ini.

P/S : Kepada Wenger, sekali lagi aku cakap "Sila tutup mulut dan jangan keluarkan alasan busuk ko tu, ko nak bagi alasan ape lagi, dah kalah tu kalahlah...jangan bagi alasan lah...Team ko dah berapa kali kalah dengan Chelsea, tahun lepas kena bedal 3 peluru dan semalam mujur 2 peluru je,Sian kat ko....Nak menang EPL ? tunggu tahun depan plak erk....

Acara Membuli Budak Mentah Semalam

Posted by KampungChelsea On Monday, February 08, 2010 16 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Tendangan berapi tanpa belas kasihan dari Didi.Didi,"Hah,amik ko.!"


Huh sengal, lu jangan main-main dengan gua...

Kan gua dah cakap jangan memain dengan gua, rasakan penangan kedua dari gua...

Cech," Wei Walkok, asal lu geletek badan gua ni,geli sial.! ....Walkok," Mane gua tahu, mata gua pedih ni kena bunga api sengal...
JT," Gua nak sepak lu,nak sepak lu, M.Nasir....
Nasri," Haha...tak kena..tak kena...

YEAH !!!! Menang akhirnya !!!! Puas hati aku !!! Padan Muke ko Sengal & MEDIA !!!!


Ape dah Jadi ? Haha Kita Tumbangkan Sengal Sekali Lagi...

Posted by KampungChelsea On Monday, February 08, 2010 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Happen ? Ape dah berlaku ? Hah menang 2-0 dengan Sengal ? Ye ker ? Hah ? Sape Score ? Drogba la...sape lagikan...Camner dengan kedudukan EPL kita sekarang ? Kita duk atas balik,huhuhu....We are best of the best defensive team & cools counter attack team.

Seperti yang aku sudah jangka team kita sebagai team terbaik di dunia dengan memiliki barisan terbaik,fizikal dan mentaliti yang hebat serta strategi yang bijak berjaya mengalahkan sekali lagi barisan budak-budak mentah yang tak berapa nak glamer,murah,fizikal cam budak tadika dan sedang sakit mental dengan result yang sudah dijangka iaitu 2-0.Yang klakarnya, separuh masa kedua kita just defend je and diorang tak henti-henti attack tapi ape yang mereka dapat ? Tak dapat ape-ape...Serang tak henti-henti tapi langung tak dapat gol dan team kita just main cam training je tetibe dapat gol.Drogba memang kaki gollah.The Man Who Cannot Stop Scoring and when he touch the ball is going to goal, whos that ? Didi King....(Counter attack team kita memang simple habis dan budak-budak sengal pening kepala time kita nak passing bola,hahaha)

P/S : Kepada fans-fans sengal yang dah kecewa serta bengang dengan kekalahan tak henti-henti dengan Chelsea, aku syorkan baik korang tukar je kelab lain atau senang aku cakap
"blah dari arsengal dan sokong team yang boleh menenangkan jiwa dan raga".
 Of Course dengan kekalahan tadi mungkin akan mengakhiri kempen EPL untuk team korang sekali lagi.Hah ? Banyak lagi match ? Hakela takder guna kalau asyik kalah je...Support je kelab lain,..kalau taknak sokong chelsea, pegilah sokong team yang kaler same merah dengan korang tu ? Team ape ? Team Kelantan,wahahaha....

Menjelang Menetang Sengal Malam Ini : Hancurkan Budak Mentah

Posted by KampungChelsea On Sunday, February 07, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Dalam banyak-banyak entri, nilah entri yang paling sikit sekali yang aku tulis.Punyerlah benci dengan team sengal sampai aku malas nak ulas atau nak tulis ape-ape mengenai match team kita menetang sengal malam ini.Satu je hasrat aku untuk match dengan budak2 taik malam ni,
"KALAHKAN DIORANG,HANCURKAN BUDAK MENTAH, MALUKAN DIORANG DI STAMFORD BRIDGE DAN YANG PENTING TAMATKAN SAINGAN LIGA EPL UNTUK DIORANG MALAM INI JUGAK !!!!
P/S : Match menetang budak mentah malam ni start kul 11.55 malam.Live at Astro Channel 812.

Head To Head : Rekod Chelsea Lawan Sengal

Posted by KampungChelsea On Saturday, February 06, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Secara keseluruhan derby London di antara Chelsea dan Sengal telah mencatat sebanyak 172 kali pertembungan sejak 9 November 1907.

Kat bawah ni hasil keptusan Chelsea lawan Sengal dalam 5 musim terakhir.Kalau ikut aku, baik kira yang 2 tahun lepas sehingga sekarang coz musim 2005/2006-2006/2007 dah kire musim yang classic dah, dah lapuk.

2009/2010Arsenal 0-3 Chelsea 29-11-2009

2008/2009
Arsenal 1-4
Chelsea 10-05-2009
Chelsea 1-2 Arsenal 30-11-2008

2007/2008
Chelsea 2-1 Arsenal 23-03-2008
Arsenal 1-0
Chelsea 16-12-2007

2006/2007
Arsenal 1-1
Chelsea 06-05-2007
Chelsea 1-1 Arsenal 10-12-2006

2005/2006
Arsenal 0-2
Chelsea 18-12-2005
Chelsea 1-0 Arsenal 21-08-2005


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png