They Don't Respect Me.! : Big Phil

Posted by KampungChelsea On Tuesday, June 30, 2009 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bekas pengurus Chelsea yang dipecat pada musim lalu, Luiz Felipe Scolari masih belum boleh melupakan kenangan pahitnya itu semasa dia membimbing Chelsea.3 pemain Chelsea yang dianggapnya sebagai punca pemecatan kariernya di Stamford Bridge.

"Tingkah laku Drogba,Ballack dan Cech tidak dapat saya terima.Mereka tidak menghormati saya sejak saya menjejakkan kaki saya di Stamford Bridge," kata Scolari.

Scolari sekarang ini sedang memimpin kelab Uzbekistan, Bunyokdor.

Menurut Scolari, pemilik Chelsea sebenarnya bukan Roman Abramovich tetapi pemain.Pengurus atau jurulatih kebanyakannya tidak mempunyai kekuatan untuk menentang kuasa sekelompok pemain.

Yang dipecat selalunya pengurus.Itulah yang sentiasa terjadi di Chelsea," ujar Scolari.

"Drogba,Ballack, dan Cech tidak pernah membuat sesuatu latihan yang bagus yang diajar oleh saya," ujar Scolari lagi.

P/S : Kesian Scolari...Nak wat camner dah nasib camtu...semoga berjayalah di Uzbekistan Big Phil...

Hot Gallery : Mr & Mrs Cole

Posted by KampungChelsea On Monday, June 29, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
P/S : Selamat berbahagia kepada kepada Joe Cole dan juga isterinya, iaitu Carly Zucker yang telah melangsungkan perkahwinan meraka pada bulan lepas.Selamat berbahagia ke anak cucu...

Ancelotti Dapat Dana 100 Juta

Posted by KampungChelsea On Sunday, June 28, 2009 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carlo Ancelotti diberitakan telah disediakan dana sebanyak 100 juta untuk mendapatkan pemain yang diinginkannya itu untuk meningkatkan lagi barisan terhebat Chelsea untuk musim depan.Pemilik Chelsea, Roman Abramovich telah menyokong sepenuhnya Ancelotti untuk kembali menaikkan taraf kelab Chelsea.

Menurut ESPNSTAR, Alexandr Pato kembali menjadi target utama Ancelotti untk dibawanya ke Stamford Bridge.Pemain-pemain lainnya yang dikehendaki oleh Ancelotti ialah Andrea Pirlo,Franck Ribery,Xabi Alonso,Fernando Torres dan Cesc Fabregas.

Tawaran Chelsea sebanyak 45 juta sebelum ini ditolak AC Milan.Tetapi kali ini Chelsea telah menyiapkan tawaran yang lebih hebat dari sebelum ini iaitu sebanyak 50 juta untuk mendapatkan penyerang muda yang berusia 19 tahun itu.(Pato).

Sekarang ini, Chelsea sudah mendapatkan 2 pemain iaitu Yuri Zhirkov dari CSKA Moscow dan penyerang muda Daniel Sturridge dari Manchester City.

Misi Untuk Dapatkan Villa Di Stamford Bridge GAGAL.!

Posted by KampungChelsea On Saturday, June 27, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON - Penyerang sensasi Valencia, David Villa tidak akan menyertai mana-mana kelab England.

Sebaliknya, Villa mengesahkan bahawa dia akan beraksi di Sepanyol musim depan.

Sejak beberapa minggu lalu, Villa dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah iaitu Real Madrid, Barcelona, Manchester United dan Chelsea.

Real dikatakan menjadi pilihan Villa sekiranya penyerang berusia 27 tahun itu mendapat tawaran lumayan sebagaimana yang diterima Cristiano Ronaldo dan Kaka.

Media di Sepanyol pula mendedah- kan bahawa Barca sedia membuat tawaran sekitar £45 juta (RM262 juta) untuk mendapatkan khidmat Villa.

Minggu lalu, Villa mengesahkan bahawa dia sudah membuat keputu- san mengenai kelab yang akan diwakilinya musim depan, namun enggan mendedahkan nama kelab terbabit.

"Sejak seminggu lalu, masa depan saya sudah jelas tetapi kini tidak lagi," kata Villa ketika ditemu bual stesen televisyen Sepanyol, Cuatro.

"Saya berdepan dengan saat-saat sukar dan semua ini disebabkan diri saya sendiri tetapi saya telah membuat keputusan untuk mengetepikan semua masalah itu."

"Apa yang saya sebut sebelum ini bahawa saya sudah membuat keputu- san, ia sememangnya benar. Saya akan beraksi di Sepanyol musim depan kerana Liga Sepanyol merupakan terbaik buat saya


SUMBER RUJUKAN : KOSMO.COM.MY

Mexes Akan Pilih Chelsea

Posted by KampungChelsea On Saturday, June 27, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Laporan dari akhbar Inggeris mengatakan bek pertahanan AS Roma, Philippe Mexes akan dibeli oleh Ancelotti untuk mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Ricardo Carvalho.

Ancelotti khabarnya memang sudah mengingkan Mexes dan Ancelotti sempat mencuba untuk membelinya ketika dia masih menjadi pengurus AC Milan.

Namun Agen Mexes, Olivier Joanneaux mengatakan bahawa dia tidak mendengar apa-apa berita kontrak mengenai Mexes dan Chelsea.

"Tidak ada berita atau perbincangan mengenai Mexes dan Chelsea.Chelsea memang hampir membeli Mexes pada tahun 2004, tetapi Mexes memilih Roma kerana dia berasa Roma adalah pasukan yang terbaik untuknya pada waktu itu."

"Dia kini akan mempertimbangkan untuk berpindah ke Chelsea jika ada sebarang tawaran yang diajukanoleh Chelsea.Tetapi semuanya bergantung pada AS Roma," kata Joanneaux.

Video Adidas Wibbly Wobbly: Lampard Predator VS Wright Philips FS50

Posted by KampungChelsea On Friday, June 26, 2009 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

P/S : Lampard memang player berstamina tinggi n berkualiti.Hahaha wright philipps xleh nak stand dah,haha..


Inter Masih Tunggu Drogba

Posted by KampungChelsea On Friday, June 26, 2009 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Menurut akhbar Daily Star, Inter masih belum menyerah kalah dalam mendapatkan khidmat Didier Drogba, dan Pengurus Inter, Jose Mourinho khabarnya telah menyiapkan dana sebanyak 23 juta untuk mendapatkan Drogba.

Walaupun Drogba dan Jose Mourinho mempunyai hubungan yang sangat rapat lebih-lebih lagi ketika Jose bersama Chelsea pada tahun 2004-2007.Namun, tiada langsung kesepakatan antara mereka dalam jendela perpindahan.

Drogba juga sedikit menyatakan harapannya untk bermain bersama bekas pengurusnya walaupun dia dikatakan akan kekal bersama Chelsea selepas ini.

P/S : Haha,ape yang Mourinho bisik kat Drogba yang tengah duk baring tu,hahaha...

Football Is Magic.!

Posted by KampungChelsea On Thursday, June 25, 2009 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Fuh penat betul aku kat sekolah tadi,banyak tul kena wat kejer,...maklum ler tahun ni aku exam,byk ler folio2 kena buat dan kena siap...Aku sebenarnya dah muak dan boring dengar ceriter2 transfer player ni,lebih2 sal Chelsea...ye lar kate nak beli yang tu ler,yang ni ler,tapi sampai skrg ni belum beli2 gak...Tapi walau boring macam manapun aku tetap kena post gak berita transfer sal chelsea,hehehe...Korang tengok tak Piala Konfederasi? Macam aku aku tengok kekadang je,sebab aku xbrapa minat sangat negara2 ni,kalau aku minatpun,aku hanya sokong team England je,hahaha...

Bagi aku Piala Konfedarasi tahun ni memang magik,pelik dan hebat...Ye lar Team Sepanyol tersingkir dari kejohanan ini apabila mereka kalah mudah dengan team 'MAGIK' iaitu Amerika Syarikat.Kalau nak ikut statistik,kemampuan dan taraf Team Sepanyol lebih layak untuk ke Final kerana tengok je lar kat peringkat kumpulan diorang sapu habis menang,pastu menang tanpa bolos plak tu,tapi dalam game ni diorang kalah mudah 2-0 dengan Amerika...Kalau korang nak tahu, kalau nak tengok dalam peringkat kumpulan, Amerika sememangnya hampir atau sudah tersingkir dari Piala Konfederasi ni,ye lar dalam 2 game awal diorang,sumernya kalah...Tapi yang aku heran nape diorang dapat layak,nape team hebat seperti Itali tersingkir awal...Dan yang aku heran lagi ialah Mesir,...Mesir merupakan team yang paling kental dalam piala konfederasi untuk tahun ni,Brazil juga hampir diaibkan oleh mereka dan Itali juga kalah dengan mereka,tapi nape tetiber diorang kalah 3-0 dgn Amerika Syarikat dan seterusnya tersingkir...Hahaha bola sepak memang magik dan pelik habis

P/S : Hahaha lucu ler piala konfederasi tahun ni, team cam Amerika Syarikatpun leh masuk semi final,sedangkan dalam peringkat kumpulan diorang 2 kali kalah....hahaha


|

Chelsea Pikat Sturridge

Posted by KampungChelsea On Thursday, June 25, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON: Penyerang berbakat skuad bawah 20 tahun kebangsaan England, Daniel Sturridge (gambar) akan menandatangani kontrak menyertai Chelsea dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

City, melalui pengumumannya berkata, kontrak pemain berusia 19 tahun itu berakhir hujung bulan ini dan dia menolak tawaran baru kelab yang berbelanja besar itu.

Yuran perpindahannya akan ditentukan oleh tribunal apabila kedua-dua kelab itu gagal mencapai persetujuan.

Chelsea perlu membayar yuran perpindahan kerana Sturridge berusia bawah 24 tahun dan sebagai balasan, pemain itu tidak boleh meninggalkan City tanpa bayaran di bawah peraturan Bosman.

Pengurus City, Mark Hughes sudah berusaha mengekalkan Sturridge tapi agak keberatan untuk bersetuju mengenai permintaan gajinya.

“Kami sudah mengemukakan tawaran yang baik untuk Daniel pada tahap kariernya ketika ini tapi ditolak, beberapa minggu lalu,” kata Hughes kepada BBC Manchester Radio.

City menuntut yuran perpindahan sekitar £10 juta (RM57.7 juta) bagi penyerang itu, yang menjaringkan enam gol dalam 31 penampilan manakala Chelsea dilaporkan hanya sedia membayar £3 juta (RM17.31 juta). - AFP


Sumber Rujukan





Malouda Bersama Chelsea Sehingga 2013

Posted by KampungChelsea On Wednesday, June 24, 2009 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malouda menegaskan bahawa komitmennya hanyalah utnuk Chelsea dan tidak pernah mempunyai niat untuk berpindah ke kelab lain.

Pemain yang berasal dari Perancis ini telah mendapat kontrak berpanjangan selama 2 tahun yang mana kontrak tersebut akan membuatkan Malouda akan bersama dengan Chelsea sehingga tahun 2013

Keadaan itu sekaligus mematahkan segala gosip2 dan berita2 mengenai perpindahannya ke kelab lain.Malouda juga menegaskan bahawa dia tidak risau dengan kelibat pengurus baru iaitu Ancelotti yang sekarang ini berusaha untuk mendapatkan Yuri Zhirkov.

Malouda yang mempamerkan prestasi cemerlangnya musim lalu bersama dengan Guus Hiddink mengatakan bahawa dia tidak merasa mudah utnuk menahan segala tawaran dari kelab-kelab yang lain, tapi dia sekali lagi menyatakan bahawa dia tidak akan sesekali akan berpindah ke kelab lain untuk musim yang akan datang.

Keep Flying "ZHIRKOV" High

Posted by KampungChelsea On Tuesday, June 23, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y

Akhbar The Times mengatakan bahawa Chelsea hampir pasti akan mendapatkan Yuri Zhirkov sebagai Transfer pertama Chelsea untuk musim 2009/2010.

Transfer ini akan mengakhiri jendela perpindahan pemain Chelsea yang sebelum ini tidak begitu banyak membeli pemain.Chelsea pada masa sekarang ini masih lagi belum membuat sebarang pembelian pemain yang baru kerana Chelsea masih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang anggaran yang terlampau berlebihan dalam membeli pemain ataupun gaji pemain.

Perpindahan Zhirkov bernilai 18 Juta dan pengurusan kelab Chelsea segera berhubung bagi mempersetujui perpindahan Zhirkov ini.

Pemain kebangsaan Rusia ini, yang merupakan pemain terbaik Etopah musim lalu, diharapkan oleh Chelsea untuk berganding dengan baik bersama dengan Florent Malouda.


(VIDEO : Zhirkov Best Of 2008)


BERITA TERKINI : UEFA Terima Rayuan Chelsea

Posted by KampungChelsea On Tuesday, June 23, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pihak UEFA telah menerima rayuan oleh Chelsea iaitu mengurangkan hukuman yang dikenakan oleh pemain Chelsea mengenai kejadian dalam perlawanan separuh akhir liga juara-juara eropah di antara Chelsea menetang Barcelona.

Kenyataan rasmi oleh UEFA dalam laman web mereka mengatakan," Kelab Chelsea membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan oleh mereka dan pemain mereka dan rayuan tersebut telah diterima oleh Badan Pengawalan dan Disiplin UEFA dalam kes kejadian perlawanan separuh akhir Chelsea menetang BArcelona di London pada 6 Mei."

Didier Drogba dikenakan hukuman tidak boleh bermain sebanyak 6 perlawanan dalam sebarang kejohanan UEFA kerana protes keras dan tingkah lakunya terhadap pengadil rasuah, Tom Henning Ovrebo.Dan tidak lupa juga kepada Jose Bosingwa yang dikenakan hukuman tidak boleh bermain sebanyak 4 perlawanan dan Chelsea juga dikehendaki membayar 100 000 ribu.

UEFA belum lagi memutuskan pengumuman untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan kepada kelab Chelsea.

P/S : Pengadil bodoh rasuah lagi sial tu, si Ovrebo botak tu tak kena hukuman ker ? Ye lar hukuman rasuah dan mengadili perlawanan secara membabi buta.UEFA pun same jugak bodoh dengan Ovrebo tu.

|

Tawaran RM 291 Juta Untuk Torres.!!! Villa Mungkin Join Chelsea Jugak.!

Posted by KampungChelsea On Tuesday, June 23, 2009 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea membuat kejutan terbaru apabila sedia membuat tawaran berjumlah £50 juta (RM291 juta) ke atas penyerang sensasi Liverpool, Fernando Tor- res.

Menurut laporan News of the World, pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti menjadikan Tor- res sebagai pemain utama yang perlu dibeli kelab The Blues itu.

Usaha itu dilakukan selepas Chelsea menyedari akan masalah kewangan yang dialami Liverpool, dan menjangkakan kelab The Reds itu akan melepaskan Torres dengan harga £50 juta.

Tahun lalu, Kop Holding, iaitu syarikat perusahaan yang dimiliki pemilik Liverpool, Tom Hicks dan George Gillet mencatat kerugian sebesar £42.6 juta (RM248 juta).

Situasi itu telah menjejaskan sumber kewangan Liverpool, sekali gus memungkinkan kelab itu menjual beberapa pemain terkemuka mereka.

Andai The Reds menjual Tor- res ke Chelsea dengan harga £50 juta (RM291 juta), maka ia bakal meringankan beban kewangan mereka.

Sementara itu, Chelsea juga turut berusaha mendapatkan khidmat David Villa dari Valencia.

Pemain yang bernilai £35 juta (RM203 juta) itu dilaporkan bakal digandingkan dengan Torres di Stamford Bridge musim depan.

SUMBER RUJUKAN :

Chelsea Atau City ?

Posted by KampungChelsea On Monday, June 22, 2009 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Manchester City dan Chelsea merupakan pasukan kegemaran untuk mendapatkan Carlos Tevez selepas bintang Argentina itu menolak tawaran lumayan Manchester United.

Penasihatnya, Kia Joorabchian, berkata Tevez mengambil keputusan tidak mahu kekal di Old Trafford kerana berasa 'beliau bukan pemain yang paling dikehendaki' di sana.

Ketua eksekutif United, David Gill, telah berbincang dengan Joorabchian dengan harapan untuk mengekalkan penyerang Argentina itu.

Sekalipun dengan tawaran lima tahun yang bakal menjadikannya antara pemain yang bergaji lumayan, Tevez tetap membuat keputusan untuk berpindah kelab.

Menurut Joorabchian, pemainnya itu juga menolak kemungkinan pemindahan ke Liverpool bagi menghormati para penyokong United dan kelihatan akan menyertai City atau pun Chelsea.

Joorabchian memberitahu TalkSport: 'Kami tidak menimbangkan pemindahan ke Liverpool kerana wujudnya persaingan semula jadi antara Manchester United dengan Liverpool.

'Beliau (Tevez) amat menghormati dan menyayangi para penyokong Man United. City dan Chelsea mungkin dua kelab yang akan dipertimbangkan.

'City telah berhubungan dengan kami. Saya telah berbual dengan (pengerusi eksekutif City) Garry (Cook) dan juga (pengurus) Mark (Hughes) beberapa kali.

'Kami belum bercakap dengan mereka tentang kontrak, kami juga belum berbincang dengan Chelsea kerana kami menghormati yang Carlos masih merupakan pemain Manchester United.

Pato Mahu Ke Chelsea

Posted by KampungChelsea On Saturday, June 20, 2009 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Baru-baru ini, Alexandre Pato menegaskan bahawa dia mahu komitmennya bersama AC Milan sahaja.

Namun, komitmen tersebut kembali berubah jika Roman Abramovich mahu mendapatkannya dan meletakkannya di Chelsea supaya dapat bekerjasama dengan Ancelotti.

" Ancelotti sangat penting kepada saya," kata Pato.

" Hanya dia sahaja yang sentiasa memberi peluang kepada saya di Milan."

" Saya masih lagi mempunyai kontrak dengan Milan, tapi segalanya akan berubah dan saya akan ke Chelsea jika Chelsea serius menghubungi saya," ujar Pato lagi.

From Johnson With Love...

Posted by KampungChelsea On Friday, June 19, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Seperti yang kita tahu atau tidak tahu ler, Liverpool terlebih dahulu menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat Glen Johnson ke Anfield.Mereka telah memberi tawaran sebanyak 17.5 juta kepada Porstmouth.

Khabarnya, kelab Portsmouth sudahpun bersetuju untuk menerima tawaran mereka.Namun, Chelsea tiba-tiba muncul dan akan menganggu tawaran Liverpool dengan menawarkan tawaran yang sama yang diajukan Liverpool kepada Porstmouth tersebut.

Tetapi pihak Portsmouth menyerahkan segala keputusan pada Glen Johnson untuk menentukan masa depannya sendiri.

(Chelsea kembali semula ingin mendapatkan bekas pemainnya iaitu Glen Johnson yang kini bermain untuk kelab Portsmouth.Glen Johnson yang pernah bermain bersama Chelsea pada era zaman kegemilangan Jose Mourinho itu kembali menjadi perhatian oleh 2 kelab besar iaitu Chelsea dan juga Liverpool.)


Pra-Perlawanan EPL Chelsea 2009/2010 (PART 1)

Posted by KampungChelsea On Friday, June 19, 2009 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 15 2009
Chelsea - Hull City (15.00)

Tuesday, August 18 2009
Sunderland - Chelsea (19.45)

Saturday, August 22 2009
Fulham - Chelsea (15.00)

Saturday, August 29 2009
Chelsea - Burnley (15.00)



Saturday, September 12 2009
Stoke City - Chelsea (15.00)

Saturday, September 19 2009
Chelsea - Tottenham Hotspur (15.00)

Saturday, September 26 2009
Wigan Athletic - Chelsea (15.00)


Saturday, October 3 2009
Chelsea - Liverpool (15.00)

Saturday, October 17 2009
Aston Villa - Chelsea (15.00)



Saturday, October 24 2009
Chelsea - Blackburn Rovers (15.00)

Saturday, October 31 2009
Bolton Wanderers - Chelsea (15.00)


Saturday, November 7 2009
Chelsea - Manchester United (15.00)

Saturday, November 21 2009
Chelsea - Wolverhampton Wanderers (15.00)

Saturday, November 28 2009
Arsenal - Chelsea (15.00)


Saturday, December 5 2009
Manchester City - Chelsea (15.00)

Saturday, December 12 2009
Chelsea - Everton (15.00)

Wednesday, December 16 2009
Chelsea - Portsmouth (19.45)

Saturday, December 19 2009
West Ham United - Chelsea (15.00)


Saturday, December 26 2009
Birmingham City - Chelsea (15.00)

Monday, December 28 2009
Chelsea - Fulham (19.45)

P/S : Masa perlawanan yang dipaparkan di atas ni ialah masa di London(Bukan waktu Malaysia)


Villa Say No Komen.!

Posted by KampungChelsea On Friday, June 19, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
David Villa sudah pun memutuskan kelab yang akan disertainya pada musim depan tetapi sejauh ini enggan menyebut nama kelab itu.

Penyerang antarabangsa Sepanyol yang kini mewakili kelab Valencia itu menyumbatkan gol tunggal Sepanyol 1-0 ke atas Iraq, sekali gus membolehkan negara itu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pertandingan Piala Konfederasi di sini kelmarin.

Villa berusaha menjauhkan diri daripada buruan media sejak tiba Afrika Selatan tetapi namanya dikaitkan dengan empat pasukan iaitu Real Madrid, Manchester United, Barcelona dan Chelsea.

"Jika hendak dibandingkan Villa dengan pemain lain di Eropah, beliau bersama Fernando Torres boleh menyarung jersi sebarang pasukan nasional dalam dunia," kata jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque, yang enggan menyebut nilai pemain itu.

Namun, dalam perkembangan terbaru, Barcelona dan Real Madrid masing-masing sedia menawarkan wang pemindahan sebanyak 50 juta euro ($101 juta) untuk mendapatkan penjaring utama dalam pertandingan Euro 2008 yang lalu itu.

Selepas memberi ulasan singkat kepada pihak televisyen, Villa kemudian bergegas meninggalkan sekumpulan wartawan yang cuba mendapatkan ulasan tentang masa depannya.

Gol Villa ketika menundukkan Iraq adalah jaringannya yang ke-30 untuk Sepanyol, kemenangan ke-14 berturut-turutnya.



Jaringan itu juga bererti Villa mengatasi rekod Fernando Hierro, yang sebelum ini berada di tangga kedua di belakang Raul sebagai penjaring terbaik Sepanyol dengan 44 gol selepas 102 kali muncul untuk pasukan negaranya.

Kemenangan Sepanyol itu juga bererti ia menyertai Brazil, Perancis dan Australia sebagai empat pasukan yang berjaya memenangi 14 perlawanan berturut- turut.

Sejauh ini, belum ada pasukan yang berjaya memenangi 15 perlawanan berturut-turut dan Sepanyol berpeluang melakukannya jika ia mengalahkan Afrika Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan A esok.

Juninho Join Al-Gharaffa

Posted by KampungChelsea On Friday, June 19, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tak sangka aku player hebat,terkenal leh join kelab arab.Pemain tersebut ialah bekas ketua pasukan Lyon iatu Juninho Pernambuciano.Aku heran nape kelab Lyon tu jual Juninho ni kat kelab arab hah? Juninho main best giler beb, taraf permainan die same cam steven gerrard dgn lampard beb,...Tapi nape die tak join kelab besar cam Barcelona,Real Madrid,Manchester United,CHELSEA dan AC Milan erk? ker xder offer,hehehe.Tapi nak buat camner nasib dan rezeki ko kat kelab camni,ape leh buat...Mungkin sebab umurnya dah semakin lanjut...

Juninho bersama dengan jersi barunya itu iaitu Al-Gharaffa, dan si tepinya itu ialah ketua pasukan kelab Al-Gharaffa, Saad al-Shammari.Juninho menandatangi kontrak selama 2 tahun bersama kelab barunya itu.

Pada ketika ini, Juninho menerima kad merah ketika Lyon menetang Barcelona musim lepas.Juninho dikenali sebagai pakar sepakan percuma dan juga tendangan sudut.Bukan itu sahaja, hantarannya juga dikatakan hampir sempurna seperti hantaran Lampard.

Juninho telah bermain selama 8 tahun bersama dengan kelab Lyon dan telah berjaya menghasilkan 100 gol untuk kelabnya itu sepanjang kariernya bersama Lyon.Dia juga menjadi kunci utama kejayaan Lyon meraih kejuaraan liga Perancis (musim 2002-2008).


Dulu aku pernah berharap Juninho dapat join Chelsea sebab dulu die memang antara salah satu player faveret aku.Passing die,skill permainan die memang hebat dan memang professional.Tapi sayang sekarang ni umurnya dah semakin berusia dan mungkin tidak lagi menjadi mata emas lagi di kelab-kelab besar,tapi aku tetap bangga dan kagum dengan pencapaian Juninho bersama Lyon.Good luck Juninho in your new squad !!!


Sekarang Ibrahimovic Pulak....

Posted by KampungChelsea On Thursday, June 18, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea mula ingin mendapatkan Zlatan Ibrahimovic di dalam skuad mereka musim depan.Penyerang Inter Milan itu masih belum jelas mengenai nasib masa depannya dan beberapa kelab besar seperti Barcelona dan Real Madrid juga mahu mendapatkannya.

Media Inggeris menyatakan bahawa Chelsea akan membuat tawaran 30 juta kepada pihak Inter tentang Ibrahimovic.

Tetapi nilai penawaran tersebut pastinya akan ditolak oleh Presiden Inter, Massiom Moratti yang ingin mendapatkan tawaran 70 juta bagi Ibrahimovic dan pengurus Inter, Jose Mourinho tidak yakin bahawa pemain Sweden tersebut akan meninggalkan Inter.

Salah satu usaha yang dapat Chelsea lakukan ialah dengan memasukkan Carvalho dan Deco ke dalam pakej tawaran mereka untuk mendapatkan Ibrahimovic.Kedua-dua pemain tersebut menyatakan bahawa mereka mahu bekerjasama semula dengan Mourinho.

Ancelotti Telefon Tevez ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, June 17, 2009 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carlos Tevez yang sedang bercuti di Buenos Aires agak terkejut menerima panggilan pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti, beberapa hari yang lalu.

Bekas jurulatih AC Milan itu memujuk Tevez supaya menyertai pasukan dari Stamford Bridge itu.

Dengan kesediaan Ancelotti membuat panggilan jauh itu, nampaknya Chelsea dan bukan Manchester City, yang menjadi pilihan untuk melamar pemain Manchester United itu.

Sumber-sumber yang rapat dengan pemain antarabangsa Argentina itu berkata:

'Tevez agak terkejut terima panggilan daripada Ancelotti. Tetapi dalam pada itu, beliau juga gembira menerima panggilan tersebut.

'Ancelotti melakukan tugas baik dalam usahanya melamar Tevez dan pemain Argentina itu kagum dengan sikap jurulatih dari Italy.'

Tevez berada di Buenos Aires untuk bercuti selepas beraksi dalam kelayakan Piala Dunia Kawasan Amerika Selatan.

Ancelotti telah berjaya mendapatkan telefon Tevez daripada bekas pemain Argentina, Hernan Crespo.

Difahamkan, Ancelotti juga telah meminta bantuan Crespo agar dapat memujuk Tevez supaya memilih Chelsea untuk meneruskan kerjayanya bola sepak di England.

Crespo, bekas pemain Chelsea, juga telah menghubungi Tevez dan menerangkan apakah yang boleh dilakukan oleh Ancelotti dalam memajukan kerjanya sekiranya pemain itu memilih menyertai pasukan Stamford Bridge itu.

Chelsea perlu sedia membayar wang pemindahan sebanyak £26 juta ($59.8 juta) yang dituntut oleh agen pemain itu, Kia Joorabchian.

Perkembangan terbaru ini bukan satu berita yang menyenangkan kepada Manchester United kerana Tevez masih terikat dengan pasukan dari Old Trafford itu sehingga akhir bulan ini

Sheva Dibuang Ke Perancis ?

Posted by KampungChelsea On Tuesday, June 16, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kedatangan Ancelotti ke Chelsea rupanya tidak banyak mempengaruhi nasib Andriy Shevchenko di Chelsea.Buktinya, bekas pelatihnya itu mahu membuang atau memindah Sheva ke Liga Perancis.

Tetapi jika Sheva dihantar ke Perancis, ada 3 kelab mahu mendapatkan khidmatnya iaitu Lyon,Monaco dan Marseille.Monaco merupakan kelab yang paling tertarik utnuk mendapatkan bintang Ukraine yang berumur 32 tahun itu.Finalis Liga Juara-Juara Eropah 2003/2004 dikatakan tengah melakukan rombakan secara besar-besran dalam skuadnya itu.

Khabar mengatakan bahawa Sheva akan kembali semula dan terus bermain di Milan.Namun pengurus baru Milan iaitu Leonardo Nascimento nampaknya tidak mahu menyambung kontrak atau membuat kontrak Sheva lagi di Milan.

AS Roma juga berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang veteran itu.Dan jika Sheva menyertai Roma, dia bakal berganding dengan Francesco Totti.Huhu, good combination.!

Serie A Tidak Sehebat Liga Perdana Inggeris

Posted by KampungChelsea On Monday, June 15, 2009 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tidak banyak negara yang mengaku negara mereka sebagai kuasa besar dalam bola sepak dunia.Tapi banyak juga yang menilai bahawa kejohanan terbaik ada dalam sesebuah negara tertentu.

Perkara ini juga menjadi persoalan yang tersendiri dalam diri bekas pemain Chelsea iaitu Tiago.Pemain yang bermain untuk Juventus sekarang ini menganggap bahawa Liga Perdana Inggeris(EPL) lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan Serie A Itali, yang mana tempat yang dia masih berkarier sekarang ini.

"Perkembangan dan keadaab bola sepak di sini(Itali) terlalu mementingkan taktik bagi saya," kata Tiago.

"Selepas bermain dengan temph masa yang lama di Perancis, saya boleh mengatakan bahawa EPL merupakan liga bola sepak paling menarik di dunia ini, dan ia tidak dinafikan lagi."

"Kejohanan dan cara permainan di sana sentiasa membuat saya lebih bersemangat, terutama semasa saya bersama dengan Chelsea," ujarnya lagi.

|

Foto/Galeri : Deco With His Girlfriend

Posted by KampungChelsea On Sunday, June 14, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Deco bersama dengan teman wanitanya iaitu Ana Paula, yang mana teman wanitanya itu sedang mengandung 3 bulan dan mereka mempunyai 1 orang anak.Yang hairannya mereka tak kenal xsampai setahun, tapi dah ade anak n mereka masih belum berkahwin,huhuhu..

Jangan Beli Yang Original Tapi Yang Asli...

Posted by KampungChelsea On Sunday, June 14, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Same je kan maksud original dan asli,hehehe...Chelsea masih mencari penyerang muda bagi menjadi pelapis utama kelab ini.Kelab pengurusan Chelsea menegaskan bahawa sekarang ini, hanyalah menumpukan perhatian kepada bakat-bakat muda sahaja dan bukan yang original atau semula jadi.Chelsea bukan nak beli pemain yang 'cetak rompak' dan 'original' pun bukan tapi bakat-bakat muda yang lebih 'asli'.Haaa,fahamkan maksud aku.

Selain daripada bintang muda AC Milan iaitu Pato dan penyerang Twente(kelab Belanda) iaitu Marko Arnautovic, sekarang ini Chelsea sedang berbincang untuk mendapatkan khidmat penyerang muda AZ Alkmaar iaitu Moussa Dembele.

Carlo Ancelotti kagum dan bangga dengan Dembele yang berjaya membawa kelab AZ Alkmaar menjadi juara divisyen Belanda untuk musim ini dan Dembele menjadi target utama oleh Ancelotti.

Kontrak Dembele akan tamat pada 2011, namun juara divisyen Belanda itu bersedia melepaskan Dembele jika ada tawaran sebanyak 20 juta.

Jika perpindahan ini berjaya, Chelsea mungkin masih akan meminjamkan Dembele untuk satu musim, sehingga Dembele dapat menimba pengalaman yang luas dalam kejohanan liga juara-juara eropah sebelum kembali menjadi pemain tetap Chelsea.

It's Over For Villa, Now Is Just Aguero

Posted by KampungChelsea On Saturday, June 13, 2009 11 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kelab pengurusan Chelsea dikatakan sudah lagi tidak memburu David Villa lagi kerana penawaran mereka ditolak secara langsung oleh pihak Valencia.Tawaran tesebut ditolak oleh Valencia disebabkan harga tawaran oleh Chelsea itu tidak sehebat dan setinggi oleh Real Madrid.Bodoh betul real madrid ni, cukup-cukup ler wei, korang dah dapat ronaldo dengan villa...

"Pihak Chelsea telah menawarkan penawaran yang penting untuk Villa, tetapi nilai tawaran Chelsea tidak sebesar 48 juta, " kata pihak pengurusan Valencia.

"Villa hanya ingin pergi ke Real Madrid dan semuanya sudah berbincang dengan baik.Dia ingin bekerjasama dengan Madrid kerana dia masih ingin mahu bertahan di Sepanyol dan itu sudah menjadi perkara yang biasa.Dan Chelsea tidak akan mempunyai peluang lagi untuk merebutnya," ujarnya lagi.

Chelsea sudah menawarkan harga sebanyak 35 juta untuk mendapatkan Villa tapi kelab Valencia menolak harga tersebut dengan mengatakan alasan bahawa harga tawaran tersebut terlalu rendah jika hendak nak dibandingkan dengan harga Real Madrid.

Kesimpulannya yang aku boleh buat ialah buruan panas dan hangat David Villa sudahpun berakhir kerana kelab Valencia sudah menolak penawaran Chelsea dan Villa khabarnya masih ingin berada di Sepanyol.Fuh, frust giler betul tak boleh Villa.Tapi buruan hebat untuk mendapatkan Sergio Auguero masih belum berakhir kerana pihak Atletico Madrid masih lagi menunggu tawaran hebat oleh mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan Aguero, tetapi dengan harga tawaran yang tinggi.

Eksklusif Video : Cristiano Ronaldo Dengan Paris Hilton

Posted by KampungChelsea On Friday, June 12, 2009 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



P/S : Kepada penyokong Chelsea, aku mintak maaf ler kalau artikel ni xder kaitan langsung dengan kelab Chelsea.Hehehe, memang xder kaitan langsungpun,hahaha...saje-je post artikel mamat pondan ni...

Kampung Munich Mahu Bosingwa

Posted by KampungChelsea On Friday, June 12, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bayern Munich sudah mendapatkan 7 pemain baru dalam skuadnya untuk musim depan.Tetapi kelab gergasi Jerman itu masih lagi mahu memperkuatkan lagi skuadnya.

"Secara dasarnya, aktiviti perpindahan pemain untuk kelab ini sudah berakhir," kata pengerusi umum Bayern Munich iaitu Uli Hoeness.

"Kami hanya mahu mencari apakah tahap yang mungkin akan memberi keselesaan bagi skuad kami musim depan dalam posisi pertahanan sayap kanan," ujarnya lagi.

Dan pada waktu sekaranglah nama Jose Bosingwa muncul dan pihak pengurusan kelab Bayern Munich berani menegaskan bahawa mereka mahukan khidmat Bosingwa.

"Saya mengaku bahawa kelab kami tertarik dengan Bosingwa," kata Hoeness.

P/S : Persoalannya Chelsea nak ke jual Bosingwa hah ? Bosingwa main bagus ler untuk Chelsea, dan aku rasa Chelsea taknak jual, cari player lain ler Bayern Munich oiii...

Pertukaran Harta Karun Oleh Inter-Chelsea

Posted by KampungChelsea On Thursday, June 11, 2009 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Perpindahan Ricardo Carvalho ke Inter Milan kemungkinan akan dilaksanakan dengan segera untuk bulan depan, dengan Nicolas Burdisso menuju ke Stamford Bridge.

Agen Burdisso iaitu Fernando Hidaldo akan melawat ke London untuk bertemu dengan pengarah pengurusan kelab Chelsea.

Carvalho sudah menyatakan hajatnya untuk meninggalkan Chelsea selepas mengalami musim lepas yang sangat buruk dan pengurus The Blues,Carlo Ancelotti tidak menghalang keputusannya.

Selain daripada Carvalho, Inter juga memantau perkembangan Deco juga.

Scolari Sah Jadi Manager Kelab Bunyodkor

Posted by KampungChelsea On Thursday, June 11, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
TASHKENT: Bekas pengurus Brazil, Portugal dan Chelsea, Luiz Felipe Scolari kini diumumkan jurulatih Bunyodkor, juara Uzbekistan itu berkata semalam.

Bekas jurulatih yang menjuarai Piala Dunia berusia 60 tahun yang dipecat kelab Liga Perdana Inggeris di barat London Februari lalu bersetuju menandatangani kontrak selama 18 bulan bersama kelab Uzbekistan itu.

“Bola sepak Uzbekistan kini semakin berkembang manakala Bunyodkor sebuah kelab dinamik dengan potensi cukup besar,” Scolari dilapor sebagai berkata dalam laman web kelab itu.

“Saya tahu, saya berada di tempat dan masa yang tepat,” katanya.

Scolari yang membantu Brazil meraih gelaran dunia kelima pada 2002, menggantikan rakan senegara dari Brazil, Zico yang membantu Bunyodkor meraih gelaran liga serta separuh akhir Liga Juara Asia tahun lalu sebelum meletak jawatan Disember lalu untuk menyertai CSKA Moscow.

Galeri/Foto : Uncle Wenger Di Kuala Lumpur

Posted by KampungChelsea On Wednesday, June 10, 2009 18 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hari ini atau pagi tadi kot, pengurus sengal iaitu Arsene Wenger atau lebih glamer dikenali sebagai Professor Wenger(chewah,professor tu...) telah melawat ke Malaysia untuk memberi ceramah seperti ceramah Dr.Fadzilah Kamsah dan informasi mengenai maklumat tentang permainan dan ilmu bola sepak yang dia nak membebel kepada orang ramai dan dia juga sempat menyertai sedikit aktiviti yang di adakan di sana.Di mana yer ? Di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur.Tengok galeri kat bawah ni...

Wenger datang ke sini dengan mengenakan t-shirt putih dan berseluar pendek hitam.

Wenger sempat memberi taklimat atau ceramah kepada pemain bawah 19 tahun Malaysia dalam aktiviti ujian Castrol Challenge.

Wenger turut menonton perlawanan 5 lawan 5 pemain U-19 Malaysia

Wenger sempat bergambar bersama dengan fans sengal yang memang sengal badan betul kat belakang tu.


Dia juga turut sempat memberi sedikit ceramah atau bebelan mengenai CPI.CPI ? ape tu?...Wenger memberi maklumat mengenai cara permainan bola sepak sejak Euro 2008 melalui Castrol Perfomance Index.Tak faham aku.!


P/S : Bagus ler Pak Cik Wenger ni, walaupun aku benci sangat dengan team Sengal tapi kedatangan Wenger ke Malaysia memang merupakan satu perkembangan baik kepada bola sepak Malaysia.Bagus sangat biler dia bagi die punyer ilmu kat player malaysia yang bawah 19 tahun tu tapi nape ler die tak bagi ceramah juga kat pemain bola sepak Malaysia kita yang umur tua bangka tu yang main cam cibai dan sial tu hah.Hehehe tapi aku duk pikir jugak bilalah Jose Mourinho atau Si Alex Ferguson Chewing Gum tu nak datang ke Malaysia erk bagi ceramah cam Wenger ni,erm....


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png